TUGASAN 1 -BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU - PDF Flipbook

TUGASAN 1 -BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

118 Views
87 Downloads
PDF 517,678 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU KOD KURSUS: BMMB1104 NAMA PENSYARAH: PUAN NORMI BINTI MOHD DALI DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN AMRAN KELAS: F2H ANGKA GILIRAN: 2021252310151

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU ●



Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu 1 edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umu bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan literature dalam Bahasa Inggeris. perkataan literature berasal daripada perkataan literate yang bermaksud huruf atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG… ●



Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Jadi, sastera bererti alat untuk mengajara. Awalan su- pula bermaksud baik atau indah. Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran ( Prof Dr Hashim Awang, Artikel akademik, hal 2). Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi menimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG… ●

Daripada definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatau perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.



Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira sama da bermutu atau tidak bermutu.

01 02 03 04 05 06

JENIS, BENTUK DAN CIRI 01 03

Prosa Tradisional -Sastera Rakyat (lisan) dan Sastera Istana (tulisan)

Puisi Tradisional -Pantun, Gurindam, Syair dan Seloka

02 04

Prosa Moden -Cerpen dan Drama

Puisi Moden -Sajak

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG… Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam kerana masing-masing memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.

PROSA TRADISIONAL ●

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut zaman. Dalam hal ini, prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.

01 ●

Prosa tradisional mempunyai perbezaan dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara. Hal ini kerana, apabila datang yang baharu, maka hilanglah yang lama. Namun, prosa tradisional dianggap sebagai sastera yang mempunyai sifat yang boleh diwarisi secara turun-temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah lama dihasilkan.

02 03 04



Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Tujuannya adalah untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu. Prosa tradisional terbahagi kepada dua genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).

05 06

SAMBUNG… Sastera Rakyat ● Melalui konsep sastera rakyat, sastera ditakrifkan sebagai hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai world view itu sendiri. Masyarakat pula bermaksud kumpulan manusia yang hidup secara berkelompok dan bersifat primitif. Rakyat pula merupakan orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu sistem kekeluargaan yang besar. Mereka hidup dalam kumpulan dan mengamalkan nilai kemasyarakatan yang tebal dan berpegang teguh pada corak budaya tradisional. Sastera rakyat merupakan hasil karya yang disampaikan secara lisan.

01



Sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam masyarakat moden.

02



Antara ciri sastera rakyat termasuklah sastera rakyat disebar dan diwariskan secara lisan. selain itu, sastera rakyat juga bersifat tradisional dan lama, iaitu berada dalam sesuatu kebudayaan dalam tempoh yang lebih lama daripada dua generasi. Sastera rakyat juga wujud dalam variasi yang berbeza-beza dan ia bersifat anonimi, iaitu menggunakan nama samaran. Sastera rakyat mempunyai bentuk berpola dengan plot yang hampir sama, mempunyai fungsi tertentu seperti memberi pengajaran serta penulisannya bersifat sederhana dan spontan.

03 04 05 06

SAMBUNG… ●

Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif pula terbahagi kepada mitos, lagenda dan cerita rakyat manakalan sastera bukan naratif pula terdiri daripada puisi rakyat. i) Mitos ● Mitos merupakan cerita yang dianggap betul-betul berlaku dan dianggap suci oleh empunya cerita dan masyarakat yang mendukungnya. Mitos mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam. Tokoh yang terlibat pula terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa yang terjadi pada zaman dahulu. ●

Antara ciri mitos ialah dianggap benar-benar berlaku, peristiwa yang aneh, tetapi penting, dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku pada zaman lampau.



Mitos dalam sastera Melayu terdiri daripada tiga jenis, iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal usul terjadi pada zaman lampau. Contoh mitos jenis ini ialah asal usul kejadian alam, kejadian bentuk-bentuk binatang dan asal kejadian bentuk topografi. Mitos institusi sosial merupakan cerita yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat. Contohnya, mitos kedatangan islam, pendiding diri dan adat berandam.

