BOLATAMPAR E-MAJALAH - PDF Flipbook

BOLATAMPAR E-MAJALAH

369 Views
110 Downloads
PDF 3,815,435 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


ISI KANDUNGAN NO

TAJUK

1

EDITOR

1

2

PENGHARGAAN

2

3

KATA ALU-ALUAN

3

4

SEJARAH BOLA TAMPAR

4-6

5

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

7-8

6

UKURAN GELANGGANG

9-10

7

PERALATAN PERMAINAN

11-13

8

Teknik

14-21

• • • • •

9

MUKA SURAT

TEKNIK MENYANGGA (DIGGING) TEKNIK SERVIS TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL) TEKNIK MEREJAM (SPIKE) TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

PENUTUP

22

1

NAMA

NO. PENDAFTARAN

NURUL HUSNA BINTI JAMALUDIN

18DTK20F1050

NURATHIRAH NASUHA BINTI AMRAH

18DUP20F1031

ROSSHAMUSTIKA KHALIFA BINTI ROSNIZAN

18DUP20F1019

NURHUDA BINTI AZNI

18DUP20F1001

KETUA EDITOR ✓ NURUL HUSNA BINTI JAMALLUDIN PENOLONG ✓ NURATHIRAH NASUHA BINTI AMRAN ✓ ROSSHAMUSTIKA KHALIFA BINTI ROSNIZAN ✓ NURHUDA BINTI AZNI

2

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

3

KATA-KATA ALUAN Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

4

SEJARAH BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 – 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Permainan ini direka berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”. Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.

Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.

Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita.

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.

5

SEJARAH DI MALAYSIA Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing. Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada tahun 1962. MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966.

Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia.

6

Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun 1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah.

7

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

8

9

10

UKURAN GELANGGANG

Ketinggian Jaring Dalam perlawanan bola tampar, ketinggian jaringnya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Lelaki dan Wanita. Ketinggian jaring lelaki iaitu 2.43 meter, manakalah wanita adalah 2.24 meter sahaja. Keluasan gelanggang Gelanggang bola tampar mempunyai keluasan lebar 18 meter, panjang 9 meter. Keluasan petak dalam gelanggang adalah lebarnya 3 meter(dari garisan tengah), panjang 9 meter.

11

PERALATAN PERMAINAN

12

13

14

TEKNIK ✓ TEKNIK MENYANGGA (DIGGING) ✓ TEKNIK SERVIS ✓ TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)

✓ TEKNIK MEREJAM (SPIKE) ✓ TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

15

TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)

1. Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. 2. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. 3.Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. 4.Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. 5.Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. 6.Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

7.Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. 8.Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. 9.Kendurkan bahagian atas tubuh. 10.Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

16

TEKNIK SERVIS

SERVIS BAWAH 1. Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda dengan badan agak condong ke depan. 2. Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau menggenggam. 3. Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.

17

SERVIS ATAS

1. Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola. 2. Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga. 3. Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net. 4. Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.

18

TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)

1. Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar 2. Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang kuat 3. Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman

19

SAMA ADA RUN-UP ATAU BERDIRI SETEMPAT

1. Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat. 2. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. 3. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di

belakang bahu untuk merejam bola. 4. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan. 5. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.

20

6. Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan mengambil tiga langkah. 7. Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah

bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.

21

TEKNIK MENGADANG (BLOCK)

1. Badan dan tapak tangan menghadap jaring. 2. Lompat dengan kedua-dua belah kaki. 3.

Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas. 4. Jarakkan jari-jari tangan. 5. Mata pandang arah pergerakan bola.

6. Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

22

Data Loading...