Ebook Sejarah - PDF Flipbook

Ebook Sejarah

107 Views
1 Downloads
PDF 2,242,987 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


KANDUNGAN Butiran

Muka Surat

PENGHARGAAN

v

VISI MISI IPGM

vii

SENARAI AHLI KUMPULAN

viii

1.0 PENGENALAN

2

SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PERGURUAN ISLAM 2.0 SEJARAH PENUBUHAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2.1 Maktab Perguruan Islam (MPI)

4-5

2.2 Institut Perguruan Islam (IPIS)

5

2.3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)

6

2.4 Kesan Terhadap Perubahan Yang berlaku Sepanjang Proses

7-8

Penubuhan IPGKPI KETOKOHAN MANTAN PENGARAH INSTITUT PERGURUAN ISLAM 3.0 MAKLUMAT BERKAITAN MANTAN PENGARAH 3.1 Latar Belakang Pengarah

10

3.2 Kerjasama yang Berlaku Sewaktu Menjadi Pengarah di IPGKPI

10

3.3 Pengalaman Bekerja Dengan Mantan Pengarah

11

3.4 Hubungan Mantan Pengarah Dengan Komuniti Setempat

12

MENJEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM YANG BERJAYA 4.0 MAKLUMAT BERKAITAN ALUMNI TUAN MOHD FADHLI BIN JUSOH 4.1 Latar Belakang Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh

14-

15 4.2 Pengalaman Tuan Mohd Fahli Bin Jusoh Sepanjang Menuntut di 16

15-

Maktab Perguruan Islam

4.3 Pencapaian Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Semasa Menuntut di MPI dan Kerjaya Semasa Beliau 4.3.1 Pencapaian di Maktab perguruan Islam

16

4.3.2 Pencapaian Semasa Dalam Kerjaya

16

4.4 Jalinan Hubungan Komuniti Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Dengan

17

Rakan MPI, Rakan Sekerja, dan Masyarakat Setempat

ii | P a g e

5.0 PENUTUP

18

RUJUKAN

29

LAMPIRAN

20-49

iii | P a g e

PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya serta nikmat masa, kesihatan, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami membolehkan penulisan buku Menelusuri Institut Perguruan Islam ini dapat disiapkan dengan jayanya. Menghasilkan

penulisan

mengenai

sesuatu

sejarah

memerlukan

penelitian,

pengecaman, pencernaan untuk memastikan hasilnya mudah difahami oleh pembaca serta bertepatan dengan sejarah yang sedia ada. Oleh itu, buku ini diharapkan mampu menjadi panduan atau rujukan kepada pengkaji sejarah yang ingin mengkaji tentang sejarah penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di Bangi, Selangor bermula dari penubuhan Maktab Perguruan Islam di Lembah Pantai, Kuala Lumpur lagi. Di samping itu, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah yang dihormati iaitu Dr. Sitti Hasnah Binti Bandu di atas tunjuk ajar, panduan serta bimbingan daripada beliau yang sememangnya membantu dan memudahkan kami untuk menyiapkan penghasilan buku ini bagi subjek Kesusasteraan Melayu kod kursus SJHK3043 Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tokoh-tokoh serta orang saksi yang menjadi tunggak kepada penghasilan buku ini kerana sudi membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini. Mereka telah membantu kami mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai kajian kami ini tanpa mengharapakan sebarang balasan. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang sentiasa berjuang bersamasama hingga ke akhir penghasilan buku ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya sepanjang penghasilan buku ini. Diharapkan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pembaca yang berminat mengetahui sejarah penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih

iv | P a g e

v|Page

1.0 PENGENALAN Istilah sejarah menurut Herodotus dalam Muhd Yusof (1988) dan Mahayudin Yahaya (1984) merupakan kajian terhadap peristiwa-peristiwa lalu khususnya yang melibatkan hal ehwal manusia. Sejarah lisan merupakan suatu kaedah penyelidikan sejarah, kaedah yg digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul sumber sejarah (saksi kepada sejarah) berbentuk lisan sebagai suatu cara melengkapkan rekod bertulis Nadzan Haron (2012). Tujuan sejarah lisan ialah untuk mengumpulkan memori pengalaman orang sumber yang mempunyai nilai signifikan dalam isu sejarah tertentu. Oleh hal yang demikian, sejarah lisan dapat menghasilkan sebuah dokumen lisan dari keterangan proto, keterangan saksi mata, keterangan kata dengar atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip. Secara umumnya, IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan salah satu institut pengajian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyediakan kursus-kursus perguruan bermula pada peringkat sijil dan diploma dan seterusnya pada peringkat ijazah sehingga kini. Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor ini dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), dan sebagainya. Maktab Perguruan Islam merupakan salah satu institut perguruan yang dibangunkan di Lembah Pantai di Kuala Lumpur dengan menempatkan seramai 145 orang pensyarah dan 1209 bakal pendidik dari seluruh Malaysia. Sebagai sebuah institut perguruan yang ternama, Maktab Perguruan Islam telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari aspek sahsiah dan kerohanian. Sehingga kini, alumni MPI yang berjaya telah banyak mencipta nama dan sejarah di peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam sektor pendidikan negara. Oleh itu, bagi memenuhi kehendak soalan pentaksiran berterusan Sejarah Lisan dan Pendokumentasian yang telah ditetapkan, tiga tugasan telah dilaksanakan iaitu Sejarah Penubuhan Institut Perguruan Islam, Ketokohan Mantan Pengarah Institut Perguruan Islam dan Menjejak Alumni Maktab Perguruan Islam yang Berjaya dengan menggunakan kaedah sejarah lisan. Kaedah sejarah lisan ini memerlukan orang sumber untuk mengumpul maklumat berkaitan dan kami telah mengenal pasti beberapa individu yang sesuai untuk dijadikan sebagai orang sumber untuk mendapat maklumat tersebut.

2|Page

3|Page

2.0 SEJARAH PENUBUHAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Gambar IPGKPI sekarang dari sudut pandang atas 2.1 Maktab Perguruan Islam (MPI) Pada awalnya, Maktab Perguruan Islam (MPI) merupakan satu unit Pendidikan Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur pada bulan Februari 1977. Unit ini telah menawarkan kursus kepada 87 orang pelatih dengan tiga orang pensyarah sahaja. Manakala kursus yang ditawarkan merupakan kursus perguruan bagi sekolah menengah sahaja. Justeru, pada 25 April 1977, tertubuhlah MPI secara rasmi dan berpindah dari unit MPIK ke bangunan institut bahasa. Pada peringkat awal, MPI hanya menumpang di bangunan institut bahasa pada sesi petang sahaja sehingga November 1977. Justeru, berlakunya pengambilan 237 orang pelatih baru tahun 1 Kursus Pendidikan Perguruan Sekolah Rendah. Malah, hanya terdapat tiga jabatan sahaja iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Bahasa Malaysia (Majalah An-Nur Edisi 2017) Selanjutnya, MPI telah berpindah ke bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan November 1977 hingga 1983 yang bertempat di Petaling Jaya. Perpindahan ini merupakan perpindahan kali kedua buat warga MPI. Justeru, beberapa unit telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan kursus-kursus yang ditawarkan di maktab. Selain daripada tiga jabatan yang ditubuhkan semasa di Institut Bahasa, dua unit lagi diwujudkan iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Gerko. Namun, pada Mei 1983, MPI telah berpindah sekali lagi di bangunan UKM yang berada Lembah Pantai Kuala Lumpur sementara menunggu bangunan baru di

4|Page

Bangi,

Selangor

Darul

Ehsan siap sepenuhnya.

MPI

dilihat

mengalami

perkembangan yang pesat sejak ditubuhkan. Malah, pada tahun 1990, bilangan pelatih telah meningkat kepada 1217 orang manakala pensyarahnya bertambah menjadi 110 orang. Tujuh buah jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Bahasa, Jabatan Kajian Sosial serta Jabatan Bahasa Inggeris. MPI selaku Pusat Latihan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sememangnya mempunyai misi utama iaitu mengangkat dan memartabatkan guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Oleh itu guru pelatih yang menerima latihan adalah terdiri daripada KDPM, KPLI dan juga melatih KDP, KSPK, PKPG dan Pra PKPG. Sehubungan itu, bagi kecermerlangan pentadbiran dan latihan keguruan maka MPI bersama 26 buah maktab yang lain di seluruh Malaysia telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO 9002 dan MPI telah berjaya telah menerima penganugerahan Sijil MS ISO 9002 bersama maktab-maktab lain pada 8 Ogos 2002.