01 02 03 04 05 06



SAMBUNG…

Mitos politik merupakan cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan. Contohnya, mitos ini dalam cerita keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesbuah kerajaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera. ii) Legenda ● Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dinggap suci. Tokohnya terdiri daripada manusia yang mempunyai sifat luar biasa. Ciri-ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya masa lalu, tetapi masih ada hubung kait dengan masa silam. ●





Terdapat jenis legenda dalam masyarakat Melayu iaitu legenda keagamaan, iaitu cerita mengnai orang alim dan penyebar agama. Tokoh ini memang wujud dan menjadi bualan masyarakat. Sebagai contoh, Habib Noh dan Tok Kenali. Selain itu, legenda alam ghaib yang dianggap wujud. Legenda jenis ini berfungsi untuk meneguhkan kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Legenda seperti ini berkait dengan pengalaman peribadi seseorang dan mempunyai unsur tradisional. Contohnya, pengalaman menziarahi ke alam ghaib seperti dunia hidup orang bunian. Seterusnya, legenda perseorangan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap sebagai peristiwa yang berkait dengan tokoh tersebut benar-benar terjadi. Contoh, jenis legenda ini ialah tokoh kepimpinan berkaitan tokoh Hang Tuah dan Tun Perak, tokoh agama seperti Sheikh Omar Basyir dan Pawang Langkat dan tokoh perniagaan seperti Si Tanggang dan Awang Tunggal.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG… ●

Legenda tempat turut termasuk dalam jenis cerita-cerita legenda. Malah, legenda ini berkaitan dengan cerita mengenai asal usul sesuatu tempat di mana nama tempat itu berkaitan dengan nama tokoh atau binatang. Legenda ini berkait rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan. Contohnya, seperti nama tempat Pekan Langgar di Kedah dikatakan diambil sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah dan Kampung Tok Pasai ialah nama tempat yang berasal daripada seorang tokoh iaitu Tok Pasai.



Legenda berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi. Contohnya, Batu Gajah nama tempat yang diambil sempena bentuk batu yang berupa gajah.



Legenda tokoh seperti cerita Mahsuri. Cerita ini dianggap benar kerana ruang dan masa berkaitan cerita tersebut dipercayai benar-benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi. iii) Cerita Rakyat ● Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi. Cerita ini merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan megandungi moral atau sindiran. ●

Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang. Cerita ini ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti manusia. Antara ciri cerita binatang ialah tokoh utamanya ialah binatang yang bersifat serta tingkah laku seperti manusia. Biasanya watak utama binatang bersaiz kecil tetapi cerdik manakal watak jahat ialah binatang besar tetapi dianggap bodoh.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…



Cerita penglipur lara atau lipur lara merupakan cerita yang tergolong dalam cerita rakyat. Cerita lipur merupakan cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit, Awang Belanga dan Awang batil.



Antara ciri-ciri cerita lipur lara ialah dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain dengan tokok tambah dan ianya menjadi milik masyarakat. Cerita ini juga berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan serta citra sistem masyarakat Melayu tradisional iaitu mendukung ciri tempatan. Contoh cerita lipur lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.



Jenis seterusnya ialah cerita jeneka iaitu cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan gembira bagi orang yang mendengarnya. Antara ciri-ciri jenis ini ialah adanya unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam kehidupan manusia. Watak-watak yang digarap ialah mempunyai sifat-sifat tertentu seperti watak bodoh melalui watak Pak Pandir, watak bodoh sial ialah Pak Belalang. Antara contoh karya jenis ini ialah Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Lebai Malang.



