_Booklet Kosep Jual Beli dalam Islam (1) - PDF Flipbook

_Booklet Kosep Jual Beli dalam Islam (1)

99 Views
38 Downloads
PDF 6,034,088 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


ppp 2143



fiqh muamalat :
KONSEP JUAL BELI

DALAM ISLAM

ISI
KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT NAMA EDITING

1 DEFINISI 3 AINUL MARDHIAH

2 DALIL JUAL BELI 4 ZULF
ITRI
5 ATHIRAH HUWAINA
3 HIKMAH DAN HUKUM JUAL 6&7 ATHIRAH HUWAINA
BELI

4 RUKUN DAN SYARAT

5 JENIS/KATEGORI JUAL BELI 8 HAZIQ
ZAMRI
6 BENTUK- BENTUK JUAL BELI 9 & 10
7 CIRI-CIRI JUAL BELI NUR INTAN

11 SYAZLIANAA




8 ISU SEMASA 12 & 13 AINUL MARDHIAH

9 KESIMPULAN 14


10 GAMBAR 15


11 BIBLIOGRAFI 16

DEFINISI

Jual beli dalam Arab berasal dari kata al-bay’ yang artinya menjual,
mengganti dan menukar (sesuatu dengan sesuatu yang lain). Kata al-
bay’ dalam bahasa arab terkadang digunakan untuk pengertian
lawanya, iaitu kata al-syira’ dengan demikian kata al-bay’ bererti


kata jual dan sekaligus bererti kata “beli”.

Secara terminologi terdapat beberapa definisi para ulama
diantaranya oleh ulama hanafiyah memberi pengertian memberi
pengertian dengan ‘saling menukarkan harta dengan harta melalui
cara tertentu’, atau dengan makna ‘tukar menukar sesuatu yang
diingini dengan sepadan melalui cara tertentu yang bermanfaat.

DALIL

1.Surah Al-Baqarah ayat 198:
"Tidak ada dosa bagimu untuk
mencari rezeki hasil perniagaan dari
TuhanMu.Maka apabila kamu telah
bertolak dari A'rafat,berzikirlah
kepada Allah di Masyarilharam.Dan
berzikirlah kepadanya sebagaimana

dia telah memberi petunjuk
kepadamu,sekalipun sebelumnya
kamu benar-benar termasuk orang

yang tidak tahu.

HADITH:

Dalam riwayat at-Tirmidzi Rasulullah SAW
bersabda:

"Dari Abi Hamzah,dari Hassan dari Abi Sa'id,
dari Rasulullah SAW bersabda:"Pedagang
yang jujur dan terpercaya itu sejajar
(tempatnya di syurga) dengan para Nabi,
para Siddiqin dan para shuhada')

Surah An-Nisa ayat 29:
"Hai orang-
orang yang beriman,janganlah

kamu saling memakan harta sesamamu
dengan jalan yang batil,kecuali dengan jalan
perniagaan yang berlaku dengan suka sama

suka diantara kamu.Dan janganlah kamu
membunuh dirimu sesungguhnya Allah
adalah Maha Penyayang kepadamu."

HADITH:

"Dari Daud bin Sholih
Midany,dari ayahnya
berkata: saya mendengar
dari ayah Sa'id Khudri
berkata:Rasulullah SAW
bersabda: "Jual beli itu
didasarkan kepada suka

sama suka."

HIKMAH DALAM Dapat tukar menukar faedah harta sama ada
JUAL BELI menerusi jual beli, sewa menyewa atau dalam
gadaian.
HUKUM
lmemudahkan manusia miliki harta sendiri dengan
cara halal

Mengajar manusia supaya hidup bersatu padu,
harmoni & berperaturan.

Manusia dapat hidup secara bantu membantu
sesama muslim.

1. JUAL BELI HALAL
Al-Imam Asy-Syafi'i menegaskan bahawa dasarnya
hukum jual beli itu seluruhnya adalah mubah, iaitu
apabila dengan keridhaan dari kedua belah pihak.

