Buku Nota Padat SnRT Tingkatan 4 - PDF Flipbook

BUKU Nota Padat SAINS Rumah Tangga Tingkatan 4 adalah merupakan satu inovasi daripada Guru Cemerlang SnRT. Buku ini adal

103 Views
64 Downloads
PDF 36,774,374 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


BAB 1 : KERJA SEPASUKAN

1.1 ORGANISASI KERJA

Apakah organisasi kerja?
Organisasi kerja merupakan sekumpulan individu yang
menjalankan tugas secara berkumpulan mengikut bidang tugas
tertentu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Apakah fungsi organisasi kerja?
3 Fungsi organisasi kerja iaitu;
1. Fungsi organisasi yang pertama: Memberikan arahan dan

pemusatan kegiatan organisasi, mengenai apa yang
seharusnya dilakukan dan tidak dilakukan oleh organisasi.
2. Fungsi organisasi yang kedua: Meningkatkan kemampuan
anggota organsasi dalam mendapatkan sumber dana dan
sokongan dari anggota masyarakat.
3. Fungsi ketiga: Memberikan pengetahuan yang baru kepada
anggotanya.

Apakah elemen utama dalam penstrukturan organisasi kerja?
Elemen utama dalam penstrukturan organisasi kerja ialah;
1. Pembentukan jawatankuasa
2. Pembinaan carta organisasi
3. Penyediaan jadual tugasan
4. Penyediaan panduan dan peraturan menjalankan tugas

di tempat kerja

Huraikan Fungsi dan kepentingan setiap elemen dalam
penstrukturan organisasi kerja dan kepentingannya

FUNGSI DAN KEPENTINGAN CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi

Fungsi – Mempamerkan hierarki jawatan yang
menggambarkan rantaian arahan dan saluran rasmi
komunikasi dalam sesuatu organisasi.

Kepentingan –
1. Membuat agihan sumber manusia secara cekap mengikut

keutamaan.
2. Menyelaras dan menentukan bidang tugas dan

tanggungjawab setiap ahli pasukan.

1

Jawatankuasa

Fungsi - Menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan

Kepentingan - Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan
sempurna, cekap, berkesan dan dapat mencapai matlamat
organisasi

Jadual tugasan
Fungsi – Merancang dan memastikan tugas dan aktiviti
dijalankan dengan sistematik

Kepentingan: Menyusun atur tugasan yang perlu dilaksanakan
mengikut garis masa yang telah ditetapkan

Panduan dan Peraturan

Fungsi-Menjadi rujukan organisasi kerja bagi menjalankan
tanggungjawab mereka.

Kepentingan-
Memastikan ahli pasukan dalam organisasi kerja menjalankan
tugasan dengan lancar dan terkawal

Senaraikan 3 Kaedah dalam menyelesaikan tugasan?

1. Kaedah Sumbang Saran
Apakah maksud sumbang saran?
Sumbang saran atau pemerahan otak adalah teknik kreativiti
kumpulan direkakan untuk menjanakan banyak idea untuk
penyelesaian kepada masalah. Semua idea diterima.

Apakah tujuan Sumbang saran?
Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan
murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif untuk
mendapatkan idea-idea baru serta kombinasi idea.

Bagaimana pemikiran kreatif dapat membantu dalam sumbang
saran?
Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian
masalah-masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk
bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai
interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian
menjadi fokus sumbangsaran.

2

Senaraikan 5 peraturan sumbang saran?

1. Sebarang idea diterima.
2. Semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan

maklumat sebanyak mungkin.
3. Dilarang mengkritik sebarang idea.
4. Idea-idea dinyatakan secara spontan.
5. Pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk

memperkembangkannya.

Apakah faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu sesi
sumbang saran?
1. Guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakkan

pemikiran positif di kalangan murid.
2. Murid mengambil bahagian secara aktif.
3. Guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana

individu atau kumpulan.
4. Idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan

maklumat serta digunakan sebaiknya.

2. Kaedah Perbincangan

Apakah maksud perbincangan?
perbincangan merupakan proses berinteraksi secara bersemuka
di mana pelajar dapat bertukar-tukar idea, membincangkan
atau menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab persoalan,
mengukuh serta meningkatkan kefahaman pelajar.

3. Kaedah Simulasi

Apakah maksud simulasi?
Perkataan simulasi atau penyelakuan bermaksud mengajuk /
meniru keadaannya atau suasananya seolah-olah betul atau
hampir sama dengan keadaan sebenar.

Senaraikan 6 Langkah Menyelesaikan Tugasan yang biasa
1. Menetapkan matlamat yang jelas
2. Membina carta organisasi
3. Menetapkan jangka masa tugasan
4. Mengerjakan Tugasan dengan tema

dilaksanakan
5. Mencari sumber yang jelas dan sahih

3

BUDAYA KERJA
Apakah maksud budaya kerja?
Budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan
semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Senaraikan 3 faktor dalam budaya kerja positif
• Bekerja mengikut garis masa (Carta Gantt)
• Mengikut Arahan dengan betul
• Menjaga Kebersihan dan kekemasan Ruang kerja

CARTA ORGANISASI

Apakah maksud carta organisasi?
Carta organisasi merupakan rajah yang menunjukkan struktur,
kedudukan jawatan atau posisi individu dalam organisasi selaras
dengan bidang kuasa serta tugas dan tanggungjawabnya.

Mengapakah setiap individu perlu diberikan peranan yang
khusus dalam carta organisasi?
Setiap individu perlu diberikan peranan yang khusus dalam
carta organisasi supaya:
1. Tidak berlaku pertindihan dalam tugas.
2. Tidak berlaku kekeliruan yang boleh menjejaskan kelancaran

organisasi.

Huraikan peranan dan tugas setiap jawatankuasa?
1. Penaung /Penasihat

a. Merupakan penasihat kepada organisasi, persatuan atau
pertubuhan

b. Berperanan sebagai pelindung dan penjaga imej
organisasi, persatuan atau pertubuhan

2. Yang Dipertua/Pengerusi
a. Menjayakan aktiviti organisasi, persatuan atau
pertubuhan dan melaporkan kepada Penaung/Penasihat.
b. Sebagai penggerak dan sumber ilham kepada organisasi,
persatuan atau pertubuhan
c. Mempengerusikan semua mesyuarat dan membuat
agihan tugas
d. Membuat perancangan dan penilaian

4

3. Naib Yang Dipertua/Pengerusi
a. Membantu tugas Yang Dipertua/Pengerusi
b. Memangku tugas Yang Dipertua/Pengerusi semasa
ketiadaan beliau.
c. Menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli
pertubuhan, persatuan dalam semua aspek.

4. Setiausaha
a. Menyelaras semua kegiatan dan projek yang dirancang
b. Menyedia notis dan agenda mesyuarat
c. Menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat
diadakan
d. Mengurus surat menyurat, sistem fail
e. Mengurus tempahan dewan untuk mesyarat

5. Naib/ Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dan memangku jawatan tersebut
apabila ketiadaan setiausaha

6. Bendahari
a. Mengutip yuran bulanan atau tahunan daripada ahli.
b. Mengurus semua hal ehwal kewangan organisasi,
persatuan atau pertubuhan
c. Menandatangani semua cek dan baucer pembayaran
bersama-sama YDP/Pengerusi
d. Menjaga dan memastikan wang persatuan digunakan
untuk perkara yang berfaedah saja.
e. Memastikan perbelanjaan bagi tahun berkenaan tidak
melebihi anggaran yang diluluskan semasa mesyuarat
agong sebelumnya.
f. Menyediakan laporan/penyata kewangan.

7. Penolong Bendahari
a. Membantu bendahari dan memangku jawatan tersebut
apabila ketiadaan Bendahari

8. Ahli Jawatankuasa
a. Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa dan
mesyuarat agong organisasi, persatuan atau pertubuhan
b. Menerima dan melaksanakan semua tugas dan
tanggungjawab yang diberikan.
c. Menyumbang idea, pendapat dan tenaga untuk
menjayakan organisasi, persatuan atau pertubuhan

5

d. Bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang
telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.

e. Melantik ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.

9. Pemeriksa kira-kira
a. Memeriksa penyata kewangan organisasi, persatuan
atau pertubuhan. Bagi tempoh lantikan dan membuat
laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agong.
b. Memeriksa penyata kewangan organisasi, persatuan
atau pertubuhan sepanjang tempoh jawatan mereka
dan memberikan laporan kepada jawatankuasa pada
bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang
Dipertua/Pengerusi.

10. Ahli Biasa
a. Membayar yuran keahlian
b. Menyerah surat jika berhenti menjadi ahli.
c. Membantu dalam menjayakan sesuatu tugas, aktiviti
atau projek.

Contoh Carta Gantt untuk perancangan
Minggu Teknik & Vokasional 2018

Bil Aktiviti Masa/Minggu

1 Menubuhkan jawatankuasa dan x
mengagihkan tugas kepada ahli
x
2 Memasang khemah x
3 Menghias gerai x
4 Aktiviti Jualan
5 Membersihkan kawasan gerai x
6 Mengira hasil jualan gerai x
7 Membuat post-mortem dan dokumentasi x

6

1.2 SEMANGAT KERJASAMA DALAM PASUKAN

Senaraikan dan huraikan 4 ciri-ciri semangat kerjasama dalam

pasukan

1. Patuh Arahan – Mematuhi setiap arahan ketua agar tugas
dapat dilaksanakan dengan lancar.

2. Bertanggungjawab – Hendaklah menjalankan

tanggungjawab secara berkumpulan dalam

organisasi/kelab/persatuan

3. Sistematik – Perlu menghasilkan carta organisasi, senarai

tugas berdasarkan arahan yang diberikan.

4. Bekerjasama – Hendaklah membantu antara satu sama lain

sepanjang melaksanakan tugasan supaya hasil yang

diperolehi adalah berkualiti.

Terangkan maksud kerja sepasukan?
Maksud kerja sepasukan ialah penglibatan individu yang saling
bekerjasama antara satu sama lain, di mana mereka berkongsi
matlamat serta visi dan misi yang sama.

Senaraikan 6 Kepentingan Semangat Kerja Sepasukan
1. Mengeratkan hubungan dan kerjasama dalam satu pasukan
2. Mewujudkan semangat kerja yang efektif
3. Menjimatkan sumber tenaga manusia
4. Melancarkan dan memudahkan kerja
5. Menghasilkan idea yang bernas melalui permuafakatan
6. Menjimatkan masa yang ditetapkan dalam menyelesaikan

tugas
7. Mengurangkan masalah melalui jalan penyelesaian yang

dipersetujui secara bersama

KOMUNIKASI

Apakah maksud komunikasi?
Komunikasi bermaksud proses pemindahan atau penyampaian
maklumat dan idea antara dua atau lebih individu.