2.2 Institut Perguruan Islam (IPIS) Secara amnya, perubahan yang berlaku terhadap Maktab Perguruan Islam (MPI) adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 yang bersetuju menaikkan taraf maktab-maktab perguruan kepada institut perguruan yang dikenali Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS). Hal ini disebabkan pada tahun 2005 berlakunya proses untuk menukarkan nama dan menaiktaraf maktab kepada institusi perguruan. Pada tahun 2006 bersamaan 1 April, telah berlakunya perubahan nama institusi yang melibatkan seluruh warga MPI. Penukaran ini berlaku rentetan daripada pengisytiharan yang dilaksanakan di Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR) Kota Samarahan, Sarawak. Pengisytiharan ini diperoleh hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Institut Perguruan Islam Selangor merupakan (IPIS) merupakan nama yang digunakan selepas berlakunya penukaran nama bagi Maktab Perguruan Islam (MPI). Justeru, pada tahun 2007 MPI telah diberi mandat untuk melatih guru sekolah rendah yang memiliki ijazah sarjana muda perguruan kerana pada awalnya sewaktu zaman MPI, hanya peringkat diploma sahaja yang ditawarkan dengan gred. Justeru, kenaikan taraf maktab kepada IPIS bertujuan untuk melahirkan graduan iaitu cikgu sekolah rendah yang memiliki ijazah. Hal ini bertujuan untuk memastikan dasar pendidikan negara dicapai yang iaitu 50 peratus guru sekolah rendah mesti 5|Page

mempunyai ijazah. Oleh itu, berlakunya proses pengambilan pertama untuk ijazah di IPIS yang berlaku pada tahun 2007 dan graduan pertama yang dihasilkan berlaku selepas empat tahun iaitu pada tahun 2011. Oleh hal yang demikian, MPI yang telah ditukarkan kepada IPIS sememangnya akan terus berusaha bagi meningkatkan sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001:2000.

2.3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) Secara amnya, maktab perguruan di seluruh Malaysia iaitu kampus-kampus yang terlibat telah diselaraskan menjadi Institut Pendidikan Guru di bawah seliaan IPGM. Justeru, setelah akta AUKU iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti yang baru oleh Parlimen Malaysia mendapat kelulusan, maka semua Institut Perguruan Guru telah dijadikan kampus cawangan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang bertaraf universiti yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah. Melalui pengauditan MQA semua IPGM telah diberi pengiktirafan untuk menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Rendah) iaitu PISMP. Secara rasminya, ambilan pertama bagi Pelajar PISMP telah dilaksanakan pada tahun 2011 dengan kerjasama OUM iaitu Open Universiti Malaysia. Sememangnya, perubahan IPGKPI ini selaras dengan visi misi IPG yang sangat jelas iaitu melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Selaras dengan itu Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS) telah mendapat nama baru sebagai IPG Kampus Pendidikan Islam. Nama Islam dikekalkan selaras dengan sejarahnya yang terulung dan terunggul dalam melahirkan guru Pendidikan Islam sejak awal 1977.Oleh hal yang demikian, bidang disiplin perlu dikuasai oleh seorang guru yang hendak dilahirkan oleh IPG kerana dinamik dalam alam pendidikan memerlukan guru sekolah rendah yang bersifat generalistik dan realistik. 2.4 Kesan Terhadap Perubahan Yang berlaku Sepanjang Proses Penubuhan IPGKPI Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010) mendefinisikan perubahan sebagai perihal yang berubah, peralihan dan pertukaran dalam suatu jangka masa. Sehubungan itu, terdapat beberapa perubahan yang berlaku sepanjang proses penubuhan IPGKPI serta impaknya Salah satu perubahan yang dapat diperhatikan termasuklah dari segi kemudahan di IPGKPI iaitu pusat sumber Al-Ghazali. Hal ini disebabkan, pada awalnya pusat sumber tersebut masih lagi tidak menerapkan TMK

6|Page

iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. A Razak Ahmad (2011) berpendapat bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat penting kerana teknologi ini telah mendominasi global secara berleluasa. Pengintegrasian TMK terhadap pusat sumber merupakan keperluan bagi memudahkan sistem pengurusan. Justeru, permohonan bantuan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilaksanakan bagi menaik taraf pusat sumber tersebut. Maka, permohonan tersebut telah mnedapat kelulusan dengan memperoleh wang sebanyak RM 4.5 juta. Bantuan ini juga melibatkan tujuh IPG kampus. Oleh itu, perubahan yang dapat dilihat termasuklah dapat mengurangkan apa kehilangan buku disebabkan berlakunya pengenalan sistem automasi iaitu sistem peminjaman dan pemulangan buku yang akan direkodkan menggunakan TMK. “…saya telah memperkenalkan banyak misalnya dari segi keceriaan. Saya juga melaksanakan program-program ilmu khas untuk para pelajar setiap tahun kita ada program NILAM…” (Dr. Norasiah, 2022) Berikut merupakan salah seorang pensyarah yang terlibat dalam menaik taraf pusat sumber Al-Ghazali yang memperlihatkan bahawa beliau juga berusaha memajukan pusat sumber dengan menambah baik dari segi keceriaan dan mempelbagaikan program yang melibatkan pelajar. Selanjutnya, perubahan berlaku di IPGKPI sememangnya memberi kesan kepada warga kampus terutamanya melibatkan tenaga pengajar. Misalnya, berlaku kenaikan pangkat seperti pensyarahpensyarah yang berada di gred DG44 secara automatik naik ke DG48 manakala gred DG48 naik ke DG52. Hal ini merupakan suatu keuntungan kepada pensyarah pada ketika itu. Malah, para pensyarah juga dituntut untuk memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana iaitu “...master..mungkin ramai yang belum dapat Master dan PhD. Maka setelah perubahan itu maka syarat minimum untuk menjadi pensyarah iaitu yang pertama adalah DG44…” (En. Misri, 2022)

7|Page

Berdasarkan petikan orang sumber, dapat dilihat bahawa terdapat kesan terhadap peningkatan taraf kelulusan bagi para pensyarah yang bertujuan untuk membezakan taraf pendidikan graduan di IPG serta tenaga pengajar.

8|Page

9|Page

3.0 MAKLUMAT BERKAITAN MANTAN PENGARAH 3.1 Latar Belakang Pengarah

Dr Muhammad Hussin Bin Mohammad Yusof merupakan salah seorang pengarah di IPG Kampus Pendidikan Islam dan telah berkhidmat di IPGKPI selama 13 tahun. Beliau lahir di sempadan Selangor dan Perak iaitu di Hutan Melintang, Perak. Beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah dan sekolah rendah agama di Hutan Melintang. Kemudian, beliau tinggal bersama datuknya di Sabak Bernam, Selangor dan mendapat pendidikan sekolah menengah di sana. Kemudian menyambung ijazah pertama, master dan PHD (Sains) di Universiti Kebangsaan Malaysia. “...beliau dilahirkan di sempadan Perak dan Selangor di Hutan Melintang perak mendapat pendidikan di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama di hutan melintang…” -Tuan Haji Rosli, 2022“...kemudian dibesarkan oleh datuknya di Sabak Bernam…pengalamanya banyak di Sabak Bernam…sekolah menengah di sabak bernam…kemudian melanjutkan ke UKM bagi ijazah pertama…manakala Master dan PHD beliau juga di UKM…itulah pendidikan beliau…” -Tuan Haji Rosli, 2022-

10 | P a g e

Di samping itu, beliau juga pernah menjadi guru mata pelajaran Sains di sekolah sebelum menjadi pensyarah di IPGKPI. Sebelum menjadi pengarah di IPGKPI, Dr Muhammad Hussin merupakan pensyarah biasa yang bertugas di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, kemudian bertukar ke Unit Kokurikulum, seterusnya dilantik menjadi timbalan pengarah dan akhirnya menjadi pengarah di IPGKPI. Dr Muhammad Hussin juga merupakan salah seorang pengarah yang bukan dari aliran agama.

