Buku Panduan Majlis Graduasi 2022 MRSM Mukah - PDF Flipbook

[EDARAN] Buku Panduan Majlis Graduasi 2022

111 Views
3 Downloads
PDF 3,060,157 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Buku Panduan Majlis Graduasi 2022 1

MAJLIS GRADUASI

MRSM MUKAH

2022

Disediakan oleh; PENYELARAS MAJLIS GRADUASI MRSM MUKAH SARAWAK 2022

Majlis Graduasi adalah satu istiadat yang sangat penting dan
bermakna kepada semua graduan. Graduan dipohon agar dapat

memberi kerjasama sepenuhnya demi kelancaran majlis.
Sehubungan itu adalah penting kepada semua graduan untuk
memberi perhatian berdasarkan maklumat di dalam Buku Panduan
Majlis Graduasi ini sebagai persediaan bagi menjayakan majlis

graduasi.

Tahniah kepada Graduan MRSM Mukah
2017

Bil. Isi kandungan Halaman
1.0 Aturcara Majlis Graduasi 2022 3
2.0 Jubah Graduasi 4
3.0 Etika Pakaian 5
4.0 Peraturan dalam Dewan Setia Raja, MRSM Mukah 9
5.0 Tatacara menerima skrol 11
6.0 Gambar konvokesyen 13
7.0 Had laju kenderaan 13

Majlis Graduasi 2022 2

1.0 TENTATIF MAJLIS GRADUASI 2022
Tarikh Graduasi : 27 Januari 2022

Tempat : Dewan Setia Raja MRSM Mukah Sarawak

8.30 pagi : Ketibaan ibu bapa dan penjaga
9.00 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu jemputan
9.30 pagi : Ketibaan Perasmi
: Perarakan masuk graduan
: Perarakan masuk kakitangan MRSM Mukah
: Perarakan masuk Dif-Dif Kehormat, Ahli-ahli Senat dan
Perasmi diiringi pembawa cokmar
: Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Malaysia Bersih dan Lagu Rasmi MARA
: Ucapan aluan Pengacara Majlis
: Bacaan doa
: Ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan Zuraida binti Zaidi, Pengetua MRSM Mukah
: Ucapan perasmian oleh Perasmi
: Pengisytiharan Graduasi oleh Pengetua MRSM Mukah
: Penyampaian Sijil Graduasi
: Persembahan pelajar
: Penyampaian Anugerah Khas Pelajar
: Penyampaian Cenderamata
: Sesi bergambar Ahli-ahli Senat Bersama Perasmi
: Perarakan keluar Perasmi, diiringi Dif-Dif Kehormat, Ahli-ahli Senat dan Jemputan Khas
: Perarakan keluar kakitangan MRSM Mukah
: Jamuan
: Majlis bersurai

Majlis Graduasi 2022 3

2.0 JUBAH GRADUASI
Panduan warna jubah adalah seperti Gambarajah dibawah. Jubah mesti dipakai bersama topi (mortar
board)

Gambar Graduan

2.1 PENGAMBILAN & PEMULANGAN JUBAH
Nota :

1) Bakal Graduan boleh mendapatkan Jubah Graduasi mengikut Tingkatan, tarikh dan masa yang telah
ditetapkan sahaja.

2) Graduan digalakkan memulangkan jubah sejurus selepas Majlis Graduasi.
3) Sila pastikan jubah yang diterima adalah lengkap iaitu jubah dan topi (mortar board).
4) Graduan digalakkan mengambil pakaian graduasi sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai.
5) Sebelum dipulangkan, graduan perlu memastikan jubah dalam keadaan baik.

2.2 SYARAT PENGGUNAAN JUBAH MAJLIS GRADUASI
Syarat dan maklumat mengenai penggunaan jubah graduasi adalah seperti berikut:

1) Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah.
2) Sebarang keciciran jubah graduasi adalah tanggungjawab graduan.
3) Kelewatan memulangkan jubah menyebabkan graduan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
4) Sila jaga dengan baik jubah tersebut.

Majlis Graduasi 2022 4

3.0 ETIKA PAKAIAN

3.1 PANDUAN PEMAKAIAN VIP/VVIP (PERASMI) DI DALAM DEWAN

Etika pemakaian ini adalah bertujuan sebagai penghormatan kepada MAJLIS GRADUASI MRSM MUKAH
2022. Berikut adalah etika pemakaian MAJLIS GRADUASI bagi PERASMI (VIP/VVIP)