2. JUAL BELI HARAM
a) Haram terkait Dengan Akad

Keharaman jual-beli yang terkait dengan akad yang
haram terbagi dua :
1. barang melanggar syariah
2. akad melanggar syariah

b) Haram terkait dengan hal-hal di luar akad
Jual beli yang diharamkan karena terkait dengan hal-
hal di luar akad ada dua iaitu :

1. Dharah Mutlak
2. Melanggar larangan agama

RUKUN DAN SYARAT

1 A'QIDAIN 3
Penjual & Pembeli
Harga
Mukallaf
Bukan untuk dipaksa Bayaran jelas jumlahnya
Merdeka Bayaran adalah bernilai &
Beragama Islam laku
Penjual dan Pembeli adalah Kepunyaan pembeli
dua individu yang berlainan Boleh diserahkan kepada
Bukan dari golongan orang penjual
yang hartanya disita Jenis matawang bayaran
(ditahan hartanya) diketahui oleh penjual &
pembeli.
2
4 SIGHAH
Barang Jualan
Ijab Qabul
Bersih dan suci dari segi
syarak Tidak boleh bertentangan
Berfedah menurut syarak &
bernilai menurut islam Tidak butuh Saksi
Hak milik penjual atau wakil Sighat Madhi (tindakan )
penjual contoh : saya jual buah ini dengan harga
Hendaklah wujud & dapat sekian " pembeli " saya beli buah ini
diserahkan. dengan harga sekian "

1. Jual beli susu yang masih belum diperah
2. Jual beli bulu haiwan yang masih belum diketam
3. Jual beli buah yang belum masak
4. Jual beli yang mengandungi unsur perjudian
5. Dua akad dalam satu akad
6. Jual beli cengkeram
7. Jual beli hutang dengan hutang
8.Jual beli barangan yang belum diterima

JUAL BELI YANG haram tetapi SAH
1. Jual beli musarrah – c
ontohnya menjual kambing yang dicucuk dengan ubat

supaya menjadi besar
2. Najs (menjuak) – membeli barang dengan tujuan orang lain turut membelinya
dengan harga yang lebih tinggi
3. Memintas pedagang – menyekat penjual dari desa untuk membeli dengan
harga yang lebih murah dari harga pasaran
4. Monopoli (ihtikar) – membeli barangan supaya orang lain tidak dapat
membeli atau menjual barang tersebut
5. Jualan atas jualan saudara / tawaran atas tawaran
6. Jual beli barangan yang diketahui haram / semua harta adalah haram
7. Menjual barangan orang kampung oleh orang tempatan – membeli dari
orang kampung yang tidak tahu harga sebenar barang tersebut

BENTUK-BENTUK

jual beli dalam islam

1. Al-Sarf / Tukaran mata wang yang mana jual beli
antara dua barangan yang kedua-duanya dalam
bentuk matawang.

2. Bay’al -Salam iaitu jual beli secara tempahan tetapi perlu
bayaran pendahuluan terlebih dahulu dan ada tempoh
penyerahannya .

3. Bay’ al-Istishna’ ialah jual barang yang belum wujud dan
tidak memerlukan mendahulukan dengan bayaran dan tempoh

penyerahannya boleh ditentukan dan boleh tidak ditentukan

4. Bay’ al-Wafa’ iaitu kontrak jual beli dengan menjual
harta tetap yang tidak boleh dipindahkan kepada pembeli

seperti tanah dan rumah.

5. Bai’al-Murabahah ialah jual beli pada harga asal dengan
tambahan keuntungan pada kadar tertentu yang kedua-duanya

dinyatakan oleh penjual dan dipersetujui oleh pembeli.
Contohnya: “Saya jual rumah itu dengan harga pokok RM
50,000 dan saya mengambil untung RM 5,000.” (harga jualan

RM 55,000).

BENTUK-BENTUK

jual beli dalam islam

6. Bai’al-Tauliah iaitu jual beli pada harga asal dengan penjual
tidak mengambil sebarang keuntungan ( Jual beli pada harga
kos). Contohnya : ”Saya jual kereta itu dengan harga pokok RM

25,000.” (harga jualan RM 25,000).

7. Bai’al-Wadhi’ah iaitu jual beli pada harga yang lebih rendah
daripada harga asal dengan penjual sedia menerima kerugian pada

kadar tertentu ( Jual beli pada harga di bawah kos). Contohnya:
“Saya jual rumah itu dengan harga RM 45,000 kurang RM 5,000

daripada harga pokok.” (Harga pokok ialah RM 50.000)

8. Bai’al-Musawamah iaitu jual beli dengan kerelaan kedua-dua
pihak Penjual dan pembeli tanpa menyatakan keuntungan yang

diambil oleh perjual. Contohnya: “Saya jual barang itu kepada
kamu dengan harga RM 100.”

