MOBILE LAGEND HARI KEUSAHAWANAN SKTD 2022 - PDF Flipbook

MOBILE LAGEND 1

105 Views
7 Downloads
PDF 1,823,950 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Kelayakan Pemain

▪ Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai 1 pasukan sahaja. Peserta/pasukan
dilarang sama sekali mendaftar lebih daripada satu (1) pasukan

▪ Peserta diwajibkan untuk MEMBAWA dokumen pengesahan (I/C) dan (STAFF ID)
SEMASA PENDAFTARAN

▪ Pemain yg mendaftar melebihi daripada satu pasukan akan DISINGKIRKAN dari
pertandingan.

▪ 5 ahli pasukan adalah wajib

Umum

▪ Sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh JAWATAN KUASA untuk mengawal selia
pertandingan mengikut syarat dan peraturan akan dipanggil “admin” atau
“Marshall”

Komitmen

▪ Dengan menghadiri pertandingan ini peserta mengakui untuk mematuhi syarat dan
peraturan, pengumuman rasmi dan kenyataan serta keputusan dibuat oleh pengadil.

▪ Setiap peserta mengakui hak bagi pihak pentadbiran untuk menukar syarat dan
peraturan bagi tujuan pelarasan pada bila-bila masa tanpa notis.

▪ Setiap pemain/pasukan haruslah bersedia dengan data internet masing-masing.

Peralatan Ketika Pertandingan

▪ Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bertanding
dalam keseluruhan kejohanan dibawah selia. Peranti-peranti lain seperti tablet
TIDAK DIBENARKAN. - Aksesori tambahan selain kabel USB, Plug extension, cooling
fan, powerbank dan headphone/headset/earphone adalah dibenarkan sepanjang
kejohanan ini berlangsung.

BUKU PERATURAN (MLBB)

Peraturan Didalam Permainan (Ingame)

▪ Konsep 3 Hero Banned akan digunakan untuk kedua-dua pasukan dan hero baru
adalah dilarang (kurang daripada 2 minggu tarikh hero dikeluaran).

Pasukan & Pemain

▪ Setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain bagi Satu pasukan sahaja. Bagi
mereka yg bermain lebih dari satu pasukan, kedua dua pasukan akan disingkirkan
serta merta dan pemain itu akan DIHALANG dari Bertanding Dalam mana mana
Kejohanan.

Jadual

▪ Jadual akan diberitahu hal ini di dalam GROUP WS. Jadual ini Termasuk waktu bagi
setiap perlawanan. Penjadualan Semula hanya Akan mengikut Situasi Yang Tidak
Boleh dielakkan dan perlu disahkan oleh pihak pentadbiran.

Sebelum Mula Perlawanan

▪ Semua pemain diwajibkan untuk mendaftarkan diri di tempat kejohanan jika tidak
berbuat demikian, pasukan anda akan dikira menarik diri

▪ Setiap ketua pasukan hendaklah menambah rakan pasukan lawan anda mengikut
kumpulan yang dibahagikan. Setiap id pihak admin/marshall akan sediakan. Untuk
memudahkan semasa pertandingan

▪ Hanya pemain yang BERMAIN sahaja yang dibenarkan berada di Tempat yang
disediakan (Gelanggang Kejohanan). Pemain tambahan / Support Team / Cheerteam
/Family / Relative akan duduk di kawasan penyorak .

Ketika Perlawanan

▪ Bagi perlawanan yang tidak di siarkan secara langsung, Kapten pasukan yang berada
di upper bracket akan menjemput kapten pasukan lawan yang berada di lower
bracket.(perlawanan diadakan dalam mod custom)

▪ Setiap pasukan yang menjemput kapten pasukan lawan, pasukan tersebut akan
berada di Second Pick dan Pasukan yang dijemput masuk itu akan berada di First Pick

▪ Rematch hanya dibenarkan apabila permainan bermula kurang daripada 1 minit.
Sebarang lag atau disconnection selepas 1 minit adalah tanggungjawab sendiri.
( SILA MENGANGKAT TANGAN UNTUK MENDAPATKAN PERTOLONGAN DARIPADA
ADMIN/HEADQUATER DENGAN SEGERA UNTUK REMATCH BAGI MENGELAKKAN
SEBARANGKETIDAKADILAN )

Akhir Perlawanan

▪ Kapten pasukan perlu sediakan tangkapan skrin (screenshot) markah akhir bagi
setiap perlawanan dan serahkan kepada marshall yang bertugas di tempat
kejohanan.
( HANYA TEAM YANG MEMENANGI SETIAP PERLAWANAN SAHAJA PERLU
MENYERAHKAN SCREENSHOT PADA MARSHALL YANG BERTUGAS )

FORMAT PERTANDINGAN.

