INOVASI PENGAJARAN: VI. NO. HAN - PDF Flipbook

E-BOOK YANG DIHASILKAN INI ADALAH BERTUJUAN BAGI MEMENUHI TUGASAN INOVASI PENGAJARAN SUBJEK BSP3036- KURIKULUM DAN PEDAG

221 Views
23 Downloads
PDF 1,757,390 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Inovasi Pengajaran VI. NO. HAN Disediakan oleh: Izzuddin Bin Zainol

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA

01 Bahagian Inovasi ( Vi ): Video Pembelajaran Ku Bentag sehelai Peta

VIDEO DEKLAMASI SAJAK

VIDEO PEBELAJARAN SAJAK

02 Bahagian Inovasi ( No ): Nota Pembelajaran Ku Bentag sehelai Peta

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA

MAKSUD KESELURUHAN SAJAK Sajak ini menceritakan kisah penyajak yang kembali ke kampung halaman sambil mengimbau kembali kenangannya semasa kecil yang bermain dengan lumpur di sawah dan memancing ikan. Penyajak juga melalui pelbagai kesusahan seperti berkaki ayam pergi ke sekolah demi menuntut ilmu. Dalam usia remajanya, penyajak sudah mula berjinak dengan penulisan puisi sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Seiring dengan peningkatan usianya, penyajak bermuhasabah diri tentang tujuan hidup di dunia ini dan merenung kembali pahit getir yang pernah dilalui sebelum berjaya dalam hidup. Walaupun penyajak sudah berada di puncak kejayaan tetapi penyajak masih mengingati asal usul dan tidak mudah lupa diri.

MAKSUD RANGKAP SAJAK Rangkap 1

Semasa berkunjung ke kampung halaman, penyajak mengimbau kembali kisah-kisah lama kehidupannya.

Rangkap 2

Penyajak terkenang kembali pada zaman kanak-kanaknya, dia bermain dengan lumpur sawah dan memancing ikan.

Rangkap 3

Keazamannya dalam menuntut ilmu menyebabkan penyajak sanggup menempuh pelbagai cabaran dan kesusahan walaupun dengan hanya berkaki ayam untuk pergi ke sekolah sambil ibunya memerhati di anak tangga.

Rangkap 4

Zaman remaja penyajak yang penuh ranjau dilalui dengan ketabahan dan penyajak mula berjinak dengan penulisan puisi sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.

Rangkap 5

Usia penyajak yang semakin meningkat telah mematangkan dirinya dan dia selalu bermuhasabah diri tentang tujuan hidup di dunia ini dan merenung kembali pahit getir yang pernah dilalui sebelum berjaya.

Rangkap 6

Walaupun penyajak sudah berada di puncak kejayaannya, penyajak masih tetap mengingati asal-usulnya dan tidak mudah lupa diri.

TEMA DAN PERSOALAN TEMA

PERSOALAN

Sajak ini bertemakan jati diri.

1.

Penyair teringat dan bermuhasabah tentang dirinya yang mencapai usia 60 tahun. Dia terkenangkan kehidupan zaman kanak-kanaknya, zaman persekolahan, zaman remaja sehinggalah zaman usia tuanya. Baginya, hari tua adalah kemuncak kehidupan yang seharusnya telah berjaya dipenuhi dengan jati diri bagi memenuhi makna kewujudannya di dunia ini.

2. Persoalan bermuhasabah diri dalam kehidupan. Contohnya: mencari erti kewujudanku di maya ini,

Persoalan pengalaman dalam kehidupan.

3. Persoalan kegigihan menuntut ilmu. Contohnya: Menajamkan kalam dan berkaki ayam, Menyusuri denai basah ke sekolah. 4. Persoalan konflik jiwa remaja. Contohnya: Yang turun pada zaman remajaku, Antara mengasah bakat menulis puisi, Dengan mengasah perasan melayani hati.

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA NILAI SAJAK 1. Kegigihan Penyajak gigih menuntut ilmu. Contohnya: Menajamkan kalam dan berkaki ayam, Menyusuri denai basah ke sekolah. 2. Kebijaksanaan Penyair bijak membuat pilihan dalam usia remajanya, Contohnya: Yang turun pada zaman remajaku, Antara mengasah bakat menulis puisi, Dengan mengasah perasan melayani hati. 3. Nilai jati diri Contohnya: Mencari erti kewujudanku di maya ini, 4. Keinsafan Contohnya: Mudik ke hulu mencari diri.

5. Keyakinan diri Pada usia 6o tahun, penyajak yakin pada diri sendiri. Contohnya: Pada puncak gunung berdiri aku, 6. Kesabaran Contohnya: yang menyabarkanku di mata pancing

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA PENGAJARAN SAJAK 1. Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu. Contohnya: Menajamkan kalam dan berkaki ayam, Menyusuri denai basah ke sekolah, 2. Kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan atau pilihan demi kehidupan kita. Penyajak bijak membuat pilihan ketika usia remajanya. Contohnya: Yang turun pada zaman remajaku, Antara mengasah bakat menulis puisi Dengan mengasah perasan melayani hati. 3. Kita hendaklah mempunyai jati diri dengan memenuhi kehidupan kita dengan kebaikan dan beribadat kepada tuhan. Contohnya: mencari erti kewujudanku di maya ini,

4. Kita hendaklah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Pada usia 6o tahun, penyair yakin kepada dirinya sendiri. Contohnya: Pada puncak gunung berdiri aku

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA

03 Bahagian Inovasi ( Han ): Latihan Pengukuhan Ku Bentag sehelai Peta

SAJAK KU BENTANG SEHELAI PETA

KUIZ : LIVEWORKSHEETS

KUIZ : QUIZIZZ

SEKIAN TERIMA KASIH

Data Loading...