PERLEMBAGAAN PVTUDM - PDF Flipbook
110 Views
11 Downloads
PDF 5,420,497 Bytes
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN VETERAN TUDM
DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA VETERAN 2012 (AKTA 740)
Page 0 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
PERLEMBAGAAN PVTUDM
FASAL 1: NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN VETERAN TUDM atau sengkatannya di kenali
dengan PVTUDM. Selepas ini disebut sebagai Persatuan atau PVTUDM mengikut keadaan.
Takrif Nama “PERSATUAN VETERAN TUDM (PVTUDM)”
“PERSATUAN” ertinya pertubuhan atau badan yang keahliannya terdiri daripada kalangan mantan
Pegawai dan Anggota (Ahli Udara) Tentera Udara DiRaja Malaysia dan didaftarkan di bawah Akta
Veteran 2012 (Akta 740).
“VETERAN” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah
dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam Tentera Udara
DiRaja Malaysia (Akta Veteran 2012 (Akta 740)).
“TUDM” bermaksud Tentera Udara Diraja Malaysia.
FASAL 2: TEMPAT URUSAN
(1) Alamat berdaftar dan urusan persatuan ialah:
PERSATUAN VETERAN TUDM (PVTUDM)
KELAB REKREASI TENTERA UDARA
Pangkalan Udara Subang
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM,
Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
(2) Dan alamat surat menyurat (sementara) adalah:
B-3-5 Block B No 1, Jalan PJS8/15
>[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
FASAL 3: MATLAMAT (OBJEKTIF)
(1) Memupuk semangat persahabatan di kalangan mantan pegawai dan ahli udara TUDM yang
telah berhenti dan bersara serta meneruskan kesinambungan hubungan diantara Pegawai
pegawai dengan anggota anggota TUDM yang masih berkhidmat.
(2) Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan; dan mendapatkan dana, derma serta sumbangan
kewangan untuk persatuan.
(3) Menyediakan platform bagi perbincangan penyelesaian masalah veteran dan penyebaran
maklumat bersepadu.
(4) Menyediakan platform bagi perbincangan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada ahli
ahli sebagai aktiviti sosio ekonomi.
(5) Menjaga dan merapatkan hubungan di antara PVTUDM dengan perkhidmatan TUDM, Majlis
Veteran Kebangsaan (MVK), Jabatanarah Hal Ehwal Veteran (JHEV), Persatuan Hal Ehwal
Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan PVATM am nya.
FASAL 4: KEAHLIAN PVTUDM
(1) Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
(a) Ahli Biasa
(b) Ahli Bersekutu
(c) Ahli Kehormat
(2) Ahli Biasa
Pegawai dan Ahli Udara TUDM yang telah berkhidmat sepenuh masa dalam TUDM dan tidak
pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan TUDM atas alasan salah
laku.
(3) Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mana-mana Veteran yang tidak berkhidmat dalam perkhidmatan TUDM
tetapi telah berkhidmat bersama-sama TUDM .
Page 2 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
(4) Ahli Kehormat
(a) Terbuka kepada individu yang bukan veteran yang telah berjasa kepada Negara,
masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia dan boleh memberi sumbangan kepada
PVTUDM yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa. Ahli Kehormat adalah
dikecualikan dari pembayaran yuran pendaftaran.
(6) Syarat-syarat Penerimaan Menjadi Ahli
(a) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang di kehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
(b) Jawatankuasa setelah menimbang, boleh mengikut budibicara menolak sebarang
permohonan veteran untuk menjadi Ahli PVTUM tanpa memberi apa-apa alasan
atas penolakan tersebut.
FASAL 5: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) PEMBERHENTIAN
(a) Mana-mana ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli hendaklah memohon secara
bertulis kepada Setiausaha Kehormat dengan memberi dua (2) minggu Notis dan
menjelaskan segala hutang-piutangnya.
(2) PEMECATAN
(a) Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan perlembagaan ini dan/atau melakukan
perkara yang mencemarkan nama baik persatuan boleh di pecat atau di gantung
keahliannya bagi satu tempoh masa yang munasabah oleh Lembaga Tatatertib.
(3) LEMBAGA TATATERTIB
(a) Satu Lembaga Tatatertib hendaklah diwujudkan oleh Presiden terdiri daripada tiga
(3) orang berkelayakan yang dipilih dari kalangan Ahli Biasa.
(b) Keputusan Lembaga Tatatertib hendaklah di majukan kepada Jawatankuasa untuk
memecat, menggantung keahlian ahli tersebut, atau membebaskannya. Ahli itu
Page 3 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
hendaklah diberitahu akan keputusan Lembaga serta sebab sebab bagi pemecatan
atau penggantungannya secara bertulis.