3.2 Jalinan Kerjasama Yang Dilakukan Sewaktu Menjadi Pengarah Sewaktu Dr Muhammad Hussin menjadi pengarah di IPGKPI, banyak Kerjasama kolaboratif yang dilakukan oleh IPGKPI dengan universiti-universiti yang lain sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kolaboratif bermaksud kerjasama yang erat antara dua pihak atau lebih. Antaranya, IPGKPI pernah menghantar wakil di dalam pertandingan inovasi yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), menghantar wakil dalam kolaboratif degan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di dalam program teater dan program sastera dan menghantar pelajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sewaktu pertandingan pengucapan awam. Selain itu juga, IPGKPI juga membuat kolaboratif bersama Tahfiz Darul Quran di Batang Kali untuk melaksanakan program tahfiz di IPGKPI. “Banyak sekali…dia bukan sahaja sampai di universiti-universiti di negara kita sahaja tetapi kolaboratif ini sampai ke universiti ke luar negara seperti Morocco, Indonesia di dalam negara seperti kolaboratif dengan UKM, USIM, UIA, USM, UITM…boleh dikatakan semua universiti kolaboratif dengan IPGKPI sewaktu pentadbiran Dr Muhammad Hussin…” -Tuan Haji Rosli, 2022Program tahfiz ini dijalankan adalah untuk memperkasakan gelaran tahfiz yang dipegang oleh pelajar tahfiz sewaktu melanjutkan pelajaran di IPGKPI. Selain daripada berkolaboratif dengan universiti-universiti dan tempat pengajian di dalam negara, IPGKPI sewaktu itu juga mempunyai kolaboratif dengan universiti-universiti di luar negara. Contohnya, Program Kajian Linguistik Bumi Austronesia yang bermula dari negara Indonesia, Korea, India, China, Jepun dan New Zealand. Setiap program yang dijalankan di negara-negara tersebut IPGKPI akan berkolaboratif dengan universiti-universiti di sana. Program ini dapat dijalankan kerana mendapat 11 | P a g e

sokongan dari pihak kepimpinan tertinggi IPGKPI iaitu kepimpinan Dr Muhammad Hussin pada waktu itu. “…kolaboratif itu juga melebar ke peringkat antarabangsa...ke universiti-universiti di luar negara…contohnya, di jabatan pengajian Melayu kami ada program kajian linguistik bumi austronesia yang bermula daripada Indonesia, Korea, India, China, Jepun dan akhirnya sebelum PKP kami sempat menjejak bumi New Zealand…setiap program tersebut kita akan berkolaboratif dengan univerisitiuniversiti di sana…kami pernah sampai di univeristi di Amsterdam…” -Dr. Nazariah, 2022-

3.3 Pengalaman Bekerja Dengan Mantan Pengarah Antara pengalaman orang yang pernah bekerja dengan Dr Muhammad Hussin ialah beliau merupakan seorang yang tegas, adil dan bertanggungjawab ketika bekerja. Beliau juga banyak melaksanakan idea-idea yang diberikan oleh pensyarah biasa. Contohnya, idea menubuhkan program tahfiz yang diberikan oleh Tuan Haji Rosli Bin Abdullah. Idea ini hanya diberikan oleh seorang pensyarah biasa, namun Dr Muhammad Hussin berusaha untuk menjadikan idea tersebut menjadi realiti. Beliau telah bekerjasama dengan pusat tahfiz di ulu yam serta JAKIM untuk menubuhkan jawatankuasa program tahfiz tersebut. Akhirnya, program tersebut berjaya diwujudkan dan berjalan dengan lancar atas dasar kebijaksanaan seorang pemimpin dalam organisasi dengan mudah beliau boleh melaksanakan idea tersebut. “...beliau telah mengambil inisetif menubuhkan satu jawatankuasa dan terbentuk program tahfiz yang ada sekarang ini yang bekerjasama dengan pusat tahfiz ulu yam serta JAKIM…akhirnya menjadi realiti…ini adalah kebijaksanaan seorang pemimpin dalam organisasi dengan mudah beliau boleh melaksanakan idea tersebut...” -Tuan Haji Rosli, 2022Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang dihormati oleh semua pensyarah, staff dan pelajar di IPG. Sewaktu beliau menjadi pengarah beliau banyak memilih ketua-ketua jabatan atas dasar kepercayaan dan tanggungjawab yang dilihat oleh Dr Muhammad Hussin. Pemilihan ini adalah untuk mendapat sokongan daripada orang yang dipimpin. Beliau juga membuat Mesyuarat Majlis Pengurusan Profesional (MPPP) yang dianggotai oleh semua ketua jabatan untuk memastikan 12 | P a g e

kestabilan dan kemajuan sewaktu kepimpinan beliau. Ketua-ketua jabatan banyak bekerjasama dan banyak belajar daripada jawatan kuasa Mesyuarat Majlis Pengurusan Profesional (MPPP) tersebut. “…jadi saya berterima kasih kepada mantan pengarah kerana kami di setiap ketua jabatan ada peringat Mesyuarat Majlis Pengurusan Profesional (MPPP). Kami bekerjasama dan banyak belajar daripada jawatan kuasa MPP...” -Dr. Nazariah, 2022-

2.4 Hubungan Mantan Pengarah Dengan Komuniti Setempat Hubungan antara Dr Muhammad Hussin bersama komuniti di IPGKPI sangat erat sewaktu beliau menjadi pengarah di IPG. Komuniti merupakan kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Hal ini kerana, beliau mula bertugas menjadi pensyarah biasa sehingga menjadi pengarah di IPG. Beliau juga merupakan seorang yang mudah didekati sama ada oleh pensyarah, staff mahupun pelajar. Setiap program yang diadakan oleh jabatanjabatan di IPGKPI, Dr Muhammad Hussin akan sentiasa menghadirkan diri ke program tersebut. Begitu juga program yang dijalankan oleh staff, beliau akan menghadirkan diri dan memberi sokongan. Setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar sama ada di dalam IPG mahupun di luar, beliau tetap akan menghadiri program dan aktiviti tersebut untuk menjaga hubungan dengan para pelajar. Dr Muhammad Husin juga pernah mengimamkan solat berjemaah di masjid bersama pelajar, staff dan pensyarah. Setiap program yang dijalankan di masjid IPGKPI, beliau akan turun padang dan menolong untuk menjalalankan program tersebut. Beliau juga sering membantu di dapur masjid sewaktu program dan pernah mengajar pelajar bagaimana memasak nasi kalau nasi tersebut mentah atau supaya nasi tersebut tidak lembik. “...saya dengar setiap program di masjid beliau akan turun tangan …pelajar pernah tengok dia membantu di dapur memasak makananan…malahan beliau mengajar pelajar bagaimana memasak nasi kalau nasi tersebut mentah atau supaya nasi tersebut tidak lembik…” -Tuan Haji Rosli, 2022-

13 | P a g e

Selain itu, Dr Muhammad Hussin mesra dengan komuniti setempat di IPGKPI. Hal ini kerana, isteri beliau berasal dari kampung berdekatan IPG. Beliau memang erat dengan komuniti Sungai Merab serta mengenali Yang Berhormat adun Sungai Merab. Pada ketika itu juga, IPGKPI banyak menerima sumbangan sama ada dari Yang Berhormat serta sumbangan komuniti setempat. “...dengan komuniti setempat juga beliau dikenali kerana isteri beliau orang kampung berdekatan IPG...malah dengan Yang Berhormat Sungai Merab sendiri pon beliau dikenali…sebab itu IPGKPI dapat banyak sumber dari YB…sumbangan komuniti juga banyak kepada IPGKPI…” -Tuan Haji Rosli, 2022-

14 | P a g e

15 | P a g e

4.0 MAKLUMAT BERKAITAN ALUMNI TUAN MOHD FADHLI BIN JUSOH

Gambar menunjukkan alumni bersama ahli keluarga. (Tuan Fadhli: barisan hadapan, dua dari kiri 4.1 Latar Belakang Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Tuan Muhd Fadhil bin Jusoh atau lebih ramah dipanggil sebagai Cikgu Fadhil lahir pada 3 Mac 1968. Beliau tinggal di Kampung Beris Kubur Besar di Kelantan bersama-sama dengan 8 orang adik-beradiknya dan ibu tunggal tercinta. Sebagai anak sulung, beliau menyandang tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga sejak dari muda lagi setelah pemergian ayahanda tersayang. Anak jati kelahiran Kelantan ini merupakan seorang yang ringan tulang dan mementingkan pelajarannya. Hal ini terbukti apabila beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak di bangku sekolah lagi. Kesungguhan beliau tidak terhenti di situ sahaja, beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Islam dalam pengajian Islam, Al-Quran dan Sunnah pada tahun 1988. Sebagai satusatunya anak kampung yang berjaya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada ketika itu, Cikgu Fadhli membawa misi yang sangat besar iaitu membawa pulang satu kejayaan bagi meringankan beban ibunda tercinta. Seusai menghabiskan pelajarannya di Maktab Perguruan Islam pada tahun 1990, Cikgu Fadhli kemudiannya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Beris Kubur Besar berhampiran dengan kampung halamannya. Pada tahun yang sama, beliau mengikat hubungan perkahwinan bersama dengan pasangan tercinta iaitu Sitti Alawiah Binti Jaafar. 16 | P a g e

