BMMB 1104 NURUL INSYIRAH BINTI ABD RAZAK. TUGASAN 1 . F2J - PDF Flipbook

BMMB 1104 NURUL INSYIRAH BINTI ABD RAZAK. TUGASAN 1 . F2J

111 Views
92 Downloads
PDF 3,370,334 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


BMMB 1104 KESUSASTERAAN MELAYU NURUL INSYIRAH BINTI ABD RAZAK F2J

TAKRIF Kesusasteraan merujuk kepada karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Secara harfiah, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku dengan bahasa yang indah dan kandungan yang baik". Dalam erti kata yang luas, kesusasteraan boleh ditakrifkan sebagai semua sebutan yang indah, sama ada bertulis atau tidak.

JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

Prosa tradisional Prosa moden Puisi tradisional Puisi moden

PROSA TRADISIONAL Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional memberi maksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya serta menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa. Prosa Tradisional merupakan sastera yang mempunyai ciri-ciri yang tetap dan tidak berubah. Prosa tradisional adalah hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Tujuannya adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerima. Prosa tradisional terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan)

1.0 Sastera Rakyat (Lisan) Sastera bermaksud hasil kreatif, termasuk kreativiti imaginatif pencipta yang mengandungi nilai-nilai world view masyarakat itu sendiri. Masyarakat bermaksud sekumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat primitif Rakyat pula bermaksud orang biasa yang hidup bersama-sama bagi membentuk kekeluargaan yang besar Sastera rakyat merupakan hasil karya yang disampaikan melalui lisan.

Ciri- ciri Sastera Rakyat Penyebaran dan diwariskan secara lisan Bersifat tradisional Wujud dalam variasi yang berbeza-beza Bersifat anonimi iaitu menggunakan nama samaran atau tiada nama pencipta Merupakan hak kepunyaan masyarakat yang menghasilkannya Bentuk yang berpola dengan plot yang lebih kurang sama. Mempunyai fungsi yang tertentu contohnya memberikan pengajaran. Penulisannya yang kadangkala agak kasar, bersifat sederhana dan spontan.

Sastera Rakyat Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori iaitu Naratif Bukan naratif Naratif terbahagi kepada mitos legenda cerita rakyat Bukan naratif terbahagi kepada puisi rakyat

Sastera Rakyat Jenis Naratif MITOS Mitos merupakan cerita yang dianggap betul-betul berlaku dan suci serta di luar jangkauan manusia Mitos menceritakan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi. Ciri-ciri mitos ialah dianggap benar-benar berlaku, peristiwa yang berlaku pelik tetapi penting, dianggap keramat dan memberi kesan kepada manusia, berlaku pada zaman lampau. Tokoh yang terlibat ialah Tuhan dan dewadewa.

MITOS Jenis-jenis mitos asal usul institusi sosial politik

Mitos asal usul Mitos ini terjadi pada zaman dahulu dan dianggap keramat oleh masyarakat. Mitos ini mempengaruhi corak pemikiran yang bersifat mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu yang rahsia serta magis. Contohnya Kisah Tasik Chini

Mitos Institusi Sosial Mitos yang menceritakan asal usul sebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu. Contohnya, mitos kedatangan Islam dan mitos adat berandam.

Mitos Politik Mitos yang menceritakan berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan. Contohnya, mitos keturunan rajaraja Melayu.

Sastera Rakyat LAGENDA Lagenda merupakan cerita yang dipercayai benar-benar terjadi tetapi tidak dianggap suci. Ciri-ciri lagenda ialah komunikasi lisan yang bercorak cerita berdasarkan tentang tokoh dan pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya zaman lampau tetapi masih berkait dengan masa silam. Mempunyai kesan atau tanda seperti kubur, binaan dan bentuk muka bumi. Tokoh dan tempat yang mempunyai sifat yang luar biasa. Kisahnya mempunyai kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat seperti Perigi Hang Tuah.

Jenis-jenis lagenda Keagamaan Alam Ghaib Perseorangan Tempat

Lagenda keagamaan Kisah tentang orang alim dan penyebar agama. Contohnya Makam Habib Noh dan Tok Kenali.

