BUKU PROGRAM MINI KONVENSYEN TS25 DAERAH TIMUR LAUT - PDF Flipbook

BUKU PROGRAM MINI KONVENSYEN TS25 TL

123 Views
73 Downloads
PDF 9,884,159 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Mini

KONVENSYEN

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK & SHOWCASE
Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan

Kerjasama Komuniti Menjana Kemenjadian Murid

PRAKATA

TUAN YUSOF BIN SHAARI

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita
dapat merealisasikan program yang telah dirancang sebelum ini. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Transformasi Sekolah
(TS25) pada kali ini.

Program TS25 merupakan Program Strategik Kementerian Pendidikan
Malaysia yang mampu meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita
dari pelbagai aspek. Pembentangan dan “show case” yang diadakan ini
sememangnya perlu untuk dijadikan sebagai panduan atau rujukan dalam
bidang pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid untuk
pemimpin sekolah lain menyusun program dan aktiviti yang bersesuaian
dengan konteks iklim sekolah masing- masing. Pemimpin sekolah haruslah
mengambil peluang ini agar perancangan yang akan dijalankan dapat
mencapai objektifnya selaras dengan kehendak dalam Program TS25.

Perkongsian amalan terbaik dan “showcase” Program TS25 yang
diadakan ini diharap dapat membantu sekolah-sekolah Kohort 7 khasnya
untuk memahami dengan lebih jelas pelaksanaannya di peringkat sekolah.
Asas yang sedia ada di sekolah lain dapat dikukuhkan lagi dengan
perkongsian idea ini. Pengalaman dan pengetahuan daripada rakan
pemimpin sekolah terpilih di Daerah Timur Laut yang telah melalui proses
pelaksanaan modul dan program amat membantu sekolah yang masih di
peringkat awal pelaksanaannya.

Justeru, saya berharap dengan adanya perkongsian seperti ini ianya dapat
mencapai objektif dan matlamat Program TS25. Sekolah yang dipilih
menjadi model kepada sekolah-sekolah lain diharap dapat meneruskan
momentum dan kecemerlangan yang sedia ada. Program seperti ini harus
dijadikan medium perkongsian ilmu dan percambahan idea kepada
pemimpin sekolah, guru-guru dan juga murid agar hasrat dan matlamat
Program TS25 tercapai.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menyumbang idea, tenaga dan masa dalam memastikan program ini
dapat dilaksanakan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan
kepada semua Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT)
TS25 dari pelbagai peringkat atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan kepada semua sekolah di bawah Program TS25. Semoga program
ini memberi impak kepada kemerjadian murid dan sekolah berkualiti.

Sekian, terima kasih.

PRAKATA

ENCIK SUNNY SEOWFUDDIN BIN ABDULLAH

Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji dan rasa penuh kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya Mini Konvensyen Perkongsian
Amalan Terbaik dan “Showcase” Di bawah Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) dapat direalisasikan dengan penuh jayanya.

Mini Konvensyen yang dianjurkan ini merupakan platform yang baik
bagi menggalakkan perkongsian amalan terbaik di kalangan semua yang
terlibat khususnya sekolah-sekolah kohort 7 yang baru sahaja menerima
watikah pelantikan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Sepanjang
pelaksanaan TS25, semestinya terdapat banyak kejayaan yang dikecapi dan
tidak kurang juga pelbagai cabaran yang dilalui. Kesemua pengalaman
tersebut perlu dikongsi bersama agar pelaksanaan TS25 dapat
dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Penglibatan murid untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran
mereka di bawah TS25 dapat memberi peluang kepada murid untuk tampil
ke hadapan dan berkongsi pandangan mereka melalui “showcase” yang
dianjurkan. Langkah ini bertepatan dengan hasrat TS25 untuk memastikan
murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang meningkatkan keyakinan
diri murid untuk berkomunikasi.

Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi
melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan
mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang. Kita
perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk
menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang
mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan
masalah dan mempunyai pemikiran di luar kotak.

Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus
memastikan kejayaan pelaksanaan mini konvensyen ini. Semoga segala
perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh sekolah untuk meningkatkan
prestasi dan kemenjadian murid.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN PROGRAM
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke
arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan
dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan

unggul melalui;
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
• Komitmen komuniti yang padu

OBJEKTIF MINI KONVENSYEN PROGRAM TS25

1. Membantu sekolah-sekolah kohort 7 TS25 memahami dengan lebih
jelas mengenai perlaksanaan program TS25.

2. Berkongsi idea,pengalaman dan pengetahuan kepada sekolah-
sekolah kohort 7 TS25 bagaimana program TS25 membantu sekolah
“transform” melalui perkongsian amalan terbaik daripada sekolah
yang terpilih.

3. Memberikan ruang penglibatan kepada semua pihak yang terdiri
daripada pentadbir, guru dan murid untuk terlibat secara
langsung dalam program ini.

SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT

Mini Konvensyen Program TS25 Daerah Timur Laut

SK JELUTONG BARAT | TS25 KOHORT 1.0

SK BUKIT GELUGOR | TS25 KOHORT 2.0

SJKC PAI CHAI | TS25 KOHORT 3.0

SK CONVENT PULAU TIKUS | TS25 KOHORT
4.0

SJKC HUN BIN | TS25 KOHORT 4.0

SJKC KEONG HOE | TS25 KOHORT 6.0

TENTATIF PROGRAM

Mini Konvensyen Program TS25 Daerah Timur Laut

▪ Pendaftaran di Dewan SK Jelutong Barat. 8.00 pagi
▪ Sarapan di Kantin SKJB.
8.30 pagi
▪ Nyanyian Lagu (Negaraku, Negeri Pulau Pinang) 8.45 pagi
▪ Bacaan Doa.

8.50 pagi Pembentangan Amalan Terbaik (Sesi Pertama)
• En. Wee Poo Oun SJKC Keong Hoe.
9.40 pagi • Pn. Munirah binti Kamis & Pn. Norulafida binti Elies
10.30 pagi
SK Jelutong Barat.
• En. Low Kang Boon SJKC Hun Bin.

Sesi Lawatan Showcase

Sekolah-Sekolah Sesi Pertama Bersurai.

Pembentangan Amalan Terbaik (Sesi Kedua) 11.00 pagi

• En. Mohamad Amirul Hayat bin Salehin SK Bukit Gelugor.
• En. Tan Tian Ching SJKC Pai Chai.
• En. Ahmad Faizul bin Zakaria SK Convent Pulau Tikus.

11.40 pagi Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Pulau Pinang
11.50 pagi
Ucapan Perasmian Penutup
12.10 t/hari Oleh Tuan Yusof bin Shaari, Pegawai Pendidikan Daerah PPD
12.25 t/hari Timur Laut.
12.30 t/hari ▪ Penyampaian Sijil Penghargaan.
1.00 t/hari
▪ Sesi Bergambar.

▪ Sesi Lawatan Showcase.

▪ Makan Tengah hari.

▪ Bersurai.

