MODUL PATRIOTIK - PDF Flipbook

MODUL PATRIOTIK

119 Views
104 Downloads
PDF 2,813,135 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Seungkap Kata

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera,

Kerajaan sentiasa menyedari akan kepentingan pendidikan prasekolah sejak awal
usia bagi membentuk asas jati diri dan sahsiah anak-anak dalam pembangunan masa depan
negara. Pendidikan prasekolah juga merupakan pengalaman awal yang amat penting dalam
dunia pendidikan.

Oleh itu, dalam pelaksanaan Program Transformasi Luar Bandar, Kementerian telah
mengambil inisiatif untuk menjadikan Tabika KEMAS sebagai Tabika Berprestasi Tinggi
sebagai pilihan utama ibu bapa. Dalam menjayakan hasrat itu, KEMAS telah mengambil
langkah untuk memberi nilai tambah kepada Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
(DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017) bagi
meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak yang mampu berdaya saing.

Melalui Transformasi Tabika Berprestasi Tinggi ini kualiti keberhasilan kanak-kanak
akan dapat dipertingkatkan. Nilai tambah silibus pembelajaran akan merentasi kurikulum
sedia ada. Penekanan pembelajaran bukan sahaja fokus kepada pengukuhan kemahiran
kanak-kanak, tetapi juga membina keterampilan modal insan agar mereka nanti berupaya
untuk menangani cabaran semasa dan akan datang.

Melalui Modul Memupuk Semangat Patriotik Dikalangan Kanak-kanak Tabika
KEMAS ini, Kementerian melihat akan peri pentingnya untuk kita terus menerap dan
menyemai semangat jati diri dalam diri anak-anak Tabika KEMAS. Individu yang ingin kita
lahirkan bukan sahaja mempunyai keinginan kuat dan utuh untuk menjaga dan mengekalkan
kesejahteraan dan keamanan negara yang sedang dinikmati, tetapi lebih dari itu mereka
akan menjadi seorang individu yang mencintai negara dan sanggup mempertahankan
kedaulatan negara dengan ikhlas tanpa memerlukan timbal balas. Oleh itu, berdasarkan
konsep Cinta Agama, Cinta Bangsa dan Cinta Negara, Modul Memupuk Semangat Patriotik
Dikalangan Kanak-kanak Tabika KEMAS ini dapat diperluaskan ke seluruh Tabika KEMAS.

Semoga nilai tambah silibus pembelajaran ini dapat mencapai kejayaan dalam
Program Transformasi Tabika KEMAS. Saya pasti hasrat kerajaan untuk melahirkan anak-
anak yang berjaya dan cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam
pembentukan sahsiah serta mempunyai jati diri yang utuh dapat dicapai lebih-lebih lagi
dengan adanya sokongan daripada semua para ibu bapa, kepimpinan Jawatankuasa Aktiviti
Tabika dan masyarakat.

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

i

Setitis Tinta

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1KEMAS,

Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, Buku Modul Memupuk
Semangat Patriotik Dikalangan Kanak-kanak Tabika KEMAS ini dapat dihasilkan dengan
jayanya bermula dari perancangan awal pada November 2015 dan telah siap sepenuhnya
pada Jun 2016.

Cetusan idea penghasilan Modul Memupuk Semangat Patriotik Dikalangan Kanak-
kanak Tabika KEMAS bermula daripada pelancaran Transformasi Luar Bandar–Aspirasi
Transformasi 100 hari yang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada
20 November 2015 yang lalu.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam usaha
menghasilkan modul ini. Antara objektif Modul Memupuk Semangat Patriotik Dikalangan
Kanak-kanak Tabika KEMAS ini adalah :

 Melahirkan insan yang mantap jati diri dan mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada
Negara.

 Membina generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan
akhlak dan nilai-nilai murni.

 Memberi sumbangan yang positif ke arah hidup bekerkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara.

 Melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya.
 Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk

perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
 Memupuk semangat patriotik dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa.
 Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
 Menghargai dan menghayati warisan budaya sebagai satu jati diri.

