JAWI BULETIN FEBRUARI - PDF Flipbook

JAWI BULETIN FEBRUARI

225 Views
21 Downloads
PDF 26,151,608 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


S I R I

0 2 / 2 0 2 2

MEMBAWA BERITA GEMBIR A, BERKHIDMAT UNTUK UMAT

PETIKAN BULAN INI

Kita perlu memanfaatkan usia dan kesempatan dalam pekerjaan serta jangan mudah berputus asa. Kita perlu mencipta kebahagiaan dalam keluarga dan perasaan seronok dalam bekerja. Jika kita terus menggerakkan jiwa dan fizikal, tubuh badan menjadi sihat dan lahir pemikiran yang positif. Dengan aura positif tersebut, semua perkara dapat ditempuhi dengan keredaan dan membuahkan hasil kecemerlangan.

Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Menyebar Risalah Kepada Ummah

3

Lensa JAWI@Media

12

Fokus Berita

14

Artikel Pilihan (Al-Nasihah)

15

Infografik Pilihan

16

Poster Pengumuman

17

JAWI@

18

Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail Saiful Azhar bin Saadon Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim Siti Nazehah binti Zulkipli Nurfarahin binti Mohd Yusof Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi

MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH 1 Februari 2022 JAWI dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Turut hadir YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan. Selain pengisian majlis ilmu yang disampaikan oleh Saudara Lim Jooi Soon, pendakwah dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), turut dianjurkan acara penyampaian bantuan dan sumbangan kepada golongan memerlukan berbilang bangsa dan agama.

3 Februari 2022 Majlis Penyerahan Surat Lantikan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) telah diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur. Fasilitator tersebut akan mengendalikan sesi khidmat nasihat di 5 buah PKKSK dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan berkenaan secara ‘walk in’ dan percuma di UTC Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Surau Al-Iman Presint 9 Putrajaya, dan Surau Al-Furqan Presint 11 Putrajaya.

4 Februari 2022 Khutbah Jumaat Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 telah disampaikan di seluruh masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan tajuk ‘Semai Semangat Kekeluargaan, Wilayah Diliputi Kebaikan.’

6 Februari 2022 Pengurusan jenazah bayi dan jenazah tanpa waris telah dilaksanakan oleh Pasukan Pengurusan Jenazah JAWI bermula proses memandikan, mengkafankan, dan solat sehingga pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

7 Februari 2022 Program agihan pek makanan bermasak Dapur It’am kepada golongan yang memerlukan sekitar kariah Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

9 Februari 2022 Bengkel Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAWI Siri 2 telah diadakan di Dewan Muslimat Masjid Wilayah Persekutuan dengan pengisian slot Penilaian Risiko Rasuah dan Analisis Data.

10 Februari 2022 Forum Ehwal Islam Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan menampilkan ahli panel Ustaz Hanafiah Abdul Malek dan Dato’ Sri Mahadi BZ yang membincangkan topik bertajuk ‘Islam Dihayati, Wilayah Persekutuan Diberkati’.

11 Februari 2022 Program Hi-Tea Kongsi Rezeki Sempena Tahun Baharu Cina telah diadakan di Kompleks Pusat Islam JAWI. Program tersebut bertujuan meraikan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya dengan jamuan makanan secara percuma dan pemberian 200 pek Angpau sempena Tahun Baharu Cina khususnya kepada golongan mualaf sekitar Wilayah Persekutuan.

11 Februari 2022 Program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah diadakan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Baihaqi Sungai Besi dengan pelbagai acara menarik melibatkan penyertaan muridmurid sekolah tahun 1 hingga 6 seperti Mewarna Bendera Wilayah, Deklamasi Sajak, dan Penulisan Khat Bertemakan Hari Wilayah.

14 Februari 2022 Program Cegah Jenayah Syariah ‘Ops Valentine’s Day’ oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah diadakan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi meningkatkan kesedaran berhubung kesalahan jenayah Syariah kepada masyarakat khususnya dalam kalangan golongan muda dan remaja.

15 Februari 2022 Program Menyantuni Golongan OKU Penglihatan Sempena Hari Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan di Dewan Utama, Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Jalan Tun Sambathan. Inisiatif tersebut bertujuan memberikan sokongan moral dan material serta pengisian kerohanian kepada peserta yang terlibat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia. Program disertai oleh 70 orang OKU Penglihatan yang terdiri daripada Pelatih Pusat Latihan Gurney MAB, tenaga pengajar MAB dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

15 Februari 2022 Bengkel Sasaran Kerja Strategik Bahagian Penguatkuasaan JAWI bertujuan membincangkan laporan pelaksanaan program bagi tahun 2021 serta mendapatkan idea baharu untuk penambahbaikan dan perancangan program tahun 2022.

