Modul 11 Buku Teks APAK KSSM 2021 - PDF Flipbook

Modul 11:Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif

109 Views
48 Downloads
PDF 12,372,726 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


MODUL11 PERKEMBANGAN ESTETIKA
DAN DAYA KREATIF

242

Standard Kandungan

11.1 Pengenalan kepada Perkembangan Estetika dan
Daya Kreatif

11.2 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui
Lukisan

11.3 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui
Kraf Tangan

11.4 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui
Permainan Perkusi

11.5 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui
Pergerakan Kreatif

Pengenalan

Modul ini merupakan pengenalan kepada
perkembangan estetika dan daya kreativiti terhadap
kanak-kanak TASKA. Di samping itu, modul ini
juga menerangkan faktor yang mempengaruhi
perkembangan estetika dan daya kreatif
kanak-kanak dan aktiviti kreativiti yang sesuai
mengikut peringkat umur kanak-kanak TASKA.

243

11.1 Pengenalan Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif

Definisi Estetika dan Daya Kreatif Standard Pembelajaran
11.1.1 Menyatakan definisi estetika
Estetika Daya Kreatif
dan daya kreatif.
Merupakan ilmu Merupakan suatu 11.1.2 Menyenaraikan aktiviti yang
pengetahuan mengenai kemampuan dalam
proses dan aturan dalam menciptakan perkara baharu sesuai dengan perkembangan
penciptaan suatu karya atau cara-cara baharu yang estetika dan daya kreativiti
seni, yang diharapkan boleh berbeza daripada sesuatu mengikut peringkat umur
menimbulkan perasaan yang sudah ada sebelumnya kanak-kanak di TASKA.
positif bagi orang yang (Yasin, 2019).
melihat dan merasakannya
(Munawaroh, 2017).

Aktiviti Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti

0 hingga 1 tahun 1 hingga 2 tahun

11 • Mendengar muzik (nursery
rhymes, zikir) dan meniru
bunyi muzik
• Menconteng
• Meniru perlakuan yang mudah

2 hingga 3 tahun • Melukis
• Mewarna
• Menyanyi • Meniru perlakuan dan gaya
• Menari ikut rentak muzik dan
3 hingga 4 tahun
guna peralatan
• Menyatakan bentuk, warna • Melakonkan watak atau
main peranan
dan konsep mengikut tahap
kefahaman • Bercerita sambil main muzik
atau guna bahan dan peralatan

• Melakukan penulisan atau
penciptaan kreatif

Rajah 11.1 Aktiviti perkembangan estetika dan daya kreativiti

244

Faktor Perkembangan Estetika dan Daya Kreativiti Standard Pembelajaran
Kanak-kanak 11.1.3 Menerangkan faktor

Persekitaran Persekitaran yang kondusif dan menyokong mempengaruhi
perkembangan kreativiti dan estetika perkembangan estetika dan
kanak-kanak melalui penyediaan bahan dan daya kreativiti kanak-kanak.
sokongan ibu bapa 11.1.4 Merancang dan
menyediakan sudut untuk
mempamerkan hasil daya
kreativiti kanak-kanak.

Pengetahuan Pengalaman sedia ada dalam diri kanak-kanak diubah menjadi
sedia ada pengetahuan dalam kognitif mereka. Pengetahuan ini akan
mengukuhkan perkembangan estetika dan kreativiti kanak-kanak

Umur Perkembangan kreativiti dan estetika banyak dipengaruhi oleh
peringkat umur kanak-kanak dan tahap penguasaan mereka
pada usia tertentu

Galakan Galakan dan perhatian ibu bapa memberikan impak yang sangat besar terhadap
ibu bapa perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak kerana ibu bapa adalah
individu yang akan memerhatikan perkembangan kanak-kanak sejak kecil lagi

Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan 11
kanak-kanak berjaya menguasai perkembangan kreativiti dan
Peranan Guru estetika melalui proses PdP dan interaksi seharian di dalam kelas

Sudut Mempamerkan Kreativiti Kanak-kanak

Sudut pameran hasil daya kreatif kanak-kanak perlulah dirancang dengan teliti. Sudut yang dirancang atau
disediakan perlulah berpandukan aspek berikut:

Menyatakan tema atau Bahan yang dipamer adalah hasil
tajuk pameran kanak-kanak dan ia sesuai
untuk dipamerkan

Menyusun atur ruang, perabot atau bahan Info bahan yang dipamer perlu dinyatakan
pameran yang sesuai dengan tema dan sesuai dan dilabelkan
dengan umur kanak-kanak. Susunan perlulah

kemas dan tersusun

Ruang, bahan dan alatan yang dipamerkan Persembahan pameran perlulah
perlulah selamat untuk kanak-kanak kreatif dan asli

245

Penilaian Kesesuaian Sudut Pameran Standard Pembelajaran
11.1.5 Menilai kesesuaian sudut

pameran yang disediakan.
11.1.6 Kepentingan aktiviti

pembelajaran untuk
perkembangan estetika dan
kreatif kanak-kanak.

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian Cadangan penambahbaikan
(Bulatkan) Contoh penulisan penambahbaikan
1. Tema atau tajuk yang sesuai untuk pameran Menyediakan Sudut Maklum Balas
2. Susun atur 123 pelawat pameran. Maklum balas
3. Kekemasan perabot dan bahan pameran 123 tersebut adalah untuk mengetahui
4. Bahan yang dipamerkan sesuai dan bertepatan 123 tahap kepuasan pelawat dan
5. Info bahan yang dipamer 123 dapatan hasil pameran. Selain itu,
6. Kreativiti dan persembahan 123 hasil maklum balas adalah untuk
7. Inovatif dan kreatif 123 penambahbaikan setiap kelemahan
8. Keaslian 123 bagi meningkatkan mutu pameran
123 pada masa akan datang.
Kriteria: 1. Lemah 2. Sederhana 3. Baik

11 Kepentingan Aktiviti Pembelajaran Perkembangan Estetika dan Kreatif

Kanak-kanak

1 Melatih kanak-kanak membina idea sendiri
Kreativiti dapat membantu kanak-kanak berimaginasi tinggi dan melangkaui batas pemikiran
biasa. Kanak-kanak akan menghasilkan idea yang asli dan tulen tanpa meniru atau menciplak
idea orang lain.

