NOTA UNIT 8 KECERGASAN FIZIKAL - PDF Flipbook

NOTA UNIT 8 KECERGASAN FIZIKAL

106 Views
82 Downloads
PDF 13,824,985 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


UNIT 8
KECERGASAN

FIZIKAL
BERDASARKAN

KESIHATAN

PJPK TINGKATAN 3 KSSM PJ

OLEH CIKGU NORAZILA KHALID

SMK ULU TIRAM JOHOR

KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN KESIHATAN

• Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti
harian dengan bersungguh-sungguh tanpa cepat berasa
letih, masih mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan
aktiviti riadah dan menghadapi sebarang kecemasan.

KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN
KESIHATAN

• Tahap kecergasan fizikal yang
tinggi boleh mengelakkan diri
daripada menghidap penyakit
hipokinetik.

• Komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan terdiri
daripada daya tahan
kardiovaskular, kelenturan,
daya tahan otot, kekuatan
otot dan komposisi badan

KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN KESIHATAN

• Untuk meningkatkan tahap
kecergasan fizikal, seseorang itu
perlu melakukan senaman.

• Jenis senaman, kekerapan,
intensiti dan jangka masa akan
mempengaruhi tahap
kecergasan fizikal individu.

KAPASITI AEROBIK - LITAR KARDIO

• Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan salur
darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot yang
bekerja semasa melakukan senaman secara berterusan

• Peningkatan dalam keefisienan sistem kardiovaskular akan
meningkatkan kapasiti aerobik iaitu keupayaan menggunakan
oksigen secara maksimum pada satu-satu masa semasa
bersenam.

KAPASITI AEROBIK - LITAR
KARDIO

• Untuk melakukan aktiviti
meningkatkan kapasiti aerobik, anda
perlu mematuhi prinsip Frequency,
Intensity, Time, Type (FITT).

• Salah satu cara menentukan intensiti
untuk aktiviti meningkatkan kapasiti
aerobik adalah dengan menggunakan
Kadar Nadi Latihan (KNL).

• KNL boleh dikira dengan mengira
peratus Kadar Nadi Maksimum
(KNM)

KAPASITI AEROBIK
- LITAR KARDIO

• Jika anda bersenam pada
Kadar Nadi Latihan dalam
julat 65 peratus hingga 85
peratus daripada KNM,
kapasiti aerobik anda akan
meningkat.

• Kira Kadar Nadi Latihan
anda pada julat 65 peratus
hingga 85 peratus daripada
Kadar Nadi Maksimum

CONTOH LITAR KARDIO

CONTOH LITAR KARDIO

CONTOH LITAR KARDIO

KELENTURAN - BANTUKU
LENTUR

• Kelenturan ialah keupayaan
menggerakkan sesuatu sendi melalui julat
pergerakan yang maksimum.

• Julat pergerakan merujuk kepada jarak
sesuatu sendi dapat digerakkan.

• Kelenturan pada sesuatu sendi ditentukan
oleh beberapa faktor.

• Antaranya keanjalan semua tisu lembut
yang mengelilinginya, baka, struktur sendi,
kekuatan kumpulan otot bertentangan,
komposisi badan, jantina, umur, tahap
kecergasan dan kecederaan.

LENTUR 1

REGANGAN HAMSTRING DAN KAWASAN
GLUTEAL.

LENTUR 2

REGANGAN QUADRICEP.

LENTUR 3

REGANGAN GROIN.

LENTUR 4

REGANGAN PECTORAL.

KEKUATAN OTOT - KUAT DAN SEGAK

• Kekuatan otot merujuk daya yang dihasilkan oleh otot atau
sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan.

• Secara amnya, kekuatan otot ialah keupayaan untuk
mengangkat, menolak atau menarik sesuatu benda yang berat.

• Kekuatan otot yang tinggi akan membantu anda menarik atau
menolak perabot dan membuka tin yang ditutup rapat.