Lagenda alam ghaib Kisah yang dianggap benar-benar terjadi. Pernah dialami oleh seseorang seperti pengalaman dengan makhluk ghaib Berfungsi untuk menguatkan kebenaran sesuatu kepercayaan

Lagenda perseorangan Kisah tentang tokoh-tokoh yang tertentu dan dianggap benar-benar berlaku. Contohnya tokoh kepimpinan iaitu Tun Perak, tokoh agama ialah Sheikh Omar Bashyir, tokoh perniagaan ialah Si Tanggang dan ahli dalam berbagai bidang ialah Puteru Sa'adong

Lagenda tempat Kisah berkaitan sesuatu tempat Cerita mengenai asal usul sesuatu tempat yang berkaitan dengan nama tokoh atau binatang. Lagenda berunsur historiografi berkaitan peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan Lagenda berunsur tokoh istimewa terutama tokoh yang menjadi pengasas sesuatu tempat. Lagenda berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi. Contohnya Batu Gajah diambil bersempena bentuk batu yang berupa gajah.

CERITA RAKYAT Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar berlaku. Cerita rakyat sebagai sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran. Terdapat empat jenis cerita rakyat iaitu cerita binatang, cerita lipur lara, cerita jenaka dan cerita teladan.

Cerita Binatang Cerita ini ditokohi oleh binatang yang mempunyai sikap dan tingkah lakunya seperti manusia. Ciri cerita binatang ialah tokoh utamanya ialah binatang yang bertingkah laku seperti manusia, biasanya binatang bersaiz kecil tetapi bijak manakala binatang besar biasanya kurang akal dan dianggap bodoh. Contohnya cerita Sang Kancil menipu Gergasi mengisahkan kepandaian Sang Kancil menggunakan helah untuk menghalau gergasi dari tempat tinggal penduduk kampung.

Cerita Lipur Lara Cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara. Ciri-ciri cerita lipur lara ialah Dituturkan dan diturunkan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya Berlaku tokok tambah Hak bersama masyarakat sebagai sumber hiburan dan pendidikan Menggambarkan sistem masyarakat Melayu Mengandungi ciri-ciri tempatan walaupun terdapat pengaruh luar Mengandungi puisi Tema biasanya tentang peperangan, percintaan dan pengembaraan Terdapat amanat atau panduan Mempunyai kuasa sakti atau unsur magis Latar tempat di istana, dunia, kayangan atau alam ghaib Watak utama biasanya manusia biasa dan terdapat juga dewa dan dewi

CERITA JENAKA Cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira pada orang yang mendengarnya. Ciri-ciri cerita jenaka ialah Terdapat unsur kebetulan Unsur kelucuan terhasil daripada jalan cerita itu sendiri Terdapat permainan kata-kata yang melucukan. Watak mempunyai sifat-sifat pintar,bodoh dan bodoh sial Antara contoh cerita jenaka ialah Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk dan Pak Belalang

CERITA TELADAN Cerita yang mempunyai unsur didaktif serta penuh dengan unsur moral dan pendidikan. Ciri-ciri cerita teladan ialah Tokohnya manusia biasa Tokoh bersikap dan bertingkah laku yang baik, mulia dan jujur Kebiasaannya anak bongsu atau anak tunggal Mendapat bantuan daripada kuasa sakti Tokoh dapat keluar daripada kesengsaraan diakhir cerita Contoh cerita teladan ialah Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah Batu Bertangkup

2.0 Sastera Istana (Tulisan) Sastera tulisan mula diperkenalkan selepas penerimaan agama Islam pada abad ke-15 dan berkembang dalam istana. Terdapat beberapa jenis dan bentuk sastera istana iaitu Sastera hikayat Sastera undang-undang Sastera Epik Sastera panji Sastera agama Sastera ketatanegaraam

Sastera Hikayat Sastera hikayat menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar. Terbahagi kepada tiga jenis unsur antaranya ialah unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai

Sastera Undang-undang Dijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Tergolong kepada dua kumpulan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh sastera undangundang ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Sastera undang-undang Adat Perpatih hanya dilaksanakan di Negeri Sembilan

Sastera Epik

Sastera Epik juga dikatakan sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat Sastera Epik mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Terbahagi kepada dua jenis iaitu epik kebangsaan oleh Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah.

Sastera Panji Sastera panji ialah karya yang kandungannya berkisar sekitar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utama bergelar Panji Contohnya, Hikayat Cendawan Putih

Sastera Agama

Sastera Agama berkisarkan kepada kisah-kisah yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh umat manusia di muka bumi. Buktinya dapat diperlihatkan dalam Hikayat Bulan Berbelah yang memperlihatkan kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW dapat melakukan sesuatu mukjizat yang luar biasa daripada mukjizat yang pernah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu.

Sastera Ketatanegaraan Kitab sastera ketatanegaraan berjudul Kitab Nasihat Segala Raja-Raja. Kitab ini digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin lll sebagai panduan dalam pemerintahan baginda.

