Garis Panduan Instrumen PBPPP - PDF Flipbook

PBPPP

101 Views
11 Downloads
PDF 0 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


KANDUNGAN

1. GARIS PANDUAN INSTRUMEN GENERIK
2. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PdP GURU
3. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN [PT (A) ]
4. GARIS PANDUAN INSTRUMEN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING [GBK]
5. GARIS PANDUAN INSTRUMEN JURULATIH
6. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PdP PENSYARAH
7. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN [PT (B) ]
8. GARIS PANDUAN INSTRUMEN FASILITATOR
9. GARIS PANDUAN INSTRUMEN KAUNSELOR
10. GARIS PANDUAN INSTRUMEN PEGAWAI PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

KHAS [3PK]
11. JAWATANKUASA PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN
12. AHLI PANEL PENGGUBALAN GARIS PANDUAN INSTRUMEN



D1 : PROFESIONALISME
E1
A1.1 : NILAI PROFESIONAL
HURAIAN
: AMALAN PROFESIONAL

Amalan profesional ialah keupayaan pegawai untuk mengetahui, memahami, mematuhi dan
mempamerkan tingkah laku beretika sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Mengetahui dan memahami ialah keupayaan pegawai untuk menjelaskan tingkah laku
beretika.
Mempamerkan ialah keupayaan pegawai untuk memperlihatkan tingkah laku beretika.
Mematuhi ialah keupayaan pegawai untuk patuh kepada tingkah laku beretika.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
- mengetahui, memahami, mematuhi dan mempamerkan:

- Etika Kerja Penjawat Awam,
Contoh: amanah, berketrampilan, integriti dan sebagainya.

- Semangat patriotisme, non-partisan, neutrality dan mematuhi tata kelakuan sebagai
penjawat awam
Contoh :
i. cinta dan taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara serta kerajaan
(Goverment of the day)
ii. menjalankan tugas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik
iii. tidak mengutamakan kepentingan peribadi sehingga membelakangkan tugas
awam

- Etika Keguruan
Contoh : kecintaan terhadap profesion

- Etika Kaunseling – berdasarkan Akta 580 (GBKSM dan Kaunselor)
Contoh: boleh diteladani

PENJELASAN Kaedah pemerhatian
KAEDAH
PENILAIAN Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung terhadap tingkah laku
dan amalan kerja harian mengikut etika atau garis panduan yang berkuat kuasa.

D1 : PROFESIONALISME
E1
A1.2 : NILAI PROFESIONAL
: HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN
HURAIAN
Hubungan dengan pelanggan ialah interaksi pegawai dengan pelanggan yang berkaitan
dengan bidang tugasnya.

Interaksi merujuk kepada semua bentuk hubungan seperti perbualan bersemuka, panggilan
telefon, e-mel dan bentuk-bentuk lain hubungan profesional dan rasmi.

Pelanggan ialah murid, ibu bapa, guru, pegawai-pegawai di PPD, JPN dan KPM serta orang
awam yang berurusan dengan organisasi KPM.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 mewujudkan hubungan yang positif dengan pelanggan

Contoh:
- kesantunan
- kemesraan
- adil
- hormat-menghormati
- percaya-mempercayai
- segera mengambil tindakan

 berinteraksi untuk menyempurnakan tugas dalam bidang kerjanya

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 e-mel
 surat
 memo
 media sosial
 foto
 video
 keratan akhbar
 bahan-bahan lain

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

Bagaimanakah anda melayan pelanggan?

Pemerhatian

Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.1 : MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN
HURAIAN
Mengutamakan pencapaian ialah keupayaan pegawai untuk memberikan komitmen dan
menunjukkan sikap profesional dalam menyelesaikan tugasan.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 menunjukkan kesungguhan dalam mencapai matlamat

 menunjukkan keprihatinan terhadap kecekapan dan kecemerlangan penyampaian
perkhidmatan

 berusaha dalam mencapai matlamat
 menyelesaikan tugasan dengan kesungguhan yang tinggi

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 bahan-bahan lain yang sesuai

Pemerhatian

Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.2 : KEPANTASAN BERTINDAK

HURAIAN Kepantasan bertindak ialah keupayaan pegawai untuk menyelesaikan tugasan dalam tempoh
yang diberikan dan mencapai hasil/ objektif.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 melaksanakan sesuatu arahan/ tugasan berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang
ditetapkan

 bertindak dengan berkesan dalam menyelesaikan tugasan mengikut sasaran kerja
dan tempoh masa yang ditetapkan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan?

Pemerhatian

Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.3
: KEMATANGAN EMOSI DAN KEYAKINAN DIRI
HURAIAN
Kematangan emosi dan keyakinan diri ialah keupayaan pegawai untuk menguruskan
perasaan, fikiran dan keyakinan diri bagi mengawal tindakan.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 memahami keadaan emosi diri sendiri dan individu lain serta menggunakan
pemahaman tersebut untuk kebaikan organisasi

 mempercayai kebolehan diri sendiri untuk melaksanakan tugas

 memilih tindakan yang berkesan bagi sebarang tugasan atau masalah

 memanipulasi emosi diri sendiri dan individu lain untuk meningkatkan keyakinan
serta tindakan demi kebaikan organisasi semasa menjalankan tugas

PENJELASAN Pemerhatian
KAEDAH Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung.
PENILAIAN