(c) Ahli tersebut hendaklah di beri peluang untuk membela diri dan boleh membuat
rayuan di atas keputusan Lembaga Tatatertib.
(4) LEMBAGA RAYUAN
(a) Satu Lembaga Rayuan hendaklah diwujudkan oleh Presiden terdiri daripada tiga (3)
orang yang berkelayakan di pilih dari kalangan Ahli Biasa.
5) KEPUTUSAN AJK
(a) Keputusan Ahli Jawatankuasa Persatuan mengenai keputusan Lembaga Rayuan
adalah muktamad dan ahli tidak boleh membuat rayuan kemana-mana Mahkamah,
tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan dan atas apa-apa alasan
sekalipun.
FASAL 6: SUMBER KEWANGAN
(1) Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
(a) YURAN PENDAFTARAN
(b) DERMA
(c) GERAN TAHUNAN
(d) KEGIATAN EKONOMI
(2) YURAN PENDAFTARAN
(a) Yuran pendaftaran untuk Ahli PVTUDM, kecuali Ahli Kehormat ialah sebanyak
RM10.00 (Ringgit Malaysia Sapuluh Sahaja).
(3) DERMA
(a) PVTUDM boleh menerima derma berbentuk wang, harta alih dan tidak alih atau
barangan dari individu syarikat atau Kerajaan. Sumbangan berbentuk wang
hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Persatuan.
Page 4 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
(4) GERAN TAHUNAN
(a) PVTUDM boleh mendapat geran tahunan dari sumbangan Rayuan Hari Pahlawan
atau dari mana mana tabung yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia.
(5) KEGIATAN EKONOMI
(a) PVTUDM tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan atas namanya sendiri.
Walaubagaimana pun PVTUDM boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti
mengujudkan Koperasi dan Syarikat dari kalangan ahli ahlinya yang keuntungan
aktiviti ekonomi boleh disalurkan kepada PVTUDM.
(b) Sebarang bentuk kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan nama PVTUDM
hendaklah mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa PVTUDM secara bertulis terlebih
dahulu sebelum ia dilaksanakan.
FASAL 7: MESYUARAT AGUNG
(1) Mesyuarat Agung adalah merupakan forum resmi bagi pengelolaan Persatuan ini dan ia
adalah Mesyuarat Agung bagi semua ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa
mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan adalah korum yang cukup untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih
daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup juga
selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah
ditangguhkan itu, maka ahli-ahli yang hadir boleh menjalankan mesyuarat tetapi tidak
mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan persatuan.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 bulan dari
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
(a) Mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti persatuan yang lalu.
(b) Mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit.
(c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang di bentangkan dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap tiap ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit
Page 5 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira kira Persatuan bagi tahun lalu
yang telah di audit. Salinan dokumen dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca
oleh ahli ahli dialamat tempat urusan Persatuan. Notis dan Agenda mesyuarat yang dihantar
melalui Pos, atau dipamerkan melalui website atau Email Persatuan ini adalah dikira sebagai
sah penyampaiannya. Tanggungjawab untuk membaca Notis dan Agenda Mesyuarat adalah
tanggungjawab semua Ahli ahli.
(5) Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi persatuan ini boleh diadakan didalam keadaan berikut:
(a) Bila di fikirkan mustahak oleh Jawatankuasa,
(b) Atau di atas permintaan ramai secara bertulis, oleh tidak kurang dari satu perlima
(1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi, dengan menerangkan tujuan dan
sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Kehormat Persatuan untuk mengerus Mesyuarat Agung Luar Biasa, yang dipohon,
diadakan pada satu tarikh didalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
(c) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(d) Fasal 7 perenggan 1 dan 2 didalam perlembagaan ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Luar
Biasa, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-
ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan
dari tarikh ini Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan
yang sama tidaklah boleh diadakan.
(e) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Bahagian Dasar, JHEV
ATM satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
dalam tempoh dua (2) bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8: AHLI JAWATANKUASA
(1) MAJLIS MANTAN PANGLIMA TENTERA UDARA
(a) Mantan Mantan PTU perlu mewujudkan satu Majlis yang dipanggil Majlis Mantan
Panglima Tentera Udara (MMPTU) dan salah seorang daripada mereka perlu dilantik
sebagai Pengerusi untuk melaksanakan fungsi dan tugas yang berkaitan.
(b) Sekiranya mana mana Mantan PTU menolak lantikannya maka MMPTU boleh
melantik Mantan PTU berikutnya, mengikut kekanan masing-masing sebagai ganti.
(c) Majlis MMPTU perlu bertindak sebagai penasihat dan penaung bagi persatuan.