PROSA MODEN Menurut Annas Hj Ahmad (1988), selepas tahun 1800 Masihi hasil karya sastera digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian ini bertujuan untuk memudahkan kita untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu Abdullah Munsyi merupakan orang yang dianggap membawa pembaharuan dalam sejarah kesusasteraan Melayu Moden

CERPEN Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek Cerpen berkembang pada sekitar tahun 1930 melalui kegiatan persuratkhabaran Cerpen biasanya berdasarkan sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama. Cerpen mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu. Cerpen memperlihatkan gambaran tentang sesuatu zaman mengenai masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Dalam cerpen terdapat watak protagonis dan watak antagonis

CERPEN Cerpen hanya ada 1 tema dan 1 atau 2 persoalan untuk menghasilkan impak tertentu dan mendalam kepada pembaca. Cerpen mempunyai 1 plot yang dikembangkan dengan kemas, teliti dan tidak rumit. Cerpen

NOVEL Istilah novel berasal daripada bahasa Itali iaitu novella yang membawa makna satu benda kecil yang baharu Novel merupakan prosa panjang yang menyatakan sebahagian daripada sebuah kehidupan Novel mengisahkan kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia Novel merangkumi tiga faktor utama iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi Kandungan novel memberi gambaran kepada perjuangan dalam kehidupan, pertentangan antara keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam, ketuhanan dan perasaan yang bercampur dengan imaginasi.

NOVEL KEMASYARAKATAN Novel yang bercorak kemasyarakatan dihasilkan oleh Harun Aminurrashid. Beberapa novel yang dihasilkannya ialah Cinta Gadis Rimba(1947), Darah Kedayan (1947) dan Minah Joget Moden (1949). Novel Minah Joget Moden ini dianggap menarik kerana msyarakat mempamerkan sikap negatif terhadap penari-penari joget.

NOVEL SEMANGAT KEBANGSAAN Novel bercorak semangat kebangsaan dihasilkan pada pertengahan tahun 1940-an iaitu novel Pahlawan Rimba Malaya (1946) karya Keris Mas Persoalan novel ini tentang semangat kebangsaan pejuang gerila Melayu menentang penjajahan Jepun. Selain itu, karya Harun Aminurrashid iaitu Siapakah Yang Bersalah (1949) berkisahkan pengalaman sendiri yang terpaksa bekerjasama dengan Jepun.

DRAMA Drama merupakan salah satu karya sastera Pengarang menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog. Menurut Erwan Juhara (2014), drama ialah sejenis karya sastera yang dihasilkan oleh unsur intrinsik. Skrip drama itu sendiri menjadi panduan kepada pengarah Pengarah memegang peranan yang penting bagi menyelaras pementasan drama tersebut Watak atau pelakon memainkan peranan penting terutama yang memegang setiap peranan dalam skrip bagi melancarkan pementasan drama.

JENIS PUISI TRADISIONAL PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA

JENIS PUISI MODEN

Sajak

PANTUN Pantun merupakan karangan yang berangkap yang tidak bebas dari segi bentuk dan perkataan Penciptaan pantun terdiri daripada dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Dalam pantun setiap ungkapan mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud. Bentuk pandun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat dan pantun berkait. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap.

GURINDAM Gurindam merupakan jenis puisi yang tidak tentu bentuknya Ciri-ciri gurindam ialah Berbentuk terikat serangkap mempunyai 2 baris 3-6 patah perkataan sebaris Rima akhir sama iaitu a-a untuk melengkapkan keseluruhan idea perlukan beberapa rangkap tidak berangkap, tidak berpasangan Berfokuskan kepada pengajaran atau panduan hidup yang sempurna Digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bertujuan untuk hiburan Tidak diperkatakan secara meluas

SYAIR Syair merupakan sejenis puisi rakyat yang dilagukan apabila diperdengarkan. Ciri-ciri syair ialah serangkap mempunyai empat baris rima akhir sama iaitu a-a keseluruhan rangkap menggambarkan makna dan idea yang berurutan Terdapat dua bentuk tema syair iaitu naratif dan bukan naratif. Naratif i iaitu romantik dan sejarah manakala bukan naratif iaitu nasihat dan agama.