Diharapkan dengan adanya Modul Memupuk Semangat Patriotik Dikalangan Kanak-
kanak Tabika KEMAS ini akan dapat menjadi rujukan kepada Pemaju Masyarakat (PM)
dalam usaha berterusan ke arah melahirkan insan yang mantap jati diri serta sanggup
mempertahankan kedaulatan negara.

TUAN AMIRUDDIN BIN ARIFFIN
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

ii

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MODUL MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DI
KALANGAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan bagi menjelaskan pelaksanaan Modul Memupuk
Semangat Patriotik di Kalangan Kanak-kanak Tabika KEMAS.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Matlamat Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-
kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna.

2.2 Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.
Pendidikan awal kanak-kanak dapat menyediakan daya ketahanan untuk
menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan
membina daya keintelektualan. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat
yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan
peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan
seseorang.

2.3 Bagi membentuk jati diri dan semangat patriotisme, pendidikan di peringkat awal
kanak-kanak merupakan mekanisme yang berkesan untuk menyemai dan
seterusnya memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Sistem pendidikan negara kita sememangnya menyediakan satu platform yang
kondusif untuk memperkukuhkan semangat patriotisme. Pendidikan bermula
daripada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke
peringkat institusi pengajian tinggi. Oleh itu, semangat patriotisme dapat
dilaksanakan secara bertahap dalam tempoh jangka panjang, konsisten dan
sistematik.

2.4 Tabika KEMAS mengguna pakai Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
(DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017)
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Tunjang
Kemanusiaan, semangat patriotisme kanak-kanak diterapkan dengan memberi
fokus kepada perkara berikut:

i. Saya dan Negara Malaysia
ii. Menghormati lambang kebangsaan dan negeri
iii. Menghormati pemimpin
iv. Menyambut Hari Kemerdekaan

iii

v. Mengetahui Keistimewaan Negara

2.5 Bagi menerapkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan
kanak-kanak Tabika KEMAS, Program Memupuk Semangat Patriotik di Kalangan
Kanak-kanak Tabika KEMAS telah dirancang dan disusun dengan membuat
penambahbaikan terhadap program yang sedia ada. Program ini berkonsepkan
cinta agama, cinta bangsa dan cinta negara.

3. DEFINISI PATRIOTIK

Patriotik membawa maksud sikap positif (cinta negara) dan menolong terhadap 'tanah
air' oleh individu-individu / kumpulan-kumpulan dan akan setia kepadanya.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan insan yang mantap jati diri dan mempunyai kesetiaan yang tinggi
kepada negara

4.2 Membina generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan
akhlak dan nilai-nilai murni

4.3 Memberi sumbangan yang positif ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara

4.4 Melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan
bangsanya

4.5 Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk
perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya

4.6 Memupuk semangat patriotik di kalangan kanak-kanak dan ibu bapa
4.7 Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
4.8 Menghargai dan menghayati warisan budaya sebagai satu jati diri

5 SASARAN

Sasaran bagi modul ini adalah kanaka-kanak Tabika KEMAS, Pemaju Masyarakat
Tabika KEMAS, ibu bapa, Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan masyarakat serta
pemimpin setempat.

6. KANDUNGAN MODUL

6.1 Modul ini dibangunkan berasaskan Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
(Semakan 2017) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dan terkandung di bawah Tunjang Kemanusiaan.

6.2 Modul ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali dan
menghargai diri sendiri, orang sekeliling, komuniti setempat, alam sekitar, Negara
Malaysia dan global. Kanak-kanak juga dapat memahami peranan,

iv

tanggungjawab dan sumbangan diri sendiri serta ahli komuniti lain untuk
mencapai kesejahteraan masyarakat. Selain itu ianya juga menjadikan kanak-
kanak warganegara yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.