D1 : PROFESIONALISME
E2
A2.4 : SAHSIAH
HURAIAN : BUDAYA KERJA SEPASUKAN

Budaya kerja sepasukan ialah keupayaan pegawai untuk melibatkan diri secara
berkumpulan bagi menyelesaikan tugas-tugas harian yang bersesuaian.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 mewujudkan suasana kerja sepasukan yang harmoni dan mesra

 menyesuaikan diri dalam semua keadaan ke arah mencapai visi dan misi
organisasi

 melibatkan diri dalam kerja secara berkumpulan bagi menyelesaikan tugasan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 bahan-bahan lain yang sesuai

Pemerhatian

Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E2 : SAHSIAH
A2.5 : BERFOKUSKAN PELANGGAN
HURAIAN
Berfokuskan pelanggan ialah keupayaan pegawai untuk mengutamakan dan memenuhi
keperluan pelanggan yang berkaitan dengan bidang tugasnya.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 memberikan tumpuan bagi memahami dan memenuhi kehendak atau keperluan
pelanggan

 mengutamakan dan memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 kamera litar tertutup
 soal selidik
 bahan-bahan lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Adakah anda sentiasa mengutamakan pelanggan?
Pemerhatian
Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.1 : KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
HURAIAN
Kepimpinan berwawasan dan membuat keputusan ialah keupayaan pegawai untuk
menetapkan hala tuju dan menggerakkan sumber untuk membuat keputusan.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 menetapkan hala tuju / matlamat organisasi / sasaran

 membangkitkan komitmen pasukan
 mempunyai keinginan untuk memimpin yang lain dalam usaha mencapai matlamat

organisasi / sasaran

 membuat keputusan secara berkesan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Adakah keputusan yang dibuat memberikan impak kepada organisasi?

 Adakah anda faham hala tuju organisasi?

Pemerhatian
Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E3
A3.2 : POTENSI
HURAIAN
: PENYESUAIAN PERUBAHAN

Penyesuaian perubahan ialah keupayaan pegawai untuk menerima dan menyesuaikan diri
dengan perubahan dan cabaran dalam tugas, kepimpinan dan dasar organisasi.
Perubahan merujuk kepada pertukaran kepimpinan, dasar-dasar baharu, keadaan dan
tugas yang berbeza.
Cabaran merujuk kepada sesuatu yang menguji kemampuan atau ketabahan seseorang
pegawai dalam bidang tugas.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  menerima perubahan dan menghadapi cabaran
 menyesuaikan diri dengan perubahan
 menghadapi cabaran ketika menyelesaikan masalah

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Bagaimanakah anda menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam pengajaran?

Pemerhatian
Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.3 : KEINGINAN MENIMBA PENGETAHUAN
HURAIAN
Keinginan menimba pengetahuan ialah keupayaan pegawai untuk mempelajari ilmu,
kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah semasa menjalankan tugas.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  mempelajari perkara baharu bagi mendapatkan maklumat
 menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan
 meningkatkan ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi menyelesaikan masalah

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM)
 bahan-bahan lain yang sesuai

Pemerhatian
Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E3 : POTENSI
A3.4 : PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
HURAIAN
Pemikiran kreatif dan inovatif ialah keupayaan pegawai untuk menghasilkan idea atau
melakukan penambahbaikan dalam bidang tugas.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  menghasilkan idea
 memperkenalkan sesuatu yang baharu
 menghasilkan buah fikiran yang baharu
 melaksanakan penambahbaikan dalam bidang tugas

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 audio
 video
 bahan bercetak
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Apakah bentuk inovasi yang telah anda laksanakan dalam organisasi?

Pemerhatian
Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E4
A4.1 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
HURAIAN
: DASAR-DASAR KERAJAAN

Dasar-dasar kerajaan ialah keupayaan pegawai untuk mengetahui, memahami dan
menghayati dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  mengetahui, memahami dan mematuhi dasar utama KPM
 menyatakan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan bidang tugas
 mematuhi dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan tugas harian

PENJELASAN Temu bual
KAEDAH Contoh soalan yang boleh diajukan:
PENILAIAN
 Jelaskan anjakan-anjakan dalam PPPM.
 Soalan tentang dasar-dasar kerajaan yang lain

D1 : PROFESIONALISME
E4
A4.2 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
HURAIAN
: PERATURAN DAN PEKELILING

Peraturan dan pekeliling ialah keupayaan pegawai untuk mengetahui, memahami dan
mematuhi peraturan dan pekeliling yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 mengetahui, memahami dan mematuhi pekeliling utama mengikut bidang tugas
yang berkaitan

 menyatakan peraturan dan pekeliling yang berkaitan

 mengamalkan peraturan dan pekeliling dalam tugas harian

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 dokumen profil individu
 surat-surat pekeliling
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Jelaskan kandungan surat pekeliling tentang etika berpakaian penjawat awam?

D1 : PROFESIONALISME
E4 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN
A4.3 : PENGUASAAN BIDANG TUGAS
HURAIAN
Penguasaan bidang tugas ialah keupayaan pegawai untuk melaksanakan fungsi bidang
tugas.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  mengetahui dan menguasai fungsi bidang tugas
 menjelaskan fungsi bidang tugas dengan terperinci
 memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada rakan sekerja
 menjadi sumber rujukan kepada pelanggan dan organisasi

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 kertas cadangan
 kertas kerja
 laporan program
 gambar
 video
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh dikemukakan:

 Bagaimanakah anda menggunakan kepakaran anda untuk membantu rakan
sejawatan ?