SELOKA Seloka merupakan sejenis puisi yang bebas dari segi rangkap, baris dan rima Ciri-ciri seloka ialah memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea Bentuknya lebih kurang seperti gurindam dan talibun Kandungan isi yang mengandungi makna mengejek, sindiran sama ada serius atau jenaka Terdapat tema dan isi yang umum Contoh seloka ialah Seloka Pandai Pak Pandir

SAJAK Sajak merupakan sejenis puisi moden yang bebas dan tiada ukuran tertentu dalam menghasilkannya Sajak lebih mementingkan keberkesanan ungkapan perasaan melalalui kata-kata yang terjalin pada erti serta irama. Sajak tidak mempunyai peraturan seperti bentuk-bentuk terikat Puisi Melayu Tradisional Sajak lebih kepada suara hati atau luahan perasaan penyairnya

CIRI CIRI KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL Merupakan sastera yang turun temurun dan disebarkan melalui lisan Bersifat kolektif dan kepunyaan bersama tiada pengarang dan tarikh Masyarakat belum tahu menulis Disampaikan melalui lisan

CIRI CIRI KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Disebarkan melalui tulisan Bersifat eksklusif Bersifat individu atau perseorangan Mempunyai hak cipta terpelihara

FUNGSI KESUSASTERAAN Terdapat beberapa fungsi kesusasteraan Melayu iaitu : Alat Pendidikan Instrumen Perpaduan Alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian Kepuasan Estetik Mengisi Masa Lapang Memberi pengajaran

ALAT PENDIDIKAN Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan

melalui

kisah-kisah

yang

ditulis oleh mereka yang terangkum dalam pelbagai

bidang

ilmu

seperti

ekonomi,

politik, sosiologi, dan agama. Pengalaman mereka ini dikenal sebagai prosa atau puisi, dan

diaduni

dengan

unsur-unsur

pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya untuk dapat dikutip oleh

para

pembaca,

maka

berlakulah

pendidikan secara tidak langsung. Hasilnya, dapat

ditunjukkan

kesusasteraan

dengan

boleh

jelas

bahawa

digunakan

sebagai

sumber pendidikan masyarakat.

ALAT PENDIDIKAN Di Negara Malaysia, Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan Pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu.

ALAT PENDIDIKAN Sastera Melayu terutamanya dapat membina insaniah dalam kehidupan manusia. Ini cukup konsisten dengan konsep penggabungan "modal insan" yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara.

Kita

bangsa,

yang

tidak

mahu

tidak

melahirkan

mempunyai

satu

nilai-nilai

kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan seperti robot. Apa yang kita boleh lihat sekarang adalah ramai bijak pandai dalam bidang

sains

dan

teknologi,

tetapi

sayang

mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri, dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa ketika bertindak merupakan manusia yang

hilang

pertimbangan.

Oleh

itu,

mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sastera

sebenarnya

terkandung

dalam

ALAT PENDIDIKAN Peranan sebagai satu cabang ilmu dan senjata yang dapat meresap dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum di peringkat sekolah Kesusasteraan Melayu. Sementara itu, pelajar diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan, dan pelajar diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran

selaras

dengan

teknik

penulisan

ilmiah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin

Yassin,

sastera

dijadikan

penting

untuk

mewujudkan semangat kekitaan atau'esprit de corps' di kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Sastera negara meminta nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin untuk menyatupadukan rakyat.

ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN Menurut Aripin Said, sastera secara umumnya menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian dalam Prosa Warisan. Dalam cerita rakyat contohnya, masyarakat di maklumkan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Misalnya, tidak boleh derhaka

kepada

seseorang

itu

ibubapa akan

jikalau

mendapat

tidak balasan

sepertimana yang diterima oleh Si Tenggang. Melalui cerita-cerita lagenda, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan masyarakat iaitu terdiri

daripada

tokoh

agama,

pahlawan,

peneroka atau seumpamanya. Cerita lagenda dapat

memberi

sumbangan

besar

dalam

kehidupan masyarakat. Apabila mendengar cerita-cerita rakyat, ia akan kekal dari mereka masih kanak-kanak hingga kehidupan mereka pada hari tua.

KEPUASAN ESTETIK Sastera juga membantu memberikan kepuasan estetik. Pencerita akan berasa tenang dan damai sekiranya dia mampu mencipta cerita yang menyentuh perasaannya. Bagi pembaca, membaca karya keindahan yang menarik dapat memberikan rasa kepuasan yang tidak dapat diungkapkan sendiri.

MENGISI MASA LAPANG Kesusasteraan Melayu juga membantu memberi hiburan. Sastera digunakan untuk mengisi masa lapang dan menjadi hobi. Karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan sahaja seronok untuk diajar, malah seronok untuk dibaca. Malah pada zaman dahulu, cerita rakyat diceritakan pada masa lapang

untuk

menghilangkan

kebosanan,

dan

orang ramai boleh bertemu pada waktu malam selepas sibuk mencari rezeki di siang hari. Pada waktu petang, mereka bertemu untuk belajar dan menikmati cerita rakyat.