2 Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan
Kanak-kanak akan lebih berdikari untuk menyelesaikan sesuatu masalah mengikut kreativiti
mereka sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain.

3 Dapat melatih kanak-kanak minat mengkaji dan menyelidik
Kanak–kanak yang kreatif akan berusaha untuk mencari sesuatu penemuan baru mengenai
hubungan antara idea mereka dengan bahan.

Rajah 11.2 Kepentingan aktiviti pembelajaran perkembangan estetika dan kreatif kanak-kanak

246

Rumusan

Pelaksanaan aktiviti estetika dan daya kreatif memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Hal ini kerana setiap aktiviti yang dijalankan akan memberi peluang untuk kanak-kanak
menyampaikan perasaan, kebolehan dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini akan
menggalakkan mereka untuk berfikir dan belajar membuat keputusan. Hasilnya, mereka akan gembira
dengan hasil kerja atau hasil aktiviti yang dijalankan.

AKTIVITI

1. Dalam kumpulan, anda diminta untuk menyediakan sudut untuk mempamerkan hasil kreativiti
kanak-kanak.

2. Setiap murid hendaklah menilai sudut pameran yang dihasilkan berpandukan borang di bawah:

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian Cadangan
(Bulatkan) penambahbaikan

Sebelum 123
1. Keaslian

2. Bahan yang dipamer 123

3. Info bahan yang dipamer 123

4. Susun atur dan kekemasan 123 11

5. Persembahan pameran yang kreatif dan inovatif 1 2 3

Kriteria: 1. Lemah 2. Sederhana 3. Baik

3. Bentangkan hasil penilaian tersebut dengan memberi hujah kepentingan perkembangan estetika dan daya
kreatif kanak-kanak.

LATIHAN Contoh aktiviti estetika dan daya kreatif
1. Lengkapkan jadual di bawah.

Peringkat umur
1 hingga 2 tahun

3 hingga 4 tahun

2. Berikan faktor yang mempengaruhi perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak.
3. Terangkan kepentingan aktiviti estetika dan daya kreatif kepada kanak-kanak.

247

11.2 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui Lukisan

Perkembangan estetika dan daya kreatif melalui lukisan dapat membantu Standard Pembelajaran
mengembangkan bakat dan kreativiti kanak-kanak. Karya seni biasanya 11.2.1 Menyenaraikan aktiviti
terhasil daripada imaginasi atau ilham pemikiran kanak-kanak itu
sendiri. Aktiviti melukis dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melukis untuk merangsang
menunjukkan kreativiti, menyerlahkan bakat dan potensi serta memberi perkembangan estetika dan
kebebasan dan keseronokan kepada kanak-kanak untuk meluahkan daya kreatif kanak-kanak.
perasaan dan imaginasi melalui lukisan. 11.2.2 Menerangkan kepentingan
aktiviti melukis kepada
Aktiviti Melukis untuk Merangsang Perkembangan perkembangan estetika dan
Estetika dan Daya Kreatif Kanak-kanak daya kreatif kanak-kanak.

Melakar Melorek Menekap

11

Mewarna Mencetak Merenjis

Gambar foto 11.1 Aktiviti melukis merangsang perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak
Aktiviti melukis mampu merangsang perkembangan estetika dan daya kreativiti kanak-kanak. Hal ini
kerana aktiviti seperti ini akan dapat membantu kanak-kanak mengasah kreativiti mereka. Kanak-kanak
juga dapat meluahkan perasaan mereka ketika aktiviti ini dilakukan. Oleh itu, aktiviti ini membantu dalam
meningkatkan perkembangan estetika dan daya kreativiti kanak-kanak.

Kepentingan Aktiviti Melukis kepada Perkembangan Estetika dan Daya
Kreatif Kanak-kanak

• Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk • Mendidik kanak-kanak untuk menzahirkan
meluahkan perasaan dalam pelbagai cara. emosi mereka melalui lukisan.

• Menggalakkan kanak-kanak berfikir. • Meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak
terhadap persekitaran semula jadi.

• Mendidik kanak-kanak cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak
untuk meneroka perkembangan pengetahuan mereka.

248

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Standard Pembelajaran
11.2.3 Menyediakan rancangan

pelaksanaan aktiviti
mengikut format.

Tajuk Aktiviti Borang Rancangan Pelaksanaan Aktiviti
Bidang Pembelajaran
Aktiviti Mewarna (Tema Buah-Buahan)
Hasil Pembelajaran
Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui Lukisan

1. Kanak-kanak dapat menguasai deria rasa seperti masam, manis dan pahit
2. Kanak-kanak dapat menjawab soalan mudah mengenai buah-buahan
3. Kanak-kanak dapat mewarna buah-buahan

Tarikh 17/3/2020 Hari Selasa Masa 10:30 - 11:00 pagi
Umur Kanak-kanak 3 hingga 4 tahun

Pengetahuan Sedia Ada 1. Kanak-kanak sudah pandai memegang pensel
2. Kanak-kanak sudah mengenal warna

Bilangan Kanak-kanak 5 orang

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti fizikal

Senarai Bahan dan Alat:
1. Buah-buah yang maujud
2. Gambar buah-buahan
3. Pensel warna

Langkah Pelaksanaan 11

Permulaan:
1. Pendidik meminta kanak-kanak berkumpul dan mengambil tempat duduk masing-masing di ruang perbualan pagi

(morning circle).
2. Kanak-kanak akan disoal berkaitan buah-buahan.
3. Pendidik menunjukkan kepada kanak-kanak gambar buah-buahan yang manis, masam dan pahit.
4. Kanak-kanak diminta membuat mimik muka berdasarkan rasa buah-buahan tersebut.
5. Pendidik meminta kanak-kanak menyebut nama dan merasa buah-buahan.
6. Pendidik mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran pada hari tersebut.
Perkembangan kandungan PdP:
7. Pendidik menunjuk cara mewarna kepada kanak-kanak.
8. Kanak-kanak mewarna mengikut pilhan warna yang sesuai.
9. Pendidik mengawasi kanak-kanak semasa melakukan aktiviti.
10. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya melakukan aktiviti.
Penutup:
11. Kanak-kanak mempamerkan hasil kerja mereka.
12. Pendidik mengucapkan terima kasih kerana berjaya melakukan aktiviti.