(d) Majlis MMPTU boleh melantik calun dikalangan mantan mantan PTU yang ada untuk
lantikan sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan keatas Pemegang Jawatan
Page 6 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
persatuan yang telah ditentukan di Fasal 8(2), dalam masa dua (2) tahun sekali
apabila diperlukan.
(e) Sebarang cadangan untuk meminda Perlembagaan PVTUDM ini hendaklah
mendapat kelulusan bertulis daripada MMPTU terlebih dahulu sebelum boleh di
usul di dalam Mesyuarat Agung.
(f) Sebarang keputusan MMPTU adalah muktamad dan tidak boleh dibawa ke mana-
mana Mahkamah, tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan dengan
atas apa-apa alasan sekalipun.
(g) Pembentukan MMPTU ini tidak boleh di mansuhkan walau dengan apa cara sekali
pun atau di bawa kemana-mana Mahkamah.
(2) JAWATANKUASA. Satu Jawatankuasa dikalangan mantan Pegawai dan mantan Ahli Udara
yang di namakan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) atau Pemegang Jawatan Persatuan yang
tertentu hendaklah dilantik melalui persidangan MMPTU atau diundi oleh Ahli Biasa semasa
Mesyuarat Agong Tahunan setiap dua (2) tahun sekali saperti berikut;
(a) Presiden (dilantik oleh MMPTU)
(b) Timbalan Presiden (dilantik oleh MMPTU)
(c) Naib Presiden I (terbuka - Mantan Pegawai)
(d) Naib Presiden II (terbuka - Mantan Ahli Udara)
(e) Setiausaha Kehormat (dilantik oleh MMPTU)
(f) Penolong Setiausaha Kehormat l (terbuka - Mantan Pegawai)
(g) Penolong Setiausaha Kehormat ll (terbuka - Mantan Ahli Udara)
(h) Bendahari Kehormat (dilantik oleh MMPTU)
(i) Timbalan Bendahari Kehormat I (terbuka - Mantan Pegawai)
(j) Tmbalan Bendahari Kehormat II (terbuka - Mantan Ahli Udara)
(k) 4 x Ahli Jawatankuasa (terbuka - 2 x Mantan Pegawai dan 2 x Ahli Udara)
Co-opted AJK (Dengan persetujuan TUDM)
(l) 1 x Ahli Jawatankuasa (Pegawai TUDM yang sedang berkhidmat)
(3) TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATAN KUASA (AJK)
(a) Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah dikhaskan kepada mantan Panglima
dan Timbalan Panglima Tentera Udara sahaja yang telah di perakui oleh Majlis
Mantan PTU.
(b) AJK yang lain, sedapat dapatnya, hendaklah terdiri daripada mereka yang berwibawa
dan berpengalaman mengikut merit di dalam sesuatu bidang.
(c) Nama-nama untuk jawatan-jawatan diatas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan perlu dijalankan dengan cara pengundian oleh ahli-ahli didalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
(d) Semua pemegang jawatan persatuan boleh dipilih semula setiap dua tahun dan
maksima selama dua (2) penggal sahaja.
Page 7 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
(e) Presiden boleh melantik ahli-ahli biasa sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil (JKK) bagi
tugas tugas tertentu dan dibubarkan bila tugas itu tamat.
(f) Fungsi AJK dan JKK ialah mengelola dan mengaturkan kerja kerja harian Persatuan
dan membuat keputusan atas perkara perkara mengenai perjalanan Persatuan
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. AJK tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung
Tahunan. AJK hendaklah mengemukakan laporan terperinchi berkenaan kegiatannya
pada tahun sabelumnya kepada tiap tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(g) AJK hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada AJK tujuh (7) hari Notis
bagi tiap tiap mesyuarat itu terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau
tidak kurang daripada empat orang ahli Jawatankuasa bersama sama boleh
memanggil supaya diadakan mesyuarat AJK pada bila bila masa. Sekurang kurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan AJK hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan
dan mencukupkan korum mesyuarat.
(h) Jika seorang AJK meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua
mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak
jawatan itu, maka AJK boleh melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(i) AJK boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai pegawai lain untuk
menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurus dan kakitangan yang di
fikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap,
engkar menjalankan keputusan AJK atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(j) AJK juga boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa kecil yang di
ujudkan.
(k) AJK yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti Sijil
Pendaftaran, Perlembagaan, salinan Penyata Tahunan, surat surat maklumbalas,
buku buku akaun, bukubank, cek dan resit, geran geran tanah, senarai asset dan
sebagainya kepada Jawatankuasa yang baru dilantik.