Apakah maksud komunikasi berkesan?
Komunikasi berkesan bermaksud komunikasi yang berlaku
dalam keadaan dimana mesej yang disampaikan dapat difahami
oleh penerima dan ia memberi kesan kepada pemberi dan
penerima

7

Berikan 3 Kepentingan Komunikasi Berkesan
1. Memudahkan pencapaian matlamat atau objektif dalam

pasukan
2. Meningkatkan prestasi kerja individu
3. Mewujudkan semangat kekitaan, perpaduan dan

kerukunan yang akan membantu kejayaan organisasi .

Senaraikan 3 kaedah penyampaian maklumat?
3 kaedah dalam menyampaikan maklumat adalah;

a. Pertama: Dengan menggunakan lambang bahasa,
b. Kedua: dengan menggunakan perkataan isyarat dan
c. Ketiga: gerak-geri.

Apakah maksud komunikasi lisan?
Komunikasi lisan melibatkan dua pihak atau lebih, iaitu
penyampai dan penerima mesej. Komunikasi ini berlangsung
dengan menggunakan suara dan bahasa isyarat sama ada
bersemuka atau melalui telefon, video sebagainya. Komunikasi
lisan membolehkan penyampaian terus mengetahui samada
penerima memahami atau tidak mesej yang disampaikan.

Senaraikan contoh-contoh komunikasi lisan?
1. Temuduga
2. Perbincangan
3. Video
4. Perbualan
5. Pembentangan
6. Mesyuarat
7. Perbahasan

Apakah maksud Komunikasi Bukan Lisan?
Komunikasi bukan lisan adalah proses komunikasi melalui
menghantar dan menerima maklumat tanpa perkataan
(kebanyakannya menggunakan isyarat visual) antara
manusia.Komunikasi bukan lisan dilakukan melalui gerak-geri,
gaya, mimik muka, postur dan ekspresi seseorang dalam
menyampaikan mesej tanpa mengguna suara dan bahasa.

Komunikasi bukan lisan merangkumi penggunaan suara
(paralanguage), sentuh (haptik), jarak (proxemik), dan
persekitaran fizikal / penampilan, hubungan mata, oculesik
merangkumi tindakan melihat semasa bercakap dan
mendengar, kekerapan pandangannya, corak penetapan,
pengembangan anak mata, dan kadar kelipan.

8

Senaraikan bentuk-bentuk komunikasi bukan lisan bersertakan
contoh?
1. Bahasa Tubuh

a. Suara
b. Mimik Muka
c. Tingkah laku
d. Pakaian
2. Bahasa isyarat - Digunakan oleh orang kurang upaya (OKU)
cacat pendengaran atau bisu.
3. Komunikasi Penulisan
a. Tulisan tangan
b. Memo bercetak
c. Laporan atau mesej melalui media elektronik seperti e-

mail, sistem pesanan ringkas dan telegram.
4. Media cetak

a. Surat
b. Notis
c. Memo
d. Poster
e. Faksimile
f. Dokumen
g. Buku
h. Majalah
5. Media elektronik - Pesanan ringkas (WatsApp, eChat,
Telegram)

Teknik Menyampaikan Maklumat
Huraikan teknik penyampaian maklumat yang boleh dijadikan
panduan supaya penerima maklumat dapat membeikan
tumpuan untuk mendengan, memahami seterusnya mengikuti
maklumat yang disampaikan oleh penyampai.

1. Persiapan tajuk
a. Penyampai hendaklah memahami dengan jelas tajuk
yang hendak disampaikan.
b. Penyampai hendaklah menggunakan bahasa yang
mudah difahami.
c. Penyampai hendaklah memberikan contoh-contoh
yang berkaitan tajuk supaya penyampai akan mudah
memahami.
d. Penyampai hendaklah menggunakan alat bantu
mengajar yang sesuai seperti poster, gambar foto atau
carta.

9

2. Persiapan Diri
a. Penyampai hendaklah berpakaian kemas.
b. Penyampai hendaklah menunjukkan air muka yang
baik dan kelihatan bersedia serta sentiasa tersenyum
ketika menyampai maklumat.
c. Penyampai hendaklah mempastikan cara berjalan dan
melangkah adalah tenang tidak gopoh.

3. Adab
a. Penyampai hendaklah mewujudkan kemesraan dengan
menerima maklumat.
b. Penyampai hendaklah mulakan dengan bertanyakan
soalan yang berkaitan dengan tajuk
c. Suara hendaklah jelas
d. Penyampai hendaklah memandang kepada penerima
maklumat.

Kaedah mengekalkan hubungan baik dalam pasukan
Senarai dan huraikan kaedah-kaedah bagi mengekalkan
hubungan baik dalam sesuatu pasukan?

1. Komited terhadap Tugasan – Setiap ahli hendaklah komited
dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas yang
diamanahkan. Mereka hendaklah sentiasa bersikap positif
dalam melaksanakan tugas.

2. Berkomunikasi Secara terbuka
Komunikasi secara terbuka penting dalam mengeratkan
hubungan antara ahli pasukan. Setiap ahli pasukan
seharusnya berupaya memberikan pendapat tanpa rasa
takut dan gentar.

3. Mengelakkan konflik atau perselisihan faham
Konflik yang timbul hendaklah diatasi dengan cara yang
baik dan berhemah supaya tidak menjejaskan hubungan
dan semangat kekitaan antara ahli pasukan. Peranan ketua
adalah amat penting dalam menanggani masalah ini.

4. Memelihara dan mengekalkan hubungan baik
Dalam setiap pasukan, akan terdapat pelbagai ragam dan
perbezaan sifat atau tingkat laku antara setiap ahli.
Perbezaan tersebut adakalanya mewujudkan pelbagai
pendapat yang boleh menganggu hubungan baik ahli
dalam sesuatu kumpulan. Peranan ketua adalah penting
dalam usaha memelihara dan mengekalkan hubungan baik
sesama ahli.

10

1.3 PENINGKATAN KENDIRI

a. Mengenal Diri
Bagaimana seseorang itu dapat mengenal diri sendiri? Sebagai
seorang manusia, kita sudah pasti akan mempunyai gambaran
atau pandangan terhdap diri sendiri, gambaran tersebut
mungkin merangkumi aspek fizikal, kebolehan, kemahiran,
minat, bakat, sikap, dan nilai.

Senaraikan 7 aspek yang boleh membantu seseorang itu untuk
mengenali kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada
dirinya. Berikan huraian ringkas bagi setiap aspek yang
berkaitan.

Bil Aspek

FIZIKAL
Mengenal diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat
tubuh badan sendiri. Kita harus menerima sifat-sifat fizikal
1 kita secara positif tidak harus merasa rendah diri sekiranya
kita mempunyai tubuh badan yang berbeza dari orang lain
sebaliknya kita haruslah membaiki kelemahan yang ada
supaya setanding dengan orang lain.

KEBOLEHAN
Kebolehan bermaksud kemampuan seseorang melakukan

sesuatu tugas. Meskipun kadangkala kebolehan sukar untuk

2 dikenal pasti tetapi dengan menggunakan kaedah tertentu
kini, ia bukan lagi menjadi sesuatu yang sukar untuk

mengetahui kebolehan seeorang. Kebolehan yang diasah

akan dapat membantu seseorang itu untuk menjadi lebih

mahir dalam bidang tertentu.

KEMAHIRAN
Setiap individu mempunyai keupayaan kemahiran yang
berbeza. Contohnya mereka berbeza dari segi keupayaan
3 berfikir, keupayaan belajar, keupayaan mengingat,
keupayaan menaakul dan juga keupayaan menganalisis.
Dengan mengetahui kelebihan dan kekurangan ini mereka
akan dpat membaiki kelemahan masing-masing.

MINAT

Minat merupakan keinginan seeorang untuk melakukan

4 sesuatu yang dapat memberi kepuasan yang maksima
kepada mereka. Minat boleh diasah kerana seseorang

kadang-kadang melakukan sesuatu bukan kerana minat

tetapi kerana faktor lain, contohnya diri kamu sendiri

11

kadang-kadang kamu tidak berminat untuk memasak dan
menjahit tetapi disebabkan kamu dimasukan ke kelas Sains
Rumah Tangga maka kamu hendaklah menanamkan minat
untuk memasak dan menjahit agar dapat membantu kamu
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM nanti.

BAKAT

Berbeza dengan minat, bakat pula merupakan kebolehan

semula. Walau bagai mana pun bagi mencapai kejayaan

5 bakat yang ada kepada seseorang boleh digilap. Sebagai
contohnya Alia tidak berbakat dalam bidang seni lukis

tetapi beliau sangat berminat dalam melukis. Alia

hendaklah sentiasa berlatih dan mencabar diri sendiri untuk

berjaya.

SIKAP

Sikap adalah antara inventori yang penting dalam usaha
untuk meningkatkan kendiri. Dengan mempunyai sikap
6 yang positif sudah pasti seseorang itu akan mampu

mengubah dan membaiki kelemahan yang ada kepada

dirinya dari masa ke semasa.

NILAI

Nilai adalah ukuran baik-buruknya seseorang, baik sebagai

7 peribadi atau pun sebagai warga masyarakat, dan warga
negara. Nilai merupakan pegangan dan pertimbangan

seeorang terhadap sesuatu, di mana ia akan mempengaruhi

seseorang dalam membuat sesuatu keputusan.

b. Peningkatan kendiri

Apakah maksud Konsep kendiri?

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap
dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif
atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan
juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan
harga dirinya.

12

Apakah faktor yang mempengaruhi konsep kendiri?Bagaimana
konsep kendiri yang positif seseorang boleh membantu dalam
peningkatan kendirinya?
Konsep kendiri dipengaruhi oleh aspek jasmani, psikologi, dan
pengalaman pembelajaran yang dialami sejak kecil. Apabila
konsep kendiri seseorang itu positif, maka individu berkenaan
dapat menilai dan memberikan pendapat tentang kebaikan dan
kekurangannya serta dapat menerima maklum balas daripada
orang lain. Secara tidak langsung, individu berkenaan
mengalami peningkatan kendiri.