D1 : PROFESIONALISME
E4
A4.4 : KEILMUAN DAN PENGETAHUAN

HURAIAN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merujuk kepada keupayaan pegawai untuk
menguasai ilmu dan pengetahuan tentang TMK dan mengintegrasi serta membudayakan
TMK dalam bidang tugas.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  mengetahui dan memahami TMK dalam bidang tugas
 menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang TMK
 menguasai TMK dalam bidang tugas
 mengintegrasikan pelbagai komponen TMK dalam bidang tugas
 mengaplikasikan TMK dalam bidang tugas dan kehidupan harian
 membudayakan peningkatan ilmu TMK

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 blog
 Frog VLE
 e-mel
 brosur
 memo dalaman
 bahan-bahan lain yang sesuai

Temu bual
Contoh soalan yang boleh dikemukakan:

 Bagaimanakah anda mengaplikasikan TMK dalam bidang tugas?

Pemerhatian
Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E5 : KESEDIAAN DAN KEWIBAWAAN
A5.1
HURAIAN : KESEDIAAN MENJALANKAN ARAHAN / TUGAS-TUGAS LAIN

Mematuhi arahan yang berkaitan dengan tugas dan kepentingan organisasi
Tugas-tugas lain selain tugas hakiki merujuk kepada keupayaan pegawai untuk
melaksanakan tugas-tugas lain selain tugas hakiki dalam / luar organisasi tempat bertugas.

PENJELASAN Keupayaan dan kesediaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 melaksanakan arahan / tugas-tugas lain selain tugas hakiki yang diarahkan oleh
ketua jabatan dari semasa ke semasa dalam / luar organisasi yang meliputi:

- tugas yang perlu dilaksanakan
- kepentingan institusi tempat bertugas
- tugas hakiki yang lain

Contoh tugas-tugas lain selain tugas hakiki anjuran agensi dalam dan luar
organisasi;

Guru Akademik dilantik menjadi:
- Jurulatih Utama peringkat PPD/ JPN/ KPM
- penceramah
- fasilitator
- hakim pertandingan
- panel penggubal item
- pengawas peperiksaan awam
- tugas-tugas lain yang berkaitan

Guru Sukan dilantik menjadi:
- pengadil bola sepak
- pengadil MSSM
- pengadil FAM
- pengurus pasukan bola sepak daerah/ negeri
- tugas-tugas lain yang berkaitan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 surat
 sijil
 video
 brosur
 gambar
 bahan-bahan lain yang sesuai

Pemerhatian

Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D1 : PROFESIONALISME
E5 : KESEDIAAN DAN KEWIBAWAAN
A5.2 : KEUPAYAAN MELAKSANAKAN BIMBINGAN DAN PEMENTORAN

HURAIAN Bimbingan dan pementoran ialah keupayaan pegawai untuk berkongsi idea, memberikan
tunjuk ajar, menggalakkan dan memotivasikan orang lain bagi meningkatkan ilmu atau
kemahiran dalam bidang tugas.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 berkongsi idea, memberi bimbingan atau konsultasi untuk meningkatkan ilmu atau
kemahiran

 menggalakkan dan memotivasikan rakan sekerja atau pegawai / kakitangan di
bawah seliaan bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran

 bersedia untuk berkongsi idea dalam melaksanakan tugas-tugas harian

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 buku log pementoran
 catatan refleksi guru
 dokumen PLC
 portfolio PPPB
 gambar
 video
 bahan-bahan lain yang sesuai

Pemerhatian

Penilaian berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung

D2 : PENGLIBATAN
E1 : HUBUNGAN LUAR
A1.1 : JALINAN DAN JARINGAN (NETWORKING AND LINKAGES)

HURAIAN Jalinan dan jaringan (networking and linkages) ialah keupayaan pegawai untuk
mewujudkan hubungan dengan pihak luar bagi meningkatkan keupayaan melaksanakan
tugasan.

Jalinan ialah kerjasama / kolaborasi / perkongsian pintar antara organisasi pegawai dengan
pihak luar yang bukan dalam bidang yang sama.
Contoh: Pihak institusi pendidikan dengan bukan institusi pendidikan sama ada pihak
kerajaan / swasta / NGO / komuniti lain sama ada di dalam atau di luar negara

Jaringan ialah kerjasama / kolaborasi / perkongsian pintar antara organisasi pegawai
dengan pihak luar dalam bidang yang sama.
Contoh: Pihak institusi pendidikan dengan institusi pendidikan lain sama ada pihak kerajaan
/ swasta sama ada di dalam atau di luar negara

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 mewujudkan dan membina hubungan secara kolaboratif, perkongsian pintar dan
seumpamanya dengan pihak luar berkaitan dengan bidang tugas.

 Mewujudkan kerjasama bagi membantu pegawai untuk meningkatkan prestasi
dalam bidang tugas dengan pelbagai cara.

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 gambar
 video
 laporan program
 brosur
 bahan-bahan lain yang sesuai

D2 : PENGLIBATAN
E2 : SUMBANGAN
A2.1 : SUMBANGAN PROFESIONAL DAN / ATAU SOSIAL

HURAIAN Sumbangan profesional dan / atau sosial ialah keupayaan pegawai untuk menyumbangkan
tenaga dan kepakaran di luar tugas rasmi.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
- melibatkan diri dalam memberikan sumbangan profesional dan / atau sosial selain
tugasan hakiki dan tugasan sampingan

Sumbangan profesional merujuk kepada semua yang berikut:

- mempunyai kaitan bidang kepakaran
- pemeriksa kertas peperiksaan awam
- penglibatan dalam atau luar organisasi
- mempunyai pilihan menerima atau menolak
- mendapat kebenaran ketua jabatan semasa waktu bekerja
- memaklumkan kepada ketua jabatan jika di luar waktu bekerja

Contoh Sumbangan Profesional:

