APA ITU NILAM - PDF Flipbook

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

120 Views
6 Downloads
PDF 641,711 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


PENGENALAN NILAM APAKAH ITU NILAM? ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

MATLAMAT PROGRAM NILAM Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid

OBJEKTIF PROGRAM NILAM Menjadikan murid banyak membaca Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM NILAM • Membaca dan merekod bahan bacaan- Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod. • Mengesahkan rekod dan mengumpul data- Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia. • Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran- Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM • Projek Pukal – Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

• Bicara Buku – Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut. • Anotasi buku – Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini. • Bercerita – Murid terutamanya murid sekolah rendah digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca. • Jejak Maklumat – Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan.

TAHAP JAUHARI Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan

a. Sekolah Rendah Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut : Jumlah Buku

Pengiktirafan

90 – 179

Gangsa

180 – 269

Perak

270 – 359

Emas

360 ke atas

NILAM

b. Sekolah Menengah Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut: Jumlah Buku

Pengiktirafan

72 – 143

Gangsa

144 – 215

Perak

216 – 287

Emas

288 ke atas

NILAM

ADAB KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN  DILARANG MAKAN DAN MINUM SERTA MEMBAWA MASUK MAKANAN DAN MINUMAN.  SILA BERATUR KETIKA BERADA DI KAUNTER.  TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA ATAU MENUTUP SUIS DAN MENGUBAH KEDUDUKAN KERUSI DAN MEJA TANPA KEBENARAN GURU PSS.  DILARANG MEMBUAT BISING.  TIDAK BOLEH MEMBAWA MASUK BEG ATAU LAIN-LAIN SELAIN DARIPADA ALAT TULIS DAN BUKU CATATAN.  PELAJAR MESTILAH DUDUK DI TEMPAT-TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN DAN TIDAK DIBENARKAN BERHIMPUN DI PINTU UTAMA, KAUNTER DAN DI CELAH RAK BUKU.  SETELAH SELESAI MENGGUNAKAN BAHAN BACAAN, PELAJAR MESTI MEYIMPAN SEMULA DI TEMPAT ASALNYA.

ADAB KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN  PELAJAR DILARANG MASUK WAKTU P&P TANPA GURU  PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM NILAM PERLU MENCATAT PADA BUKU NILAM YANG TELAH DISEDIAKAN.  SILA PASTIKAN MEJA DAN KERUSI BERADA DALAM KEADAAN KEMAS DAN TERSUSUN KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN.  PELAJAR TIDAK BOLEH MENGADAKAN MESYUARAT ATAU PERJUMPAAN DI DALAM PERPUSTAKAAN TANPA KEBENARAN GURU PSS.  PELAJAR MESTI BERPAKAIAN KEMAS DAN LENGKAP KETIKA MEMASUKI PERPUSTAKAAN.  BUKU-BUKU YANG ROSAK, DICONTENG ATAU HILANG PERLU DI GANTI OLEH PELAJAR BERKENAAN.  PELAJAR-PELAJAR DIBENARKAN MASUK KE PERPUSTAKAAN PADA WAKTU REHAT DAN SELEPAS WAKTU P&P.

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

Data Loading...