LELAKI PEREMPUAN
1. Baju Melayu 1. Baju kurung / kebaya labuh
i. Baju Melayu hendaklah dengan reka bentuk leher i. berbaju kurung atau berkebaya labuh
Cekak Musang melebihi paras punggung (tidak ketat,
ii. bersongkok baldu hitam (sederhana tinggi); tidak jarang, tidak terdedah di bahagian
iii. bersampin songket dada dan kainnya mestilah tidak berbelah);
ii. Pakaian hendaklah
ATAU mempunyai corak yang sesuai;
2. Lounge Suit
i. Lounge Suit hendaklah berwarna gelap dan tidak ATAU
bercorak atau bertekstur; 2. Baju formal (blouse) dan blazer hitam
ii. memakai songkok baldu hitam; i. Skirt yang melepasi paras lutut dan bersopan.
iii. memakai baju kemeja lengan panjang berwarna
cerah (pastel); DAN
iv. bertali leher berwarna gelap 3. memakai kasut kulit hitam dan bertutup
(hadapan dan belakang), bertumit sederhana tinggi.
DAN
3. bersarung kaki berwarna hitam; dan berkasut
kulit hitam dan bertumit sederhana tinggi.

3.2 PANDUAN PEMAKAIAN GRADUAN Majlis Graduasi 2022 5
Graduan WAJIB memakai jubah MAJLIS GRADUASI yang disediakan oleh pihak MAKTAB dengan mengikut
tertib seperti berikut:
a) Rumbai (tassel) pada topi dibiar menghurai sebelah tepi kanan topi (tujuan penggambaran di atas
pentas).

LELAKI PEREMPUAN
1. Baju 1. Baju
i. Kemeja lengan panjang berkolar dan berwarna i. Baju kurung berwarna cerah; atau
cerah (tanpa corak atau berjalur) ii. Kemeja lengan panjang; atau
2. Tali Leher iii. Blaus berlengan panjang; dan
Tali leher yang bersesuaian dengan kemeja. iv. Baju hendaklah bertutup hingga ke pangkal
3. Seluar leher di bahagian depan dan belakang.
Seluar slack berwarna gelap (seluar jeans tidak
dibenarkan). 2. Kain/Skirt
4. Sarung Kaki/Stoking i. Kain mestilah labuh sehingga ke paras buku lali
Sarung kaki/Stoking berwarna gelap (ankle) dan tidak berbelah sama ada di kiri,
5. Kasut kanan, depan atau belakang;
Kasut kulit berwarna gelap (selipar/kasut
sukan/sandal tidak dibenarkan). 3. Lounge suit
6. Rambut i. Kemeja lengan panjang berwarna cerah (tanpa
Rambut mestilah pendek dan kemas serta tidak corak/berjalur);
melepasi paras kolar baju. ii. Kot/blazer dan seluar berwarna gelap; dan
iii. Labuh seluar hendaklah sehingga ke paras
buku lali (ankle) dan tidak ketat.

4. Kasut
i. Kasut bertutup berwarna gelap yang
menutupi bahagian depan dan belakang kaki;
ii. Ketinggian tumit tidak melebihi 1 inci.

5. Rambut/Tudung Majlis Graduasi 2022 6
i. Rambut mesti kelihatan kemas;
ii. Bagi yang berambut panjang, rambut perlu
diikat dengan kemas; manakala
iii. Bagi yang bertudung, mestilah menggunakan
tudung yang berwarna PUTIH supaya mudah
disesuaikan dengan Jubah akademik.

PAKAIAN GRADUAN LELAKI PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN

Majlis Graduasi 2022 7

3.3 PANDUAN PEMAKAIAN IBU BAPA/TETAMU MASUK KE DEWAN

Etika pemakaian ini adalah bertujuan sebagai penghormatan kepada MAJLIS GRADUASI MRSM MUKAH
yang turut dihadiri oleh Perasmi MAKTAB. Berikut adalah etika pemakaian MAJLIS GRADUASI bagi ibubapa
/ penjaga dan tetamu-tetamu jemputan:

LELAKI PEREMPUAN
1. Baju formal / kemeja 1. Baju formal / baju kurung
2. Seluar panjang 2. Kain :
3. Kasut bertutup
• Kain mestilah labuh sehingga ke paras buku
lali (ankle); atau

• Skirt yang melepasi paras lutut dan bersopan
3. Kasut bertutup

PERINGATAN

• Blaus tanpa lengan/kemeja-T dan seluar yang tidak melepasi paras buku lali
tidak dibenarkan.

• Seluar jeans ATAU seluar pendek tidak dibenarkan.
• Selipar dan sandal tidak dibenarkan.