Langkah kontingensi:
Sekiranya kanak-kanak tidak mahu melakukan aktiviti, pendidik memberi dorongan kepada kanak-kanak supaya melakukan aktiviti bersama-sama
dengan rakan-rakannya.

Pengawasan:

1. Kebersihan: pendidik hendaklah sentiasa memastikan bahan, alatan dan ruang serta tempat aktiviti mewarna bersih dan kemas.
2. Keselamatan: pendidik memastikan bahan dan peralatan serta ruang mewarna selamat untuk digunakan.
3. Kesihatan: pendidik memastikan kanak-kanak sihat daripada sebarang penyakit berjangkit dan sedia melakukan aktiviti.

Penilaian dan Refleksi

Tandatangan Murid: Pengesahan Guru:
Tarikh: Tarikh:

249

Penyediaan Bahan dan Alatan Melukis yang Sesuai Standard Pembelajaran
serta Ruang untuk Aktiviti 11.2.4 Menyediakan bahan dan

Bahan dan alatan serta ruang yang boleh disediakan oleh pengasuh atau alatan melukis yang sesuai
pendidik untuk aktiviti melukis. serta ruang untuk aktiviti.
11.2.5 Melaksanakan
berdasarkan perancangan.

Warna air Pensel warna

Kertas lukisan Berus lukisan Palet

11

Apron kalis air Kertas alas Air

Gambar foto 11.2 Bahan dan alatan untuk aktiviti melukis

Pelaksanaan Aktiviti Melukis IMBAS DI SINI

Aktiviti melukis dan mewarna perlu dirancang supaya mencapai Imbas kod QR ini untuk
objektif. Berikut ialah panduan rancangan pelaksanaan aktiviti untuk melihat sudut estetika dan
kanak-kanak: daya kreatif.

Sebelum

• Rancang pelaksanaan aktiviti melukis dan mewarna untuk kanak-kanak menggunakan format
borang yang disediakan sebagai rujukan dan panduan.

• Pilih aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang dirancang dalam rancangan tahunan. Aktiviti yang
dipilih juga perlu mengikut umur kanak-kanak.

250

Semasa

• Set induksi yang menarik akan dapat mendorong kanak-kanak memberikan perhatian kepada
aktiviti yang dijalankan. Misalnya pendidik memberi kanak-kanak merasa buah-buahan sebelum
mereka melukis dan mewarna gambar buah-buahan.

• Kanak-kanak diberikan pilihan untuk memilih gambar buah-buahan yang disukai oleh mereka.
• Pendidik menerangkan aktiviti melukis dan mewarna dengan jelas dan menggunakan bahasa

yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
• Pendidik menunjuk cara aktiviti melukis dan mewarna dijalankan.
• Kanak-kanak dibimbing oleh pendidik.
• Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak semasa melukis dan mewarna.

Selepas 11

• Kanak-kanak akan diberi peneguhan seperti ucapan syabas dan tepukan atas kejayaan melukis
dan mewarna gambar buah-buahan.

• Kanak-kanak juga diberikan peluang untuk menceritakan mengenai buah-buahan yang telah
siap diwarna.

• Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan.
• Kanak-kanak diminta untuk sama-sama mengemas semula bahan dan alatan yang digunakan

selepas aktiviti.

Penilaian Hasil Seni Lukis Bersama Kanak-kanak Standard Pembelajaran
11.2.6 Menilai hasil seni lukis
Menilai hasil seni lukis yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Penilaian
berpandukan borang di bawah: bersama kanak-kanak.

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian Cadangan
(Bulatkan) penambahbaikan
Sebelum Contoh penulisan
1. Persediaan sebelum aktiviti 123 penambahbaikan
123
2. Kesesuaian bahan bantu mengajar dengan aktiviti 123 Penyediaan aktiviti
123 pengajaran perlu
3. Kesesuaian bahan bantu mengajar dengan teknik 123 memastikan
kanak-kanak bersedia
4. Kesesuaian bahan bantu mengajar dengan kaedah 123 untuk melakukan
aktiviti pengajaran dan
5. Memastikan bahan pengajaran mencukupi dan 123 memastikan bahan
selamat bantu mengajar yang
disediakan mencukupi
6. Menentukan objektif sesuai mengikut tahap usia supaya setiap
kanak-kanak kanak-kanak berpeluang
untuk melakukan aktiviti.
7. Mewujudkan persekitaran selamat dan mesra Pendidik juga perlu
pembelajaran estetika dan daya kreatif

251

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian Cadangan
Bulatkan penambahbaikan
8. Merangka peraturan sesuai untuk aktiviti
yang dijalankan 123 memastikan pelibatan
setiap kanak-kanak
Semasa semasa melakukan
aktiviti simulasi.
Memastikan kanak-kanak bersedia untuk
9. menerima pengajaran 123

10. Memerhatikan tindak balas kanak-kanak semasa 123
melakukan aktiviti 123

11. Memberikan penerangan di setiap langkah
slot aktiviti

12. Memberikan jawapan dan respons yang baik kepada 1 2 3
setiap pertanyaan kanak-kanak dengan baik

13. Menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak 123
melalui pertanyaan berunsur KBAT

Selepas

15. Menulis refleksi kendiri dan pengajaran 123
123
16. Melaksanakan pentaksiran kepada setiap 123
kanak-kanak

17. Melaksanakan tindakan susulan kepada
kanak-kanak yang kurang memahami konsep

11 Kriteria: 1. Lemah 2. Sederhana 3. Baik

Pendokumentasian Aktiviti Melukis dan Mewarna Standard Pembelajaran
11.2.7 Mendokumentasikan
Aktiviti melukis dan mewarna boleh didokumentasikan kepada dua cara iaitu:
aktiviti melukis
1. Dokumentasi hasil lukisan dengan membuat buku skrap dan mewarna
bersama-sama
(a) Hasil lukisan boleh didokumentasi dengan menghasilkan buku skrap. kanak-kanak.
(b) Contoh maklumat yang perlu ada pada buku skrap:

• Muka surat
• Pendahuluan
• Nama teknik lukisan yang dihasilkan
• Bahan-bahan dan alatan yang digunakan
• Langkah-langkah penyediaan
• Hasil lukisan
• Keistimewaan atau kesesuaian
• Penutup

2. Dokumentasi dengan menggunakan komputer atau ICT

• Dokumentasi penghasilan aktiviti lukisan juga boleh menggunakan kaedah aplikasi Powerpoint atau
video rakaman.