18 Februari 2022

20 Februari 2022

Majlis Pelancaran Program Masjid Sebagai Pusat Khidmat Nasihat/Rundingcara Kekeluargaan dan Sosial disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Inisiatif terbaharu ini melibatkan 3 buah masjid sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati. Khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial di pusat tersebut akan dikendalikan oleh 9 orang fasilitator berpengalaman yang dilantik oleh JAWI.

Program Lawatan Penanda Aras Smart Mosque ke Masjid Jamek Pengkalan Hulu Perak dan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas Pulau Pinang. Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi idea dan menjalinkan kerjasama strategik antara JAWI dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) bagi mewujudkan Standard Penarafan Masjid Pintar yang boleh dijadikan rujukan untuk masjid-masjid di seluruh Malaysia.

21 Februari 2022 Aktiviti pelupusan alQuran akibat banjir oleh para sukarelawan di Pusat Pelupusan al-Quran Darul Kalam. Sejumlah 5,356.72 kilogram helaian al-Quran yang rosak akibat banjir telah dibakar dalam relau pelupusan berkenaan.

22 Februari 2022 Bengkel Pembangunan Portal Pendidikan G-Suite Education JAWI kepada guru-guru Institut Pendidikan Islam (IPI) JAWI bertempat di Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Kuala Lumpur. Bengkel dilaksanakan selama 4 hari dan melibatkan penyertaan 40 orang guru SRA, SIRAJ, dan KAFA Wilayah Persekutuan. Objektif bengkel tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berkaitan kaedah penyampaian pembelajaran berkesan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

23 Februari 2022 Majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI bagi bulan Februari telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail telah menyampaikan amanat kepada semua warga JAWI pada majlis tersebut. Antara pengisian perhimpunan pada kali ini adalah penerangan berkaitan Wakaf Tunai oleh Pusat Wakaf MAIWP, dan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) JAWI.

23 Februari 2022 Program Ziarah Mualaf Labuan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara golongan mualaf dan agensi agama. Setiap keluarga yang diziarahi menerima hamper barangan keperluan harian dan wang tunai.

25 Februari 2022 Program Town Hall Bersama Mualaf Wilayah Persekutuan telah dianjurkan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan bagi memperkasakan pengurusan mualaf di Wilayah Persekutuan. Inisiatif berkenaan juga bertujuan memahami isu serta permasalahan yang sering dihadapi oleh golongan mualaf sekaligus menghasilkan cadangan dalam membantu menyediakan perancangan pengurusan mualaf pada masa hadapan. Program tersebut menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan pengurusan mualaf seperti prosedur pengislaman, kelas pengajian mualaf, serta isu-isu kebajikan dan bantuan untuk mualaf.

26 Februari 2022 Program Jilsah Ulama Masjid Wilayah Persekutuan bertujuan menyemarakkan kembali tradisi pengajian Islam berasaskan kitab-kitab turath dalam kalangan masyarakat.

27 Februari 2022 Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) Mualaf Wilayah Persekutuan telah diadakan di Kompleks Darul Hidayah Jalan Sentul. Antara pengisian kursus adalah slot pengukuhan asas fardu ain bertajuk ‘Selamat Kembali Kepada Fitrah’ serta ‘Suci dan Solat’. Kursus tersebut dikendalikan secara interaktif bersama penceramah yang berpengalaman serta sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 orang fasilitator.

27 Februari 2022 Kursus Muazin Muda Peringkat Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disertai oleh 116 orang peserta. Antara pengisian program tersebut adalah slot Tahsin Lafaz Azan dan Tarannum Azan serta Keterampilan dan Pantang Larang Sebagai Muazin. Turut diadakan latihan amali yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih.

LENSA JAWI@MEDIA

FOKUS BERITA

ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)

INFOGRAFIK PILIHAN

POSTER PENGUMUMAN

JAWI@ ‫ﺟﺎوي‬

IBU PEJABAT JAWI

JAWI CAWANGAN LABUAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur +603-2274 9333 +603-2273 1575

Tingkat 8, Blok 4, Ujana Kewangan, Peti Surat 82917, 87209 Wlayah Persekutuan Labuan +6087-415 311 +6087-417 595

JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, 62100 Putrajaya. +603-8884 2600 +603-8884 2700

Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur. +603-6201 8780 +603-6201 8790

JAWI KUALA LUMPUR JAWI PUTRAJAYA www.jawi.gov.my

jawi_kl

TV JAWI

JAWIWP

myJAWIKL

JAWI FM

Data Loading...