KEKUATAN OTOT - KUAT DAN SEGAK

• Kekuatan otot dibina dengan mengatasi rintangan yang tinggi.
• Bilangan ulangan bagi setiap senaman ialah rendah.
• Latihan kekuatan otot juga dapat menghasilkan hipertrofi otot iaitu

pembesaran dalam saiz otot.
• Pada lazimnya, latihan daya tahan otot dijalankan dengan rintangan

yang rendah dan ulangan yang banyak manakala latihan kekuatan otot
dijalankan dengan rintangan yang tinggi dan ulangan yang sedikit.

KEKUATAN
OTOT - KUAT
DAN SEGAK

KEKUATAN
OTOT - KUAT
DAN SEGAK

KEKUATAN
OTOT - KUAT
DAN SEGAK

CARTA BEBANAN
LATIHAN

• Carta Bebanan Latihan boleh
digunakan untuk mengira
anggaran 1 UM setelah
seseorang melakukan beberapa
ulangan.

• Misalnya, jika seorang atlet
dapat melakukan senaman bicep
curl sebanyak enam ulangan
dengan menggunakan bebanan
sebanyak 17 kg, anggaran 1 UM
dia ialah 20 kg.

CARTA BEBANAN LATIHAN

• Carta Bebanan Latihan juga boleh
digunakan untuk menentukan
peratus intensiti semasa melakukan
latihan.

• Misalnya, jika 1 UM untuk senaman
separa cangkung bagi seseorang ialah
80 kg, dia berkeupayaan untuk
melakukan 10 ulangan dengan
menggunakan 60 kg.

• Hal ini juga adalah pada 75% intensiti
maksimum.

CARTA
BEBANAN
LATIHAN

DAYA TAHAN OTOT -

CABARAN LITAR

• Daya tahan otot ialah keupayaan otot untuk
melakukan kerja berulang kali.

• Senaman meningkatkan daya tahan otot
boleh dilakukan dengan menggunakan
bebanan luar seperti bola segar, jalur getah,
dumbbell, barbell atau dengan berat badan
sendiri.

• Daya tahan otot yang tinggi akan
membolehkan kita melakukan aktiviti harian
dengan lebih mudah tanpa berasa letih.

• Kerja-kerja seperti berkebun, mencuci kereta
atau menaiki tangga akan menjadi mudah jika
tahap daya tahan otot kita adalah tinggi.

LITAR
SENAMAN

STESEN 1 - LUNGES

LITAR SENAMAN

STESEN 2 - JUAK TENTERA

LITAR
SENAMAN

STESEN 3 - SEPARA CANGKUNG

LITAR
SENAMAN

STESEN 4 - BANGKIT TUBI

LITAR
SENAMAN

STESEN 5 - TRICEPS PRESS

LITAR
SENAMAN

STESEN 6 - REVERSE FLY

LITAR
SENAMAN

STESEN 7 - JUAK BARING

LITAR
SENAMAN

STESEN 8 - LENTIK BELAKANG
POINTER

KOMPOSISI BADAN -
LEMAK OH LEMAK

• Tubuh badan kita terdiri daripada
lemak dan tisu tanpa lemak.

• Komposisi badan merujuk kepada
kadar lemak dengan jisim tisu tanpa
lemak dalam badan.

• Seseorang yang mempunyai
kandungan lemak yang tinggi lebih
cenderung diserang pelbagai
penyakit berbanding dengan individu
yang kurang kandungan lemak.

KOMPOSISI BADAN
- LEMAK OH
LEMAK

• Terdapat pelbagai cara
untuk menilai komposisi
badan.

• Antaranya, indeks jisim
badan (Body Mass
Index), ukuran lipatan
kulit dan ukuran lilitan.

TITIK CUBITAN DAN CARA
MENGAMBIL BACAAN

• PAHA
• TRICEPS
• ABDOMINAL
• SUPRAILIAC

PAHA

TRICEPS

ABDOMINAL

SUPRAILIAC



JADUAL KATEGORI LEMAK BADAN

TAMAT


Data Loading...