6.3 Kandungan modul ini menekankan aspek-aspek seperti berikut:-

6.3.1 Memahami hubungan diri dengan anggota keluarga, rakan dan komuniti
6.3.2 Melaksanakan tanggungjawab diri
6.3.3 Berbangga dengan identiti dan keistimewaan negara
6.3.4 Menghormati warisan budaya masyarakat Malaysia
6.3.5 Menunjukkan sikap kasih sayang akan alam sekitar
6.3.6 Menghormati masyarakat global

6.4 Jumlah aktiviti yang terkandung di dalam Modul ini adalah seperti berikut:-

Bil. Aktiviti Jumlah
Aktiviti
1 Aktiviti Rutin
2 Aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 28
3 Aktiviti Ko-Kurikulum (Ko-K) 38
10
JUMLAH 76

7. PELAKSANAAN MODUL

Aktiviti bagi modul ini telah disusun mengikut minggu dan fasa pembelajaran kanak-
kanak di Tabika dan ianya dilaksanakan melalui 3 aktiviti utama seperti berikut:

7.1 Aktiviti Rutin

7.1.1 Masa yang diperuntukan adalah selama 150 minit dari masa rutin
kanak-kanak seminggu. Aktiviti ini akan dijalankan melibatkan masa
rutin seperti berikut:-

i Rutin Pagi
ii Perbualan Awal
iii Rehat
iv Refleksi sebelum balik

7.2 Aktiviti di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7.2.1 Menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan
masa minimum sebanyak 30minit atau maksimum sebanyak 60 minit
seminggu

v

7.2.2 Pelaksanaan aktiviti boleh dilaksanakan secara pembelajaran
bersepadu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti
berikut :

i Pendekatan Berasaskan Projek
ii Pendekatan Bertema
iii Pusat Pembelajaran

7.3 Aktiviti Ko-kurikulum

7.3.1 Dilaksanakan secara tahunan dan melibatkan ibu bapa, jawatankuasa,
masyarakat dan pemimpin tempatan. Aktiviti ini adalah sebagai
pengukuhan kepada aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas

8. PELAKSANAAN AKTIVITI

8.1 Pemaju Masyarakat perlu melaksanakan aktiviti dengan mengambil kira perkara
seperti berikut :-

i. Tahap perkembangan dan pencapaian kanak-kanak
ii. Tema yang dipilih
iii. Fokus pembelajaran yang sesuai

8.2 Standard pembelajaran hendaklah dilaksanakan dari mudah ke sukar atau dari
konkrit ke abstrak.

8.3 Proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku secara berpusatkan kanak-
kanak dengan memberi peluang kepada kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran yang menyeronokkan dengan bimbingan. Pemaju Masyarakat
hanya berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja.

8.4 Pemaju Masyarakat perlu meningkatkan kemahiran diri dengan membuat rujukan
dan membaca bahan-bahan tambahan bagi mengembangkan idea untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

8.5 Pemaju Masyarakat perlu menyediakan bahan bantu mengajar sebelum
melaksanankan aktiviti dengan mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:-

8.5.1 Bahan-bahan dalam setiap modul ini adalah sebagai cadangan sahaja,
ia boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian tema mingguan tanpa
menjejaskan objektif modul.

8.5.2 Pemilihan bahan-bahan juga harus sesuai dengan umur kanak-kanak
dan mudah dikendalikan.

vi

8.5.3 Bahan-bahan yang disediakan mestilah selamat digunakan oleh kanak-
kanak. Penggunaan bahan-bahan maujud adalah digalakkan.

9. PENILAIAN

9.1 Pemaju Masyarakat perlu melakukan penilaian ini kepada kanak-kanak bagi
mengenal pasti tahap perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan dengan menggunakan kaedah penilaian seperti berikut:

i. Bersoal jawab
ii. Lembaran kerja / Hasil kerja
iii. Senarai semak

9.2 Pemaju Masyarakat perlu membuat penilaian terhadap kanak-kanak di bawah
Tabika masing-masing dan mengisi borang penilaian yang telah disediakan
seperti dilampiran

Bil Fokus Aktiviti Tabika Daerah Negeri
1 Rutin MMSP/RUTIN/ MMSP/RUTIN/ MMSP/RUTIN/

2 Pengajaran dan TBK PAR NEG
Pembelajaran MMSP/PDP/ MMSP/PDP/ MMSP/PDP/

TBK PAR NEG

10. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga modul ini dapat memupuk semangat patriotik dikalangan
kanak-kanak Tabika KEMAS dan dapat memberi input berguna kepada semua pihak
yang terlibat khususnya dalam meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia.

vii


Data Loading...