F4- NUR HUSNINA BINTI MUHAMAD TAJULASIKEN2 - PDF Flipbook

F4- NUR HUSNINA BINTI MUHAMAD TAJULASIKEN2

98 Views
82 Downloads
PDF 65,962 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


1

14 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ( EDUP3073 )

Disediakan oleh: Nama:

NUR HUSNINA BINTI MUHAMAD TAJULASIKEN

No. Kad Pengenalan:

011219-08-0732

Angka Giliran:

2020192340075

Kumpulan/ Unit

PISMP F4 AMBILAN JUN 2020 BAHASA MELAYU (SK)

Nama Pensyarah:

MISS TAN YAN IM

Tajuk Tugasan :

PENULISAN AKADEMIK

Tarikh Penyerahan:

12 MEI 2021

Tarikh Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah

2 ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN ........................................................................................................... 3

2.0

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ................ 3

2.1 ASPEK FIZIKAL .......................................................................................................... 3 2.2 ASPEK EMOSI ............................................................................................................ 4 2.3 ASPEK SOSIAL........................................................................................................... 4 2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK......................................................................................... 5 3.0 KESIMPULAN ................................................................................................................. 6 4.0 RUJUKAN ....................................................................................................................... 7

3 1.0

PENGENALAN Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian

dalam usaha membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan kepada murid tanpa mengira latar belakang budaya. Mok Soon Sang (2011) berpendapat pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengurusan bilik darjah mesra budaya bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Tumpuan terhadap proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Pengurusan bilik darjah yang melibatkan semua kebudayaan murid dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan murid. 2.0

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

2.1 ASPEK FIZIKAL Konsep pengurusan bilik darjah bersifat mesra budaya dari aspek fizikal adalah amat penting supaya guru dapat mendepani cabaran pendidikan yang sedang dialami dunia yang kian mencabar ini lebih-lebih lagi melibatkan murid yang berbagai kaum. Syed Ismail dan Ahmad Subki, (2010) berpendapat pengurusan fizikal harus mengambil kira semua aspek bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang sosial dan juga budaya. Justeru itu, guru perlu mengambil langkah proaktif bagi memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal. Antara usaha yang boleh diambil ialah penyusunan meja dan kerusi murid di dalam bilik darjah. Susun atur meja dan kerusi yang sesuai untuk murid-murid serta boleh diubah suai berdasarkan situasi semasa. Susunan meja berdasarkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) adalah berbentuk kumpulan bagi menggalakkan perbincangan mudah dilakukan oleh murid dalam kumpulan. Oleh yang demikian, penempatan murid dalam setiap kumpulan perlu dititikberatkan dengan cara mencampurkan murid daripada pelbagai etnik. Perkara ini dapat menggalakkan pembentukan hubungan mesra antara murid berbilang kaum. Bukan itu sahaja, guru juga boleh meletakkan sudut pembelajaran yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri dan lain-lain. Contoh sudut pembelajaran ialah sudut mata pelajaran iaitu merupakan sudut murid meletakkan maklumat berkaitan mata pelajaran

