INFO SEKOLAHKU SEJAHTERA - PDF Flipbook

INFO SEKOLAHKU SEJAHTERA

192 Views
18 Downloads
PDF 772,326 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


sk putrajaya presInt 11(1) Sekolah Berprestasi Tinggi

INFO SEKOLAHKU SEJAHTERA

Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah: S – Selamat, Seronok dan Sihat E – Etika dan Empati J – Jati Diri A – Adab Sopan H – Harmoni T – Tekun, Teliti dan Terampil E – Eksplorasi R – Rasional A – Artikulasi

ELEMEN SEJAHTERA SELAMAT Persekitaran institusi pendidikan yang aman dan tenteram serta terpelihra daripada ancaman dah bahaya. SERONOK Suasana pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan yang menggembirakan

SIHAT Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan serta kebersihan diri dan persekitarn ETIKA Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya dalam aspek integriti

EMPATI Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka JATI DIRI Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam mencorak keperibadian unggul

ADAB SOPAN Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik HARMONI Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripadapelbagai latar belakang

TEKUN Rajin dan bersungguhsungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab TELITI Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan

TERAMPIL Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab EKSPLORASI Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan

RASIONAL Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka ARTIKULASI Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta.

Terima Kasih

Data Loading...