“...kemudian dalam bidang kerjaya pula, kitaorang kahwin awal pada masa tu umur dia dalam 23 tahun, saya umur dalam 22 tahun. Masa kitaorang berkahwin, kebanyakan masa dia tu adalah berada di sekolah. Maknanya kebetulan pada mula-mula posting tu, sekolah tak jauh daripada rumah...” -Puan Sitti Alawiah, 2022Selepas beberapa tahun berbakti sebagai pendidik di sekolah, beliau kemudiannya ditugaskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebagai seorang pegawai pendidikan selama 18 tahun. ”...jadinya sehinggalah bila umur dah semakin meningkat, dia dipanggil berada di luar kementerian, dijemput oleh panitia JAKIM, sehingga dia dilamar oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sebagai pegawai di JPN...” -Puan Sitti Alawiah, 2022Sambil menyelam minum air. Itulah gambaran Cikgu Fadhil yang paling sesuai kerana di samping berkhidmat sebagai pegawai pendidikan, beliau juga sempat menyambung pelajarannya di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). “...lepas daripada dia belajar di IPDA, kemudian dia sambung belajar di UPSI, berjaya memperoleh degree, dia ingatkan boleh kembali bertugas di sekolah tapi JPN masih pegang dia jadi dia terpaksa bertugas di sana lagi sehinggalah dia dinaikkan jawatan beberapa kali hingga menjadi Ketua Penolong Pengarah di JPN Kelantan...” -Puan Sitti Alawiah, 2022Hasil penat lelah Cikgu Fadhil sekali lagi membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan jayanya serta berjaya memperoleh kelulusan bagi menjawat jawatan sebagai pengetua sekolah. Kini, beliau bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok di Bachok Kelantan. “...selepas itu, sebab dia ada sijil pengetuaan itu, dia pun ditawarkan menjadi pengetua di SMK Kubang Kerian 3, berada di sana dalam masa setahun. Kemudian dia pula ditukarkan ke SMKA Tok Bachok sehingga sekarang...” -Puan Sitti Alawiah, 2022Walaupun sentiasa dikelilingi dengan pelbagai tugasan, beliau juga tidak lupa untuk meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak yang sentiasa menghiburkan hari-harinya apabila seharian penat bekerja. Hal ini membuktikan bahawa Cikgu 17 | P a g e

Fadhil merupakan seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat penyayang yang tinggi terhadap ahli keluarganya. Oleh itu, jelaslah bahawa Cikgu Fadhil mempunyai misi yang jelas sebagai seorang pendidik iaitu untuk membantu anak bangsanya untuk berjaya tanpa mengira sebarang penat lelah.

4.2 Pengalaman Tuan Mohd Fahli Bin Jusoh Sepanjang Menuntut di Maktab Perguruan Islam

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di Maktab Perguruan Islam Tuan Muhd Fadhli juga berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis beliau sepanjang menuntut di Maktab Perguruan Islam. Antara pengalaman tersebut adalah menyamar menjadi pensyarah. Pada ketika itu, Maktab Perguruan Islam menumpang di bangunan Universiti Islam Antarabangsa. Oleh itu, tempat belajar mereka sedikit unik kerana di sebelah kanan bangunan Universiti Islam Antarabangsa merupakan bangunan yang digunakan oleh Institut Bahasa Antarabangsa manakala di sebelah kiri pula digunakan oleh Maktab Perguruan Lembah Pantai. Pelajar Maktab Perguruan Islam pula mengambil menara yang setinggi 8 tingkat. Kelas Cikgu Fadhil pada ketika itu berada di tingkat 7. “...sewaktu itu, Maktab Perguruan Islam menumpang di bangunan Universiti Islam Antarabangsa di bersebelahan asrama pangsapuri. Tempat belajar kami unik sebab sebelah kanan di atas bukit adalah bangunan Universiti Islam Antarabangsa

18 | P a g e

yang digunakan oleh Institut Bahasa Antarabangsa. Di sebelah kiri bahagian bawah digunakan oleh Maktab Peguruan Lembah Pantai, MPLP kita panggil...” -Tuan Mohd Fadhli, 2022“...Kami akan berkongsi padang di bawah sana diantara tiga Institut, Maktab Perguruan Bahasa, Maktab Perguruan Lembah Pantai, dan Maktab Perguruan Islam. Tetapi Maktab Perguruan Islam mengambil menara yang setinggi 8 tingkat. Saya kuliah 14 belajar di tingkat...” -Tuan Mohd Fadhli, 2022Sambungan daripada kenyataan di atas, lebih menyedihkan apabila lif yang disediakan hanyalah untuk kegunaan para pensyarah sahaja. Mengenangkan situasi ini, Cikgu Fadhil mengambil kesempatan dengan mengenakan pakaian yang kemas dan menyorok dalam kalangan pensyarah untuk menaiki lif tersebut. “...yang manisnya kami student tidak dibenarkan menggunakan lif, lif hanya untuk tenaga pensyarah...tetapi saya selalu pakai kemas-kemas macam pensyarah sebab pensyarah ramai, saya menyamar menjadi pensyarah masuk lif pensyarah...” -Tuan Mohd Fadhli, 2022Walaupun Cikgu Fadhil dikatakan sebagai seorang yang nakal, tapi beliau sentiasa menolong pensyarah yang memerlukan bantuan. Pengalaman ini menjadi antara kenangan manis buat Cikgu Fadhil semasa menuntut di MPI. Pengalaman manis Cikgu Fadhil semasa menuntut di MPI seterusnya adalah menjana pendapatan sebagai penjual tiket bas. “Kalau jadi orang Kelantan, kalau tak berniaga tak sah” Itulah antara kata-kata yang dilontarkan oleh Cikgu Fadhil kepada saya. Beliau mengambil peluang menjadi penjual tiket bas di maktab apabila melihatkan kekangan yang dihadapi oleh pelajar untuk pulang ke kampung halaman. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, beliau telah berjaya menyewa hampir empat buah bas untuk setiap kali cuti semester dan cuti Hari Raya dengan harga tiket serendah RM45 bagi seorang pelajar. Beliau juga mempunyai rangkaian pelanggan yang luas meliputi pelajar bukan sahaja daripada Maktab Perguruan Islam malah, dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa, dan

19 | P a g e

Universiti Malaya. Hal ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada beliau untuk menjana pendapatan tambahan sebagai pelajar perantau. “...saya berniaga jadi tauke transport balik kampung, bas pergi balik KB – KL...saya sewa tiga empat buah bas untuk setiap kali cuti semester dan hari Raya, kawan-kawan saya jual tiketlah. Jadi pada masa itu, RM45 pergi balik..” -Tuan Mohd Fadli, 2022-

4.3 Pencapaian Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Semasa Menuntut di MPI dan Kerjaya Semasa Beliau 4.3.1 Pencapaian di Maktab perguruan Islam Berdasarkan hasil temubual bersama dengan Cikgu Fadhli, dari aspek akademik, beliau tidaklah tergolong dalam kalangan pelajar yang cemerlang. Pencapaian dalam peperiksaan juga hanyalah biasa-biasa sahaja. “…okay baik, kalau dalam bidang akademik tu, saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Biasa-biasa saja…” -Tuan Mohd Fadli, 2022Tetapi jika dari aspek Kokurikulum, beliau merupakan ketua kawat kaki bagi pengakap dan banyak mewakili maktab ke pertandingan kawat kaki. Dengan erti kata lain, beliau menjadi tunjang pengerak bagi pergerakan kawat kaki pengakap di Maktab Perguruan Islam.

