PRESENTATION 2 GROUP - PDF Flipbook

PRESENTATION 2 GROUP

116 Views
28 Downloads
PDF 4,660,252 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


PerPaduan dan kebudayaan

MPU21032 DKA 1B • MUHAMMAD MUQRI BIN MOHAMED TAJIRI (15DKA21F2013) • NURUL IZZATI BINTI AHMAD SHAARANI (15DKA21F2029) • NURUL SYUKRIAH BINTI SUKRY (15DKA21F2005)

ISI KANDUNGAN Tajuk

Muka surat

Pengenalan

1

-

Perpaduan Kebudayaan

Perpaduan Masyarakat Malaysia

2

Kepentingan Perpaduan

2

Tujuan Perpaduan

2

Kebaikan Perpaduan

2

Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia

3-6

-

Masakan - Muzik - Pemakaian - Permainan - Perayaan Ciri-ciri Budaya

6

Kesan-kesan Yang Diperoleh Daripada Kepelbagaian Budaya

7

Silang Budaya Pupuk Perpaduan - Persahabatan - Kekeluargaan - Perkongsian Nilai Sepunya - Kehormatan - Budaya, Adama, Dan Adat Resam - Sentiviti Antara Kaum

8 – 10

Pengalaman semasa membuat e-folio

11

Kesimpulan

11

Sumber Rujukan

12

PENGENALAN Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan banyak kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai "Asia dalam miniatur“

Pengenalan Kebudayaan Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkhawinan sehinggalah kematian dapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut

Pengenalan Perpaduan Pengetahuan terhadap perpaduan adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak salah faham dan prasangka timbul daripada gagasan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan Malaysia yang berteruskan kebudayaan peribumi. Ini kerana perpaduan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat kerana tidak akan ada perpaduan sekiranya tidak ada masyarakat

1

PerPaduan Masyarakat Malaysia Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyaratan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupan masyarakat.

Tujuan Perpaduan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Masyarakat yang berbudaya penyayang Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi Memupuk dan membina masyarakat makmur Menjamin masyarakt yang adil dan saksama ekonominya Membina masyarakat yang maju dan saintifik

Kepentingan Perpaduan 1. 2. 3. 4.

Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera Malaysia yang berbudaya penyayang Dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Malaysia Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia

Kebaikan Perpaduan 1. 2. 3. 4. 5.

Masyarakat kini hidup harmoni Dapat mengekalkan semangat assabiah Dapat membangunkan ekonomi negara Imej negara di mata dunia akan meningkat Dapat mengekalakn kastabilan politik

2

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai entik penduduknya dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya. Banyak budaya di Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia dan dengan yang kuat dari masakan Melayu, Cina , India, Thailand, Jawa dan Iban

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakkan alat muzik orang melayu terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Alat muzik Cina pula ialah pipa, guzheng dan yangin. Alat muzik India pula ialah tabla, nadaswaram, pullangulal dan veenai. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian sesetengahnya berasal daripada Thai, India dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan berang kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga

3

Pemakaian Malaysia bagi kaum Melayu ialah baju kurung dan baju melayu. Baju kurung ialah sejenis baju longgar yang labuh dipadankan dengan kain Panjang yang berlipat tepi. Pakaian Cina pula ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki. Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butangnya di bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Samfu pula memrupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki, mempunyai baju dan seluar diperbuat daripada kain yang nipis. Permakaian kaum India pula ialah sari iaitu dipakai oleh perempuan manakala kurta dipakai oleh lelaki. Sari ialah sebidang kain dipadankn dengan kain dalam yang berwarna seakanakan kain sari tersebut dan dililit pada badan. Kurta pula ialah kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen

Permainan Malaysia bagi kaum Melayu ialah congkak, sepak takraw, wau dan gasing. Permainan bagi kaum Cina pula ialah go, xiangqi (catur cina), yo-yo cina. Permainan bagi kaum India ialah kabaddi dan chaturanga