Berikan 2 faktor yang boleh mempengaruhi peningkatan
kendiri setiap individu?
Antara faktor yang dapat mempengaruhi peningkatan kendiri
setia individu ialah faktor genetik dan faktor persekitaran.

1. Faktor Genetik
Genetik melibatkan kecerdasan, emosi dan bentuk tubuh
badan. Contohnya, perhubungan emosi awal dengan ibu bapa
yang meluangkan banyak masa bersama dengan anak mereka,
dapat mempengaruhi secara mendalam dalam membina
keyakinan diri anak anak

2. Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa turut
mempengaruhi peningkatan kendiri, pengaruh dan tindak-
tanduk rakan sebaya sama ada positif atau negatif banyak
mempengaruhi personaliti anak anak terutamanya remaja.

Kenapakah konsep peningkatan kendiri amat penting kepada
seorang remaja sekolah?
Bagi seseorang remaja, peningkatan kendiri amat penting
supaya mereka dapat membuat keputusan dan menentukan
setiap tindakan yang akan diambil supaya betul dan tepat.
Selain itu, peningkatan kendiri juga penting sebagai persediaan
anda menghadapi cabaran pada masa depan mereka.

c. Kaedah mendapatkan maklum balas peningkatan kendiri

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan
maklumbalas dalam proses peningkatan kendiri?
Dalam proses peningkatan kendiri terdapat 2 kaedah yang
boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang
peningkatan kendiri, iaitu dengan menggunakan Ujian
Psikometrik dan Ujian Aptitud.

13

Apakah itu ujian psikometrik dan berikan 3 tujuan ujian
tersebut?
Ujian Psikometrik adalah merupakan satu prosedur yang
sistematik untuk memerhatikan tingkat laku masnusia dan
menerangkannya dengan bantuan skala numerikal atau sistem
kategori.

3 tujuan utama Ujian psikometrik ialah:
1. Untuk mengukur kebolehan, minat, sikap, personaliti,

kecenderungan, kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
2. Untuk memahami keadaan semula jadi dan perbezaan
individu secara lebih mendalam.
3. Memberikan pendedahan maklumat kerjaya yang lebih luas
dan tepat.

Apakah itu Ujian Aptitud dan tujuannya?
Ujian Aptitud ialah satu ujian untuk mengenal pasti kebolehan
atau bakat semula jadi pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti
dengan mudah dan cepat.

2 tujuan utama ujian Aptitud ialah:

1. Untuk mengenal pasti atau menilai kesediaan, potensi,
kesesuaian atau meramalkan kejayaan murid dalam
pembelajaran seterusnya.

2. Untuk memberi gambaran tentang jenis bidang atau aliran
yang sesuai dipelajari oleh seseorang murid.

d. Perbandingan Tahap Pendidikan, Kemahiran dan Pilihan
kerjaya dengan matlamat pendapatan

Perbezaan tahap pendidikan, kemahiran individu dan daya
usaha akan mempengaruhi nilai pendapatan, individu yang
memiliki kelayakan atau sijil dalam bidang kemahiran seperti
teknikal, kejuteraan, perubatan, teknologi maklumat dan
sebagainya mempunyai nilai pendapatan yang agak berbeza.

Berikan contoh perbandingan tahap pendidikan, kemahiran
dan pilihan kerjaya dengan maklamat pendapatan dalam sektor
awam.

14

Bil Tahap Pilihan Matlamat
Pendidikan/Kemahran Kerjaya Pndapatan
(Gaji Permulaan)
1 SPM Kerani
RM850.00
2 Diploma Kejuruteraan Penolong
Awam Jurutera RM1600.00

3 ISM Pendidikan Sains Pendidik RM2,300.00
Rumah Tangga

4 Sarjana Teknologi Pegawai RM4,500.00
Pertanian Kanan

5 Doktor Falsafah dalam Pensyarah RM7500.00
Fisiologi Sukan

e. Analisis kaitan antara pelbagai kerjaya dengan matlamat
pendapatan individu

Pada abad ke-21 kini, antara kerjaya yang mempunyai
permintaan yang tinggi ialah kerjaya dalam bidang pengurusan
media sosial, bidang kejuruteraan teknologi hijau, bidang
kejuruteraan robotik, pakar dalam pengurusan tekanan dan
pertanian urban. Bagi murid yang berminat dalam kerjaya-
kerjaya dalam bidang-bidang di atas peluang yang cerah untuk
anda. Selain itu ia juga menawarkan pendapatan yang lumayan.

Setiap individu pasti mempunyai cita-cita dan kerjaya idaman.
walaubagaimana pun, bukan semua individu dapat mencapai
cita-cita dan kerjaya yang diimpikan. Keputusan peperiksaan
akan mempegaruhi bidang yang akan dipohon di institusi
pengajian tinggi. Bidang tersebut akan menjadi penentu pada
kerjaya dan kehidupan kita pada masa depan.

f. Bina satu jadual aktiviti yang mengandungi contoh aktiviti
yang dapat membantu pembelajaran kendiri seseorang
murid.

15

Pembelajaran kendiri merupakan satu pendekatan
pembelajaran yang berpusatkan murid dan ia berlaku atas daya
usaha murid itu sendiri. Pelajar dengan sendiri melalui
penggunaan bahan pembelajaran serta menilai dan memantau
kemajuan mereka. Guru merupakan fesilitator kepada pelajar.
Murid perlu bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri
mereka. Di bawah adalah contoh aktiviti murid PAK 21 dan
penggunaan bahan yang boleh membantu mereka
melaksanakan pembelajaran kendiri murid.

Bil Penggunaan Bahan Aktiviti murid
Gallery Walk
1 Murid menggunakan carta, poster,
grafik dan penggunaan multimedia
dalam aktiviti pembelajaran.

2 Murid belajar melalui pendengaran Pembentangan
seperti kuliah dan penerangan.

3 Murid diberi tugasan untuk Kolaborasi
membuatnya secara berkumpulan
dan bekerjasana dengan kumpulan-
kumpulan lain untuk
melengkapkan/menyiapkan tugasan
itu.

4 menerangkan semua gambar atau Round Robbin
model menggunakan perkataan Role Play
sendiri.
Self Assessment
5 Setiap kumpulan diberi tugasan.
Setiap ahli pula perlu memainkan
peranan sebagai satu watak yang
berlainan. (Forum)

6 Murid menyemak sendiri tugasan
yang diberikan berdasarkan
panduan guru

g. Sediakan pelan dan jadual garis masa untuk mencapai
matlamat kerjaya dan peningkatan kendiri dengan
mengambil kira keperluan pendidikan, latihan, kos dan
kemungkinan hutang yang ditanggung.

16

Dalam mencapai matlamat kerjaya yang diimpikan, pelan
perancangan dan garis masa hendaklah disediakan agar
matlamat tidak tersasar, berdasarkan teori donald e.super
(1952), konsep kendiri pekerjaan terbina melalui pertumbuhan
fizikal dan mental, pemerhatian terhadap kerja, mengenal pasti
kerjaya dan pengalaman yang dilalui oleh orang dewasa. Rajah
1.16 menunjukkan contoh garis masa ke arah pencapaian
matlamat kerjaya individu yang diubah suai berdasarkan Teori
Donald E. Super.

Membentuk • Membuat pemilihan beberapa kerjaya dan
& Merancang kemudian memfokuskan satu kerjaya yang
benar-benar diminati berdasarkan
matlamat kelayakan akademik

• Mendapatkan sumber untuk menampung
kos pengajian

14-17 tahun 17-20 tahun 12-24 tahun 24-35 tahun KERJAYA
YANG

DIIMPIKAN

Membuat Memenuhi latihan
pemilihan kerjaya dan
bidang untuk memasuki bidang
memasuki pekerjaan serta
menjelaskan
institut
pengajian tinggi

17

BAB 2 : PENGURUSAN SUMBER KELUARGA
DAN TEMPAT KEDIAMAN

2.1 PENGURUSAN SUMBER KELUARGA

a) Terangkan struktur, fungsi, dan peranan keluarga dalam
budaya Malaysia?

i. Struktur keluarga
Keluarga merupakan sekumpulan manusia yang tinggal bersama
di bawah satu bumbung dan mempunyai hubungan melalui
perkahwinan, pertalian darah atau keluarga angkat. Ia terdiri
daripada keluarga nuklear, keluarga luas, keluarga induk
tunggal dan keluarga poligami.
1. Keluarga nuklear – keluarga asas yang terdiri daripada ibu

bapa, anak kandung atau anak angkat.
2. Keluarga luas – Terdiri daripada individu yang ada

pertalian darah atau hasil perkahwinan seperti datuk,
nenek, ibu datau bapa saudara dan sepupu yang tinggal di
bawah satu bumbung.
3. Keluarga induk tunggal – Induk, iaitu ibu dan bapa yang
tidak tinggal bersama di bawah satu bumbung yang
disebabkan oleh perceraian, kematian atau perpisahan.
4. Keluarga poligami - Sekiranya bapa mempunyai dua atau
lebih isteri

ii. Fungsi keluarga
Huraikan 5 fungsi keluarga yang terdapat di dalam masyarakat
di Malaysia.

FUNGSI HURAIAN
KELUARGA

1 Biologi Meneruskan kesinambungan, memelihara
dan membesarkan zuriat keturunan.

2 Sosial Mencari sumber kewangan dan belanjawan
keluarga

3 Psikologi Membentuk identiti keluarga mengikut
acuan sendiri. Memberikan perlindungan

4 Sosiologi Memastikan pembentukan sahsiah dan
tingkah laku yang baik dan hubungan sosial
dalam suasana harmoni.

5 Pendidikan Memberikan pendidikan sempurna kepada
anak-anak

18

iii. Peranan Keluarga

Huraikan Faktor yang mempengaruhi peranan ahli keluarga

FAKTOR HURAIAN

a) Peranan bapa - menjaga keluarga
b) Peranan ibu - mendidik anak-anak

KEDUDUKAN c) Peranan anak sulung-membantu ibu
1 AHLI
bapa, menjaga adik-adik
KELUARGA d) Peranan anak bongsu-menghormati

yang tua

a) Lelaki – membuat kerja rumah yang
lebih berat

2 JANTINA b) Perempuan – melakukan kerja yang
lebih ringan

a) Bayi- perlukan perhatian & kasih

sayang ibu bapa

3 UMUR b) Kanak-kanak- perlukan perhatian ibu
bapa

c) Remaja - perlukan perhatian ibu bapa

d) Ibu bapa-Mencari nafkah

4 STATUS Kebiasaannya pola perbelanjaan dan
EKONOMI sumber pendapatan ditentukan oleh status
KELUARGA ekonomi keluarga.

Sosiobudaya ialah amalan yang berupa
gaya hidup dan peradaban yang lahir
daripada pegangan dan kecenderungan
5 SOSIOBUDAYA sesuatu masyarakat. Lazimnya amalan
keluraga turut mengikuti amalan dan
budaya masyarakat setempat. Contohnya
wanita dididik menghormati kaum lelaki.

iv. PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN KEPENTINGANNYA

Apakah maksud sumber keluarga dan nyatakan kategori sumber
keluarga bagi masyarakat Malaysia? Berikan contoh yang
bersesuaian.
Sumber ialah segala bahan atau punca yang ada pada diri
sendiri dan persekitaran individu dan keluarga. Sumber
keluarga adalah terhad. Contohnya, sumber masa yang terhad
kepada 24 jam sehari. Kemahiran dalam menguruskan sumber

19

amat penting kerana ia akan membantu sesuatu keluarga dalam
menguruskan sumber yang terhad secara lebih berkesan. Ada
kalanya sesuatu sumber yang ada dalam sesuatu keluarga tidak
digunakan langsung kerana tidak dapat dikenal pasti.
Contohnya bakat seseorang dalam bidang hiasan dalaman tidak
terserlah kerana tidak dicungkil dan dikembangkan.