4 yang dipelajari. Sudut maklumat bilik darjah juga boleh diletakkan. Antara perkara yang boleh diletakkan pada sudut ini ialah carta organisasi kelas, peraturan kelas, jadual bertugas dan sebagainya. Contoh terakhir ialah sudut bacaan yang terdapat majalah, akhbar, buku-buku ilmiah dan sebagainya. Kewujudan sudut-sudut ini dapat memupuk hubungan mesra antara murid dalam bilik darjah apabila mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain semasa menyiapkan sudut-sudut ini. 2.2 ASPEK EMOSI Emosi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Dengan kata lain, emosi dalam kalangan murid-murid merupakan proses interaksi dan adaptasi diri terhadap masyarakat sekeliling. Rizalina Radzi, (2014) menyatakan perkembangan emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Oleh itu, pengurusan emosi yang baik sangat penting untuk diberi perhatian oleh guru dalam usaha mendapatkan respon yang diperlukan daripada murid sepanjang menjalankan aktiviti pengajaran. Antara langkah yang guru perlu usahakan bagi memastikan pengurusan emosi murid terjaga serta menjamin pembelajaran yang berkesan ialah memberi galakan atau pujian kepada murid yang melibatkan diri seperti menjawab soalan dengan betul. Cara ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Selain daripada memberi pujian dan galakan kepada murid, guru juga perlu membina hubungan hubungan baik bersama dengan murid. Hubungan baik ini dapat dijalinkan dengan guru mengamalkan kepemimpinan demokrasi dengan tidak mengongkong tindakan yang ingin diambil oleh murid. Guru juga perlu menonjolkan contoh yang baik kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, perkembangan emosi kanak-kanak sangat cenderung kepada aktiviti peniruan daripada yang dilihat mereka daripada persekitaran. 2.3 ASPEK SOSIAL Bagi memenuhi keperluan pengurusan aspek sosial dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Strategi ini dapat menggalakkan interaksi yang aktif berlaku antara murid kerana mereka perlu berbincang antara satu sama lain bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan. Misalnya, dalam kumpulan perbincangan yang mengandungi ahli kumpulan daripada pelbagai etnik murid akan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana yang harmoni. Oleh itu, guru perlu menetapkan ahli kumpulan dan memberikan penghargaan jika ahli kumpulan berjaya

5 menonjolkan perbincangan yang harmoni dan hormat-menghormati. Menurut Noraini dan Shuki (2009), kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendapatkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatupadukan budaya dalam kelas. Hal ini juga bertepatan dengan penekanan dalam PAK21 iaitu pembelajaran koperatif bagi memaksimakan interaksi dan kerjasama antara murid-murid dalam bilik darjah. 2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK Secara umumnya sosiolinguistik merupakan bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan (Noriati Rashid dan Boon, 2010). Bahasa ialah alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya manakala sosio pula ialah interaksi antara masyarakat (Abdul Rahman, 2001). Oleh itu, pertuturan antara ahli kelas merupakan salah satu cara untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya iaitu melalui interaksi sepanjang keberadaan murid di dalam bilik darjah. Antara peranan yang guru perlu mainkan ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid. Aktiviti memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Selain itu, guru boleh bekerjasama dengan unit kokurikulum kerana aktiviti kokurikulum juga merupakan antara saluran terbaik bagi memartabatkan bahasa Melayu melalui aktiviti yang pelbagai, menyeronokkan serta bermanfaat. Penggunaan sumber PdP dengan menggunakan pelbagai unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, malahan cara ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakanrakan mereka. Setiap etnik tidak akan tersisih sebaliknya dapat mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. Hal ini berkemungkinan akan berlaku sekiranya guru meneruskan PdP dengan berkesan dan tanpa menyentuh sensitiviti sesebuah kaum.

6 3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, sebagai seorang guru kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah amat penting bagi memastikan pengajaran yang dijalankan adalah berkesan kepada semua murid dan bukannya tertumpu kepada murid sesetengah kaum sahaja. Hal ini demikian kerana, peranan guru bukanlah sebagai pendidik semata-mata malah guru juga merupakan pemudahcara, pembimbing dan perancang kepada murid ke arah mencapai kecemerlangan yang holistik. Suasana bilik darjah mesra budaya merupakan suasana yang perlu disiapkan kepada muridmurid. Oleh itu, guru perlu bertindak dengan bijak bagi menyediakan suasana bilik darjah yang bersifat mesra budaya.

7 4.0 RUJUKAN Bosch, K. (2006). Planning classroom management: A five-step process to creating a positive learning environment, 2nd ed. California. Corwin Press. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris, N. & Osman, S. (2009). Pengajaran dan pembelajaran: Teori dan praktis. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Ismail, S. & Subki, A. (2010). Guru dan cabaran semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati, A. R. & Pong, B. Y. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Radzi, R. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi kanakkanak melalui aktiviti bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rahman, A. E. (2001). Negara bangsa proses dan perbahasan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Song, M. S. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Data Loading...