4

Perayaan Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian kebudayaan negara. Penduduk yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan meriah serta muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi mengadakan rumah terbuka telah memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain Perayaan Masyarakat Islam Bagi umat Islam, dua perayaan utama diraikan iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (Aidiladha). Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan. Hari Raya Haji pula disambut pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Bersempena dengan perayaan ini, umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk melakukan ibadah korban dan disebabkan itu juga perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Selain daripada dua perayaan utama itu, umat Islam turut menyambut Maal Hijrah (Awal Muharam) yang merupakan sambutan tahun baru Islam; Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW; dan Nuzul Quran bagi memperingati hari turunnya Al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Perayaan Masyarakat Cina Masyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama dalam kalendar Cina iaitu pada Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari “Chap Goh Meh” yang dirayakan pada malam ke-15. Pemberian bungkusan ‘angpow’ merupakan tradisi yang memeriahkan suasana Tahun Baru Cina khususnya bagi golongan kanak-kanak. Bagi masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam hidup Buddha iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan hari kematiannya. Kebiasaannya, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan dalam perayaan tersebut. Selain itu, terdapat juga sambutan perayaan lain seperti perayaan Kuih Bulan/Tanglung, Bulan Hantu, dan Qing Ming.

5

Ciri-ciri Budaya Perayaan Masyarakat India Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau Perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar Tamil (Oktober-November) merupakan masa untuk bergembira. Perayaan ini menandakan kemenangan; kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara bersembahyang dan diikuti dengan kunjungan sanak-saudara dan sahabat handai. Pada waktu malam, rumah akan dihiasi dengan pelita bagi memeriahkan suasana perayaan. Penganut agama Hindu juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Muruga. Dalam perayaan tersebut, Batu Caves yang terletak di Selangor akan menjadi tumpuan penganut Hindu untuk membawa persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. Selain itu, mereka turut menyambut Perayaan Ponggal, Tahun Baru Hindu, Navarathiri dan Kharthigai.





















Kebudayaan dapat dikenali melalui ciri-cirinya sebagai berikut. Budaya yang hadir di masyarakat akan dipelajari oleh generasi selanjutnya. Budaya dapat disampaikan oleh setiap individu pada individu maupun kelompok lain, serta diwariskan dari generasi ke generasi selanjutnya. Budaya memiliki sifat yang dinamis, artinya budaya dapat berubah sepanjang waktu. Budaya memiliki sifat selektif yang dapat mencerminkan pola perilaku serta pengalaman manusia secara terbatas. Walaupun kebudayaan setiap daerah berbeda, budaya memiliki unsur yang saling berkaitan. Masyarakat yang memiliki kebudayaan tersebut akan beranggapan etnosentrik atau menganggap bahawa budayanya sebagai budaya yang terbaik dan menilai budaya masyarakat hanyalah budaya standar. Dalam kebudayaan ada bahasa serta ciri khas dari setiap daerah yang memiliki budaya tersebut. Budaya merupakan produk yang diciptakan oleh manusia atau sekelompok manusia. Budaya meliputi objek materi yang diwujudkan melalui teknologi, serta meliputi sikap, nilai dan pengetahuan.

6

Kesan-kesan Yang Diperoleh Daripada Kepelbagaian Budaya

• Wujud kepelbagaian masyarakat yang unik – Masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain, Cina, dan juga India • Keterbukaan atau toleransi antara kaum – Kepelbagaian kaum ini menjadikan masyarakat yang wujud di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di dalamya terdapat pelbagai budaya, bahasa, agama, muzik, tarian dan kesenian, pakaian dan makanan yang ada antaranya boleh dikongsi bersama. • Wujud beberapa aspek persamaan budaya – Walaupun setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan berbeza namun wujud beberapa aspek persamaan yang boleh ditemui di kalangan semua kaum seperti kekeluargaan, adat resam, objek-objek kebendaan dan nilai-nilai keagamaan. Misalnya setiap kaum di Malaysia menghormati adat resam yang diwarisi secara turun temurun. Biar kaya atau miskin, masingmasing berusaha untuk mematuhi adapt resam turun temurun ini. Pepatah Melayu yang menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat‘ sebenarnya mempunyai makna yang sama bagi semua kaum di Malaysia. • Contohnya, semua kaum mempunyai adat resam yang menekankan pentingnya menghormati orang tua, terutama ibu bapa atas jasa dan pengorbanan mereka. Dalam sebarang upacara dan adat istiadat orang tua sentiasa memainkan peranan penting dan mereka todak boleh diketepikan. Bagi semua kaum di Malaysia ikatan kekeluargaan di kalangan anggota keluarga sangat diutamakan. • Wujud persefahaman antara kaum – Walaupun kepelbagaian kaum ini adakalanya menimbulkan sedikit masalah kerana kurangnya perasaan saling memahami antara satu kaum dengan kaum lain tetapi perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar jika setiap kaum bersedia untuk mempelajari dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang kaumkaum lain. Cara ini juga boleh membantu kita untuk memahami dengan lebih baik tentang masyarakat yang kita bersama-sama menganggotainya.