Huraikan 2 kategori sumber keluarga berserta contoh-contoh.

1. Sumber Manusia – Kategori sumber manusia terdiri daripada;
a) Masa - Contoh sumber masa adalah jam, hari, bulan.
b) Pengetahuan - Contoh sumber pengetahuan ialah
seperti kepakaran dalam bidang nutrisi.
c) Tenaga - Contoh sumber tenaga pula adalah seperti
keupayaan untuk melakukan sesuatu aktiviti, sama ada
mempunyai tenaga yang banyak untuk melakukan
aktiviti yang lasak seperti menyangkul dan disebaliknya.
d) Kemahiran - Contoh Sumber keluarga kemahiran
adalah seperti kemahiran menjahit, kemahiran
memasak dan juga kemahiran bertukang.
e) Sikap - Contoh sumber keluarga bagi sikap ialah sama
ada keluarga tersebut mempunyai sikap positif atau
negatif. Sikap positif akan lebih berjaya dalam
membangunkan keluarga.
f) Minat dan kebolehan - Contoh Sumber dan kebolehan
yang terdapat dalam diri individu dalam keluarga ialah
penghasilan kraftangan .

2. Sumber Bukan Manusia- Sumber bukan manusia merupakan
semua sumber yang terdapat di persekitaran sesebuah
keluarga. Ia terdiri daripada:
a) Wang – Contohnya gaji, bonus dan elaun
b) Harta benda – Contohnya rumah, kereta, tanah
c) Infrastruktur – Jalan raya, bekalan elektril dan bekalan
air.
d) Kemudahan masyarakat – Contohnya perpustakaan
awam, taman permainan kanak-kanak, pusat membeli-
belah

PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN KEPENTINGANNYA

Apakah maksud pengurusan sumber keluarga?
Pengurusan sumber keluarga adalah satu proses merancang,
menggunakan bahan atau sumber yang terdapat pada diri dan

20

persekitaran untuk mencapai matlamat keluarga. Kemahiran
mengurus sumber keluarga akan dapat membantu proses
pengurusan agar lebih efisien bagi mencapai kebahagiaan dan
keharmonian hdup berkeluarga.

Apakah Perkara yang perlu dirancangkan berkaitan sumber
keluarga?

1. Jenis sumber yang diperlukan
a. Kewangan
b. Kemahiran
c. Tenaga

2. Tujuan sumber digunakan
a. Kepentingan
b. Keperluan dan kehendak keluarga
c. Matlamat yang ingin dicapai

3. Kuantiti sumber yang diperlukan
a. Banyak
b. Sedikit

4. Ciri sumber yang dikehendaki dari segi;
a. Saiz,
b. Harga,
c. Kualiti,
d. Kuasa,
e. Cara penggunaan dan
f. Ciri keistimewaan

5. Cara untuk mendapatkan sumber
a. Bandingkan harga, kualiti
b. Di mana hendak membeli
c. Cara bayaran

Berikan sebab kenapa pengurusan sumber keluarga perlu
dirancang dengan teliti dan sistematik sebelum ia dilaksanakan?

1. Untuk mewujudkan persefahaman dan mengurangkan
konflik. Sekiranya seorang anak mempunyai kebolehan
bermain alat muzik, ibu bapa harus berfikiran terbuka dan
memahami minat anak tersebut, secara tidak langsung
persefahaman antara ahli keluarga dapat diwujudkan dan
dapat menghapuskan konflik.

2. Untuk menambahkan pendapatan keluarga dan
mengurangkan pembaziran. Apabila seseorang ahli
keluarga memunyai kemahiran menjahit maka dia
seharusnya bijak memanfaatkan kemahirannya dengan

21

mengambil upah menjahit. Sekali gus dapat menambahkan
pendapatan isi rumah, mengurangkan perbelanjaan
membeli pakaian dan dapat mengurangkan pembaziran.

3. Untuk mencapai matlamat dan meningkatkan
kesejahteraan keluarga. Apabila seorang anak mempunyai
tahap kecergasan yang tinggi berbanding anak-anak yang
lain, ibu bapa haruslah bijak menguruskan kepandaian
anak tersebut untuk dimanfaatkan kepada adik-beradiknya
yang lain. Hasilnya matlamat dari aspek pendidikan dapat
dicapai untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN SUMBER

Huraikan faktor yang mempengaruhi pengurusan sumber yang
berkesan?
Sumber keluarga perlu diatur dan diuruskan dengan sempurna
di mana pengurusan sumber keluraga yang berkesan bergantung
kepada beberapa faktor seperti:

1. Saiz, komposisi dan kitaran hidup
2. Sikap dan amalan pengurusan
3. Taraf pendidikan keluarga
4. Lokasi tempat kediaman
5. Taraf sosioekonomi keluarga

Huraikan faktor-faktor
1. Saiz, komposisi dan kitaran hidup – Saiz dan komposisi

keluarga akan mempengaruhi agihan sumber yang diterima
oleh setiap ahli keluarga. Sebagai contoh sekiranya ahli
keluarga itu mempunyai bilangan ahli yang ramai maka
sudah pastilah keluarga tersebut memerlukan sumber
kewangan yang lebih banyak berbanding dengan ahli
keluarga yang mempunyai ahli yang sedikit.

Kitaran hidup keluarga yang terdiri daripada peringkat
permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat
pengecilan juga akan mempengaruhi agihan sumber dalam
keluarga di mana sudah pastilah agihan sumber berbeza
pada setiap peringkat kitaran hidup.

2. Sikap dan amalan pengurusan – Faktor ini juga
mempengaruhi pengurusan sumber yang berkesan. Keluarga

22

yang mempunyai sikap dan amalan pengurusan bagi
keluarganya dengan cekap.

3. Taraf pendidikan keluarga – Ahli keluarga yang mempunyai
ilmu dan berpendidikan akan dapat meningkatkan
kebolehan dan pengalaman dalam menguruskan sumber dan
ini akan mewujudkan Pengurusan sumber yang berkesan
kepada sebuah keluarga itu.

4. Lokasi tempat kediaman – Lokasi tempat kediaman yang
merupakan salah satu faktor dalam menentukan pengurusan
sumber keluarga yang berkesan. Bagi keluarga yang tinggal
di kawasan yang mempunyai infrastruktur dan prasarana
yang lengkap sudah pasti mempunyai kelebihan dalam
membantu dalam pengurusan sumber berbanding dengan
keluarga yang tinggal di kawasan terpencil yang akan lebih
sukar untuk bergerak ke kedai atau bank dan sebagainya.

5. Taraf sosioekonomi keluarga – Taraf sosioekonomi seperti
keluarga yang mempunyai pendapatan tinggi berpeluang
memperolehi sumber yang lebih banyak dan memudahkan
membantu pengurusan sumber keluarga yang berkesan.

Buat satu analisis isu terkini dan cabaran yang dihadapi oleh
keluarga dalam menguruskan sumber keluarga.
Antara isu terkini yang menjadi cabaran kepada keluarga dalam
menguruskan keluarga adalah:

1. Masalah dan jenayah dalam keluarga
2. Kurang masa berkualiti bersama keluarga
3. Jurang Generasi (generation gap)
4. Kurangnya Kemahiran Keibubapaan
5. Input negatif daripada Media Elektronik

Usulkan kaedah untuk mengatasi isu dan masalah yang
dihadapi keluarga dalam usaha menguruskan sumber keluarga
dengan lebih baik dan berkesan.
Untuk mengusulkan kaedah bagi mengatasi isu dan masalah
yang dihadapi oleh keluarga dalam usaha menguruskan sumber
keluarga dengan lebih baik dan berkesan maka langkah
pertama yang perlu kita lakukan adalah menyenaraikan dahulu
apakah masalah-masalah yang wujud dalam keluarga hari ini.
Antara masalah keluarga hari ini ialah;

a. Masalah perceraian
b. Masalah penderaan anak
c. Masalah sumbang mahram

23

d. Masalah pengambilan dadah
e. Masalah kewangan
f. Masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak-anak,
g. Pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja

Selepas pengenalpastian masalah tersebut maka beberapa
kaedah penyelesaian dikenalpasti, antaranya;
1. Mewujudkan suasana rumah tangga yang harmoni

Suasana harmoni bermaksud ahli keluarga saling sayang
menyayang, hormat menghormati, menghargai, memahami
tabiat dan watak masing-masing, saling memaafkan, saling
mempercayai dan bertanggungjawab terhadap kewajipan
dan peranan masing-masing.

2. Menanggani permasalahan dengan komunikasi yang
berkesan
Komunikasi yang berkesan perlu wujud dalam sesuatu
keluarga. Proses komunikasi dan interaksi antara keluarga
menjadi mudah sekiranya ahli keluarga berfikiran terbuka
dan menerima seadanya setiap individu dalam keluarga,
menerima keburukan dan kelemahan masing-masing.