Kegiatan dan sumbangan berdasarkan bidang kepakaran di luar tugas rasmi
yang berfaedah kepada organisasi/ komuniti/ negara pada tahun yang dinilai tidak
termasuk pertubuhan politik (merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 /2012)

o Penceramah dalam atau luar organisasi berkaitan bidang kepakaran
o Jurulatih hoki peringkat PPD/ JPN/ KPM atau di luar organisasi
o Guru agama - menjadi hakim tilawah peringkat PPD/ JPN/ KPM atau di luar

organisasi seperti daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa

Sumbangan sosial merujuk kepada semua yang berikut:

- ada/ tiada kaitan bidang kepakaran.
- penglibatan di luar organisasi.
- mempunyai pilihan menerima atau menolak.
- mendapat kebenaran ketua jabatan semasa waktu bekerja
- memaklumkan kepada ketua jabatan jika di luar waktu bekerja

Contoh sumbangan sosial:

Kegiatan dan sumbangan yang ada/ tiada kaitan bidang kepakaran di luar tugas
rasmi yang berfaedah kepada organisasi/ komuniti/ negara pada tahun yang dinilai
tidak termasuk pertubuhan politik. (merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 /2012)

- Penceramah untuk komuniti / persatuan yang ada kaitan / tiada kaitan dengan
kepakaran

- Guru agama – menjadi hakim / menyampaikan kuliah agama / imam / bilal /
pegawai masjid dll.

- JK surau / masjid, PIBG, Majlis Permuafakatan Penduduk dll
- Ahli /JK persatuan atau NGO dll
- Melibatkan diri dalam program/ aktiviti kemasyarakatan anjuran pelbagai pihak

-Sumbangan merujuk kepada keaktifan (bilangan sumbangan/ penglibatan/ aktiviti) yang
disertai kepada sesuatu organisasi di luar jabatan dan berkualiti.

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 sijil
 surat
 gambar
 video
 laporan program
 keratan akhbar
 brosur
 cenderamata
 bahan-bahan lain yang sesuai



D3 : KEMAHIRAN
E1
A1.1 : PERANCANGAN PdP

HURAIAN : PENGETAHUAN

Pengetahuan PdP ialah ilmu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru.
Pengetahuan PdP berdasarkan sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum/ Majlis Peperiksaan Malaysia.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 menguasai isi kandungan bidang yang berkaitan seperti istilah, konsep dan prosedur

- mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar

 menguasai pengetahuan pedagogi yang dinyatakan melalui teknik/ kaedah/ strategi
penyampaian yang telah dirancang.

- mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan penyampaian ilmu dalam pelbagai
teknik/ kaedah/ strategi yang berkesan dalam proses PdP.

 menunjukkan kepekaan terhadap ciri-ciri dan gaya pembelajaran murid/ tahap penguasaan
murid

- mempunyai kepekaan yang tinggi berkaitan dengan ciri-ciri dan gaya pembelajaran
murid/ tahap penguasaan murid.

 menggabungjalinkan pengetahuan pedagogi dengan isi kandungan dalam merancang PdP
untuk penyampaian yang berkesan.

- berupaya untuk menyesuaikan teknik penyampaian dan kandungan mata pelajaran.

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 Sukatan Pelajaran terkini
 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
 Rancangan Pendidikan Individu- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (RPI)
 buku panduan / manual yang berkaitan dengan kurikulum
 rekod pencapaian murid bagi kelas yang diajar
 dokumen lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Apakah perubahan terbaharu Sukatan Pelajaran?
 Mengapakah strategi ini dipilih?

D3 : KEMAHIRAN
E1
A1.2 : PERANCANGAN PdP
: PERANCANGAN
HURAIAN
Perancangan bermaksud rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah/ makmal/ pusat pembelajaran dalam jangka masa
tertentu.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mengikut prosedur yang
ditetapkan

- penulisan buku rekod mengikut pekeliling SPI Bil. 3/1999

 merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengikut prosedur yang
ditetapkan

- penulisan RPH mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Panitia Mata
Pelajaran/ Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

 memilih bahan bantu belajar/ sumber pendidikan

- pemilihan bahan perlu berdasarkan kesesuaian, mudah digunakan, mesra guru dan
murid, dan berkesan sebagai bahan bantu untuk memudahkan murid memahami dan
menguasai isi pelajaran

 menentukan strategi, teknik dan kaedah pengajaran

- mengenal pasti strategi, teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keupayaan
murid serta pengurusan masa yang cekap dalam proses PdP.

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
 Rancangan Pendidikan Individu- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (RPI)
 Bahan Bantu Belajar
 Buku Rekod Mengajar
 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E1 : PERANCANGAN PdP
A1.3 : PENGETAHUAN PENTAKSIRAN

HURAIAN Pengetahuan Pentaksiran merangkumi ilmu pengetahuan untuk membuat ujian formatif dan
sumatif.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 membina item pentaksiran
- membuat soalan berdasarkan topik/ sukatan

 membuat analisis item
- membuat analisis item berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan
menyediakan laporan/ maklum balas untuk penambahbaikan.

 membuat tindakan susulan
- mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah/
kelemahan yang ada.

 menyediakan soalan secara berhierarki (mudah kepada sukar) berdasarkan teori tertentu bagi
mengetahui kesediaan murid/ pengetahuan sedia ada murid.

- Menyediakan soalan berdasarkan taksonomi Bloom.

 menganalisis keperluan murid berasaskan pengetahuan sedia ada murid
- memahami masalah yang dialami oleh murid dalam isi pelajaran dan bentuk soalan yang
paling sesuai.