Cerita teladan juga dijeniskan sebagai cerita rakyat. Cerita jenis ini mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan pendidikan. Cerita ini disasarkan kepada kanak-kanak. Antara ciri-ciri cerita jenis ini ialah watak terdiri daripada manusia biasa yang mengalami suka duka pada permulaan cerita tetapi mendapat kegembiraan pada pengakhiran cerita. Antara contoh cerita jenis ini ialah Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah Batu Bertangkup.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…

iv) Sastera Istana (tulisan) Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan islam pada abad ke-15 dan berkembang dalam istana. Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat dalamnya, iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat seri Rama dan Hikayat Raja Pasai. Selain itu, sastera Istana terbahagi kepada empat jenis iaitu sastera undang-undang, sastera epik, sastera Panji dan sastera Agama. Sastera undang-undang dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Genre sastera ini terbahagi kepada dua iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh, sastera undang-undang ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Manakala bagi sastera undang-undang Adat Perpatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan sahaja. Sastera epik disebut sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Satera ini mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Genre sastera ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu epik kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah. Sastera panji merupakan karya yang berkisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utama dikenali sebagai Panji. Contoh karya ialah Hikayat Cendawan Putih. Akhir sekali, sastera agama yang memfokuskan terhadap cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad SAW ketika menyebarkan agama islam walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Buktinya dapat dilihat dalam Hikayat Bulan Berbelah.

01 02 03 04 05 06



PROSA MODEN

Hasil karya sastera selepas tahun 1800 masihi tergolong dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini semata-mata untuk tujuan memudahkan pembaca bagi memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Sebagai contoh, sajak bebas pada hari ini merupakan satu penyimpangan daripada bentuk puisi lama seperti pantun dan syair. Selain itu, prosa moden terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i) Cerpen ● Cerpen merupakan gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek. Cerpen berkembang ketika kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman kegemilangan sekitar tahun 1930-an. ●

Cerpen bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang tetapi ia juga memberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada berhubung masalah politik, sosial dan ekonomi.



Cerpen biasanya berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama. Selain itu, cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam 03 kepada pembaca.



Dalam penulisan cerpen, hanya terdapat satu plot sahaja dan plot inilah yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit.



Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam cerpen dapat menarik minat pembaca bagi merasai pengalaman yang digambarkan dalam cerpen.

01 02

04 05 06

SAMBUNG…

ii) Novel ● Novel merupakan prosa rekaan panjang yang mengandungi sebahagian daripada sebuah kehidupan. Perkataan novel berasal daripada Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian yang berlaku dalam sebahagian kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. ●

Novel mempunyai tiga faktor utama yang saling berkait, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Selain itu, novel mempunyai dua jenis, iaitu novel bercorak kemasyarakatan seperti Cinta Gadis Rimba dan Minah Joget Moden dan novel bercorak semangat kebangsaan seperti novel Pahlawan Rimba Melayu.

iii) Drama ● Drama merupakan karya sastera yang dicipta oleh penulis untuk menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog. ●

Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan. Selain itu, terdapat unsur yang mendukung drama iaitu skrip drama itu sendiri yang menjadi rujukan kepada pengarah.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…



Pengarah memegang peranan penting bagi menyelaraskan pementasan drama tersebut. Selain itu, pelakon atau watak yang memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip juga dianggap penting dalam unsur pementasan drama.



Pentas dan panggung untuk tujuan pementasan juga penting dalam sesuatu pementasan drama itu.



Terdapat beberapa unsur yang penting selain daripada unsur skrip drama ialah cahaya, bunyi, pakaian, tata rias dan penonton merupakan unsur yang penting dalam kesempurnaan bagi pementasan drama.

01 02 03 04 05 06



PUISI TRADISIONAL

Merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk meghasilkan dua buah epik. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana.



Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya. i) Pantun ● Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu. Orang Melayu telah pandai berpantun dan berbalas-balas pantun sesama mereka sebelum kaedah surat menyurat diperkenalkan. Penciptaan pantun mempunyai beberapa bentuk iaitu dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap dan dua belas rangkap. Pantun mempunyai unsur pembayang maksud dan maksud. ●



Terdapat dua aspek dalam pantun iaitu aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun mengandungi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu pertama, berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun. Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang sama ada secara konkrit atau abstrak. Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat dan pantun dua belas kerat. Antara pantun yang popular ialah empat kerat dan dua kerat.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…



Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap. Bagi pantun empat kerat baris satu dan dua merupakan pembayang manakala barik tiga dan empat merupakan maksud. Bilangn perkataan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima akhir adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat ‘a’, ‘a’, manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’.



Jenis pantun dibahagikan mengikut pada fungsi dan kandungan pantun itu sendiri.

ii) Gurindam ● Gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu tadisional seperti yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dicipta pada tahun 1846. ●



Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan rima akhir ‘a’, ‘a’. Manakala suku kata gurindam dalam sebaris ialah antara 8 hingga 12 suku kata. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap bagi melengkapi keseluruhan idea. Menggunakan bahasa yang bernas dan serius manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…

iii) Syair ● Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. ●

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Manakala setiap Baris mempunyai 4 hingga 5 papatah perkataan dan suku kata pula mengandungi 8 hingga 12 bagi setiap baris.



Dalam setiap baris terdapat satu hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang berurutan bagi memberi idea yang lengkap. Syair merupakan satu pernyataan yang berlarutan contohnya, bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Syair mempunyai awalan dan akhiran. iv) Seloka ● Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka mula dikenali di alam Melayu ketika perkembangan Hindu di Asia Tenggara. ●

Seloka merupakan satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olakan, ejekan dan sindiran.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…



Isi dan mesej seloka sarat dengan sindiran yang berguna untuk dijadikan pengajaran dan teladan oleh pendengar dan pembaca.



Seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun seloka tetapi binaannya lebih mirip dengan pantun dan syair.



Terdapat juga syair yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi tersebut seperti seloka Pak Kaduk dan seloka Emak Si Randang.

01 02 03 04 05 06

PUISI MODEN



Sajak merupakan satu-satunya genre puisi dalam puisi moden. Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas dan yang terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak.



Sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan penggunaan kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin mengikut erti serta irama.



Sajak merupakan suara hati atau luahan perasaan. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata.



Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik. Kata-kata terbaik merupakan nilai rasa dan nilai erti yang seimbang serta bersifat harmonis antara kata dan maksud.



Sajak tidak terikat dengan peraturan seperti pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan rima akhir seperti puisi tradisional.



Selain itu, ciri puisi Melayu moden adanya nama penulis atau pengarang sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah karya yang dicipta walaupun menggunakan nama samaran. Hal ini berbeza dengan puisi Melayu tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik bersama.

01 02 03 04 05 06

FUNGSI SASTERA MELAYU

Fungsi kesusasteraan Melayu ini mewujudkan pemikiran yang bijaksana dan akan sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai demi kemaslahatan hidup. Oleh itu fungsi kesusasteraan yang pertama ialah sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang yang mereka terjemahkan melalui kisah yang ditulis oleh mereka merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosiologi dan juga agama ini dijadikan sebagai sebuah prosa yang mengandungi unsur pengajaran. Hal ini telah menyebabkan kesusasteraan Melayu mampu menjadi bahan pendidikan untuk masyarakat di negara kita. Tegasnya, dengan adanya pendidikan sastera ini ianya dapat mencerminkan kesenian yang terdapat dalam diri masyarakat yang kreatif kerana mampu mengkaji keindahan karya sastera. Fungsi sastera Melayu yang kedua pula adalah sebagai instrumen perpaduan. Pengajaran perpaduan nasional yang ada dalam kesusasteraan Melayu ini telah menjadi matlamat utama dalam pendidikan. Hal ini kerana menurut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sastera ini ialah instrumen yang penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau ‘esprit de corp’ dalam kalangan rakyat. Tujuannya adalah untuk membina sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu. Jelaslah bahawa sastera negara ini amat menekankan nilai perpaduan dan menjadikannya sebagai satu bentuk budaya agar dapat dikongsi bersama dan menyatupadukan rakyat. Seterusnya, fungsi sastera yang ketiga ialah sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan harian. Hal ini dapat dilakukan melalui cerita rakyat umpamanya setiap anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesuatu perkara. Misalnya, jika seseorang anak itu derhaka kepada ibu bapanya, anak tersebut akan mendapat malapetaka contohnya Si Tanggang. Walaupun perkembangan masyarakat yang dipengaruhi oleh pelbagai perubahan cerita rakyat ataupun legenda itu jugalah yang banyak memberikan pengajaran dalam kehidupan masyarakat.