3. Mendidik anak melalui kemahiran keibubapaan yang
kreatif.
Ibu bapa perlu diterapkan dengan kemahiran keibubapaan.
Terdapat pelbagai gaya keibubapaan yang boleh
dilaksanakan untuk mendidik anak-anak. Satu daripadanya
ialah gaya keibubapaan kreatif. Antara cirinya adalah:
a. Bertoleransi
b. Menghormati idea dan pendapat anak-anak
c. Membimbing anak-anak
d. Sentiasa memberikan respons kepada anak-anak apabila
ditanya tentang sesuatu
e. Bersikap fleksible
f. Menggalakkan anak-anak mengambil risiko yang
munasabah semasa mencuba sesuatu yang baru, dan
g. Memberikan kebebasan untuk anak-anak meneroka
persekitaran tetapi masih di bawah pemantauan ibu
bapa.

4. Memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak
Ibu bapa perlu menekankan pendidikan agama dan moral
dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Mereka yang

24

diasuh dengan ajaran agama biasanya menjadi insan yang
cemerlang.

5. Merancang dan menilai urusan kewangan.
Kebanyakan masalah yang melibatkan pengurusan sumber
keluarga berpunca daripada kegagalan menguruskan
kewangan dengan cekap. Setiap keluarga perlu bijak
merancang urusan kewangan secara bulanan dan tahunan
agar perbelanjaan tidak melebihi pendapatan yang boleh
mengakibatkan timbulnya masalah lain dalam keluarga.

2.2 PENGURUSAN SUMBER KEWANGAN KELUARGA

Pendapatan merupakan antara unsur penting untuk
membentuk keluarga sejahtera dan stabil.

Apakah tujuan utama kita menguruskan kewangan keluarga?
Tujuannya ialah supaya kita akan tahu sumber pendapatan,
aliran wang dan mengelakkan pembaziran, menjadi pengguna
yang baik dan menyimpan untuk masa depan.

Apakah matlamat utama pengurusan sumber pendapatan
keluarga?
Matlamat utama pengurusan sumber pendapatan keluarga ialah
untuk membaiki kedudukan kewangan keluarga. Jika kewangan
keluarga dapat diuruskan dengan baik, maka simpanan dapat
ditingkatkan. Pada masa yang sama, aset dapat ditambah dan
hutang dapat dikurangkan. Akhirnya ini akan membolehkan
keluarga mencapai status sosial yang tinggi.

Senaraikan punca utama sumber pendapatan dan sumber
alternatif bagi keluarga?
1. Sumber utama pendapatan keluarga adalah melalui

pekerjaan hakiki yang dilakukan secara konsisten untuk
mendapatkan gaji atau upah
2. Sumber alternatif pendapatan keluarga pula ialah pekerjaan
atau perkhidmatan yang dilakukan secara sampingan, iaitu
di luar waktu bekerja hakiki.

Terangkan faktor yang menyumbang ke arah jumlah
pendapatan dan perbelanjaan keluarga? arah jumlah
Terdapat 4 faktor yang menyumbang ke
pendapatan dan perbelanjaan keluarga;

25

1. Tahap Pendidikan isi rumah dalam sesuatu kelaurga
2. Saiz, Komposisi dan kitaran keluarga
3. Ekonomi Negara
4. Pendapatan keluarga

Apakah maksud bajet? Apakah tujuan menyediakan baget oleh
sesebuah keluarga?
Bajet merupakan satu pelan kewangan, iaitu cara mengimbangi
wang yang dimiliki dengan wang yang dibelanjakan. Pelan
kewangan haruslah berdasarkan jumlah pendapatan dan
perbelanjaan.
Tujuan menyediakan bajet adalah:
1. Untuk mencapai matlamat, keperluan dan kehendak

sesebuah keluarga.
2. Untuk membantu individu membuat keputusan terhadap

jumlah wang yang akan dibelanjakan dan disimpan.
3. Untuk mengenal pasti sumber pendapatan yang boleh

dibelanjakan.
4. Untuk mengubah suai perbelanjaan mengikut keperluan

dan kehendak sesuatu keluarga.
5. Untuk mengelakkan pembaziran.
6. Untuk menggalakkan keluarga membuat simpanan.

Senaraikan langkah-langkah menyediakan baget
Langkah 1: Tentukan Matlamat keluarga – rumah, kereta dll
Langkah 2: Tentukan kategori keperluan
Langkah 3: Anggarkan pendapatan
Langkah 4: Agihan Perbelanjaan – Keperluan Asas (makan,

pakai, tempat tinggal), Kehendak (perabot,
peralatan eletrik, perhiasan, kereta) dan Simpanan
(haji, derma, kesihatan)
Langkah 5: Menganggarkan perbelanjaan
Langkah 6: Mengimbangi pendapatan dan Perbelanjaan
Langkah 7: Membuat Penilaian bajet
e) Matlamat Kewangan - Perancangan matlamat kewangan
melibatan penetapan matlamat. Matlamat hendaklah yang
boleh diukur, dicapai, relaven dalam tempoh tertentu.
Berdasarkan keperluan dan kehendak, setiap keluarga boleh
menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan
jangka panjang.

Terangkan matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh suatu
keluarga berdasarkan:

26

a) Jangka pendek (kurang 6 bulan) – Matlamat yang ingin
dicapai dalam jangka masa singkat.

b) Jangka sederhana (6 bulan – 1 tahun) – Matlamat yang
ingin dicapai dalam jangka masa sederhana

c) Jangka panjang (lebih daripada 1 tahun) – Matlamat yang
memerlukan tempoh masa yang lama untuk dicapai

Jenis Matlamat Keperluan Kehendak
Jangka Pendek • Pakaian
• Makanan • Telefon pintar
Jangka • Kelengkapan
Sederhana • Perkakasan komputer
• Kereta rumah
Jangka • Dana
Panjang • Menunaikan fardhu
haji pendidikan
• Percutian
• Simpanan/Tabungan
• Pelaburan
• Pembelian

tanah

Jelaskan perbezaan antara keperluan dan kehendak?
Keperluan bermaksud barang dan perkhidmatan yang
membolehkan manusia terus hidup pada tahap keselesaan yang
minimum. Ia adalah terhad dan tidak banyak pilihan. Ia mudah
dipuaskan dan sama untuk semua manusia. Keperluan ini terdiri
daripada keperluan asas iaitu:

1. Makanan
2. Pakaian
3. Tempat tinggal

Manakala keperluan sampingan pula merangkumi:
1. Pengangkutan
2. Alat Komunikasi

Mengikut Teori Keperluan Maslow peringkat yang paling
rendah ialah keperluan asas manakala peringkat yang paling
tinggi ialah Kesempurnaan kendiri. Keperluan asas manusia
akan sentiasa berubah mengikut arus kehidupan. Contohnya
pendidikan yang bukan keperluan manusia pada masa dahulu,
tapi kini menjadi keperluan manusia. Keperluan asas merupakan
tuntutan semula jadi untuk meneruskan kehidupan.

27

Kehendak bermaksud keinginan dan kemahuan terhadap
pelbagai jenis barang dan perkhidmatan untuk hidup lebih
selesa dan mewah daripada keadaan asal serta dapat
meningkatkan taraf hidup. Kehendak tidak mudah dipuaskan
kerana apabila sesuatu kehendak dipenuhi, kehendak lain pula
akan timbul. Ia merupakan pelengkap kepada keperluan supaya
manusia dapat hidup dengan lebih selesa dan seronok.
Contohnya kereta mewah, mesin basuh dan televisyen.

Situasi ini menunjukkan bahawa kehendak manusia adalah tidak
terhad dimana sedangkan sumber yang ada adalah terhad.
Oleh sebab itu, manusia terpaksa membuat pilihan mengikut
keutamaan berdasarkan hasil pendapatan dan kemampuan.
Sudah pastilah apabila manusia membuat pilihan mereka akan
berhadapan dengan kos lepas dalam hidup mereka.

Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan
kehendak antara individu dengan individu yang lain?

Faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan kehendak antara
individu ialah:

1. Faktor umur
2. Faktor jantina
3. Faktor cita rasa
4. Faktor pekerjaan
5. Faktor pendapatan.

Menganalisis keperluan dan kehendak sendiri dalam
menentukan keutamaan.
Sekiranya dianalisis, keperluan dan kehendak individu
bergantung kepada jenis pekerjaannya. Keperluan komputer
misalnya penting untuk pekerja dalam bidang pengurusan
tetapi kurang penting kepada pekerja dalam sektor teknikal
seperti juruelektrik. Oleh itu kita mengenal pasti bahawa
sesuatu perkara, barangan atau perkhidmatan tersebut
merupakan suatu keperluan atau kehendak. Perkara yang
dirasakan penting perlulah didahulukan dan yang dirasakan
kurang penting hendaklah dikemudiankan.

Walau bagai mana pun, keperluan dan kehendak bergantung
kepada individu berkenaan untuk menilainya sama ada ia

28

merupakan keperluan asas, memenuhi naluri atau keinginan,
memenuhi kepuasan diri atau kepuasan orang lain.

Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan cara
menetapkan matlamat berdasarkan kehendak dan keperluan.
Keperluan dan kehendak seseorang bergantung kepada hasil
pendapatan dan kemampuannya. Walau bagaimanapun,
kadangkala kita menginginkan sesuatu barang atau
perkhidmatan yang diluar kemampuan kita. Oleh itu bagi
mencapai hasrat ini, kita perlu mensasarkan matlamat yang
ingin dicapai. Apabila kita mempunyai matlamat sama ada
jangka pendek, sederhana atau jangka panjang, kita akan
menggapai matlamat tersebut dengan berusaha secara
bersungguh-sungguh. Di bawah adalah contoh beberapa situasi
yang melibatkan keperluan dan kehendak.

Situasi Pertama:
En. Desa ingin mengerjakan fardhu haji dan dalam masa yang
sama beliau juga ingin membeli sebidang tanah untuk
mendirikan rumah banglo. Pada waktu ini, beliau memiliki
sebuah rumah teres dua tingkat.

Situasi kedua:
Raju baru memulakan kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir
Diplomatik. Beliau mensasarkan matlamat untuk membeli
kereta dan rumah.

Dalam situasi En. Desa, beliau perlu mendahulukan
keinginannya untuk mengerjakan fardhu haji kerana sebagai
penganut Islam beliau telah berkemampuan untuk menunaikan
rukun Islam kelima. Selain daripada itu beliau telah pun
mempunyai rumah sendiri. Manakala dalam situasi Raju pula,
beliau perlu mendahulukan pembelian kereta kerana tuntutan
kerjayanya.

Bagaimanakan penetapan matlamat dalam pengurusan
kewangan keluarga dibuat?