4.3.2 Pencapaian Semasa Dalam Kerjaya Tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh merupakan seorang pendidik yang cemerlang walau di mana sahaja beliau ditempatkan. Hal ini dapat dilihat semasa beliau berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Berkat kesungguhan serta penat lelah Cikgu Fadhli sepanjang berkhidmat selama 18 tahun akhirnya membuahkan hasil apabila beliau memperoleh gelaran ketua penolong pengarah sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. “...sebelum itu saya adalah ketua penolong pengarah sektor pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Saya sempat bertugas di JPN Kelantan selama 18 tahun...”

20 | P a g e

-Tuan Mohd Fadli, 2022-

Anugerah ini juga menjadi salah satu permulaan Cikgu Fadhli sebelum melonjat dengan lebih tinggi dalam bidang pendidikan ini. Selain itu, Cikgu Fadhli juga merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat. Oleh itu, beliau sering keluar dalam akhbar tempatan serta di kaca televisyen khususnya untuk menceritakan tentang kepentingan pendidikan guru Pendidikan Islam. Dengan wujudnyanya kesatuan ini, nasib guru Pendidikan Islam terbela. “...saya merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat, Jadi biasalah masuk akhbar,masuk tv untuk menceritakan tentang pendidikan terutama sekali guru Pendidikan Islam. -Tuan Mohd Fadli, 2022Hal ini bukan sahaja mengentengahkan integriti beliau sebagai seorang ketua, malah beliau mendapat kepercayaan yang berlipat ganda daripada para pendidik sekalian.

4.4 Jalinan Hubungan Komuniti Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh Dengan Rakam MPI, Rakan Sekerja, dan Masyarakat Setempat

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di Maktab Perguruan Islam

21 | P a g e

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di Maktab Perguruan Islam Cikgu Fadhli dikenali sebagai seorang yang peramah dan mesra dengan orang sekelilingnya. Sifatnya yang suka membantu rakan-rakan serta ringan tangan membantu pensyarah menjadikannya mudah didekati oleh orang lain. Walaupun menjawat jawatan yang paling tinggi di sekolah, beliau akan sentiasa memastikan kebajikan murid dan guru sentiasa terjaga. Kemesraan beliau juga tidak terhad hanya dengan guru-guru dan murid-murid malah, beliau juga tidak segan untuk menjalinkan hubungan kemesraan dengan pekerja-pekerja sekolah seperti tukang kebun dan pengawal keselamatan. Berdasarkan hasil temubual dengn saksi mata, Cikgu Fadhli juga dilihat tidak kekok untuk membantu tukang kebun menanam serta menyiram pokok-pokok bunga supaya halaman sekolah kelihatan lebih menarik dan ceria.

Gambar Tuan Mohd Fadhli bersama-sama rakan sekelas semasa menuntut di Maktab Perguruan Islam 22 | P a g e

Berbekalkan pengetahuan yang luas, Cikgu Fadhli juga sering djemput sebagai penceramah di sekolah-sekolah ataupun di jabatan-jabatan pendidikan. Sifatnya yang suka bergurau juga menjadikan ceramah beliau antara yang sentiasa dinantinantikan oleh orang ramai. “..dia seorang yang sangat kelakar sebab dia ni adalah penceramah, maknanya semasa berada di JPN, menjemput dia sebagai pegawai motivasi. Sehingga sekolah-sekolah dan jabatan selain daripada jabatan pendidikan juga sering menjemputnya untuk mendengar ceramahnya...” -Puan Sitti Alawiah, 2022Tambahan pula, beliau sering dirujuk oleh masyarakat setempat bagi mendapatkan bantuan seperti mengecop surat-surat rasmi dan sebagainya. Dengan ini, jelaslah bahawa Cikgu Fadhli merupakan seorang yang sangat peramah walaupun menyandang pelbagai pangkat kejayaan sebagai seorang pengetua sekolah, pegawai pendidikan, mahupun sebagai seorang pendidik supaya beliau mampu meluaskan jalinan komunikasinya dengan lebih baik.

23 | P a g e

5.0 PENUTUP Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa setiap tugasan telah berjaya dihasilkan dengan jayanya. IPGKPI telah banyak mengalami perubahan sepanjang proses penubuhannya. Malah, perubahan ini memberi kesan yang mendalam terhadap warga kampus khususnya tenaga pengajar, para pelajar serta kemudahan yang terdapat di kampus perguruan Islam. Selain itu, sejarah penubuhan IPGKPI yang melibatkan penukaran nama bermula dari MPI, kemudian kepada IPIS dan seterusnya IPGKPI juga diketengahkan bagi emmeberi info yang lebih terperinci kepada pembaca. Tambahan lagi, IPGKPI juga telah melahirkan ramai graduan guru yang kompeten dari aspek sahsiah, kerohanian, serta mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang pendidikan. Justeru, IPGKPI dilihat sebagai kampus yang memenuhi keperluan bagi memproduksikan bakal guru yang cemerlang serta menyahut saranan IPG bagi melahirkan guru yang berkualiti. Menjurus kepada kesimpulan seterusnya, Dr Muhammad Abdullah iaitu insan hebat yang menyandang jawatan sebagai mantan pengarah IPGKPI merupakan seorang yang berdedikasi dan berwawasan. Beliau berusaha untuk mencapai visi dan misi IPG dalam melahirkan pelajar-pelajar IPG yang cemerlang serta berkualiti tinggi. Beliau juga cekal menempuh segala cabaran dan dugaan yang dihadapi sewaktu menjadi pengarah di IPGKPI untuk memastikan pentadbiran beliau sentiasa teguh dan maju. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang dikasihi kerana beliau menjaga hubungan antara pensyarah, staff dan pelajar dengan erat. Dr Muhammad Hussin juga berjaya melebarkan nama IPGKPI di persada dunia dengan melakukan kolaboratif antara universiti-universiti di dalam negara serta di luar negara. Oleh hal yang demikian, Dr Muhammad Hussin merupakan seorang mantan pengarah yang banyak memberi sumbangan kepada IPG Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI). Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa pengalaman Tuan Mohd Fadhli bin Jusoh sebagai alumni Maktab Perguruan Islam menjadi satu titik permulaan kepada kehidupannya sebagai seorang pendidik yang sangat disanjungi ramai. Walaupun telah memegang jawatan yang tinggi di sektor pendidikan, beliau sentiasa merendah diri dan menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi oleh beliau dengan tenang di samping sokongan moral daripada keluarga tercinta. Diharapkan Tuan Mohd Fadhli sentiasa bahagia dan ceria di samping keluarga tersayang sehingga ke Jannah.

24 | P a g e

RUJUKAN Azila Mazar (2020). Bentuk Soalan Temubual. Diakses pada 3 April 2022 di https://temusahaja.blogspot.com/2021/07/bentuk-soalan-temu-bual.html Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Karim Mat Piah (2010). Sejarah Maktab Perguran Islam. Diakses pada 4 April 2022 di https://mympi.forumms.net/t15-sejarah-maktab-perguruan-islambangi Mahayudin Hj. Yahaya (1984), Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd., h. 32. Misri bin Bohari (2022). Temubual (orang sumber). Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu. Selangor: IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Nadzan Haron (2012). Panduan Penyelidikan & Pendokumentasian: Sejarah Lisan. Persatuan Sejarah Malaysia. Muhd Yusof Ibrahim (1988). Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 35. Muhd. Yusof Ibrahim (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah Dan Pensejarahan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Muhd Fadhli Bin Jusoh (2022). Temubual (tokoh alumni). Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok. Kelantan: SMKA Tok Bachok. Norasiah binti Abdullah (2022). Temubual (orang sumber). Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu. Selangor: IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Razak Ahmad (2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. (Daripada) http://www.flashkitech.com/?p=501 3 April 2022 Sitti Alawiah Bin Jaafar (2022). Temubual (orang sumber). Guru Pendidikan Islam. Kelantan: Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Syed Ismail Syed Mustapha (2016). Pensejarahan Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Syed Ismail Syed Mustafa, Pushpavali A. Arengasamey & Meor Aris Meor Hamzah (2017). Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

25 | P a g e

LAMPIRAN

1.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PERGURUAN ISLAM 1.1 Transkripsi Teks Temubual bersama Dr. Norasiah, Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu 1. Penemubual

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang saya ucapkan kepada doktor. Saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa Melayu, elektif sejarah sem tiga tahun satu akan melakukan sesi temudual bersama orang sumber bagi sejarah penubuhan institusi kampus pendidikan Islam. Berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK tiga kosong empat tiga saya ucapkan terima kasih kepada doktor kerana sudi meluangkan masa untuk sesi temubual pada petang ini. Apa khabar doktor?