ABSTRAK PEMBENTANG AMALAN TERBAIK

En. Wee Poo Oun | SJKC Keong Hoe

ABSTRAK PEMBENTANG AMALAN TERBAIK

Pn. Munirah binti Kamis & Pn. Norulafida Bt. Elies |
SK Jelutong Barat

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutamanya pada

zaman globalisasi ini, kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada
usaha bagi mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses
pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malahan di dalam Al Quran surah Al-Alaq ayat 1-5
turut menjelaskan tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Senario inilah yang menjadi pencetus lahirnya
program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang mula dilaksanakan pada tahun 1999. Persoalannya
apakah manfaat amalan membaca dan kaitannya dengan program NILAM? “Hanya Jauhari Mengenal
Manikam” yang membawa maksud hanya orang yang bijaksana sahaja mengetahui tentang kebaikan dan
kegunaan ilmu. Lantaran itu, pusat sumber sekolah mengorak langkah dalam mencari permata NILAM
sekolah serta meningkatkan pencapaian data NILAM dengan beberapa intervensi disamping cuba menarik
minat serta menyuntik semangat membaca dalam kalangan murid di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat.
Jika sebelum ini hanya segelintir murid sahaja membuat perekodan NILAM selebihnya hanya memandang
sebelah mata. Hal ini telah menjejaskan pengumpulan data NILAM sekolah. Pelbagai alasan, halangan dan
kekangan termasuk wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara namun, pusat sumber dengan
kerjasama seluruh warga sekolah bangkit dengan beberapa intervensi bagi menaikkan semula jumlah
pembacaan serta perekodan NILAM murid. Antara intervensi yang telah dan sedang dilaksanakan ialah
mewujudkan Dashboard NILAM sekolah bagi kemudahan murid membuat perekodan NILAM di mana sahaja
mereka berada tanpa perlu membaca bahan bacaan fizikal kerana teknologi hanya dihujung jari.
Seterusnya, program “ Jom Baca dan Tebus” turut dijalankan di mana murid perlu membaca sebanyak 25
buah bahan bacaan dan menebus hadiah di pusat sumber di samping foto murid tersebut akan dipamerkan
di papan kenyataan pusat sumber. Selain itu, bacaan NILAM pagi di dewan sekolah turut dijalankan di
bawah pengawasan guru bertugas mingguan. Murid juga dibekalkan dengan buku fizikal yang turut
diletakkan di dewan. Selain itu, Kelas Fajar turut dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu setiap pagi bagi
mebantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis sebagai langkah permulaan untuk
memantapkan pembacaan serta penulisan sebelum mula merekod NILAM kerana NILAM dalam PAJSK
adalah menyumbang kepada kelayakan murid ke peringkat seterusnya. Sehubungan itu,, ganjaran dan
pengiktirafan diberikan kepada pembaca dan kelas terbanyak merekod bacaan NILAM dari Tahap 1 dan
Tahap 2. Walaubagaimanapun, pembaca terbanyak dari setiap kelas turut diberikan ganjaran. Terlihat
betapa tekunnya murid membuat perekodan NILAM di samping cuba mengeksplorasi pelbagai bahan
bacaan fizikal dan digital dengan penuh keseronokan bagi mendapat imbuhan serta meningkatkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada. Semua warga sekolah sangat bersyukur dan bangga apabila segala usaha
dan jerih perih telah membuahkan hasil di mana dua daripada murid Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat
terpilih dalam Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Timur Laut bagi tahun 2022 dalam kategori Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Dengan izinNya Muhammad Azhari Bin Abdul Halim dari kelas 5 Inovatif
dalam kategori Bahasa Melayu telah berjaya mendapat tempat ketiga di daerah Timur
Laut.Kesimpulannya, besarlah harapan kami warga sekolah agar budaya mambaca terus dilestarikan
dalam kalangan murid serta semua warga sekolah bagi meninggkatkan lagi perekodan NILAM murid serta
melahirkan lebih ramai permata NILAM Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat ke peringkat Kebangsaan
seterusnya antarabangsa.

Kata Kunci: Amalan Membaca dan Merekod, Hanya Jauhari Mengenal Manikam, Murid Sekolah.

