KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI - PDF Flipbook

KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DAN TEKNOLOGI.

NUR AMELIA BINTI SHAMSUDIN (08DPM20F2021) NOOR HIDAYAH BINTI ZAINUDIN (08DPM20F2

386 Views
77 Downloads
PDF 4,453,654 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


PITCH DECK V 1.0

KONSEP HUBUNGAN MANUSIA & TEKNOLOGI

NUR AMELIA BINTI SHAMSUDIN (08DPM20F2021) NOOR HIDAYAH BINTI ZAINUDIN (08DPM20F2013) MUHD. AIMAN SYAHMI BIN ABDUL RASHID (08DPM20F2019) MOHAMMED HAMDAN BIN ANGRRET (08DPM20F2031)

PITCH DECK V 1.0

1. PENGENALAN 2. FILEM :PASKAL 3. ULASAN PLOT 4. NILAI 5. SIKAP POSITIF 6. MEDIA PASKAL 7. PENUTUP 8. RUJUKAN

PITCH DECK V 1.0

Manusia dan teknologi adalah dua kata yang tak boleh dipisahkan pada era moden pada saat ini. Kita tahu bahawa perkembangan teknologi yang sangat pesat saat ini, seakan-akan memudahkan dan memanjakan manusia dalam menjalankan aktiviti kehidupannya. Hubungan manusia dan teknologi ini boleh temui di setiap aktiviti yang kita lakukan. Manusia tak akan pernah lepas dari sebuah teknologi sehingga teknologi saat ini merupakan sebahagian dari keperluan yang wajib di rasakan dan di nikmati manfaatnya. Teknologi pada definisinya adalah alat-alat ciptaan manusia yang di temukan untuk memudahkan manusia menjalankan aktiviti kehidupannya. Tetapi pada kenyataannya saat ini, teknologi tidak hanya memiliki fungsi seperti demikian. Teknologi sekarang menjelma menjadi sebahagian hidup dan gaya hidup dari setiap manusia itu sendiri, banyak fungsi teknologi yang boleh di manfaatkan oleh manusia. Misalnya kita tahu, bahawa teknologi pada saat ini boleh memudahkan kita sebagai manusia dalam berkomunikasi, seolah-olah jarak antara manusia yang satu dengan manusia yang berada di belahan dunia lain itu sangat dekat. Dimana pada zaman dahulu, hal ini tidak mungkin boleh di rasakan manusia, atau bahkan berkomunikasi dengan manusia di belahan dunia lain merupakan hal yang tidak masuk akal saat belum di temukannya teknologi seperti yang boleh kita rasakan saat ini.

1

PITCH DECK V 1.0

Kami memilih filem tempatan Paskal sebagai rujukan kerana filem ini memaparkan unsur aksi yang sangat menarik yang boleh berkait dengan tajuk kami iaitu" konsep hubungan manusia dan teknologi " kerana terdapat beberapa eleman yang berteknologi digunakan manusia seperti kapal selam, radar elektronik dan senjata seperti bom. Filem ini juga pasti akan membuatkan semangat patriotisme anda meningkat dengan begitu hebat dan menjadikan anda bangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

2

Plot utamanya bergerak dari satu babak kepada satu babak dengan di sulami subplot yang penulis sifatkan kena dan memang di perlukan untuk melengkapkan lagi jalan ceritanya. Sebaliknya, setiap subplotnya adalah satu permasalahan yang tepat seperti bagaimana konflik dalaman yang berlaku dalam diri Arman Rahmat ( lakonan Hairul Azreen) yang harus memilih antara kerjayanya mahupun kemahuan ibunya, Khadijah (Sherry). Bahkan, penulis sifatkan subplot yang memaparkan kisah hubungan persahabatan antara Arman, Joshua (Henley Hii) dan Lily ( Jasmine Suraya Chin) juga memberikan impak kepada plot utamanya yang kemudiannya terus menggerakkan cerita berkembang dengan baik.Dari sudut teknikal, aspek suntingan dan sinematografi yang penulis sifatkan sebagai cemerlang telah memberikan markah tambahan yang tinggi buat Paskal untuk menjadi sebuah filem aksi terbaik tahun ini. Dua aspek ini telah bergabung tenaga dengan cukup hebat dan ditambah pula dengan teknik pengarahan oleh Adrian terus melengkapkan Paskal untuk menjadi sebuah filem yang wajar menjadi contoh terbaik untuk pembikin filem akan datang yang mahu menghasilkan filem aksi. Sehubungan itu,ternyata apa yang telah dipersembahkan oleh paskal membuktikan bahawa sebenarnya anak tempatan memiliki Visi dan Misi tersendiri untuk mengangkat standard filem tempatan terutama genre aksi ke peringkat tertinggi.

3

NILAI PATRIOTISME Pemangkin semangat untuk anak muda menyertai dalam bidang pertahanan dan sedia berkorban untuk Negara dalam masyarakat kita.

BEKERJASAMA Bekerjasama dalam menjalankan tugas seperti berdepan dengan musuh dengan cara merancang dan membahagikan kedudukan masing-masing dalam operasi untuk menyelamatkan orang awam.

TAAT SETIA Berikutan kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, prinsip kedua dalam Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, membantu menjadikan Malaysia terus maju dan negara berdaulat.

BERDISIPLIN Sebagai seorang tentera profesional dan berwibawa, setiap anggota perlu mempamer tahap disiplin baik kerana disiplin merupakan tonggak profesion ketenteraan dan tanpa disiplin maka lumpuh sesuatu pasukan

4

Sikap positif terhadap isu dan cabaran dari perspektif etika dan peradaban : Sentiasa menunjukkkan mutu kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan dan bebas daripada kesalahan disiplin. Sikap profesional juga sesuai dengan nilai kualiti peribadi yang amat membanggakan sebagai seorang anggota PASKAL Segala tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan efektif sama ada semasa berkhidmat dan sebagai jurulatih. Sering memberi idea yang bernas kepada pihak atasan dan bimbingan untuk anggota bawahan atau paskal yang lain.

Sikap tidak jemu dan berputus asa yang beliau miliki amat dikagumi dan perlu dicontohi.

5

6

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi akhirnya projek topik konsep hubungan teknologi dan manusia kami telah berada di penghujung. Setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menyiapkan projek ini terdapat beberapa kesimpulan yang boleh di dapati antaranya kita sebagai rakyat Malaysia mestilah merasa kagum, bangga dan menghargai segala teknologi yang dicipta di dunia ini kerana segala teknologi itu diciptakan untuk memudahkan urusan harian dan kehidupan kita. Sekian Terima Kasih.

7

https://www.academia.edu/31094266/ Hubungan_Manusia_dan_Teknologi

https://www.astroawani.com/beritahiburan/paskal-movie-murni-sebuahpengorbanan-185960

8

Data Loading...