7

Silang Budaya Pupuk Perpaduan PERSAhABATAN

Semua orang boleh bersahabat walaupun berbeza kaum tanpa sebarang prajudis terhadap warna kulit dengan membuang jauh sifat prasangka buruk Rakyat Malaysia juga berasa bangga kerana dapat menyambur perayaan-perayaam kaum masing-masing. Antaranya termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Hari Gawai dan Hari Kaamatan.

Malaysia ibarat permaidani yang berwarna-warni dan ia mengingatkan kita bahawa negara kita mempunyai kepelbagaian dari segi agama, kaum dan budaya

KEKELUARGAAN

Ibu bapa dalam institusi keluarga perlu memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli keluarganya

Perpaduan perlu bermula dari rumah seterusnya diterapkan kepada anak-anak di luar rumah. Di sekolah antara pelajar dan guru, masyarakat setempat dan antara kaum di komuniti berbilang bangsa, agama dan negars Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai model perpaduan dan keharmonian terbaik di dunia. Ini disebabkan Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa serta entik yang mempunyai keunikan tersendiri

8

PERKoNGSIAN NILAI SEPUNYA

Masyarakat Malaysia terdiri daripada 3 entik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India dengan nilai-nilai sepunya yang berbeza

Walau bagaimanapun, ia mempunyai asas yang sama iaitu memberikan panduan kepada manusia dalam membentuk keperibadian dan jati diri individu yang lebih baik

Semua agama menganjurkan kepercayaan iaitu melakukan kebaikan akan mendapat pahala, tetapi melakukan kejahatan akan mendapat dosa

KEhARMoNIAN

Perpaduan adalah hadiah yang tidak dapat dinilai yang perlu dikekalkan oleh semua rakyat Malaysia

Usaha bersungguh-sungguh perlu untuk memupuk budaya yang membawa keamanan, keharmonian dan perpaduan

Sebagai contoh, rakyat Malaysia mengekalkan semangat Muhibbah Ketika meraikan Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun

9

BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu, orang Cina, orang Iban, orang Kadazan dan sebagainya

Agama-agama di Malaysia iaitu agama Isalm, agama Budha, agama Hindu, agama Kristian dan sebagainya

Negara kita menjadikan model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyat supaya dapat melahirkan hubungan yang positif dan harmoni antara kaum dengan kaum yang lain

SENTIvITI ANTARA KAUM

Setiap percakapan dan perbuatan perlu dilakaukan secara berhati-hati tanpa menyebabkan perasaan perkauman timbul supaya perasaan rasis tidak timbul

Dalam sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, rakyat perlu saling hormat-menghormati

Hubungan aman dan harmoni antara kaum dapat membawa kesan yang positif kepada masyarakat kita

10

Pengalaman Semasa Membuat E-Folio Pengalaman kami ketika membuat efolio ini adalah salah satu pengalaman yang tiada bezanya seperti membuat buku, majalah, novel, ensiklopedi, antologi dan buku panduan yang berkaitan dengan perbincangan secara berkumpulan. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan ini yang dilaksanakan bersama rakan sekumpulan telah membuatkan hubungan silaturrahim semakin rapat. Sikap bertoleransi dan bekerjasama antara pensyarah dan rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses mempersiapkan tugasan ini. Secara keseluruhannya, efolio ini telah menerapkan semangat kami untuk menerbitkan buku-buku secara digital agar dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga daripada menghasillkan buku sebenar. Tugasan ini juga memberikan banyak faedah kepada kami seperti dapat mengasah bakat pada peringkat profesional secara berperingkat.

Kesimpulan Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan menglibatkan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara 11

suMber rujukan -Slideshare : https://anyflip.com/cqjzf/pcaa/ -Dasar Perpaduan Negara from: https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbita n/Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf -GIFT HUNTERZ CREW. (March 10, 2018) from: http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dankepentingan-perpaduan.html

Tamat

12

Data Loading...