01 02 03 04 05 06

SAMBUNG…

Fungsi sastera yang keempat ialah dakwah. Hal ini kerana antara ciri-ciri yang penting yang dapat membentuk pandangan sastera ialah nilai ijabiyah (positif) dan waqi’iyah (realistik) iaitu mendalami atau menilik sesuatu dengan caranya. Manakala menurut Siddiq Fadzil 2012 pula sastera di dalam Islam itu perlulah jelas dan mempunyai ciri seperti waqi’iy, realistik dalam melihat apa adanya. Hal ini kerana melalui prinsip inikah yang melahirkan pandangan kosmologi yang ampuh dan berakar dari kefahaman nilai yang jelas sekaligus boleh menggerakkan transformasi kemanusiaan. Oleh itu, cereka Islam ini mementingkan kepentingan serta fungsi cereka tersebut. Fungsi yang kelima adalah sebagai medium protes dan kritik sosial. Hal ini kerana sastera merupakan rakaman kehidupan yang menggali mengenai kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza. Karya sastera ini juga berfokuskan tentang masyarakat, kehidupan dan manusia. Malah jika dilihat dalam konteks masyarakat yang mempunyai pelbagai susun lapis ini ianya boleh mewujudkan jurang dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan memberi pengaruh yang besar dalam tindakan dan adab susila sama ada untuk menegur, mengkritik atau menyampaikan mesej.

01 02 03 04 05 06

MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN ●

Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sekap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti. Selain itu, pantun juga digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan seseorang

MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN Pantun dua kerat Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa.

Melalui pantun dua kerat ini pada pembayang “hitam-hitam pucuk kawa” pengarang ingin menyatakan bahawa walaupun pucuk kawa itu kelihatan hitam tetapi ia tetap dimakan kerana ia mempunyai kemanisan yang tersimpan didalamnya. Oleh itu, pengarang mengkaitkannya dengan kehidupan seharian manusia seperti maksud “sungguh hitam dipandang lawa” yang dimana setiap orang mempunyai kelebihan dan juga kekurangan, jika kekurangannya dari segi paras rupa ia dapat ditutup dengan kebolehan yang ada seperti pandai dalam pelajaran dan mempunyai akhlak yang baik. Akhir sekali, manifestasi saya ialah setiap orang dapat mengatasi terhadap kekurangan yang dimiliki kerana kekurangan yang ada pada kita hari ini hanya sementara sahaja.

01 02 03 04 05 06

MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR ●

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu berbeza dengan bentuk syair Arab. Selain itu, dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan Islam.

MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR Melepaskan hati yang terbuku, pengajaran kepada sekalian anakku, mudah-mudahan betul tingkah dan laku, perangai yang baik biar terpaku. Dengarkan tuan ayahanda berperi, kepada anakanda muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri.