FASAL 9: KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA
(1) Presiden dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi bagi semua
Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat AJK dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ianya mempunyai undi pemutus dan hendaklah
menan >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
(3) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut
perlembagaan dan hendaklah ianya menjalankan semua perintah Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa. Ianya bertanggungjawab mengendalikan urusan surat mesyauarat dan
menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen
kewangan.
(4) Penolong Setiausaha Kehormat I dan II hendaklah menolong Setiausaha Kehormat
menjalankan kerja-kerjanya dan Penolong Setiausaha Kehormat 1 hendaklah memangku
jawatan itu semasa ketiadaannya.
(5) Bendahari Kehormat adalah bertanggung jawab berkenaan semua hal ehwal kewangan
Pertubuhan. Ianya hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketetapan penyata
kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta
kunci kira-kira.
(6) Bendahari Kehormat juga hendaklah membuka sub ledger Akaun Keahlian dan mengawasi
yuran keahlian baru serta mengemaskinikan nya.
(7) Ahli Jawatankuasa Kecil (JKK) bolehlah membantu AJK dalam menjalankan tugas yang
ditentukan oleh AJK .
FASAL 10: KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan peruntukan berikut dalam perlembagaan, wang Persatuan
boleh digunakan untuk perkara perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan tujuan
Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
[2] Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang tidak melebihi daripada RM1,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada sesuatu masa. Wang yang selebihnya hendaklah
dimasukan kedalam akaun bank atas nama Persatuan.
(3) Segala Cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah
ditan >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
dan Bendahari boleh bersama sama meluluskan perbelanjaan tidak lebih RM 3,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) .
(5) Tahun kewangan Persatuan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan bermula dari 01 hb Julai.
FASAL 11: JURUAUDIT
(1) Seorang Ahli yang bukan Pegawai Persatuan hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung
Tahunan sebagai Juruaudit dan memegang jawatan selama dua tahun dan ianya boleh di
lantik semula.
(2) Juruaudit dikahendaki memeriksa penyata kewangan Persatuan bagi dua tahun. Juruaudit
hendaklah membuat perakuan dan menan >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
(3) AJK di dalam Mesyuarat boleh membuat, meminda dan membatalkan semua peraturan yang
di buat berupa undang undang kecil.
FASAL 14: LARANGAN
(1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953
adalah dilarang dipremis pertubuhan.
(2) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan sebarang kegiatan loteri sama ada dikhaskan
kepada ahli ahli atau atas nama Persatuan.
(3) “Faedah” seperti yang di terangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana mana ahlinya.
(4) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya
dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada persatuan bagi mencapai
matlamat Persatuan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan
atau bonus kepada mana mana ahli Persatuan.
(5) Peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan pentadbiran.
FASAL 15: PENDAFTAR PERTUBUHAN
(1) Pendaftar atau Pendaftar Pertubuhan yang di maksudkan di dalam perlembagaan PVTUDM
ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia seperti
yang di peruntukkan di Seksyen 7 Akta Veteran 2012.
FASAL 16: PEMBUKAAN CAWANGAN/ WAKIL NEGERI
(1) PVTUDM boleh membuka Cawangan di seluruh Malaysia atau melantik wakil wakil Negeri
dengan persetujuan Jawatankuasa dan kelulusan Pendaftar.
FASAL 17: PINDAAN PERLEMBAGAAN
(1) Tertakluk kepada Fasal 8, Perlembagaan PVTUDM ini tidak boleh dipinda kecuali dengan
keputusan Mesyuarat Agung dan direstui sapenuhnya oleh MMPTU. Sebarang permohonan
untuk pindaan perlembagan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam
masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan
Page 11 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
itu dan hanya boleh di kuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 18: PEMBUBARAN
(1) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada
tiga per lima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam satu mesyuarat agung
yang di panggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Persatuan hendak di bubarkan secara yang di sebutkan diatas, maka segala hutang
dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki
wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat
Agung berkenaan.
(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam
masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 19: BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
2. Lambang
3. Lencana
Page 12 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
PERSATUAN VETERAN TUDM (JHEV ATM – 338-10-01062016)
d/a KELAB REKREASI TENTERA UDARA (KRTU)
Pangkalan Udara Subang,
P.O.BOX 40000 SHAH ALAM, Selangor D.E.
Tel: 03-7734 5535 (General Line)
_______________________________________________________________________________
Page 13 of 14
Alamat surat menyurat: PVTUDM d/a B-3-5, Block B, No. 1, Jalan PJS 8/15, >[email protected] / Tel: +6 03-5611 2899 / Fax: +6 03-5632 2257
Data Loading...