Sang Harimau Yang Garang & Singa Yang Baik Hati - PDF Flipbook

-

336 Views
35 Downloads
PDF 1,296,429 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


SANG HARIMAU YANG GARANG DAN SINGA YANG BAIK HATI

Ketika musim kemarau melanda di kawasan tempat tinggal sang Harimau,Sang Rimau yang garang telah bersiar-siar mencari mangsa buruannya untuk dijamah.

Pada kebiasaannya, sang rimau akan berjalan dan menjejak buruannya dengan sepantas yang boleh. Namun, musim kemarau di gurun telah mematahkan hasil buruannya kerana ketiadaan mangsanya. Siapa tidak kenal Raja Rimba?? Haih tipulah tidak kenal kan. Semua binatang dan haiwan yang kecil takut dengan Sang Rimba ini.

Tiba-tiba Sang Rimau ternampak sekumpulan binatang tengah minum air di sekitar sungai gurun, mungkin haiwan tersebut kelihatan kehausan almaklumlah musim kemarau melanda……….

Sang Rimau pun mendekat….Ternyata benar… Ada sekumpulan haiwan meminum air di sungai Gurun… Betapa gembira Sang Rimau melihat… Kerana dapat pemangsa yang boleh dijadikan makanan…

Sang Rimau terus memerhati dengan fokus dan cuba mendekati haiwan tersebut. Sang Rimau terus membaham dan berjaya menerkam seekor keldai dan membawanya lari lalu menikmatinya tanpa belas kasihan.

Sang Rimau dengan kejam makan di depan kawan-kawan keldai dan terus memakannya. Aku tak peduli,aku lapar!! Dan setelah habis, Sang Rimau mengejar satu lagi keldai, namun gagal..

Tiba-tiba muncul Sang Singa yang baik hati menghalang harimau tersebut menangkap mangsanya iaitu Si Keldai,’’Woi Rimau, kau tak puas lagi memakan dan membunuh keldai ni??

Sang Rimau dengan ego berkata, “Aku lapar dan aku berkuasa di hutan ini! Aku tidak kacau kau! Baik kau berambus dari sini wahai Sang Singa’’

‘’Aku akan berambus kalau kau tidak kacau keldai-keldai ini. Aku tidak sanggup melihat mereka kau makan depan kawan-kawan… Kau langsung tidak berhati perut wahai Sang Rimau yang kejam’’!!

‘’Baiklah kalau aku tidak berambus?? Apa yang kau akan buat Sang Singa?? ’’Kalau macam tu… Aku akan membuat kau berambus Sang Rimau…!! Mereka pu bergaduh sesama sendiri …Sang Keldai pun berlari meninggalkan mereka…

Akhirnya, Sang Rimau mengaku kalah dan pergi meninggalkan Sang Singa. Pada ketika itu, seekor kelda menghampiri Sang Singa dan mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengusir Sang Rimau dari membaham mereka.

Sang Rimau telah balik ke rumah dan terkejut kerana melihat ahli keluarganya telah tiada dan terlihat ibunya mati ditembak dan ini semuanya angkara pemburu haram. Sang Rimau menangis dan menyesali akan setiap perbuatannya selama ini. Mungkin kerana Sang Rimau menganggap ini adalah balasan dari Tuhan.

Selepas kejadian itu, Sang Rimau telah menyesali sikapnya dan berubah, Sang Rimau tidak mengganggu haiwan lain malah ingin berkawan dengan mereka. Sang Singa sangat berbesar hati akan perubahan Sang Rimau kerana tidak lagi melakukan perbuatan kejam terhadap haiwan di sekelilingnya…

Pengajaran yang boleh diambil dari cerita Sang Harimau dan Sang Singa ini adalah kita janganlah bersifat kejam sesama kita yang hidup bersama di atas muka bumi yang Tuhan ciptakan. Jika kita membuat kebaikan, maka akan dibalas dengan kebaikan. Sebaliknya, jika kita berbuat kejahatan, maka akan dibalas dengan kejahatan.

Data Loading...