Dr. Norasiah

Pertama sekali saya jawablah salam. waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera alhamdulillah dalam keadaan yang diizinkan oleh Allah sihat pertama sekali saya ucapkan terima kasihlah kepada saudari Nilam dengan Aisyah yang terlibat dalam membuat kajian tentang sejarah IPG Kampus Pendidikan Islam dan saya pula terpilih sebagai orang sumber ya untuk membantu menjawab kepada khusus untuk pentafsiran berterusan ya. Okey saya harap saya dapat membantulah pihak kamu dalam menjawab beberapa persoalan lah berkaitan dengan sejarah IPG kampus Pendidikan Islam

Penemubual

Kita sedia maklum bahawa IPG KPI ni merupakan satu institusi perguruan yang ditubuhkan pada tahun sembilan belas tujuh puluh tujuh. Yang pada awalnya hanya dikenali sebagai Maktab Pertubuhan Islam iaitu MPI. IPG KPI ini juga telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari aspek sahsiah, kerohanian kerohanian dan sebagainya. Jadi sebagai seorang tenaga pengajar di IPG KPI doktor telah menyaksikan pelbagai perubahan dari aspek pembangunan pencapaian IPG serta pertukaran pelajar dan staf sepanjang perkhidmatan doktor di sini. justeru saya ingin menanyakan soalan iaitu tempoh perkhidmatan doktor dan jawatan yang disandang sepanjang tempoh perkhidmatan

Dr. Norasiah

untuk pengetahuan saya mula mendaftar di IPG ni pada tahun dua ribu tujuh ya bermakna dalam tempoh itu saya dah berada di sini lebih kurang hampir lima belas tahunlah eh lima belas tahun ke enam belas tahun dan pemilihan saya untuk IPG ni disebabkan oleh peningkatan ilmu sayalah. Di mana saya memiliki master dan keperluan pada ketika itu memang memerlukan pensyarah yang ramai pada tahun dua ribu tujuh ini disebabkan oleh keperluan pada ketika itu IPG telah kepada ketika itu maktab perguruan Islam telah bertukar kepada IPG kampus Bila bertukar

26 | P a g e

Penemubual

Saya dapat lihat bahawa Dr. sememangnya merupakan pensyarah veteran di IPGKPI.

Seterusnya kita beralih kepada soalan yang

seterusnya. Pada pendapat doktor, mengapakah berlakunya pertukaran nama bagi institusi ini? Dan apakah kesannya kepada pelajar, staf dan pensyarah terhadap perubahan ini.

Dr. Norasiah

Pada pendapat saya, pada ketika itu kita diberi mandat. Sebelum itu kita hanya diploma saja. Dengan gred Digi dua puluh sembilan. Tetapi pada tahun dua ribu tujuh, kita diberi peluang menaikkan taraf maktab kepada IPG untuk melahirkan graduan tenaga pengajar ya, cikgu yang memiliki ijazah. Ini bertujuan tujuan utama dia pada ketika itu adalah untuk memastikan dasar pendidikan negara di mana lima puluh peratus di lima puluh peratus guru sekolah rendah ni mesti ada ijazah. Jadi proses ini dah mula ambil. Batch pertama untuk Ijazah di IPG kita ialah dua ribu tujuh dan cash kita yang kita keluarkan produk kita selepas empat tahun iaitu pada tahun dua ribu sebelas. Makna pada dua ribu sebelas, kita dah taburkan semua graduan-graduan kita ke seluruh Malaysia ini sebagai guru berijazah, gred empat puluh satu. Kerana dasar itulah ya keputusan jemaah menteri pada tiga belas Julai itu telah menaikkan taraf. Ya. Serentak daripada itu semua pensyarah-pensyarah aa di IPG perlu ada master ya atau kita katakan ijazah lanjutan. Kalau tak ada tak boleh jadi pensyarah lah. dia mesti satu kenaikan. Maksudnya pensyarah yang ada ijazah tu perlahan-perlahan dikeluarkan bukan dikeluarkan bagi cadangan untuk pergi ke sekolah dan sebagainya. Sebab kita melahirkanpelajar ijazah. Makna pensyarah mesti berada satu tingkat gred. Iaitu masih ada master. Seterusnya, kesan kepada pensyarah itu kesan kepada institusi. Institusi pensyarah dan staf. Okey. saya kata pada pensyarah lah. Kesan kepada pensyarah. Kalau sebelum itu pensyarah balik pukul dua petang tapi dengan naik taraf ni pensyarah telah balik pukul lima. Sebab ini nak memastikan kualiti lah kualiti pensyarah kesannya pada saya tidak ada apa-apa sebab dia tidak tidak mengubahkan gred makna pensyarah pada ketika itu eh hanya dapat naik satu kenaikan saja iaitu beruntunglah. Macam saya tak beruntung. Sebab saya ketika itu di atas pagar. Aa memang tunggu nak naik, naik je tapi ada pensyarah-pensyarah yang berada di tingkat empat puluh empat dia automatik naik empat puluh lapan. Itu satu yang untung kesan baik kepada pensyarah pada ketika

27 | P a g e

Penemubual

Berdasarkan perkongsian maklumat tadi dapat saya rasa sampai di sini sahaja sesi temubual kita pada hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada doktor kerana sudi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang kami jalankan. Semoga dengan semua maklumat yang dikongsi ini memberi manfaat kepada warga kampus sama ada dari pensyarah, staf, pelajar dan warga kampus sekalian

Dr. Norasiah

Baik, terima kasih juga saya ucapkan kepada Nilam dan sahabat Aisyah kerana memilih saya. Saya bukanlah orang yang paling arif. Tetapi saya orang yang mengumpul maklumat tentang IPG terima kasih sekali lagi lah. Saya harap info yang saya bagi ni dapat membantu anda untuk membuat kajian anda. Dan saya doakan supaya kajian anda ni menjadikan menjadi satu kajian yang baik yang boleh dikongsi bersama kepada warga IPG

28 | P a g e

1.2 Transkripsi Teks Temubual Bersama Ustaz Misri bin Bohari Penemubual

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang saya

ucapkan

kepada

Ustaz.

Saya

merupakan

pelajar

pengkhususan bahasa Melayu, elektif sejarah sem tiga tahun satu akan melakukan sesi temudual bersama orang sumber bagi sejarah penubuhan institusi kampus pendidikan Islam. Berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK tiga kosong empat tiga saya ucapkan terima kasih kepada doktor kerana sudi meluangkan masa untuk sesi temubual pada petang ini. Apa khabar ustaz? Ustaz Misri

Waalaikumsalam wbt. Alhamdulillah khabar baik

Penemubual

Kita sedia maklum bahawa IPG KPI ni merupakan satu institusi perguruan yang ditubuhkan pada tahun sembilan belas tujuh puluh tujuh. Yang pada awalnya hanya dikenali sebagai Maktab Pertubuhan Islam iaitu MPI. IPG KPI ini juga telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari aspek sahsiah, kerohanian kerohanian dan sebagainya. Jadi sebagai seorang tenaga pengajar di IPG KPI doktor telah menyaksikan pelbagai perubahan dari aspek pembangunan pencapaian IPG serta pertukaran pelajar dan staf sepanjang perkhidmatan doktor di sini. justeru saya ingin menanyakan soalan iaitu tempoh perkhidmatan doktor dan jawatan yang disandang sepanjang tempoh perkhidmatan

Ustaz Misri

Tuan-tuan dan puan-puan aa berkaitan dengan latar belakang lah eh secara ringkas. berkaitan dengan aa tempoh perkhidmatan dan jawatan

yang

disandang

sepanjang

tempoh

perkhidmatan

terutamanya di IPG kampus pendidikan islam okay bermula tahun aa 02 JUN 2013 saya mula melapor diri di IPG kampus pendidikan Islam Bandar Baru Bangi sebagai pensyarah akademik. dan ditempatkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan juga mengajar bahasa

Arab

serta

aa

menjawat jawatan ketika itu ketua unit kebajikan dan sosial. Pada ketika

itu

ketua

jabatannya

ialah

Doktor

Jefridin

kemudian seterusnya pada tahun 2015 dua ribu aa lima belas ya tahun saya bertukar ke unit rekod dan data iaitu ketua unit, rekod dan data. Ni jawatan hal ehwal pelajar serta menyelaras alumni ya di peringkat awal Jabatan Dewan Pelajar serta ketua jabatan pelajar pada ketika itu ialah Puan Normah aa binti Abdul Samad seterusnya pada tahun 2016 saya telah dilantik sebagai penolong ketua jabatan, jabatan ehwal pelajar serta aa menjawat