▪ FORMAT PERTANDINGAN SECARA LIGA DAN BEST OF 1 (B01) BAGI SETIAP
PERLAWANAN

PERATURAN DI DALAM IN GAME

▪ Pemain dilarang “chat all”, hanya dibenarkan chat all untuk meminta paused sahaja
▪ Setiap pasukan hanya diberkan “SEKALI SAHAJA PAUSED BAGI SETIAP MATCH

SELAMA 2 MINIT”
▪ Bagi perlawanan yang tiada live, jika perlawanan anda mempunyai masalah dari segi

lag dah sebagainya. sila maklum kepada admin dan perlu menghantar bukti
“SCREEN RECORD” yang berdurasi 30 saat oleh player yang bermasalah sebelum
minit 3 perlawanan

PENYELESAIAN UNTUK KES EXTREME.

▪ Sekiranya berlaku keadaan yang luar kawalan seperti kegagalan rangkaian atau
peralatan (termasuk status rangkaian yang menjadikan telefon pintar lag), atau
critical bug yang mempengaruhi satu atau lebih pemain. EO akan memutuskan cara
untuk meneruskan perlawanan berdasarkan fakta dan keadaan yang ada pada masa
itu.

▪ Sekiranya ada keadaan di mana perlawanan diteruskan walaupun satu atau lebih
pemain menghadapi keadaan melampau atau critical bug yang menyebabkan
remake perlu diadakan dan ianya tidak melibatkan permasalahan atau kesilapan EO
atau pemain. Keputusan untuk meneruskan perlawanan atau remake perlawanan
akan dibuat berdasarkan beberapa faktor seperti:

i. Progress perlawanan.

ii. Sama ada pemain membuat laporan dalam masa yang ditetapkan.

▪ Pemain yang mengemukakan laporan palsu atau mengelirukan akan disingkirkan
serta merta. Pemain yang mengemukakan laporan palsu atau mengelirukan akan
disingkirkan.

Notis Penting:

▪ Setiap pemain perlu bersedia dengan data internet masing-masing. Sambungan
internet tidak akan disediakan oleh pihak penganjur atas sebab kejohanan ini akan
berlangsung secara ATAS TALIAN di setiap perlawanan.

▪ Setiap pemain perlu mengaku kalah ketika ‘lag’. Setiap pemain disarankan untuk
memeriksa sambungan internet dan data sebelum perlawanan dimulakan.

▪ Pasukan yang tidak hadir atau ketua pasukan yang gagal untuk melapor diri kepada
penganjur atau marshall dalam waktu yang dinyatakan akan hilang kelayakanc
secara automatik.

▪ Pemain dan pasukan perlu bertanggungjawab untuk mengelakkan kelewatan bagi
waktu dan jadual perlawanan.

▪ Profaniti, penderaan lisan dan sebarang bentuk gangguan yang disengajakan adalah
dilarang sama sekali dan akan menyebabkan hilangnya kelayakan jika ditangkap.

▪ Penggunaan peranti selain telefon pintar, aplikasi ‘third party’ adalah dilarang sama
sekali. Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan tersebut akan disingkirkan serta
merta daripada kejohanan dan dilarang menyertai mana mana kejohanan dibawah
selia ahli jawatan kuasa kejohanan.

TENTATIF PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS
HARI KEUSAHAWANAN SK TASIK DAMAI 2022

MASA AKTIVITI
7.00 PG KETIBAAN URUSETIA PERTANDINGAN
7.30 PG PENDAFTARAN PEMAIN
8.30 PG TAKLIMAT RINGKAS
9.00 PG PERTANDINGAN BERMULA
1.00 PTG SEPARUH AKHIR
2.00 PTG AKHIR
3.00 PTG MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
4.00 PTG BERSURAI


Data Loading...