Dalam merancang dan menjayakan pengurusan kewangan
keluarga, matlamat yang ingin dicapai perlu disusun mengikut
keutamaan. Matlamat yang paling atas dalam susunan tersebut
perlu diberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya. Walau

29

bagaimanapun matlamat yang ditetapkan kemungkinan boleh
berubah bergantung kepada beberapa faktor:

1. Perubahan pendapatan
2. Perubahan pekerjaan
3. Pertambahan ahli keluarga, dan sebagainya

Oleh sebab itu setiap keluarga hendaklah sentiasa menyemak
matlamat dari semasa ke semasa agar tidak tersasar daripada
tempoh yang telah ditetapkan.

Kesan positif dan kesan negatif Penetapan matlamat keluarga

Kesan Positif Kesan Negatif
Dapat memupuk sikap positif
seperti bersungguh-sungguh, Mengundang rasa tertekan
tabah, sabar dan berani
menghadapi risiko. dalam diri ahli keluarga.

Dalam usaha mencapai Contohnya apabila ibu bapa
matlamat seperti peningkatan terlalu mengejar matlamat
tahap pendidikan, secara tidak
langsung dapat meningkatkan agar anak mereka mendapat
taraf sosioekonomi keluarga
10A dalam peperiksaan maka
Meningkatkan daya kreativiti
dan inovasi setiap ahli anak-anak akan tertekan.
keluarga, bagi menambah
sumber kewangan keluarga. Mencetus nilai negatif dalam

diri seperti antisosial. Apabila

keluarga yang terlalu

menumpukan perhatian

kepada pencapaian matlamat

boleh menjadikan individu

antisosial. Individu tersebut
tidak akan mengendahkan

aktiviti atau program

kekeluargaan dan

kemasyarakatan.

Menghuraikan kepentingan elemen simpanan dan pelaburan
dalam pelan kewangan yang disediakan
Semasa membuat pelan kewangan keluarga, simpanan dan
pelaburan merupakan antara elemen yang penting. Terdapat 6
kepentingan simpanan dan pelaburan:
1. Memperolehi pulangan dalam bentuk faedah serta dividen

yang berganda yang akan meningkatkan pendapatan
keluarga

30

2. Menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan
pembelian apabila membeli aset seperti rumah atau tanah.

3. Membiayai kos pendidikan anak-anak tanpa perlu
membuat pinaman pendidikan.

4. Menikmat kehidupan yang lebih berkualiti apabila mampu
memiliki manfaat hasil peningkatan pendapatan.

5. Membeli kelengkapan rumah secara tunai dan sekali gus
dapat mengelakkan hutang dan membayar dengan harga
yang lebih tinggi melalui ansuran.

6. Menyediakan wang persaraan dan menikmati kehidupan
yang lebih selesa selepas bersara.

2.3 PENGURUSAN KONFLIK DALAM KELUARGA

2.3.1 Apakah maksud konflik dan berikan contoh konflik yang
berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan idea antara
individu. Konflik ini terjadi di dalam keluarga kerana masing-
masing ingin menegakkan pendirian sendiri. Contohnya,
perselisihan antara ibu dan anak, hubungan yang tidak baik
dengan keluarga mertua dan juga keputusan yang dibuat tanpa
persetujuan bersama. Perbezaan-perbezaan ini mendorong
berlakunya konflik dalam sesebuah keluarga.

2.3.2 Huraikan masalah yang menjadi punca berlakunya
konflik dalam kalangan ahli keluarga

Antara masalah yang menjadi punca berlakunya konflik dalam
kalangan keluarga adalah seperti:

1. Masalah kewangan
Sumber pendapatan yang rendah berbanding dengan
perbelanjaan yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
masalah kewangan dalam sesebuah keluarga.
2. Halangan komunikasi
Kadangkala perbezaan pendapat dalam kalangan keluaga akan
menjadi halangan dalam komunikasi. Hal ini akan
menyebabkan penyampaian maklumat yang tidak tepat dan
boleh menimbulkan konflik ataupun kemungkinan maklumat
yang disalah tafsir juga mungkin akan menjadi penyebab
kepada berlakunya konflik dalam sesuatu keluarga.

31

3. Cara didikan Ibu Bapa
Biasanya anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai model ikutan
dan mereka akan meniru perkara yan diamalkan oleh ibu bapa
mereka. Seringkali terjadi anak-anak yang terlibat dalam kes
jenayah biasanya datang dariada keluarga yang mempunyai
nilai akhlak yang rendah. Perbalahan berlaku antara ibu bapa
dan anak-anak akan menyebabkan hubungan yang tidak baik
sesama mereka dan seterusnya sekiranya tidak diselesaikan akan
menyebabkan berlakunya konflik dalam keluarga.

2.3.3 Berikan kesan positif dan kesan negatif yang wujud dari
konflik yang timbul dalam diri remaja?

Terdapat pelbagai konflik timbul dalam diri remaja seperti
konflik remaja dengan ibu bapa dan konflik kasih sayang
dimana remaja berasakan diri mereka tidak dikasihi. Konflik
yang timbul dalam diri remaja ini memberikan kesan positif dan
kesan negatif dalam kehidupan mereka.

Antara kesan positif adalah:
1. Berlaku penerapan nilai-nilai yang baik hasil daripada

tunjuk ajar, nasihat dan galakan daripada keluarga.
2. Remaja akan belajar menyesuaikan diri untuk mencapai

peringkat kedewasaan.
3. Remaja akan dapat meningkatkan harga diri.
4. Remaja akan bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan

Tuhan kepada mereka.

Manakala kesan negatif pula ialah:
1. Remaja akan merasa tidak selamat sama ada berada di

dalam rumah atau pun di luar rumah.
2. Remaja akan berasa tertekan kerana menghadapi masalah

dengan keluarga dan rakan sebaya.
3. Remaja akan sering merasa takut, sedih dan pasimis yang

mengakibatkan mereka terjebak dengan gejala soisal.
4. Akan mendorong remaja terlibat dengan keganasan.

2.3.4 Cadangkan kaedah yang berkesan mengatasi konflik
dalam kalangan remaja.
1. Peranan yang dimainkan oleh keluarga
2. Peranan pihak Sekolah
3. Peranan pihak yang berwajib
4. Kesedaran diri remaja sendiri

32

2.3.5 Mencadangkan cara untuk membantu meningkatkan
hubungan baik dalam ahli keluarga

1. Komunikasi yang berkesan boleh
2. Amalan berkasih sayang
3. Mengadakan aktiviti bersama yang

mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4. Mengadakan perbincangan bersama
5. Penyesuaian diri dengan budaya dan tradisi
6. Ibu bapa sebagai pembimbing anak-anak.

2.3.6 Mengaplikasi kemahiran menjalinkan hubungan yang
baik dengan ahli keluarga dan orang bukan ahli

keluarga.

Jalinan hubungan yang ikhlas dan positif dengan ahli keluarga
mahupun bukan ahli keluarga amat penting demi mencapai
kesejahteraan hidup. Pelbagai aktiviti dan program yang dapat
dilaksanakan agar hubungan yang terjalin akan terus kukuh dan
sentiasa mesra.
Antara aktiviti yang dapat menjalinkan hubungan baik sesama
ahli keluarga ialah:

1. Aktiviti perkelahan
2. Makan bersama
3. Menonton televisyen bersama keluarga
4. Sesi permainan bersama

Antara aktiviti yang boleh menjalinkan hubungan baik dengan
bukan ahli keluarga ialah:

1. Menghadiri kelas di sekolah
2. Akiviti bersama di taman asuhan kanak-

kanak
3. Aktiviti hari sukan sekolah
4. Hari keluarga.

2.4 PENGURUSAN TEMPAT KEDIAMAN

2.4.1 Mengenal pelbagai jenis tempat kediaman.
Apakah maksud tempat kediaman? Maksud rumah atau tempat
kediaman ialah tempat tinggal yang dapat memberikan
perlindungan, keselamatan dan keselesaan kepada ahli keluarga.
Selain dari itu, tempat kediaman memberikan ruang kepada ahli

33

keluarga untuk berkumpul dan berinteraksi selepas
menyelesaikan aktiviti-aktiviti harian mereka. Antara contoh
tempat kediaman ialah:

1. Pangsapuri
2. Rumah teres
3. Rumah banglo
4. Rumah papan

2.4.2 Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
jenis dan kawasan tempat kediaman kepada sesebuah
keluarga?

Dalam membuat pemilihan jenis dan kawasan tempat
kediaman, terdapat beberapa faktor yang perlu
dipertimbangkan, antaranya:

1. Keperluan
a. Berteduh daripada hujan, panas dan sejuk
b. Berlindung daripada bencana dan jenayah
c. Berinteraksi dan melaksana aktiviti harian
d. Ciri, saiz dan jenis ruang menepati keperluan keluarga
yang berbeza

2. Pendapatan keluarga – Berdasarkan kemampuan keluarga

3. Aspek keselamatan
a. Aman
b. Bebas daripada jenayah
c. Berdekatan dengan perkhidmatan keselamatan

4. Faktor kejiranan
a. Status sosioekonomi yang sama
b. Gaya hidup, cara pemikiran dan norma yang sama

5. Nilai Estetika – Kebersihan dan keceriaan tempat
kediaman dari segi luaran dan dalaman

6. Infrastruktur – Infrastruktur yang lengkap supaya pelbagai
keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi

34

2.4.3 Menerangkan jenis ruang dan fungsinya dalam tempat
kediaman

Senaraikan jenis-jenis ruang yang terdapat di sesebuah tempat
kediaman. Huraikan fungsi bagi setia ruang berserta dengan

contoh.

JENIS FUNGSI
RUANG
A Ruang sosial Ruang untuk berehat dan berinteraksi
antara ahli keluarga dan juga tetamu
B Ruang yang datang. Contohnya ruang
persendirian makan dan ruang tamu.

C Ruang Kerja Ruang untuk membersih, mengemas
diri dan untuk berehat. Contohnya
bililk tidur dan bilik mandi.

Ruang untuk melakukan kerja atau
aktiviti di rumah. Contohnya ruang
dapur, stor, bilik membasuh.

2.4.4 Mengenal pasti faktor yang mempengaruh keselesaan
setiap ruang kediaman

Terdapat 6 faktor utama yang mempengaruhi keselesaan ruang
kediaman iaitu pencahayaan, pengudaraan dan susun atur
alatan dan kelengkapan di setiap ruang, Keselamatan, Lantai
dan penutup lantai Skema warna.