252

Rumusan

Aktiviti seni kreatif melalui lukisan akan memberi peluang untuk kanak-kanak merealisasikan
imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Antaranya aktiviti seni seperti melukis dan mewarna.
Peranan pendidik sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi
peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembang daya kreativiti mereka mengikut kreativiti
masing-masing. Pelibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif
dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika.

AKTIVITI

1. Sediakan RPA yang lengkap mengikut format untuk aktiviti melukis yang sesuai mengikut umur kanak-kanak.
(a) Jalankan aktiviti yang telah dirancang.
(b) Nilaikan hasil seni lukis kanak-kanak berpandukan borang penilaian.
(c) Sediakan sudut pameran hasil lukisan kanak-kanak tersebut.

LATIHAN 11
1. Senaraikan aktiviti melukis yang boleh merangsang perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak.

2. Sediakan satu kain rentang untuk Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat
daerah. Kain rentang yang dihasilkan perlulah mengandungi maklumat di bawah:

(a) Tarikh, masa dan hari
(b) Tajuk
(c) Tempat
(d) Syarat-syarat
(e) Grafik dan warna yang sesuai

3. Terangkan kepentingan aktiviti melukis kepada perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak.

253

11.3 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui
Kraf Tangan

Perkembangan estetika dan daya kreatif melalui kraf tangan merujuk Standard Pembelajaran
kepada perkembangan kreatif dan ekspresi melalui imaginasi dan 11.3.1 Menyenarai aktiviti kraf
pemikiran kanak-kanak. Perkembangan ini penting untuk membantu
kanak-kanak dalam membina keyakinan diri dan mengenali potensi diri. tangan untuk merangsang
perkembangan estetika dan
Aktiviti Kraf Tangan daya kreatif kanak-kanak.

Antara aktiviti kraf tangan yang dapat merangsang perkembangan estetika
dan daya kreatif kanak-kanak ialah seperti:

Origami Boneka Anyaman

11

Bingkai gambar Kolaj

Gambar foto 11.3 Perkembangan estetika dan daya kreatif melalui kraf tangan

254

Kepentingan Aktiviti Kraf Tangan kepada Standard Pembelajaran
Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif 11.3.2 Menerangkan kepentingan
Kanak-kanak
aktiviti kraf tangan kepada
Kepentingan aktiviti kraf tangan kepada perkembangan estetika dan perkembangan estetika dan
daya kreatif kanak-kanak diterangkan seperti berikut: daya kreatif kanak-kanak.
11.3.3 Menyediakan Rancangan
• Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan Pelaksanaan Aktiviti
imaginasi mereka melalui penghasilan kraf tangan. mengikut format.

• Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz
dan fungsi sesuatu bahan dalam penghasilan sesuatu kraf tangan.

• Aktiviti kraf tangan secara hands-on dapat merangsang minat murid untuk melaksanakan aktiviti dan sekali
gus mengukuhkan keyakinan di dalam diri kanak-kanak.

• Penyepaduan aktiviti kraf tangan dengan nilai estetika seperti warisan budaya, persekitaran dan keindahan
alam dapat mengukuhkan daya ingatan kanak-kanak terhadap pengalaman pembelajaran mereka.

• Merangsang perasaan ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di persekitaran mereka dan
mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam penghasilan kraf tangan.

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Borang Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tajuk Aktiviti Menjalankan Aktiviti Kraf Tangan (Anyaman Tikar)

Bidang Pembelajaran Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui Kraf Tangan 11

Hasil Pembelajaran 1. Kanak-kanak mengenal pasti bentuk anyaman
Tarikh 2. Kanak-kanak dapat memilih dan mengaplikasi bahan sesuai untuk hasilkan anyaman tikar
3. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran menganyam tikar

10/9/2020 Hari Khamis Masa 10:30 - 11:00 pagi

Umur Kanak-kanak 4 tahun

Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak pernah melihat anyaman tikar

Bilangan Kanak-kanak 5 orang

Ruang Ruang aktiviti fizikal

Senarai Bahan dan Alat:
1. Kertas putih A4

2. Kertas warna A4

3. Gunting

Langkah Pelaksanaan

Permulaan:
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan sediakan bahan dan alatan.

2. Pendidik bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil bertanya khabar dan berbual mengenai diri kanak-kanak.

3. Pendidik menunjukkan contoh hasil anyaman tikar kepada kanak-kanak dan mengaitkan dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Perkembangan kandungan PdP:
4. Pendidik memperkenalkan bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat anyaman tikar.

5. Pendidik menunjukkan contoh cara membuat anyaman tikar.

6. Pendidik memerhati dan membimbing kanak-kanak dalam melakukan anyaman tikar.

Penutup:
7. Kanak-kanak menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan rakan yang lain.

8. Kanak-kanak diberikan pujian dan tepukan.

255

Langkah kontingensi:
Sekiranya kanak-kanak tidak mahu melakukan aktiviti, pendidik memberi dorongan kepada kanak-kanak supaya melakukan aktiviti bersama-sama
dengan rakan-rakannya.

Pengawasan:
1. Kebersihan: pendidik hendaklah sentiasa memastikan bahan, alatan dan ruang serta tempat aktiviti kraf tangan anyaman tikar bersih dan kemas.
2. Keselamatan: pendidik memastikan bahan dan peralatan serta ruang aktiviti kraf tangan anyaman tikar selamat untuk digunakan.
3. Kesihatan: pendidik perlu memastikan kanak-kanak sihat daripada sebarang penyakit berjangkit dan sedia melakukan aktiviti.