ABSTRAK PEMBENTANG AMALAN TERBAIK

En. Low Kang Boon | SJKC Hun Bin

ABSTRAK PEMBENTANG AMALAN TERBAIK

En. Mohamad Amirul Hayat bin Salehin | SK Bukit Gelugor

ABSTRAK PEMBENTANG AMALAN TERBAIK

En. Tan Tian Ching | SJKC Pai Chai

ABSTRAK PEMBENTANG AMALAN TERBAIK

En. Ahmad Faizul bin Zakaria | SK Convent Pulau Tikus

JAWATANKUASA PELAKSANA

Mini Konvensyen Program TS25 Daerah Timur Laut

JAWATANKUASA ORGANISASI DESKRIPSI TUGAS

Penyelaras Showcase, SK Convent Pulau Tikus ▪ Menyediakan panduan
Pembentangan Guru: showcase dan
Amalan Terbaik dan • Maziah binti Mokhtar Pembentangan Amalan
Teks Ucapan • Kogilahvaani a/p
▪ Terbaik untuk sekolah-
Pengacara Majlis, Arumugam sekolah yang terlibat.
Persiapan Tempat,
PA Sistem, Audio Murid: ▪ Menyelaras bersama
Visual, • Nur Qaleesya Qaisara ▪ Jawatankuasa Pengacara
Slaid Pembentangan ▪ majlis, Persiapan tempat,
dan Bacaan Doa binti Mohd Fauzi
• Zara Sabrina binti PA sistem dan Audio
Sijil dan Cenderahati Visual, slaid
Buku Program Ibrahim Tahir pembentangan.
• Nur Izzatun Zafeera ▪ Menyediakan teks ucapan
perasmian Penutupan oleh
binti Mohd Nasir KPPD Timur Laut.
• Keshvie a/p Prashant
▪ Menyediakan skrip
SK Jelutong Barat: pengacara majlis.
Guru :
• Faizah bt Hassan ▪ Mengacara majlis.
▪ Memastikan persiapan
Murid:
• Rasydan bin Farouk Azim tempat pada peringkat
• Muhammad Ilhan Rayyan sebelum, semasa
dan selepas.
b. Jasmizan ▪ Bekerjasama dengan
• Izz Amsyar Tsaqeef bin jawatankuasa susunan sijil
untuk susunan kedudukan
Muhammad Ilham peserta di dewan.

SK Bukit Gelugor ▪ Menyediakan buku
Guru : program.
Nur Diana bt Nordin
Nur Aziah bt Azmi ▪ Menguruskan sesi serahan
sijil oleh Tuan KPPD
Murid: kepada penerima.
Muhammad Fawwaz Wafil
b. Mansor ▪ Menyediakan cenderahati
Cahaya iman bt Cik Mohd kepada Tuan KPPD.
Rafiza
Nur Batrisya Amani bt ▪ Menguruskan Penyampaian
Mohd Rozaimi cenderamata kepada
Dea Farisha Sofea bt Tuan KPPD.
Kamarul Hafizam

JAWATANKUASA PELAKSANA

Mini Konvensyen Program TS25 Daerah Timur Laut

JAWATANKUASA ORGANISASI DESKRIPSI TUGAS

Fotografi, Dokumentasi SJKC Pai Chai ▪ Mengambil gambar
dan Pelaporan Guru : sepanjang program
Pn Wong Yik Yan berlangsung.
Keselamatan dan En Mohamad Soleh bin
Tempat Letak Kereta Mad Saad ▪ Mengambil gambar semua
En lau Kok Weng penerima sijil.
En Neoh Zhen Yi
Murid: ▪ Menyediakan laporan
Khairul Irna Izzati bt program dan dokumentasi
Ismadi bergambar.
Nur Shairah bt
Muhammad Rafli ▪ Mengurus dan Menyelaras
Gwendolyn Oliver Teoh tempat letak kenderaan
bersama pengawal
SJKC Hun Bin keselamatan di SMK
Guru: Jelutong (Jemputan) dan
En Khor Kok Jian SK Jelutong Barat (AJK
En Low Eng Choon dan Pembentang).

Murid: ▪ Memastikan Persediaan
Yeoh zi Cong tempat letak kenderaan
Ethan Lee untuk Tuan KPPD.
Foo Xun Jian

SJKC Keong Hoe
Guru:
En Ang Wei Chun
Pn Lim Suan Ling

Murid:
Emily May bt Rosly
Liew Ler Yee
Wun Lim Rui

SEKALUNG BUDI









Data Loading...