1. Pencahayaan

Sumber cahaya seperti matahari atau cahaya lampu sangat
diperlukan di dalam ruang kediaman supaya tidak berlaku
kemalangan dan memberi suasana yang selesa kepada
penghuni.

Terdapat 3 jenis pencahayaan.

JENIS CONTOH
PENCAHAYAAN

A Pencahayaan Cahaya yang memancar terus ke

langsung sasaranya.

Contoh lampu belajar.

35

B Pencahayaan Cahaya menerangi ruang secara tidak

tidak langsung lansung. Contohnya cahaya

pembalikan dari lampu hiasan dinding.

C Pencahayaan am Cahaya yang menerangi ruang secara
menyeluruh. Contohnya lampu

kalimantan yang dipasang di dalam

rumah kediaman.

2. Pengudaraan

Pengudaraan penting supaya sesebuah kediaman mempunyai
suasana sejuk dan selesa, tidak panas. Antara contoh
pengudaraan di tempat kediaman adalah kipas angin,
penyaman udara dan ventilator. Selain daripada itu bagi
kediaman di kampung-kampung mereka menggunakan
pengudaraan semula jadi di mana daun pintu dibuka luas
untuk membenarkan udara masuk ke dalam ruang kediaman.

3. Alatan kelengkapan.

Di bawah adalah cadangan untuk menyusun atur alatan dan
kelengkapan agar tidak menghalang laluan dan akan memberi
keselesaan kepada penghuni.

Perabot disusun rapat ke dinding bagi ruang
1 istirahat. Saiz/bilangan perabot dan alatan

hendaklah sesuai dengan saiz ruang

2 Set perabot disusun dalam rangkaian bertumpu ke
bahagian tengah

3 Susun atur kelengkapan tidak mengganggu
pergerakan

4 Warna perabot harmoni dengan warna ruang

5 Perabot tidak diletakkan ditepi tingkap untuk
mengelakkan pudar warnanya

6 Set meja makan terletak di tengah ruang

7 Elakkan meletak hiasan yang mengumpul habuk
dan gubahan bunga yang tinggi diatas meja makan

36

Meja kerja diletakkan berhampiran peti sejuk dan
8 almari makanan. Digunakan semasa menyediakan

masakan.

9 Elakkan meletakkan peti sejuk dan almari makanan
bersebelahan dapur

10 Kedudukan singki di tepi tingkap

11 Dapur diletakkan berhampiran singki

12 Mesin basuh diletakkan berhampiran dengan punca
air

13 Perabot dan kelengkapan disusun dengan kemas
bersih dan teratur

14 Kepala katil, almari pakaian dirapatkan ke dinding.
Meja solek berhampiran tingkap

15 Lampu tidur diletakkan berhampiran katil. Meja
komputer diletakkan berhampiran tingkap

16 Penyangkut tuala dan pakaian diletakkan di ruang
yang kering

17 Almari dan sofa dirapatkan ke dinding bagi bilik
bacaan

18 Hanya alatan dan bahan penjagaan diri perlu ada
dibilik air

4. Keselamatan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk
memastikan ruang kediaman sentiasa selamat.

a. Memasang jeriji besi – untuk mengelakkan dari
pencerobohan dari luar contohnya pencuri,
perompak dan sebagainya.

37

b. Memasang alat pemadam api – Digunakan sekiranya
berlaku kebakaran sementara kedatangan bantuan
daripada pihak bomba.

c. Memasangkan penggera keselamatan – Untuk
mempastikan tidak ada sebarang kejadian tanpa
disedari.

d. Memasang CCTV – Supaya rumah kediaman sentiasa
di awasi sama ada penghuni berada di rumah atau
tiada di rumah

e. Memasang alat pengesan asap – Supaya sebarang
kejadian kebakaran dapat diketahui dengan segera.

f. Melabelkan ubat-ubatan dan bahan-bahan beracun –
Untuk mengelakan penghuni tersalah menggunakan
ubat-ubatan dan racun kerana dalam jangka masa
lama kita biasanya akan terlupa jenis dan juga
kegunaan sesuatu ubat tersebut.

5. Lantai dan penutup lantai

1. Jenis-jenis lantai
a. Lantai simen- serambi,stor
b. Lantai mozek- dapur,bilik mandi
c. Terazo -bilik tetamu
d. Marmar -bilik tetamu
e. Parket-bilik tidur, bilik tetamu, tangga

Antara ciri-ciri lantai yang baik adalah; Cantik,
Kukuh, Tidak licin, Senang dijaga

2. Jenis penutup lantai ialah:
a. Permaidani
b. Linolium
c. Vinil.

Pemilihan penutup lantai adalah melibatkan 3
perkara: Menjamin keselamatan, Keteguhan,
Memudahkan penjagaan.

6. Skema warna.
1. Warna lembut

38

a. Mewujudkan suasana sejuk tenang dan
harmonis

b. Ruang kecil kelihatan lebih luas
c. Siling yang rendah kelihatan tinggi
d. Biru muda, hijau muda dan merah jambu

2. Warna Terang
a. Mewujudkan suasana ceria dan cerah
b. Ruang kecil kelihatan luas
c. Siling yang rendah kelihatan tinggi
d. Merah, jingga dan kuning

3. Warna Gelap
a. Mewujudkan suasana tenang dan redup
b. Ruang besar kelihatan lebih kecil
c. Siling yang tinggi kelihatan rendah
d. Biru tua dan ungu tua

2.4.5 Dengan menyenaraikan alatan berteknologi yang
diguna dalam tempat kediaman buat satu perancangan
tentang kedudukan alatan berteknologi mengikut jenis
ruang dalam tempat kediaman dengan memberi

justifikasinya.

Bil Nama Kedudukan
Alatan
Hendaklah berdekatan dengan
1 Peti meja kerja untuk mengurangkan
sejuk pergerakan semasa menyediakan
bahan makan untuk memasak

2 Mesin • Kedudukan mesin basuh
basuh hendaklah berdekatan dengan
sumber air dan bekalan elektrik.

• Ia juga hendaklah berdekatan
dengan tingkap supaya
mendapat pencahayaan yang
cukup.

• Bahan cuci dan alatan cucian
hendaklah diletak berhampiran
dengan mesin basuh supaya
mudah dicapai.

39

3 Televisyen, Hendaklah berada diruang dimana
radio,
keluarga berkumpul atau
kipas
angin, beristirehat untuk memberi
penghawa keselesaan dan kegembiraan
dingin kepada penghuni.

2.4.6 Huraikan pengaruh teknologi terhadap pengurusan
tempat kediaman,

Pelbagai alat teknologi telah dicipta untuk membantu
pengurusan tempat kediaman di mana alatan ini boleh
mempengaruhi bagaimana cara keluarga menguruskan aktiviti-
aktiviti mereka di rumah, seperti:

1. kerja pembersihan,
2. penyelenggaraan,
3. penjagaaan keselamatan di tempat kediaman.

Pengaruh teknologi terhadap pengurusan tempat kediaman
terjadi dari beberapa aspek seperti;

A. Aspek pengurusan masa

Sumber masa adalah terhad. Oleh itu, pengurusan masa
perlu dirancangkan dengan baik supaya semua kegiatan
harian dapat dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan
alatan teknologi dapat membantu suri rumah untuk
melakukan lebih daripada satu kerja secara serentak,
misalnya sambil membasuh pakaian dengan mesin
basuh automatik, suri rumah itu boleh menyediakan
sarapan, membersihkan rumah, atau berinteraksi
dengan ahli keluarga.

B. Aspek penggunaan tenaga

Penggunaan alatan teknologi dapat mengurangkan
tenaga yang diperlukan untuk menjalankan tugas
harian dalam pengurusan tempat kediaman, misalnya
mencuci pakaian, memasak, dan memotong rumput.
Kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga,
meringankan beban kerja dan mengurangkan keletihan.
Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih efisien.

40

C. Aspek perbelanjaan keluarga
Penggunaan alatan teknologi melibatkan tiga jenis kos,
iaitu kos pembelian alatan, kos sampingan, dan kos
penyelenggaraan. Walaupun keluarga menggunakan
sebahagian daripada pendapatan untuk menampung
kos tersebut, dalam jangka panjang alatan ini sangat
berfaedah dan menjimatkan.

D. Aspek keselamatan penghuni

Semasa membeli alatan teknologi, perlulah memeriksa
alatan supaya dalam keadaan elok, tiada kebocoran,
dan pendawaiannya betul penting untuk mencegah
perkara yang tidak diingini berlaku. Alatan haruslah
dibeli daripada syarikat atau agen yang boleh
dipercayai. Pilih alatan yang mempunyai tanda
piawaian keselamatan seperti SIRIM.

Semasa menggunakan alatan teknologi baca dan faham
akan peraturan dan cara-cara menggunakannya. Patuhi
arahan yang disertakan tentang peraturan penggunaan
dan penjagaannya.

E. Aspek kualiti hidup penghuni
Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kualiti
hidup ahli keluarga. Penggunaan alat teknologi semasa
menguruskan tempat kediaman dapat membantu
keluarga melaksanakan tugas harian dengan lebih
mudah, cepat, dan selamat. Masa yang terluang boleh
digunakan untuk aktiviti riadah dan bertukar fikiran
bersama ahli keluarga. Ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan perhubungan dan memupuk kemesraan
antara ibu, bapa, anak, dan ahli keluarga yang lain.

41

BAB 3 : PAKAIAN DAN JAHITAN

3.1 PEMILIHAN PAKAIAN

3.1.1 Mengenal jenis gentian dan sumbernya serta contoh
fabrik

Gentian Sumber Contoh Fabrik
Asli Tumbuhan
Belacu, Denim, Drill,
Kapas Pokok kapas Gingham, Poplin, Terry
Crash, Damask, Kanvas,
Linen Pokok flaks Linen
Sumber
Sutera Haiwan Contoh Fabrik
Benang
Sayat Ulat sutera Jacquard, Syantung
Jersi, Twill, Tweed
Bulu biri-biri

3.1.3 Terangkan ciri-ciri fabrik gentian asli dan fabrik gentian
buatan?

Fabrik Gentian asli sumber tumbuhan mempunyai ciri seperti
berikut:
1. Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah
2. Mudah menyerap lembapan
3. Selesa dipakai
4. Tidak kenyal dan mudah renyuk
5. Tahan pada suhu yang tinggi dan sinaran cahaya matahari
6. Tahan pada asid lemah dan alkali

Fabrik Gentian asli sumber haiwan mempunyai ciri seperti
berikut:
1. Kukuh tetapi lemah apabila basah
2. Daya penyerapan yang baik
3. Selesa dipakai kerana lembut
4. Pengalir haba yang baik
5. Rosak oleh suhu yang tinggi dan alkali

42

Fabrik Gentian buatan mempunyai ciri seperti berikut:
1. Kukuh tetapi lemah apabila basah
2. Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik
3. Tidak selesa dipakai
4. Penebat haba yang baik
5. Kenyal dan tidak mudah renyuk
6. Tahan pada cahaya matahari
7. Tahan pada asid dan lemah pada alkali

3.1.6 Menganalisis hasil ujian pembakaran fabrik

Apakah tujuan ujian pembakaran fabrik dilaksanakan? untuk

Ujian pembakaran fabrik dilaksanakan adalah
mengenalpasti fabrik.