Penilaian dan Refleksi

Tandatangan Murid: Pengesahan Guru:

Tarikh: Tarikh:

Penyediaan Bahan dan Alatan Kraf Tangan Standard Pembelajaran
11.3.4 Menyediakan bahan dan
Kraf tangan boleh dibuat daripada barang terpakai. Antara bahan dan
alatan tersebut ialah: alatan yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti kraf
Surat khabar tangan.
11.3.5 Melaksanakan aktiviti
11 kraf tangan berdasarkan
perancangan.

Botol plastik Cawan kertas

Plastik Gam dan gunting

Gambar foto 11.4 Penyediaan bahan dan alatan kraf tangan

Pelaksanaan Aktiviti Kraf Tangan

Aktiviti anyaman tikar perlu dirancang dengan teliti supaya mencapai objektif. Berikut ialah panduan
rancangan pelaksanaan aktiviti anyaman tikar untuk kanak-kanak:

Sebelum
• Rancang pelaksanaan aktiviti anyaman tikar untuk kanak-kanak menggunakan format borang yang

disediakan untuk rujukan dan panduan.
• Pilih aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang dirancang dalam rancangan tahunan. Aktiviti yang

dipilih juga perlu mengikut umur kanak-kanak.

256

Semasa

• Set induksi yang menarik akan dapat mendorong kanak-kanak memberikan perhatian kepada aktiviti
yang dijalankan. Misalnya pendidik menunjukkan contoh anyaman tikar kepada kanak-kanak.

• Kanak-kanak diberikan pilihan untuk memilih warna yang disukai.
• Pendidik menerangkan aktiviti anyaman tikar dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah

difahami oleh kanak-kanak.
• Pendidik menunjuk cara bagaimana aktiviti anyaman tikar dijalankan.
• Kanak-kanak dibimbing oleh pendidik untuk membuat anyaman tikar.
• Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak semasa menganyam tikar.

Selepas

• Kanak-kanak akan diberi peneguhan seperti pujian dan tepukan atas kejayaan menghasilkan
anyaman tikar.

• Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan kepada rakan-rakan yang lain.
• Kanak-kanak diminta untuk sama-sama mengemas semula bahan dan alatan yang digunakan

selepas aktiviti.

Pendokumentasian Aktiviti Kraf Tangan Standard Pembelajaran 11
Bersama-sama Kanak-kanak 11.3.7 Mendokumentasikan

Aktiviti kraf tangan kanak-kanak dapat didokumentasikan dengan aktiviti kraf tangan
kaedah berikut: bersama kanak-kanak.

1. Dokumentasi hasil aktiviti kraf tangan bersama kanak-kanak dengan membuat buku skrap

(a) Penghasilan kraf tangan bersama kanak-kanak boleh didokumentasi dengan menghasilkan buku skrap.
(b) Contoh maklumat yang perlu ada pada buku skrap:

• Muka surat
• Pendahuluan
• Nama teknik kraf tangan yang dihasilkan
• Bahan-bahan dan alatan yang digunakan
• Langkah-langkah penyediaan
• Hasil kraf tangan
• Keistimewaan atau kesesuaian
• Penutup

2. Dokumentasi dengan menggunakan komputer atau ICT
• Dokumentasi penghasilan kraf tangan juga boleh menggunakan kaedah aplikasi PowerPoint atau
video rakaman.

257

AKTIVITI Standard Pembelajaran
11.3.6 Menilai aspek kreativiti
1. Dalam kumpulan, sediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)
menghasilkan kraf tangan bahan terbuang bersama kanak-kanak kraf tangan yang
mengikut format. dihasilkan oleh
kanak-kanak.

2. Jalankan aktiviti menghasilkan kraf tangan dengan kanak-kanak mengikut perancangan yang disediakan.
Kemudian nilaikan aspek kreativiti kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut. Penilaian mengikut
format di bawah:

Jadual penilaian hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak:

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian
1 Bahan terbuang yang digunakan Bulatkan

123

2 Kreativiti 123

3 Kekemasan 123

4 Ketahanan 123

5 Keselamatan dan kesesuaian 123

Kriteria: 1. Lemah 2. Sederhana 3. Baik
3. Dokumentasikan pelaksanaan aktiviti kraf tangan yang dijalankan bersama-sama kanak-kanak dalam bentuk

11 rakaman video.

LATIHAN
1. Senaraikan aktiviti kraf tangan yang merangsang perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak.
2. Anda diminta untuk menghasilkan kraf tangan dengan menggunakan bahan terbuang. Pilih satu daripada

bahan terbuang di bawah. Hasilkan kraf tangan untuk kanak-kanak.




(a) Berikan nama kraf tangan yang dihasilkan.
(b) Lakarkan kraf tangan yang akan dihasilkan dan labelkan bahan yang digunakan.
(c) Berikan tiga kelebihan kraf tangan tersebut.

258

11.4 Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif Melalui
Permainan Perkusi

Perkembangan estetika dan daya kreatif melalui permainan perkusi Standard Pembelajaran
merupakan keupayaan kanak-kanak untuk memproses maklumat 11.4.1 Menyatakan definisi perkusi
dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kanak-kanak juga
akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam dan permainan perkusi.
penggunaan alat perkusi. Kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui 11.4.2 Menyenaraikan bahan dan
penerokaan dan pelibatan kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan.
peralatan aktiviti permainan
Definisi Perkusi dan Permainan Perkusi perkusi yang sesuai untuk
kanak-kanak.

Definisi perkusi Definisi permainan perkusi
Perkusi merupakan alat muzik yang Permainan perkusi merupakan aktiviti yang
dimainkan dengan cara dipukul, ditabuh, menggunakan alat muzik untuk melakukan sesuatu
digoyang, digosok atau menggunakan upacara atau persembahan. Permainan perkusi adalah
cara lain dengan menggunakan alat asas kepada permainan muzik yang lebih besar
seperti tongkat ataupun dengan tangan seperti orkestra. Bentuk persembahan menyerupai
kosong sehingga alat tersebut bergetar dan sebuah orkestra sebenar iaitu pemain berbaris
menghasilkan bunyi (Riyandi, 2015). mengikut kumpulan alat dan seorang konduktor akan
mengawal persembahan (Emilia, 2014).