29 | P a g e

jawatan

sebagai

ketua

unit

disiplin

dan

tatatertib

dan ketika itu ketua jabatan ketika itu ialah Ustaz Zuraimi iaitu pada tahun 2016 seterusnya pada tahun 2017 pun sama hasil jawatan yang dan pada tahun 2018 ditukarkan ke unit pengembangan dan kepimpinan pelajar iaitu sebagai ketua unit perkembangan dan keperluan pelajar yang menjaga dan meneruskan aa KPP dan ketika tuan aa Encik Zulkifli bin Ahmad Jani bersara maka saya telah mengambil alih jawatan ketua unit disiplin Penemubual

Seterusnya,

pada

pendapat

ustaz

mengapakah

berlakunya

perubahan nama institusi dan apakah kesannya kepada warga kampus sekalian Ustaz Misri

pada pendapat aa saya mengapa berlakunya pertukaran nama situ daripada maktab perguruan Islam kepada IPIS dan seterusnya kepada IPGKPI dan apakah kesannya terhadap pelajar, staf dan pensyarah. pertama sekali kalau kita aa rujuk kepada MPI ya Maktab kalau kita tengok akta yang berkaitan dengan satu tujuh empat penubuhan maktab perguruan maktab-maktab perguruan ya dan sebagainya yang pada asalnya memang aa menyediakan apa pendidikan pada tahap sijil dan diploma sahaja. Kemudian, ha, pada aa dua ribu sepuluh tak silap saya, aa pada tahun dua ribu sepuluh ya, aa maktab kedua telah dinaiki taraf kepada institut ya iaitu yang asalnya Institut aa aa Pendidikan Islam Selangor, ya. Aa pada asalnya lah eh IPIS eh dan seterusnya telah ditukar kepada IPG KPI yang telah diselaraskan di seluruh Malaysia iaitu kampus-kampus yang aa apa telah diselaraskan menjadi IPG Institut Penyelidikan dan aa cumanya aa macam pendidikan Islam dia jadi pendidikan Islam. Kalau teknik pendidikan teknik aa ya. Kalau bahasa antarabangsa, bahasa antarabangsa eh dan sebagainya. Jadi dari segi perubahan selepas aa pengisytiharan itu aa di parlimen berkaitan dengan naik taraf aa Maktab Korban kepada Institut Pendidikan Guru Kampus, maka aa dengan rasminya eh kalau tak silap saya ambillah pertama dalam tahun dua ribu sebelas ya tak silap aa. Aa ambilan sulung berkaitan kerjasama dengan OUM ya. Aa program yang mula-mula. Aa antara pelajar yang ada itu Doktor Musif lah. Yang awal itu eh antara pelajar yang yang awal ketua unit aa Vivana Kaunseling sekarang. Dan aa selepas itu aa perubahannya adalah aa IPG di seluruh Malaysia menawarkan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana muda, perguruan eh aa aa aa berbanding dengan kampus apa aa universiti lah. Universiti biasa, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Aa tapi di aa perguruan ini kita

30 | P a g e

lebih kepada perguruan. Aa sebaik sebab itulah dalam visi-misi IPG sendiri memang jelas nyata aa untuk melahirkan aa guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Ya dari segi aa staf dalam pensyarah juga aa dari segi perubahan eh. Pada awal-awal dulu mungkin ramai yang aa belum dapat aa Master dan PhD. Maka setelah aa perubahan itu maka syarat minimum untuk menjadi aa pensyarah iaitu yang pertama adalah aa DJ empat puluh empat aa iaitu aa setelah aa lebih kurang lapan tahun di Digi empat puluh satu dan kemudian aa mempunyai ijazah sarjana iaitu master ataupun master sekurang-kurangnya. Aa itulah Master eh. Aa kalau di universiti dia lebih kurang DS empat lima. Ya. Aa DS empat lima bagi aa syarat yang ada master dan belum ada aa PSD. Kalau di universiti, ijazah MPSDS lima puluh satu. Tapi di IPG dia aa tak. Jadi siapa yang ada PhD pun kalau dia masuk empat puluh satu, empatempat, dia tetaplah ikut, ikut gred itu. ya. Dan kenaikan pakar itu pun akan ada aa kenaikan insya-Allah dengan izin Allah.

31 | P a g e

1.3 Lampiran gambar Sejarah Penubuhan IPGKPI

32 | P a g e

33 | P a g e

1.4 Sesi Temubual Bersama Orang Saksi

34 | P a g e

35 | P a g e

2.0 KETOKOHAN MANTAN PENGARAH INSTITUT PERGURUAN ISLAM 2.1 Transkripsi Teks Temubual Bersama Tuan Haji Rosli Bin Abdullah (Pengsyarah IPGKPI)

FIRDAUS:

Assalamualaikum, saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu elektif sejarah sem 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu bual bersama orang sumber bagi sejarah mantan pengarah institusi perguruan kampus pendidikan islam berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043.

FIRDAUS:

Terima kasih Tuan Haji Rusli bin Abdullah kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi temu bual pada pagi ini.

FIRDAUS:

Apa khabar Tuan?

TUAN HAJI ROSLI:

Alhamdulillah, sihat.

FIRDAUS:

IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang ditubuhkan pada tahun 1977. IPGKPI telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Sebagai seorang tenaga pengajar di IPGKPI ini, Tuan telah menyaksikan pelbagai perubahan dari aspek pembangunan, pencapaian ipg serta pertukaran pelajar dan staf sepanjang perkhidmatan Tuan di sini.

FIRDAUS:

Berapa lamakah tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang sepanjang perkhidmatan Tuan di ipg?

TUAN HAJI ROSLI:

Dr Muhammad Husin berada di kampus islam selama 13 tahun…dan saya berada di situ selama 28 tahun bermakna saya lebih lebih lama dari mantan pengarah…saya berkhidmat lebih daripada 13 dan 14 orang pengarah dan Dr Muhammad Husin adalah pengarah yang kedua terkahir sebelum saya berpencen…setelah saya bepencen beliau digantikan dengan timbalan pengarah yang sekaran Dr Rahman…Dr Rahman yang ambil alih… Dr Muhammad Husin berkhidmat 15 tahun dan13 tahun saya mengenali beliau sebab saya kenal beliau ni sebelum saya masuk pon saya dah kenal…cuma apabila dia masuk di kampus ini dia menjadi kawan rapat saya.. sebelum dia jadi pengarah lagi…sebelum dia jadi timbalan pengarah lagi…dia berada di unit ko kurikulum bersama saya…sebelum itu di HEP.

36 | P a g e

FIRDAUS:

Apakah pengalaman bekerja dengan mantan pengarah Dr Muhammad Hussin?

TUAN HAJI ROSLI:

Banyak la pengalaman..suka dukanya bersama beliau sama ada saya memberi idea dan beliau melaksanakannya atau saya melaksanakannya apa yang idea beliau berikan jadi dalam ketika bekerja adalah suka duka dalam kerja kita seumpamanya saya memberikan idea kepada beliau terhadap satu perkara sebagai orang bawah kita mampu memberi idea tetapi dialah orang yang melaksanakan atas authorieti beliau…contohnya beliau melaksnakan program tahfiz di kampus…saya beri idea berdasarkan pengalaman saya…saya memberi tahu dia bahawa di kampus kita ini setiap tahun pelajar-pelajar yang tahfiz ini ramai datang sebagai contoh pada tahun itu seramai 8 orang pelajar rahfiz…saya kata apabila mereka bergraduat…8 orang itu nak dapat sorang yang mengekalkan tahfiz nya pon susah…kerana mereka leka di kampus dengan program-program dan aktiviti mereka sendiri dan akhirnya bila tamat 4 tahun/5 tahun berada di kampus…nama hafiz yang dipegang hilang kerana sibuk dunia mereka lah…saya cadangkan untuk membuat program untuk memperkasakan tahfiz tersebut…saya cadang sahaja tetapi beliau terus mengambil cadangan itu dan melaksanakannya dengan kebijaksanaan dan pengalaman beliau menggunakan sumber-sumber yang ada membuat satu cadangan menjadi realiti...beliau telah mengambil inisetif menubuhkan satu jawatankuasa dan terbentuk program tahfiz yang ada sekarang ini yang bekerjasama dengan pusat tahfiz ulu yam serta JAKIM…akhirnya menjadi realiti…ini adalah kebijaksanaan seorang pemimpin dalam organisasi dengan mudah beliau boleh melaksanakan idea tersebut.