Senaraikan alatan yang digunakan diperlukan untuk
melaksanakan ujian pembakaran fabrik?

i. Penunu bunsen diperlukan untuk
ii. Pemetik api
iii. Alat asbestos
iv. Mangkuk pijar
v. Penyepit

Senaraikan bahan yang digunakan
melaksanakan ujian pembakaran fabrik?

a. Fabrik asli
i. Fabrik kapas
ii. Fabrik sutera

iii. Fabrik linen
iv. Fabrik benang sayat

b. Fabrik buatan
ii. Akrilik
iii. Triasetat

iv. Akrilik

v. Viskos
vi. Poliester

vii. Poliamida/Nilon

Senaraikan langkah-langkah melakukan ujian tersebut?

43

Langkah 1
 Pakai baju makmal
 Sediakan peralatan
a. Alaskan penunu bunsen dengan asbestos
b. Sediakan mangkuk pijar dan penyepit.
 Sediakan bahan
a. Fabrik yang akan digunakan
 Nyalakan penunu bunsen

Langkah 2
 Gunakan penyepit untuk memegang fabrik
 Bakar fabrik

Langkah 3
 Perhatikan perubahan yang berlaku pada fabrik
 Kenal pasti bau yang dihasilkan

Langkah 4
 Kenal pasti kesan atau hasil pembakaran fabrik
 Letakkan hasil pembakaran fabrik di dalam mangkuk
pijar.

Senaraikan 3 nilai murni yang terlibat semasa melaksanakan
aktiviti ini
1. Kerjasama
2. Mematuhi arahan
3. Mengamalkan langkah keselamatan

3.1.7 Membentangkan hasil ujian pembakaran fabrik.

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan Gentian
1
Warna Kelabu Fabrik Gentian Asli
Kapas

Tindakbalas Ia memberi nyalaan berwarna
kuning
Apabila hampir dengan
api Terbakar dengan cepat

Apabila sedang terbakar Api terus menyala

Apabila api terpadam Berbau seperti kertas terbakar

Sifat bau

44

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
Gentian

2 Sutera Peroi/Menghasilkan manik Fabrik Gentian

hitam yang boleh Asli

dihancurkan

Tindakbalas

Apabila hampir dengan Ia berasap
api
Terpadam dengan sendiri
Apabila sedang terbakar Terus terpadam
Berbau seperti rambut terbakar
Apabila api terpadam
Sifat bau

Hasil ujian pembakaran

3 Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan Gentian

Linen Warna Kelabu Fabrik Gentian Asli

Tindakbalas

Apabila hampir dengan Ia memberi nyalaan berwarna

api kuning

Apabila sedang terbakar Terbakar dengan cepat

Apabila api terpadam Api terus menyala

Sifat bau Berbau seperti kertas terbakar

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
Gentian
4 Benang Peroi/Menghasilkan
Sayat manik hitam yang boleh Fabrik Gentian
dihancurkan Asli

Tindakbalas Ia berasap
Apabila hampir dengan api

Apabila sedang terbakar Terpadam dengan sendiri
Apabila api terpadam
Terus terpadam
Sifat bau Berbau seperti rambut
terbakar

45

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
Gentian

5 Viskos Peroi/Menghasilkan manik Fabrik buatan
hitam yang boleh manusia

dihancurkan

Tindakbalas

Apabila hampir dengan api Ia menyala
Apabila sedang terbakar
Apabila api terpadam Terus terbakar
Sifat bau Ia mengeluarkan asap
berwarna putih
Berbau seperti kertas terbakar

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
Gentian
6 Triasetat/ Meninggalkan abu
Asetat berupa manik rapuh Fabrik buatan
manusia

berwarna hitam

Tindakbalas

Apabila hampir dengan api Ia menyala
Apabila sedang terbakar Terus terbakar
Apabila api terpadam Ia mengecut dan mencair
Sifat bau Berbau seperti cuka

Hasil ujian pembakaran

7 Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
Gentian

46

Poliester Meninggalkan abu Fabrik buatan
berupa manik hitam manusia
keras

Tindakbalas Ia menyala
Apabila hampir dengan
api Terus terbakar
Apabila sedang
terbakar Ia mengeluarkan asap berwarna
putih, mencair dan menitis
Apabila api terpadam Berbau seperti plastik terbakar

Sifat bau

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
Gentian
8 Poliamida / Meninggalkan abu
Nilon berupa manik coklat Fabrik buatan
manusia

keras

Tindakbalas

Apabila hampir dengan Ia menyala
api Ia terbakar dengan cepat
Apabila sedang terbakar Mencair dan menitis
Berbau busuk
Apabila api terpadam

Sifat bau

Hasil ujian pembakaran

Fabrik Hasil Pembakaran Kumpulan
9 Akrilik Gentian
Meninggalkan abu hitam
yang rapuh Fabrik buatan
manusia

Tindakbalas Ia menyala berwarna kuning
Apabila hampir dengan api

47

Apabila sedang terbakar Ia terbakar dengan ceat
Apabila api terpadam
Sifat bau Berasap hitam
Berbau seperti plastik
terbakar

3.1.8 Menerangkan kesesuaian fabrik untuk membuat
pakaian mengikut fungsi

Pakaian yang menarik akan menjadikan seseorang itu kelihatan
anggun dan bergaya. Pemilihan fabrik yang sesuai akan
membantu menghasilkan pakaian yang berkualiti dan menepati
cita rasa.

Berdasarkan pernyataan tersebut sesuaikan jenis fabrik dengan
fungsi dan kegunaannya agar ia dapat menghasilkan pakaian
yang kelihatan cantik dan selesaapabila dipakai.

Bil Fabrik Fungsi dan Kegunaannya
1 Kapas
Sesuai digunakan untuk membuat pakaian
harian seperti pakaian seragam sekolah,
pakaian sukan, tuala mandi dan
sebagainya.

2 Linen Ia sesuai digunakan untuk membuat

pakaian kasual, blazer, rompi dan seluar

3 Sutera Fabrik sutera sesuai untuk dibuat blaus,

• Broked baju kurung, kemeja dan sebagainya yang
bersesuaian dengan ciri-ciri lembut,
• Satin
• Jacquard berkilau dan cantik.

4 Benang Sesuai untuk membuat pakaian seperti

Sayat baju sejuk dan kot.

• Tweed Jersi pula sesuai untuk pakaian sukan.

• Twill

• Jersi

5 Viskos Biasanya digunakan untuk membuat

jaket, kot, pakaian dalam, blaus dan

skirt.

6 Asetat Sesuai untuk membuat pakaian seperti
blaus, gaun malam dan lapisan dalam
pakaian.

48

7 Tiastat Kot, blaus dan seluar
Blaus, kemeja T dan seluar sukan
8 Poliester Pakaian kalis peluru, jaket, baju dalam

9 Polamida / Sesuai untuk membuat baju panas,
Nilon kardigen atau topi.

10 Akrilik

Apakah maksud pakaian kasual dan berikan contoh yang
berkaitan.
Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai
setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian
yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat
kawan dan bersiar-siar. Pakaian kasual lazimnya berpenampilan
kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda
untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika
majikan membenarkannya.
Pakaian kasual terdiri daripada:
1. Jeans – tidak kira seluar atau skirt
2. T- shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
3. Seluar pendek
4. Seluar capri
5. Kasut sukan
6. Selipar

Jenis kain yang sesuai ialah denim, kain kapas dan kain khaki

3.1.9 Huraikan faktor yang mempengaruhi pemilihan
pakaian?

Pemilihan pakaian bergantung kepada beberapa faktor,
antaranya faktor fisiologi, pekerjaan, budaya, kemajuan
teknologi, keperluan sosial, pendapatan dan kemampuan dan
faktor geografi.

1. Faktor fisiologi

Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh badan dalam
semua keadaan iklim panas dan iklim sejuk. Pakaian merupakan
keperluan fisiologi kerana pakaian adalah perlindungan kulit
daripada menjaga kering dan mengawal suhu badan. Umur dan
bentuk badan seseorang mempengaruhi pemilihan pakaian.
Contohnya: Pakaian untuk wanita yang mengandung.

49

Pemilihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh
seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya seorang yang
bertubuh kurus dan langsing corak fabrik yang sesuai ialah jalur
melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang
dan mengikut stail pakaian yang kembang sesuai untuknya
begitu juga sebaliknya untuk seseoarang yang bertubuh gempal.

2. Pendapatan dan kemampuan
Fabrik yang eksklusif yang diperbuat daripada fabrik yang
mahal atau berjenama yang terkenal akan menggambarkan
status atau pendapatan seseorang.

3. Pekerjaan
Bidang pekerjaan mempengaruhi pemilihan pakaian dan
pakaian yang dipakai boleh memberikan gambaran tentang
apakah kerjaya yang diceburi oleh seseorang. Contohnya, chef
perlu memakai apron untuk melindungi dan mengelakkan
kekotoran daripada melekat pada pakaiannya.

4. Budaya
Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum.
Contohnya, Kebaya untuk pakaian tradisi orang Melayu,
Ceogsam untuk pakaian tradisi orang Cina, Sari untuk pakaian
tradisi orang India

5. Kemajuan teknologi
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siap
dikeluarkan dengan mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan
gentian sentitik, membolehkan kita mempunyai fabrik dan
kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah
renyuk dan mudah dijaga

6. Keperluan sosial
Seeorang individu memainkan berbagai peranan dalam
masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan
mereka pada masa atau keadaan tertentu. Contohnya: pakaian
formal untuk dipakai di majlis rasmi dan pakaian kasual dipakai
di majlis tidak rasmi.

7. Faktor geografi.

Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara
panas fabrik yang sesuai untuk di jadikan pakaian ialah fabrik

50


Data Loading...