Senarai Bahan dan Peralatan Aktiviti Permainan Perkusi 11

Berikut adalah antara bahan dan peralatan aktiviti permainan perkusi yang sesuai untuk kanak-kanak:

Dram Simbal Marakas

Tamborin Kayu Tik Tok Kastanet

Loceng Kerincing

Gambar foto 11.5 Peralatan aktiviti permainan perkusi 259

Kepentingan Aktiviti Permainan Perkusi terhadap Standard Pembelajaran
Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif 11.4.3 Menerangkan kepentingan
Kanak-kanak
aktiviti permainan perkusi
• Melatih kanak-kanak dalam koordinasi mata, pendengaran terhadap perkembangan
dan psikomotor. estetika dan daya kreatif
kanak-kanak.
• Menggalakkan kanak-kanak meneroka dan mengeksperimen 11.4.4 Mereka cipta dan
pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh menghasilkan perkusi yang
badan mereka. sesuai untuk kanak-kanak.

• Memupuk amalan kerjasama dan mendengar arahan kepada
kanak-kanak ketika menggunakan alat perkusi.

• Membantu menguatkan daya tumpuan kanak-kanak dengan
menggunakan alat perkusi.

Reka Cipta dan Penghasilan Perkusi yang Sesuai untuk Kanak-kanak

Nama alat permainan: Marakas Kreatif

11 Bahan dan alatan: Langkah Penyediaan Bahan Bantu Mengajar
• Botol plastik 1. Bersihkan dan buang label pada botol.
• Butang 2. Masukkan manik atau butang ke dalam botol.
• Gelung tisu 3. Tutup kepala botol dengan penutup. Pastikan ditutup dengan kemas.
• Manik 4. Lekatkan gelung tisu pada kepala botol menggunakan gam.
• Kertas warna 5. Balut kertas warna pada gelung tisu.
• Gam 6. Hias marakas mengikut kreativiti.
• Gunting 7. Pastikan marakas kukuh dan selamat untuk dimainkan.

Rajah 11.3 Lakaran marakas kreatif

260

Pendokumentasian Penghasilan Perkusi dalam Standard Pembelajaran
Bentuk Media yang Kreatif
11.4.5 Memainkan perkusi:
Penghasilan perkusi boleh didokumentasikan dalam bentuk berikut:
(i) Mengikut tempo laju
1. Dokumentasi hasil ciptaan perkusi dengan membuat buku skrap dan lambat

(a) Penghasilan perkusi boleh didokumentasikan dengan (ii) Dengan ekspresi kuat
menghasilkan buku skrap. dan lembut

(b) Contoh maklumat yang perlu ada pada buku skrap: (iii) Dengan beat yang
• Muka surat konstan
• Pendahuluan
• Nama penghasilan perkusi yang dihasilkan (iv) Dengan iringan muzik
• Bahan-bahan dan alatan yang digunakan (v) Mengiringi lagu
• Langkah-langkah penyediaan 11.4.6 Mendokumentasikan
• Hasil penghasilan perkusi penghasilan perkusi dalam
• Keistimewaan atau kesesuaian bentuk media yang kreatif.
• Penutup

2. Dokumentasi dengan menggunakan komputer atau ICT
• Dokumentasi penghasilan perkusi juga boleh menggunakan kaedah aplikasi PowerPoint atau
video rakaman.

Rumusan 11

Perkembangan estetika dan daya kreatif melalui alat perkusi dapat dijalankan dalam pelbagai aktiviti
bersama kanak-kanak antaranya melalui nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan dan permainan
alat perkusi. Ia bukan sahaja untuk berhibur malah akan turut menyumbangkan kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi dan juga fizikal.

AKTIVITI

1. Anda diminta menghasilkan alat perkusi yang sesuai untuk kanak-kanak daripada bahan terbuang. Lakarkan
gambar rajah alat perkusi yang hendak dihasilkan. Labelkan bahan-bahan digunakan dan warnakan
dengan kreatif.

2. Dalam kumpulan, rancang dan jalankan aktiviti:
(a) Memainkan perkusi dengan iringan muzik tradisional
(b) Menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan perkusi
(c) Membuat persembahan pergerakan kreatif menggunakan perkusi yang dihasilkan

3. Dokumentasi penghasilan perkusi dalam bentuk media yang kreatif.

LATIHAN

1. Berikan definisi perkusi dan permainan perkusi.
2. Terangkan kepentingan aktiviti permainan perkusi kepada perkembangan estetika dan daya kreatif

kanak-kanak.
3. Hujahkan sejauh manakah alat perkusi dapat membantu perkembangan daya kreatif kanak-kanak.

261

11.5 Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui
Pergerakan Kreatif

Perkembangan estetika dan daya kreatif melalui pergerakan kreatif Standard Pembelajaran
merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan kanak-kanak secara 11.5.1 Menyatakan definisi
aktif dalam suasana pembelajaran muzik. Kanak-kanak diberi peluang
untuk meluahkan perasaan dan emosi mereka semasa aktiviti dijalankan. pergerakan kreatif.
Aktiviti ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek 11.5.2 Menyenaraikan contoh
emosi, kognitif dan sosial.
aktiviti pergerakan kreatif
Definisi Pergerakan Kreatif yang sesuai untuk
kanak-kanak.
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan 11.5.3 Menerangkan kepentingan
anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan aktiviti pergerakan kreatif
insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata terhadap perkembangan
lain, pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan estetika dan daya kreatif
atau tanggapan idea yang dapat dilakukan secara simbolik ketika kanak-kanak.
melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif dapat dilakukan
secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Setiap
pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan
penilaian kendiri (Muhamad, 2017).