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 Jadual Spesifikasi Ujian/ Item
 item pentaksiran
 peraturan pemarkahan
 moderasi/ penyelarasan pemarkahan
 analisis item dan data
 tindakan susulan
 bank soalan
 dokumen lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Bagaimanakah anda membina item pentaksiran?
 Apakah aras taksonomi Bloom untuk murid pada tahap sederhana?

D3 : KEMAHIRAN
E2
A2.1 : PELAKSANAAN PdP

HURAIAN : PENYAMPAIAN

Penyampaian bermaksud usaha guru untuk menyalurkan ilmu kepada murid. Penyampaian isi
pengajaran hendaklah tersusun, lancar dan merangkumi permulaan, perkembangan dan
penutup pengajaran.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 mengawal kelas dan masa penyampaian

- mengawal kelas secara berkesan supaya dapat membentuk sahsiah dan membantu
murid untuk memahami kandungan pelajaran yang diajar, serta melaksanakan
pengurusan kelas mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.

 menyampaikan PdP yang berkesan
- melaksanakan langkah-langkah penyampaian pengajaran yang memenuhi kriteria PdP
yang berkesan berdasarkan:

i. set induksi
ii. penyampaian dan perkembangan
iii. rumusan
iv. refleksi/ impak/ penilaian

 menggalakkan penglibatan murid melalui aktiviti penyampaian yang berkesan.

- menggunakan kaedah penyampaian yang dapat menarik minat, penglibatan aktif dan
murid memahami isi pelajaran yang disampaikan.

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 Buku Rekod Mengajar/ Dokumen Rekod Mengajar
 buku latihan
 buku/ lembaran kerja

 bahan bantu belajar
 dokumen lain yang berkaitan

Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

 pengurusan kelas/ bilik darjah selamat, kondusif dan terkawal
 set induksi yang merangsang murid dan berkaitan dengan tajuk pelajaran
 penyampaian dan perkembangan PdP yang kreatif dan berkesan.
 cekap menguruskan masa

D3 : KEMAHIRAN
E2
A2.2 : PELAKSANAAN PdP
HURAIAN
: PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN

Penggunaan sumber pendidikan bermaksud guru menggunakan bahan bantu belajar seperti
buku teks, buku rujukan, bahan multimedia, bahan bukan buku, surat khabar, majalah, internet
dan sebagainya.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 memilih sumber pendidikan yang menarik, selamat dan berkesan

- sumber pendidikan yang digunakan menarik, selamat dan berkesan serta dapat
membantu murid memahami isi pelajaran.

 menyediakan sumber pendidikan yang berkesan

- sumber pendidikan yang disediakan mestilah berkesan mengikut aspek ruang, masa
dan keperluan.

 menggunakan sumber pendidikan yang berkesan

- sumber pendidikan digunakan secara optimum

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
 internet / multimedia
 buku/ majalah / surat khabar
 dokumen lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Adakah bahan sumber pendidikan yang digunakan dapat membantu pemahaman
murid?

 Apakah impak bahan sumber pendidikan kepada PdP?

Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:

 bahan sumber pendidikan digunakan secara optimum.
 bahan sumber pendidikan yang digunakan bertepatan dengan isi pelajaran.

Pemerhatian

 Memantau bahan sumber pendidikan
 Mengenal pasti daya usaha dan cara penyediaan bahan sumber pendidikan.

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN PdP
A2.3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
HURAIAN
Kemahiran komunikasi ialah kebolehan memindahkan maklumat, perasaan, idea,
dan fikiran individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 berkomunikasi dengan berkesan bagi menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP

- menggunakan bahasa yang jelas, mudah dan tepat.

 mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan

- memberikan perhatian, membuat pertimbangan dan memberi maklum balas yang
sewajarnya

 menerapkan nilai-nilai murni dalam komunikasi

- menanamkan/ memupuk nilai-nilai murni dalam komunikasi serta mengamalkan
kemahiran insaniah.

PENJELASAN Temu bual
KAEDAH Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:
PENILAIAN
 Apakah bentuk komunikasi yang digunakan sama ada sehala atau dua hala?

 Adakah menggunakan bahasa yang sopan dan beradab?

Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

 menggunakan bahasa yang mudah difahami
 sebutan yang jelas
 nada dan intonasi yang sesuai
 menjadi pendengar yang baik
 berkomunikasi secara sopan

D3 : KEMAHIRAN
E2
A2.4 : PELAKSANAAN PdP
HURAIAN
: TEKNIK PENYOALAN

Teknik penyoalan merangkumi usaha-usaha untuk menyampaikan dan mendapatkan
maklumat, fakta, konsep dan prinsip sesuatu bidang ilmu serta meningkatkan kemahiran
berfikir murid.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  mempelbagaikan teknik penyoalan bagi menggalakkan murid berfikir.

- memerlukan teknik penyoalan yang pelbagai dan mempunyai unsur kreativiti dan
inovasi.

 mempelbagaikan teknik penyoalan yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman murid.
- memudahkan murid memahami soalan mengikut tahap pencapaian

 mengemukakan soalan yang mampu mendorong minat serta pemikiran kritis dan kreatif.
- mengemukakan soalan yang mempunyai unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 kertas ujian

 soalan latihan

 kuiz
 contoh-contoh lain yang sesuai

Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Apakah teknik penyoalan yang digunakan?
 Adakah teknik penyoalan dapat membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis?

Pencerapan
 Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan / tidak berkesan
 Teknik penyoalan dapat merangsang murid untuk memberikan jawapan.