Majlis Graduasi 2022 8

4.0 PERATURAN DI DALAM DEWAN SETIA RAJA, MRSM MUKAH
1) Jubah hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang berada di dalam Dewan.
2) Graduan TIDAK DIBENARKAN keluar dari Dewan semasa majlis sedang berlangsung.
3) Sekiranya graduan perlu ke bilik air, graduan dinasihatkan menyelesaikan urusan ke bilik air
sebelum Majlis Graduasi berlangsung.
4) Apabila diumumkan, “Perarakan Masuk Graduan Ke Dewan”, semua tetamu diminta berdiri
sehingga ahli-ahli Perarakan Besar duduk di atas pentas. Begitu juga apabila diumumkan “Perarakan
Besar Keluar Dewan”.
5) Semua hadirin dikehendaki duduk dengan tertib semasa doa dibacakan.
6) Perkhidmatan gambar Majlis Graduasi (semasa penerimaan skrol) adalah diuruskan oleh pihak
pembekal yang telah dilantik oleh pihak maktab. Oleh itu, ibubapa diingatkan supaya tidak
mengambil gambar semasa sesi penerimaan skrol di atas pentas dan di kawasan perkarangan
pentas.
7) Graduan, ibubapa dan semua tetamu tidak dibenarkan meninggalkan majlis sehingga ianya tamat.
8) Pelajar dan ibubapa di nasihatkan untuk bersarapan pagi sebelum memasuki dewan.
9) Setiap ibubapa dan tetamu mestilah menunjukkan surat jemputan masing-masing kepada pegawai
yang bertugas di pintu masuk Dewan Setia Raja.
10) Ibubapa dan tetamu jemputan mestilah berada di Dewan Setia Raja selewat-lewatnya pada jam
9.00 pagi.

Majlis Graduasi 2022 9

PELAN PERGERAKAN GRADUAN MENERIMA SKROL DALAM DEWAN SETIA RAJA

Pentas

Jurukamera

Tempat Duduk VIP Tempat Duduk VIP

Tempat duduk Tempat duduk Penerima Anugerah Khas
ibu bapa
12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13
36 25
48 37
60 49
72 61
84 73
97 85
110 98

116 111

Tempat duduk graduan

Majlis Graduasi 2022 10

5.0 TATACARA MENERIMA SKROL
1) Berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Kemas di Foyer blok Akademik pada tarikh
dan masa yang telah ditetapkan.
2) Mengambil jubah, memastikan jubah kemas, lengkap, tidak koyak atau kotor.
3) Memakai jubah di kelas akademik tingkatan 5.
4) Berkumpul dan berbaris mengikut senarai nama yang diberikan oleh Marshall. Mengikut arahan
Marshall sebelum menuju ke DSR.
5) Marshall akan mengeluarkan arahan untuk perarakan masuk graduan ke dalam DSR.
6) Graduan harus berjalan mengikut iringan muzik gamelan.
7) Graduan dikehendaki berdiri semasa istiadat pengumuman penganugerahan.
8) Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima skrol.
Graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai
bertugas semasa Istiadat berlangsung. (Graduan akan naik ke pentas untuk menerima skrol
mengikut turutan yang akan didahului oleh graduan Kelas Pertama, Kelas Kedua Atas dan Kelas
Kedua Bawah.)
9) Apabila nama graduan diumumkan (#4); graduan diminta berjalan ke arah VIP tunduk sebagai tanda
hormat (#5) (penanda ada disediakan di atas pentas )
10) Terima Ijazah dengan kedua belah tangan DAN ‘pose’ untuk ambil gambar (#6)
11) Beri ucapan"Terima Kasih” undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari
pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan
12) Bagi penerima Anugerah Khas Tokoh Pelajar, selepas menerima skrol dikehendaki duduk di tempat
duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan.
13) Panduan dan tatacara menerima skrol akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa taklimat dan
raptai Majlis Graduasi.

Majlis Graduasi 2022 11

5.1 PENERIMAAN ANUGERAH KHAS
Anugerah Tokoh Pelajar Terbaik Akademik Lelaki, Perempuan dan Keseluruhan.

1. Sila kembali ke tempat duduk khas untuk penerima anugerah khas bersama ibubapa atau penjaga.
2. Sila tunggu nama anda diumumkan.
3. Sila naik ke pentas bersama ibu bapa atau penjaga.
4. Pelajar yang terpilih akan menerima anugerah tersebut daripada VIP, mengundur kebelakang untuk

memberi laluan kepada ibubapa atau penjaga untuk menerima cenderahati
5. Selesai menerima hadiah, pose untuk bergambar dalam posisi berikut:

Atas Pentas

BARISAN SENAT

VVIP
Pelajar
Ibu bapa / penjaga

6. Sila kembali ke tempat duduk khas untuk penerima anugerah khas.

Majlis Graduasi 2022 12

6.0 GAMBAR KONVOKESYEN Majlis Graduasi 2022 13
Gambar-gambar graduan semasa menerima skrol akan diuruskan oleh pihak Maktab. Oleh itu para ibu
bapa dan jemputan dinasihatkan untuk tidak mengambil gambar semasa majlis sedang berlangsung bagi
mengelakkan gangguan teknikal semasa penggambaran di atas pentas.
7.0 HAD LAJU KENDERAAN
Had laju kenderaan di dalam maktab ialah 20km/J. Para tetamu dinasihatkan untuk mematuhi had laju
yang ditetapkan dan diharapkan perjalanan graduan dan tetamu ke Majlis Graduasi selamat tiba dengan
sejahteranya.

Terima Kasih


Data Loading...