Aktiviti Pergerakan Kreatif Kanak-kanak

11 Berikut adalah contoh aktiviti pergerakan kreatif yang sesuai untuk kanak-kanak:

Mengikut pergerakan gaya Menggunakan reben, gelung Menari mengikut irama
haiwan dan kenderaan rotan dan belantan

Mengikut bunyi Mengikut lagu dan muzik
peralatan perkusi

Kepentingan Aktiviti Pergerakan Kreatif

Kepentingan aktiviti pergerakan kreatif terhadap perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak diterangkan
seperti berikut:

• Mempertajam imaginasi, kreativiti dan sensitiviti kanak-kanak dalam mencipta dan melakukan
pergerakan kreatif

• Membina kesedaran dan apresiasi kanak-kanak terhadap bentuk yang indah dan seni dalam gerak tari
• Membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam diri kanak-kanak ketika menyelesaikan

masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan
• Membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan di dalam diri kanak-kanak ketika menyelesaikan

masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan
• Pergerakan kreatif membantu mengukuhkan kemahiran mendengar dan mengekspresi melalui pergerakan

262

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti Standard Pembelajaran
11.5.4 Menyediakan Rancangan

Pelaksanaan Aktiviti
mengikut format.

Borang Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Tajuk Aktiviti Aktiviti Pergerakan Kreatif
Bidang Pembelajaran
Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif Melalui Pergerakan Kreatif
Hasil Pembelajaran
1. Kanak-kanak mengenal pasti jenis pergerakan kreatif
Tarikh 2. Kanak-kanak dapat memilih dan mengaplikasi bahan sesuai untuk aktiviti
Umur Kanak-kanak 3. Kanak-kanak dapat menguasai pergerakan kreatif
Pengetahuan Sedia Ada
23/9/2020 Hari Isnin Masa 10:30 - 11:00 pagi
Bilangan Kanak-kanak
3 hingga 4 tahun

1. Kanak-kanak sudah boleh melakukan pergerakan
2. Kanak-kanak boleh mendengar dengan baik

10 orang

Ruang Ruangan aktiviti

Senarai Bahan dan Alat: 11
1. Speaker
2. Video 'Kalau Rasa Gembira'
3. Projektor

Langkah Pelaksanaan

Permulaan:
1. Pendidik bermesra dan berbual sambil bertanya khabar dengan kanak-kanak.
2. Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada kanak-kanak.
3. Pendidik mula memasang video lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ dan meminta kanak-kanak menonton pergerakan yang ditunjukkan pada tayangan

projektor.
Perkembangan kandungan PdP:
4. Pendidik memasang video lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ untuk kali kedua dan meminta kanak-kanak cuba mengikut bersama pergerakan yang

dibuat oleh pengasuh.
5. Pendidik juga meminta kanak-kanak ikut menyanyi bersama-sama sambil membuat pergerakan mengikut tayangan projektor.
6. Pendidik memberi galakan dan bimbingan yang berterusan kepada kanak-kanak dalam membuat pergerakan kreatif.
Penutup:
7. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak.
8. Pendidik ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

Langkah kontingensi:

Sekiranya kanak-kanak tidak mahu melakukan aktiviti, pendidik memberi dorongan kepada kanak-kanak supaya melakukan aktiviti bersama-sama
dengan rakan-rakannya.

Pengawasan:
1. Kebersihan: pendidik hendaklah sentiasa memastikan bahan, alatan dan ruang serta tempat aktiviti pergerakan kreatif yang dijalankan bersih

dan kemas.
2. Keselamatan: pendidik memastikan bahan dan peralatan serta ruang yang selamat digunakan untuk aktiviti pergerakan kreatif.
3. Kesihatan: pendidik perlu memastikan kanak-kanak sihat daripada sebarang penyakit berjangkit dan sedia melakukan aktiviti.

Penilaian dan Refleksi

Tandatangan Murid: Pengesahan Guru:
Tarikh: Tarikh:

263

Penyediaan Bahan dan Alatan yang Sesuai untuk Standard Pembelajaran
Aktiviti Pergerakan Kreatif 11.5.5 Menyediakan bahan

Berikut adalah antara bahan dan alatan yang sesuai dengan aktiviti dan alatan yang sesuai
pergerakan kreatif: dengan aktiviti.
11.5.6 Menunjuk cara dan
Bahan melaksana aktiviti
pergerakan kreatif.

Radio VCD Komputer

Alat

11

Gelung Tali Alat perkusi

Gambar foto 11.6 Penyediaan bahan dan alatan untuk aktiviti pergerakan kreatif

Tunjuk Cara dan Pelaksanaan Aktiviti Pergerakan Kreatif

Aktiviti pergerakan kreatif perlu dirancang dengan teliti supaya mencapai objektif. Berikut ialah panduan
rancangan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif untuk kanak-kanak:

Sebelum

• Rancang pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif untuk kanak-kanak menggunakan format borang
yang disediakan untuk rujukan dan panduan.

• Pilih aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang dirancang dalam rancangan tahunan. Aktiviti yang
dipilih juga perlu mengikut umur kanak-kanak.

264

Semasa

• Set induksi yang menarik akan dapat mendorong kanak-kanak memberikan perhatian kepada
aktiviti yang dijalankan. Misalnya pendidik menunjukkan tayangan video kepada kanak-kanak.

• Tayangan video itu hendaklah berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
• Pendidik menerangkan aktiviti pergerakan kreatif dengan jelas dan menggunakan bahasa yang

mudah difahami oleh kanak-kanak.
• Pendidik menunjuk cara aktiviti itu dijalankan.
• Kanak-kanak perlu membuat pergerakan sambil menyanyi lagu ‘Kalau Rasa Gembira’.
• Kanak-kanak dibimbing oleh pendidik untuk melakukan pergerakan.
• Kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pergerakan kreatif sehingga mereka berjaya lakukan

dengan baik.
• Kanak-kanak membuat persembahan pergerakan kreatif yang dipelajari secara beramai-ramai.
• Pendidik memberi pujian kepada semua kanak-kanak yang membuat pergerakan sambil menyanyi

lagu ‘Kalau Rasa Gembira’.

Selepas 11

• Kanak-kanak diberi peneguhan seperti stiker VERY GOOD dan tepukan atas kejayaan menjayakan
aktiviti seperti dirancang.

• Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak atas kerjasama menjayakan aktiviti.
• Kanak-kanak diminta untuk sama-sama mengemas semula bahan dan alatan yang digunakan

selepas aktiviti.