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PELAKSANAAN PdP
A2.5 : PENGLIBATAN DAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID

HURAIAN Penglibatan dan penguasaan pembelajaran murid ialah penyertaan murid dalam proses PdP
dan penguasaan murid dalam isi pelajaran.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 menggalakkan penglibatan dan penguasaan murid dalam pembelajaran
- memastikan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan boleh memberikan
respons yang baik

 menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP
- menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam PdP.

 menggalakkan murid memberikan tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu PdP
- menggunakan kreativiti guru yang dapat menarik minat dan tumpuan murid dalam PdP.

 Meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran
- Memastikan penguasaan pembelajaran murid meningkat.

PENJELASAN Pencerapan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:
PENILAIAN
 perbincangan

 memberikan respons terhadap soalan/ arahan guru

 membuat gerakan fizikal atau arahan-arahan lain daripada guru

 berinteraksi dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid
dengan bahan

D3 : KEMAHIRAN
E3 : PENTAKSIRAN PdP
A3.1 : PENILAIAN PRESTASI MURID
HURAIAN
Penilaian Prestasi Murid bermaksud kaedah-kaedah untuk memperoleh dapatan tentang tahap
pemahaman dan penguasaan murid terhadap isi pelajaran.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 membuat penilaian bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid

- melaksanakan penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan tahap pencapaian murid
dalam menguasai isi pelajaran

 menggunakan kaedah yang sesuai untuk membuat penilaian

- mempelbagaikan kaedah secara lisan dan bukan lisan untuk menilai tahap keupayaan
murid

 membuat tindakan susulan setelah penilaian dijalankan

- melaksanakan refleksi berdasarkan data dan maklum balas untuk membuat
penambahbaikan.

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 rekod pencapaian murid
 hasil kerja murid
 buku latihan
 lembaran kerja
 data/graf
 hasil penulisan
 jurnal/penulisan refleksi
 dokumen lain yang berkaitan

Pencerapan
Penilaian berdasarkan contoh-contoh yang berikut:

 jawapan murid
 kuiz
 ujian
 pengayaan
 pemulihan



D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.1 : PENCAPAIAN MATLAMAT

HURAIAN Kepimpinan ialah perlakuan mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat atau tujuan
akhir sesuatu pekerjaan.

Kepimpinan instruksional ialah kepimpinan yang mengutamakan usaha secara langsung atau
tidak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru / pensyarah mengajar dan menghasilkan
pembelajaran serta peningkatan potensi murid / pelajar.

Pencapaian matlamat adalah usaha yang diambil untuk merancang, melaksana, menyelia dan
menilai strategi pengajaran dan pembelajaran.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 merancang strategi
- menetapkan KPI organisasi
- menyediakan agihan sasaran (cascading) KPI dalam bentuk SKT.

 melaksanakan strategi
- mematuhi tempoh pelaksanaan (jangka masa pelaksanaan)
- mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber bawah kawalan seperti sumber
kewangan dan sumber manusia

 menyelia strategi
- melihat pelaksanaan dalam tempoh masa yang ditetapkan
- memastikan halangan semasa pelaksanaan diambil tindakan

 menilai strategi
- membuat penilaian semula (post mortem) keberkesanan strategi
- mengambil tindakan susulan untuk penambahbaikan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN
- buku program / brosur
- laporan minit mesyuarat
- maklum balas
- rekod / analisis pencapaian
- Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
- semakan SKT
- kertas kerja
- sijil / anugerah
- laporan pelaksanaan
- dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.2 : PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PENGAJARAN

HURAIAN Perancangan dan pembangunan pengajaran ialah proses yang sistematik untuk
membentuk kebolehan dan kemampuan pegawai dalam merancang, melaksana dan
menilai program PdP.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI
 merancang pelan pembangunan PdP dalam bentuk pelan tindakan / taktikal / operasi
berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

 menetapkan projek / aktiviti bagi meningkatkan kualiti dalam pelaksanaan PdP

 melaksanakan program PdP sebagaimana yang telah dirancang dalam takwim tahunan

 menilai program PdP yang telah dilaksanakan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut :
PENILAIAN
 Sasaran Kerja Tahunan

 kertas kerja dan laporan program pembangunan PdP / P&P

 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH).

 bahan bantu mengajar

 instrumen pemantauan / jadual

 rekod pencapaian mata pelajaran

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.3 : PERKONGSIAN PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

HURAIAN Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ialah keupayaan pegawai untuk berkongsi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan subordinat berkaitan PdP.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI  berinteraksi / berkolaboratif dengan guru / pensyarah atau staf bukan akademik bagi

meningkatkan kualiti prestasi kerja

 berkongsi pengetahuan dengan warga organisasi
- berkongsi ilmu berdasarkan bidang kepakaran, pembacaan, latihan, kursus dan lain-lain.

 berkongsi pengalaman dengan warga organisasi
- perkongsian pengalaman secara formal ataupun tidak formal

PENJELASAN Semakan bahan:
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN
 laporan program

 minit curia / minit mesyuarat

 catatan perjumpaan

 jurnal / artikel

 sijil

 perkongsian bacaan buku

 gambar

 kertas kerja

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.4 : PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

HURAIAN Penyeliaan adalah proses memerhati, menilai dan memberi bimbingan,
Pemantauan adalah aktiviti menyelia, mengawal dan memerhati yang dilakukan oleh pihak
kepimpinan secara terancang dan hasilnya direkod dengan kemas kini bertujuan untuk
memastikan pelaksanaan program berada pada landasan yang betul dan dapatan daripada
pemantauan digunakan menilai keberkesanan program / aktiviti yang telah dilaksanakan.
Pencerapan ialah proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP
menggunakan instrumen yang ditetapkan.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI  menyelia pelaksanaan operasi organisasi mengikut bidang tugas

 mencerap pelaksanaan operasi organisasi mengikut bidang tugas

 memantau operasi organisasi mengikut bidang tugas

 memberi bimbingan profesional mengikut bidang tugas

PENJELASAN Semakan bahan:
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN
 borang pencerapan

 buku log / fail meja

 jadual pencerapan dan penyeliaan

 minit mesyuarat

 takwim aktiviti

 rancangan tahunan

 dokumen bimbingan

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E1 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
A1.5 : PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

