IBU JARI KAKI BERBULU - PDF Flipbook

IBU JARI KAKI BERBULU

108 Views
83 Downloads
PDF 2,770,713 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Ibu Jari Kaki Berbulu

PAVITHRAN RAMAN

Pada masa dahulu ada seorang lelaki yang tinggal di Carolina Utara bernama Cristo. Mungkin ia seorang yang muda tetapi mungkin juga seorang yang tua. Payah. hendak menentukan samada dia muda atau tua kerana rambutnya panjang berkusutkusut dan seorang yang pincang.

Pada suatu hari, Cristo pergi ke sawah untuk mencari ubi kentang. Sedang Cristo mencari-cari makanannya di sawah yang berlumpur, dia ternampak jari kaki yang Panjang & berbulu serta ianya sangat tajam. Bulu jari itu hitam terurai kusut dan melekit.

WAHHH, TAJAM SUNGGUH JARI NI...

Cristo mengambil ibu jari kaki berbulu yang menakutkan itu dan terus lari sepantas mungkin menuju ke rumahnya

Jalan ke rumahnya tersangat gelap. Pokokpokok dan juga gunung-ganang mengeluarkan bunyi yang menderu-deru dipukul angin yang kencang. Burung burung hitam terbang dengan pantas di udara hinggakan siapa yang melihat tidak dapat meneka warna burung itu.

Binatang-binatang kecil pula lari bertempiaran. Binatang-binatang dan burung-burung hitam itu tidak berani mendekati Cristo yang membawa ibu jari kaki berbulu itu.

Kemudian, terdengar suara melaung dari jauh, 'Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?' "Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?"Terdengar suara itu dibawa oleh deseran angin.

Cristo terus berlari dari situ, tetapi suara itu mengikutnya. Apabila Crsito sampai ke rumahnya, Cristo terus masuk dan menutup pintunya dengan kuat. Dengan segera, Cristo mengunci pintu dan tingkap. Walaupun pintu dan tingkap sudah ditutup rapat, suara itu masih kedengaran dari celah-celah dinding rumahnya.

"Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?' Dalam keadaan menggigil ketakutan, Cristo dengan pantas menyalakan api untuk memasak makanannya. Cristo makan tergopoh-gapah dan nyaris-nyaris sehingga tercekik kerana suara tersebut semakin lama semakin mendekati dengan rumahnya.

"Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?'

Dengan pantasnya, Cristo melompat naik ke katilnya sambil memegang kuat ibu jari kaki berbulu tadi. Cristo yang berketakutan, menarik selimut sampai menutupi telinganya supaya tidak lagi dapat mendengar suara itu. Sungguhpun begitu, bunyi suara yang dibawa angin masih kedengaran dengan jelas.

"Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?'

Cristo menggigil ketakutan hinggakan terketar ketar giginya! Sekarang suara yang menakutkan tadi terasa dekat sekali di pintu rumah.

Dengan tiba-tiba saja, pintu rumah terbuka sendiri. Angin kencang dari luar menyerbu masuk ke dalamya. Kelihatan seekor binatang yang amat ganjil masuk ke rumah Cristo

Mukanya sangat menakutkan seperti kucing hitam di tengah malam, Matanya merah menyala. Binatang itu besar, tangan dan kakinya panjang dan berbulu, seperti seekor monyet raksaksa! Binatang berjalan itu, terbongkok-bongkok seolah-olah mencari sesuatu miliknya. Ia berjalan terhencot-hencot seperti orang yang tempang, mengelilingi rumah itu sambil melihat-lihat, mencari sesuatu.

‘Mata mu bernyalanyala" kata Cristo di atas katil, giginya terketar-ketar “Supaya dapat aku memandangmu dengan lebih tepat”, jawab haiwan tersebut. ‘Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?’ persoalanya.

“Kenapa kamu mempunyai lengan yang panjang lagi gemuk, serta otot yang kuat?” tanya Cristo. “Supaya dapat aku mencekik kamu hingga tidak bernyawa lagi”. Jawab haiwan raksasa itu

“Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?” Haiwan tersebut tanya berulang kali. “Mengapa ibu jari kakimu berbulu panjang dan kukumu tajam? Tanya Cristo lagi. “Supaya senang aku mencakar seluruh badanmu”.

“Siapa mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku?” Haiwan raksasa itu tidak habis mempersoalkan. “Sebab apa kamu mempunyai taring di mulutmu?” tambah lagi Cristo. “Supaya senang mengunyah-unyah tulangmu.”

Sekarang binatang ganjil itu merangkak menuju dekat dengan katil di mana Cristo berbaring dengan ketakutan Tangannya yang berbulu dan panjang. menarik selimut Cristo hingga terkoyak- rabah

Kamu yang mengambil IBU JARI KAKI BERBULU aku, haiwan tersebut memekik. Ia merampas kembali ibu jari kaki berbulunya dan kemudian menyambar Crsito. Seperti malang yang telah menjumpainya,Cristo melompat dari katil sepantas kilat, dan terus lari meninggalkan tempat itu. Binatang yang mempunyai ibu jari kaki berbulu itu pun menghilangkan diri. Entah ke mana. Apa yang terjadi kepada lelaki yang menjumpai ibu jari kaki berbulu tadi?

Pada pagi keesokan hari, orang kampung menjumpa Cristo di sawah. Sungguh sedih, nasibnya malang, Cristo dijumpai mati di tengah sawah.

PENGAJARAN Setiap orang mempunyai hak mereka sendiri keatas barangan mereka, dan orang lain tidak sepatutnya mengambil atau mencuri barangannya. Daripada cerita ini, jelas kita faham bahawa kita perlu meminta izin sebelum mengambil barang orang lain

Data Loading...