MEMBERI PENGAJARAN Kesusasteraan

Malaysia

juga

berguna

untuk pengajaran. Melalui karya mereka, penulis mengajar melalui karya sastera mereka yang banyak menyingkap tentang nilai murni kehidupan. Contohnya Seloka Pak Pandir dan Nasihat Pantun. Karyakarya ini telah menjadi banyak rujukan orang ramai untuk menjalani kehidupan seharian.

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL

AKAL BUDI DALAM PANTUN BUDI Setiap pantun mementingkan nilai yang dapat membina masyarakat melayu yang penyayang, bersopan santun dan berbudi bahasa. Akal budi dalam pantun dapat membentuk dan mendidik pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda untuk mempunyai pemikiran yang lebih matang. Pantun ini mengisahkan bahawa orang mempunyai budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan masyarakat. Sudah menjadi lumrah dalam hidup masyarakat lebih memilih kekayaan harta berbanding kekayaan budi bahasa. Orang yang berbudi sentiasa dipandang mulia oleh orang lain. Pengajarannya, kita mestilah berbudi bahasa supaya diri dipandang mulia.

AKAL BUDI DALAM SYAIR BIDASARI Syair ini menceritakan pada Bidasari seorang puteru raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal usulnya, dan seterusnya diambil sebagai anak angkat oleh sepasang pedang kaya. Terdapat seorang Ratu Negeri yang mencemburui kecantikan Bidasari kemudian bersubahat membuang Bidasari ke hutan. Bidasari kemudiannya berkahwin dengan seorang putera raja. Melalui syair dalam rangkap pertama, sifat rendah diri pada penyair yang mengarang syair tersebut amat terserlah. Penyair membahasakan dirinya sebagai fakir. Fakir bermaksud seseorang yang tidak mampu membeli keperluan harian. Seseorang itu juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Sikap masyarakat Melayu yang sering merendah diri merupakan suatu adab apabila berhubung dengan orang lain Pengajarannya, kita haruslah memupuk sifat kasih sayang dalam ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni.

AKAL BUDI DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG 1. Menyindir sikap sesetengah masyarakat yang lebih mengutamakan orang lain dalam berbagai hal. Contohnya, Emak Si Randang bukan sahaja mengabaikan anaknya malah membiarkan anaknya berada dalam kelaparan. Sedangkan, orang yang tidak mempunyai pertalian darah pula diberikan perhatian dan layanan yang baik. Oleh yang demikian, sikap ini perlulah disingkirkan dan diganti dengan sikap yang lebih mengutamakan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum orang luar.

2. Menyindir masyarakat yang terlalu baik hati Contohnya, Emak Si Randang terlampau baik hati walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya. Kebaikan tersebut bukan membawa manfaat malah merugikan diri dan ahli keluarganya. Oleh yang demikian, kita mestilah berpadapada dalam melakukan kebaikan

3. Berkisahkan masyarakat yang tidak tahu mengurus harta Contohnya, Emak Si Randang sanggup berhabis duit dan meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Hal ini menyebabkan dia terpaksa menanggung beban hutan yang banyak. Oleh yang demikian, kita mestilah merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan memberi barang yang diperlukan sahaja.

AKAL BUDI DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG 4. Mengkritik masyarakat yang tidak bekerja bersungguh-sungguh Contohnya, Emak Si Randang mengendahkan padinya yang ditanam kerana sibuk melayan orang lain, kemudiannya padinya tidak menjadi. Oleh yang demikian, kita mestilah mestilah melakukan suatu perkara dengan bersungguh-sungguh supaya kelak tidak merugikan diri.

AKAL BUDI DALAM GURINDAM DUA BELAS (Fasal 1) Pengarang menyatakan bahawa jika hidup tidak mengenal agama yakni tuhan maka hidup akan sia sia tanpa ada tujuan. Hal ini akan menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam keadaan gelisah. Seterusnya, apabila mengenal Allah, seseorang itu perlu taat akan perintah Allah dan menjauhi larangnNya. Allah telah menetapkan bahawa dunia merupakan tempat untuk mengumpul pahala supaya dapat ke syurga-Nya kelak. Di dunia kita perlulah menyedari hakikat yang sebenarnya kita adalah hamba. Seseorang yang mengetahui dirinya serba kekurangan dan memerlukan Allah dalam menentukan kehidupan di dunia dan kemudiannya membawa kejayaan ke akhirat.

SUMBER RUJUKAN

Siti Hajar Abdul Aziz 2011. Bahasa Melayu I edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn Bhd. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Selangor Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria , Mimi Hanida Abdul Mutalib , Alizah Lambri , Siti Salwa Jamaldin , Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 4 Bil 2

Data Loading...