HURAIAN Pembelajaran dan pengajaran ialah proses penyampaian ilmu pengetahuan.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI  melaksanakan PdP mengikut sukatan pelajaran.

 mempelbagaikan kaedah dan teknik PdP

 menguruskan masa PdP

 mencapai objektif / hasil PdP

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut :
PENILAIAN
 sukatan pelajaran

 Huraian Sukatan Pelajaran

 Rancangan Pengajaran Tahunan / Kalendar Akademik / Proforma Tahunan

 Buku Persediaan Mengajar / fail pensyarah

 borang pencerapan / pemantauan PdP

 laporan pencerapan

 jadual waktu

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN

E2 : PENGURUSAN

A2.1 : BERFOKUSKAN BIDANG TUGAS
HURAIAN
Berfokuskan bidang tugas ialah tumpuan pegawai untuk melaksanakan tugas dalam organisasi
berdasarkan proses kerja yang terkandung dalam Fail Meja dan dokumen lain yang berkaitan.
Fail Meja ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu atau bagi sesuatu jawatan tertentu. Ia
menjelaskan arah tuju jabatan atau unit atau pun peranan yang perlu dilaksanakan serta
mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan kerja supaya tugas yang mereka
lakukan adalah cekap dan sempurna.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI
 merancang pelbagai strategi untuk melaksanakan bidang tugas berkenaan
- mengatur program, aktiviti dan projek yang berkait dengan bidang tugas
- contoh: kursus, bengkel dan seminar peningkatan prestasi akademik/bukan akademik

 melaksanakan pelbagai strategi dalam bidang tugas berkenaan
- menjalankan program, aktiviti dan projek yang berkait dengan bidang tugas

 melaporkan pelaksanaan bidang tugas berkenaan sebagai sumber rujukan
- memaklumkan program,aktiviti dan projek yang telah dilaksanakan kepada pihak
atasan

 menambah baik strategi untuk melaksanakan bidang tugas berkenaan
- mengurang atau menambah strategi sedia ada berdasarkan maklum balas yang
bertujuan untuk mencapai matlamat / objektif

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN
 Fail Meja

 jadual waktu

 minit mesyuarat

 takwim

 kertas kerja / dokumen penambahbaikan

 laporan program peningkatan ilmu dan kefahaman tentang bidang tugas

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.2 : KEWANGAN

HURAIAN Pengurusan kewangan ialah proses mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kewangan
mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI  merancang anggaran perbelanjaan organisasi mengikut bidang tugas

 menguruskan perbelanjaan organisasi mengikut bidang tugas

 mengawal selia kewangan organisasi mengikut bidang tugas

 melaporkan perbelanjaan mengurus organisasi mengikut bidang tugas

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut :
PENILAIAN
 anggaran belanja mengurus
 fail kewangan
 laporan audit
 dokumen kawal selia
 kertas kerja
 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.3 : PEMBANGUNAN FIZIKAL

HURAIAN Pengurusan pembangunan fizikal ialah proses merancang, membangun, menyenggara
prasarana dan aset dalam organisasi.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  mengurus pembangunan fizikal mengikut bidang tugas

 mengurus aset mengikut bidang tugas

 mengurus penyenggaraan aset mengikut bidang tugas

 melapor pembangunan fizikal, aset dan penyenggaraan mengikut bidang tugas

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN
 rekod pembangunan fizikal, aset dan penyenggaraan dalam bidang berkenaan

 inventori aset dalam bidang berkenaan

 minit mesyuarat

 fail

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.4 : SUMBER MANUSIA

HURAIAN Pengurusan sumber manusia ialah aktiviti merancang dan menguruskan aspek-aspek
keperluan, kepakaran, pembangunan potensi dan laluan kerjaya untuk mencapai matlamat
organisasi dan individu.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI

 merancang keperluan dan latihan sumber manusia bawah kawalan
- pegawai perlu merancang keperluan staf berdasarkan waran perjawatan.
- Pegawai perlu merancang keperluan latihan yang sesuai untuk staf

 mengoptimumkan penggunaan kepakaran sumber manusia bawah kawalan
- pegawai menggunakan kepakaran staf bawah kawalan secara strategik untuk
mencapai visi.

 membangunkan potensi sumber manusia bawah kawalan
- pegawai menyediakan perancangan dan pelan pembangunan potensi staf bawah
kawalan.

 merancang laluan kerjaya sumber manusia bawah kawalan
- pegawai menyediakan perancangan peluang kerjaya staf bawah kawalan.