Penilaian dan Penambahbaikan Pergerakan Kreatif Standard Pembelajaran
11.5.7 Menilai dan menambah
Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif yang
dihasilkan oleh kanak-kanak. baik pergerakan kreatif
yang dihasilkan.

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian Cadangan
(Bulatkan) penambahbaikan
Sebelum Contoh penulisan
1. Persediaan sebelum aktiviti 123 penambahbaikan
123
2. Kesesuaian bahan bantu mengajar dengan aktiviti 123 Penyediaan
123 aktiviti pengajaran
3. Memastikan bahan pengajaran mencukupi dan selamat 123 perlu memastikan
kanak-kanak
4. Menentukan objektif sesuai mengikut tahap usia kanak-kanak 123 bersedia untuk
123 melakukan aktiviti
5. Mewujudkan persekitaran selamat dan mesra pembelajaran pengajaran dan
estetika dan daya kreatif memastikan
bahan bantu
Semasa mengajar yang
disediakan
6. Memastikan kanak-kanak bersedia untuk menerima pengajaran

7. Memerhatikan tindak balas kanak-kanak semasa
melakukan aktiviti

265

Bil Aspek Penilaian Kriteria penilaian Cadangan
(Bulatkan) penambahbaikan
8. Memberikan penerangan di setiap langkah aktiviti
9. Aktiviti disertai oleh kanak-kanak secara aktif 123 mencukupi supaya
Selepas 123 setiap kanak-kanak
10. Menulis refleksi kendiri dan pengajaran berpeluang untuk
11. Melaksanakan pentaksiran kepada setiap kanak-kanak 123 melakukan aktiviti.
123 Pendidik juga
12. Memberi peneguhan dan penghargaan kepada kanak-kanak perlu memastikan
123 pelibatan setiap
kanak-kanak
semasa melakukan
aktiviti simulasi.

Kriteria: 1. Lemah 2. Sederhana 3. Baik

Rumusan

Pergerakan kreatif merupakan elemen yang penting dalam membantu perkembangan
estetika dan daya kreatif kanak-kanak. Mempelajari pergerakan kreatif dapat membantu
kanak-kanak menunjuk bakat kreatif dan potensi mereka yang berbeza. Di samping itu, melalui
pergerakan juga akan dapat memberikan mereka peluang untuk berinteraksi dan bersosial.

11 AKTIVITI

1. Rancang aktiviti senamrobik secara berkumpulan untuk kanak-kanak 3 hingga 4 tahun. Sediakan Rancangan
Pelaksanaan Aktiviti yang lengkap mengikut format.
(a) Dalam kumpulan, lakukan demonstrasi pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif berdasarkan RPA yang
telah disediakan.
(b) Jalankan aktiviti senamrobik bersama kanak-kanak, lakukan penilaian terhadap aktiviti tersebut
mengikut cadangan penambahbaikan berdasarkan contoh borang yang telah dipelajari.

LATIHAN

1. Berikan definisi pergerakan kreatif.
2. Senaraikan bahan dan alatan yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan untuk aktiviti pergerakan kreatif.

Lengkapkan jadual di bawah:

Nama aktiviti pergerakan kreatif Bahan dan alatan yang digunakan

3. Terangkan kepentingan aktiviti pergerakan kreatif kepada perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak.

266

Ref leksi 11

Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda. 267

Perkara

Menyatakan definisi estetika dan daya kreatif.
Menyenaraikan aktiviti yang sesuai untuk perkembangan estetika dan daya kreatif mengikut
peringkat umur kanak-kanak di TASKA.
Menerangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-kanak.
Merancang dan menyediakan sudut untuk mempamerkan hasil daya kreativiti kanak-kanak.
Menilai kesesuaian sudut pameran yang disediakan.
Menghuraikan kepentingan aktiviti pembelajaran untuk perkembangan estetika dan daya
kreatif kanak-kanak.
Menyenaraikan aktiviti melukis untuk merangsang perkembangan estetika dan daya kreatif
kanak-kanak.
Menerangkan kepentingan aktiviti melukis kepada perkembangan estetika dan daya kreatif
kanak-kanak.
Menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti mengikut format.
Menyediakan bahan dan alatan melukis yang sesuai serta ruang untuk aktiviti.
Melaksanakan berdasarkan perancangan.
Menilai hasil seni lukis bersama kanak-kanak.
Mendokumentasikan aktiviti melukis dan mewarna bersama-sama kanak-kanak.
Menyenaraikan aktiviti kraf tangan untuk merangsang perkembangan estetika dan daya
kreatif kanak-kanak.
Menerangkan kepentingan aktiviti kraf tangan terhadap perkembangan estetika dan daya
kreatif kanak-kanak.
Menyediakan bahan dan alatan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kraf tangan.
Melaksanakan aktiviti kraf tangan berdasarkan perancangan.
Mendokumentasikan aktiviti kraf tangan bersama-sama kanak-kanak.
Menyatakan definisi perkusi dan permainan perkusi.
Menyenaraikan bahan dan peralatan aktiviti permainan perkusi yang sesuai untuk kanak-kanak.
Menerangkan kepentingan aktiviti permainan perkusi terhadap perkembangan estetika dan
daya kreatif kanak-kanak.
Mereka cipta dan menghasilkan perkusi yang sesuai untuk kanak-kanak.
Memainkan perkusi mengikut tempo laju dan lambat, dengan ekspresi kuat dan lembut,
dengan beat yang konstan, dengan iringan muzik dan mengiringi lagu.
Mendokumentasikan penghasilan perkusi dalam bentuk media yang kreatif.
Menyatakan definisi pergerakan kreatif.
Menyenaraikan contoh aktiviti pergerakan kreatif yang sesuai untuk kanak-kanak.
Menerangkan kepentingan aktiviti pergerakan kreatif terhadap perkembangan estetika dan
daya kreatif kanak-kanak.
Menyediakan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti mengikut format.
Menyediakan bahan dan alatan yang sesuai dengan aktiviti.
Menunjuk cara dan melaksanakan aktiviti pergerakan kreatif.
Menilai dan menambah baik pergerakan kreatif yang dihasilkan.


Data Loading...