9. Bai’ al Isyrak iaitu jual beli sebahagian barang dengan sebahagian harga
asal dengan penjual tidak mengambil sebarang keuntungan. Contohnya:
“Harga asal tanah itu ialah RM 20,000, saya jual setengah daripadanya
kepada kamu dengan harga RM 10,000.

CIRI-CIRI JUAL BELI

yang dibenarkan oleh syarak

PENJUAL DAN PEMBELI

BERAKAL TIADA UNSUR
REDHA BUKAN RASUAH
PAKSAAN TIDAK
HAK MILIK MONOPOLI
SENDIRI TIADA UNSUR
RIBA

ISU SEMASA JUAL BELI

Pada musim pandemik Tamsilnya, penipuan talian
ini di Malaysia, rakyat yang berlaku di Negeri
Malaysia telah hilang Sembilan merekodkan
pekerjaan yang tetap. peningkatan

Dengan itu, mereka kepada 2,330 kes atau 44.3
mencari cara bagaimana peratus dari Januari hingga
Oktober. Berdasarkan firman
untuk sara kehidupan Allah SWT ‫يأيها الذين ءامنوا لا‬
adalah dengan ‫تأكلوا أمولكم بينكم بابطل أل أن تكون‬
‫تجرة عن تراص منكم ولا تقتلوا أنفسكم‬
melakukan jual beli di
dalam talian. Dalam pada ‫إن الله كان بكم رحيما‬
itu, ada rakyat Malaysia


yang mengambil Maksudnya : Wahai orang -
kesempatan dalam orang yang beriman, janganlah
kesempitan melakukan kamu makan harta orang lain
penipuan untuk meraih dengan jalan yang batil, kecuali
keuntungan yang dengan perniagaan (jual beli)

besar. dengan suka di antara
kamu surah An-nisa 4:29.

ISU SEMASA JUAL BELI

Ayat di atas menunjukkan Allah SWT melarang orang-orang yang
beriman daripada memakan harta sesama mereka secara batil iaitu
melalui cara yang tidak syar’ie. Memakan harta secara batil termasuklah
mendapatkan harta melalui cara haram seperti riba, berjudi, menipu,

mencuri, memeras dan merampas tanpa hak. Di samping itu,
pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan yang halal juga boleh

menjadi sumber yang batil jika tidak amanah dalam pekerjaan.

Sebaliknya, diharuskan mencari harta
kekayaan melalui perniagaan yang dilakukan secara sukarela.
Perkataan tijarah merangkumi semua aktiviti perniagaan seperti jual-
beli, sewa-menyewa, pelaburan, mengambil upah, wakil-mewakil dan
sebagainya. Kerelaan (redha) adalah syarat terpenting dalam kontrak
dan aktiviti perniagaan. Kerelaan pihak-pihak yang berkontrak
dizahirkan melalui akad yang dilakukan sama ada secara lisan, tulisan

ataupun perbuatan

Secara umumnya, harta yang diperolehi melalui aktiviti perniagaan
atas kerelaan adalah halal. Namun, jika terdapat unsur-unsur yang
diharamkan seperti riba, judi penipuan dan pecah amanah dalam
aktiviti perniagaan tersebut, harta yang diperolehi menjadi batil.

Oleh itu, kaedah yang digunakan adalah kesukaran mendatangkan
kesenangan ( ‫) المشقة تجلب التيسير‬. Kaedah ini membenarkan untuk

meringankan hukum hakam melaksanakan perintah Allah j
ikaterdapat kesusahan atau kesukaran dalam pelaksanaanya. Kaedah

ini bertujuan agar umat Islam dapat melaksanakan syariat Islam di
mana sahaja mereka berada.

KESIMPULAN

Add a subheading

Add a little bit of body text

Booklets are Printed

Materials with four or more pages,
containing details about a business, event,
product, promotion, etc. They are also
known as catalogs or pamphlets, and are
usually created to communicate a
message to a wide variety of audiences.

GAMBAR

BIBLIOGRAFI


Data Loading...