Manifestasi bagi syair ini pula ialah pengarang membuat kiasan tentang nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya dengan harapan anak-anaknya dapat menjaga tingkah laku apabila sudah dewasa nanti dan berharap anak-anaknya akan menjadi insan yang berakhlak mulia kerana seorang insan yang baik adalah insan yang berakhlak mulia dan terpuji. Pada rangkap dua pula pengarang membuat kiasan seorang ayah menasihati anak-anaknya supaya tidak bersikap malas dalam menuntut ilmu atau apa-apa sahaja kerana seorang ayah tidak mampu melihat anaknya berada dalam keadaan yang susah atau sukar untuk menempuhi kehidupan sebenar. Oleh itu, sebagai seorang anak yang baik kita mestilah mendengar dan menuruti apa yang dinasihati oleh ayah dan jangan bersikap malas kerana orang yang bersikap malas akan rugi dalam apa sahaja sebagai contoh, dalam pelajaran dan kejayaan yang akan dikecapi dengan cemerlang.

01 02 03 04 05 06

MANIFESTASI AKAL BUDI SELOKA SELOKA Katakanlah kau ada … Emas bertimbun, Ataupun beras beguni, berkampit, berkarung, Wang penuh di gedung, padat di kantung. Tetapi jika ditabur habur, diborosi, Semuanya segera juga akan habis pergi. Walaupun beras, tak terbilang ulasnya, Akan timpas juga, tak tinggal sebiji. Begitulah tetap akan akibatnya, Kalau bersifat boros dan habur; Jimat cermat sahaja akan ubatnya, Jika tak mahu harta terkubur. Bidal Melayu sedia berkata: “Nak kaya berdikit-dikit, Nak ramai bertabur urai”; Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

Manifestasi akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah pengarang menyindir individu yang bersikap boros atau tidak berjimat cermat dengan apa yang dimiliki. Sikap boros ini haruslah ditinggalkan kerana orang yang bersikap boros akan selalu rugi dalam apa keadaan. Hal ini dibuktikan dengan “Tetapi jika ditabur habur, diborosi, Semuanya segera juga akan habis pergi” pada rangkap ini pengarang menerangkan bahawa jika kita mempunyai emas bertimbun atau beras berguni-guni tetap akan habis jika kita bersikap boros. Ini kerana sikap berjimat cermat tidak di didik sejak dari kecil oleh ibu bapa sehingga hadirnya sikap boros dalam diri. Oleh itu, kita mestilah memupuk sikap berjimat cermat dalam diri kerana sikap boros ini tidak disukai oleh masyarakat dan juga Allah SWT.

01 02 03 04 05 06

MANIFESTASI AKAL BUDI GURINDAM Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tidak senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi.

Manifestasi akal budi gurindam pula ialah jika dari segi pemikiran penulis ingin pembaca sentiasa menjaga anggota badan. Hal ini kerana, anggota badan merupakan merupakan anugerah yang diberikan daripada Allah SWT kepada umatnya. Selain itu, penulis juga ingin memberi peringatan kepada pembaca supaya menjaga nafsu makan kerana jika seseorang itu gagal mengawal nafsu makannya ia akan menerima banyak perkara yang memudaratkannya. Dalam pada masa yang sama, penulis juga ingin mengingatkan kepada pembaca jika kita mengawal percakapan dengan baik maka kita dapat menghindari dari perkara yang negatif seperti mengumpat dan berbual kosong. Dari aspek pertuturan pula penulis menggunakan bahasa yang indah bagi menarik minat dan juga dapat difahami dengan baik oleh pembaca. Dari segi gaya hidup masyarakat pada hari ini juga menitikberatkan tentang penjagaan anggota badan dari disalah gunakan. Contohnya, masyarakat Melayu menggunakan anggota badan dengan baik ketika melakukan sesuatu perkara.

01 02 03 04 05 06

SUMBER RUJUKAN Abdul Aziz (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

01

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi (2015). Kesusasteraan melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa : suatu analisis. Jurnal komunikasi. (2), 183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf.

02

Md Hasri Rajali (2013). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU.

04

Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

05

03

06

Abdul Aziz (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi (2015). Kesusasteraan melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa : suatu analisis. Jurnal komunikasi. (2), 183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf. Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

SEKIAN TERIMA KASIH

01 02 03 04 05 06

Data Loading...