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN

 waran / sijil kelulusan perjawatan

 fail perkhidmatan

 takwim latihan staf

 laporan LDP / e-SPL KPM

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PENGURUSAN
A2.5 : MAKLUMAT

HURAIAN Pengurusan maklumat ialah proses mengurus pelbagai bentuk data untuk membuat sesuatu
keputusan.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI  mengumpul dan mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber

 menginterpretasi maklumat yang diperoleh untuk tindakan selanjutnya

 mengaplikasi data dan maklumat di bawah kawalan sebagai asas untuk membuat
keputusan

 menguruskan maklumat yang diperoleh dengan cekap dan berkesan
- mendokumentasikan maklumat dalam bentuk digital atau difailkan
- mengedarkan maklumat kepada staf mengikut keperluan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN
 sistem pengurusan fail

 sistem pangkalan data

 minit mesyuarat

 laporan

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E3 : KEPIMPINAN
A3.1 : HALA TUJU ORGANISASI

HURAIAN Hala tuju organisasi ialah matlamat atau sasaran, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam
sesebuah organisasi.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI  memahami,

 menterjemah,

 menyebarluaskan,

 membudayakan

visi dan misi organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan organisasi.

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 visi

 misi

 minit mesyuarat

 brosur

 papan kenyataan

 pemidang

 dokumen lain yang berkaitan

D3 : KEMAHIRAN
E3 : KEPIMPINAN ORGANISASI
A3.2 : PROAKTIF DALAM TINDAKAN

HURAIAN Proaktif dalam tindakan ialah keupayaan pegawai untuk merangka dan mengawal tindakan yang
dilakukan lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk :
DESKRIPSI

 bertindak mendahului situasi

 bertindak terhadap program yang dilaksanakan dari aspek mengenal pasti dan
menganalisis isu

 mencadang dan mengambil tindakan berdasarkan fakta

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh berikut:
PENILAIAN

 takwim

 perancangan strategik

 post mortem

 laporan

 minit mesyuarat

 dokumen lain yang berkaitan



D3 : KEMAHIRAN
E1
A1.1 : PERANCANGAN
HURAIAN
: PERANCANGAN DAN HALA TUJU

Perancangan dan hala tuju perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) ialah merancang
visi dan misi perkhidmatan B&K mengikut budaya sekolah selaras dengan visi dan misi JPN
dan KPM.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk merancang:
DESKRIPSI
 visi dan misi perkhidmatan B&K
 matlamat dan objektif perkhidmatan B&K
 aktiviti perkhidmatan B&K

PENJELASAN Semakan Bahan
KAEDAH Penilaian berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 visi dan misi di bilik B&K, Buku Rekod B&K, papan kenyataan dan fail meja supaya
mudah dilihat dan dibuat rujukan

 perancangan strategik selama tiga atau lima tahun
 perancangan tahunan B&K yang lengkap
 soal selidik/ kajian keperluan B&K
 dokumen lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Bagaimanakah anda merancang visi dan misi perkhidmatan B&K?

 Bagaimanakah visi dan misi perkhidmatan B&K boleh dicapai?

 Apakah usaha-usaha yang dirancang untuk mencapai visi dan misi perkhidmatan
B&K?

Pemerhatian
Penilaian boleh dibuat berdasarkan pelaksanaan proses yang berikut:

 perancangan program pembangunan diri murid seperti kursus kepimpinan, jati diri, PRS
 perancangan program psikososial dan kesejahteraan mental seperti program orentasi,

pengurusan stress/ minda sehat
 perancangan program peningkatan disiplin seperti Pendidikan Pencegahan Dadah

(PPDa),Kursus Jati Diri
 perancangan program kerjaya seperti Pendidikan Kerjaya/ Lawatan kerjaya/ Inventori

Kerjaya.

D3 : KEMAHIRAN
E1
A1.2 : PERANCANGAN

HURAIAN : PERANCANGAN PROGRAM (OUT-REACH) PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Menyebarluaskan (out-reach) perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (B&K) ialah
perancangan pembinaan bahan outreach dan cara menyebarluaskannya secara nyata.

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI
 merancang program out-reach berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
 membina bahan outreach yang berkaitan dengan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
 menyebarluaskan bahan out-reach yang dibina khasnya kepada warga sekolah.

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 brosur/ risalah yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingaan dan kaunseling di
sekolah

 carta-carta berkaitan perkhidmatan bimbingaan dan kaunseling

 bunting perkhidmatan bimbingaan dan kaunseling

 bahan dan maklumat bimbingaan dan kaunseling di papan kenyataan/ kantin/ laman-
laman sosial (TMK)

 bahan promosi (perhimpunan pagi / kelas ganti )

 bahan-bahan lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh soalan yang boleh diajukan:

 Bagaimanakah anda menyebarluaskan maklumat outreach?
 Apakah bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk program outreach?

D3 : KEMAHIRAN
E2 : PERLAKSANAAN
A 2.1 : PENGURUSAN FAIL DAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

HURAIAN Pengurusan fail dan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) ialah
keupayaan dalam menyediakan, menguruskan dan mengemaskinikan profil murid, sistem fail
dan Buku Rekod Perkhidmatan B&K

PENJELASAN Keupayaan pegawai untuk:
DESKRIPSI  menyediakan fail-fail perkhidmatan B&K untuk pendokumentasian

 menguruskan fail-fail perkhidmatan B&K dengan sistematik

 mengemaskinikan fai-fail perkhidmatan B&K dengan tersusun

 menulis dan mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan B&K secara berterusan

PENJELASAN Semakan bahan
KAEDAH Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
PENILAIAN
 fail-fail di bilik B&K

 fail laporan sesi bimbingan/ kaunseling

 Buku Rekod Perkhidmatan B&K

 analisis mingguan, bulanan & tahunan, bilangan kehadiran dan sesi bimbingan / kaunseling

 bahan-bahan lain yang berkaitan

Temu bual
Contoh-contoh soalan yang boleh diajukan:

 Apakah fail-fail yang telah disediakan yang berkaitan dengan B&K ?

 Bagaimanakah anda menguruskan fail-fail di bilik B&K?


Data Loading...