FIRDAUS:

Bolehkah Tuan beri sedikit sebanyak tentang latar belakang pendidikan mantan pengarah?

TUAN HAJI ROSLI:

Beliau dilahirkan di sempadan Perak dan Selangor di Hutan Melintang perak mendapat pendidikan di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama di hutan melintang…kemudian dibesarkan oleh datuknya di Sabak Bernam…pengalamanya banyak di Sabak Bernam…sekolah menengah di sabak bernam…kemudian melanjutkan ke UKM bagi ijazah pertama…manakala Master dan PHD beliau juga di UKM…itulah pendidikan beliau…

FIRDAUS:

Sepanjang perkhidmatan Dr. Muhammad Hussin di ipg, adakah wujud kerjasama kolabrasi dengan universiti-universiti tempatan yang lain?

TUAN HAJI ROSLI:

Banyak sekali…dia bukan sahaja sampai di universiti-universiti di negara kita sahaja tetapi kolaboratif ini sampai ke universiti ke luar negara seperti Morocco, Indonesia di dalam negara seperti kolaboratif dengan UKM, USIM, UIA, USM, UITM…boleh dikatakan semua universiti kolaboratif dengan IPGKPI sewaktu pentadbiran Dr Muhammad Hussin…memang 37 | P a g e

sangat aktif...untuk makluman Dr. Muhammad Hussin ialah satu-satunya pengarah bukan aliran agama…dan beliau banyak menjalankan programprorgram agama seperti program tahfiz yang berkolaboratif dengan Tahfiz Darul Quran di Batang Kali. Bagaimanakah hubungan komuniti mantan pengarah dengan staf, pensyarah serta pelajar ipg? FIRDAUS:

TUAN HAJI ROSLI:

FIRDAUS:

Beliau sangat rapat dengan semua orang…beliau mudah didekati sama ada oleh pensyarah, pelajar atau masyarakat…kalau dengan pelajar…beliau boleh turun ke padang untuk melakukan aktiviti dengan pelajar…beliau ikut pelajar untuk menjalankan program di luar IPGKPI…dengan komuniti setempat juga beliau dikenali kerana isteri beliau orang kampung berdekatan IPG…dengan kata lain beliau mmg dikenali oleh sama ada di dalam IPG mahupun di luar IPG…orang Sungai Merab kalau ada masalah memang berhubung dengan dia…sebab beliau memang kenal dengan komuniti setempat di IPG…malah dengan Yang Berhormat Sungai Merab sendiri pon beliau dikenali…sebab itu IPGKPI dapat banyak sumber dari YB…sumbangan komuniti juga banyak kepada IPGKPI…sebab itulah pelajar-pelajar dan kakitangan sangat terasa dengan kehilangan mantan pengarah kerana banyak perkara yang boleh beliau laksanakan…apa yang dicadangkan dan apa yang diuasahakan…beliau boleh dengar pandang semua orang…apa yang boleh dibuat…beliau akan laksanakan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Rusli bin Abdullah kerana sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan. Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampumemberi manfaat kepada warga kampus sekalian.

38 | P a g e

2.2 Transkripsi Teks Temubual Bersama Dr. Nazariah Binti Sani (Mantan Keta Jabatan Bahasa Melayu)

FIRDAUS:

Assalamualaikum, saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu elektif sejarah sem 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu bual bersama orang sumber bagi sejarah mantan pengarah institusi perguruan kampus pendidikan islam berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043.

FIRDAUS:

Terima kasih Dr. Nazariyah binti Sani kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi temu bual pada petang ini.

FIRDAUS:

Apa khabar Dr?

DR NAZA:

Alhamdulillah, sihat.

FIRDAUS:

IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang ditubuhkan pada tahun 1977. IPGKPI telah melahirkan ramai graduan guru yang cemerlang dari aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Sebagai seorang tenaga pengajar di IPGKPI ini, Dr telah menyaksikan pelbagai perubahan dari aspek pembangunan, pencapaian ipg serta pertukaran pelajar dan staf sepanjang perkhidmatan Dr di sini.

FIRDAUS:

Berapa lamakah tempoh perkhidmatan dan jawatan yang disandang sepanjang perkhidmatan Dr di ipg?

DR NAZA:

Saya bermula pada 2007 saya menjadi pensyarah di jabatan Bahasa Melayu…pada waktu itu ketua jabatan Bahasa Melayu ialah Puan Faridah…pada tahun berapa saya tak ingat Puan Faridah bersara kemudian ketua jabatan Bahasa Melayu diganti oleh Dr. Maisarah sebentar…saya

pernah

berkhidmat

dibawah

Dr.

Maisarah

sebentar…kemudian saya berkhidmat dibawah ketua jabatan Tuan Haji Sarji…selepas Tuan Haji Sarji ialah Puan Nur Zihan…saya bekerja di bawah Dr. Jayageobi…pada tahun 2017 saya dilantik ketua jabatan Bahasa

39 | P a g e

Melayu sehingga saya bersara…saya memegang katua jabatan Pengajian Melayu kemduian diganti oleh Dr.

FIRDAUS:

Apakah pengalaman bekerja dengan mantan pengarah Dr. Muhammad Hussin?

DR NAZA:

Pengalaman bekerja dengan Dr. Muhammad Hussin…kami kenal lama kerana beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah biasa sebelum menjadi pengarah…beliau pernah berkhidmat sebagai ketua jabatan Hal Ehwal Pelajar…beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah dan kemudian baru naik sebagai pengarah…malahan beliau bertanggungjawab memilih saya sebagai ketua jabatan Penagajian Melayu atas dasar tanggungjawab saya menerima arahan daripada ketua jabatan…kerana sebagai seorrang pemimpin beliau memerlukan sokongan daripada orang yang dipimpin…jadi saya berterima kasih kepada mantan pengarah kerana kami di setiap ketua jabatan ada peringat Mesyuarat Majlis Pengurusan Profesional (MPPP)…kami bekerjasama dan banyak belajar daripada jawatan kuasa MPPP.

FIRDAUS:

Bolehkah Dr beri sedikit sebanyak tentang latar belakang pendidikan mantan pengarah?

DR NAZA:

Oh patutnya latar belakang pendidikan ini dengan Dr Muhammad Hussin sendiri ataupun sapa yang lebih mengenali beliau…Cuma yang saya pasti PHD beliau kalau tak silap saya dalam bidang Sains…tapi pelajar kena semak kembali…yang saya psti beliau bermula dari bawah sebagai guru Sains ataupun guru bidang Sosial…saya menasihatkan pelajar supaya merujuk kepada pejabat yang ada data mantan pelajar.

FIRDAUS:

Sepanjang perkhidmatan Dr, Muhammad Hussin di ipg, adakah wujud kerjasama kolabrasi dengan universiti-universiti tempatan yang lain?

40 | P a g e

DR NAZA:

Sepanjang

saya

berkhidmat…memang

unviersiti-universiti

tempatan

seperti

banyak

universiti

kolaboratif pertanian,

dengan Universiti

Kebangsaan Malaysia, univerisiti Malaya…universiti yang hampir dengan kita dan mungkin universiti swasta juga…dengan terselahnya pelbagai program contoh kita ikut pertandingan inovasi yang diadakan oleh USIM atau program inovasi yang dianjurkan oleh KUIS…dan saya sendiri pernah membawa pelajar-pelajar kolaboratif dengan Universiti Malaya sewaktu program teater, program sastera…kami ikut menyertai dan saya juga pernah membawa pelajar ke UPSI untuk pertandingan pengucapan awam jadi banyak program yang kita berkolaboratif dengan universiti-universiti tempatan…kolaboratif itu juga melebar ke peringkat antarabangsa...ke universiti-universiti di luar negara…contohnya, di jabatan pengajian Melayu kami ada program kajian linguistik bumi austronesia yang bermula daripada Indonesia, Korea, India, China, Jepun dan akhirnya sebelum PKP kami sempat menjejak bumi New Zealand…setiap program tersebut kita akan berkolaboratif dengan univerisiti-universiti di sana…kami pernah sampai di univeristi di Amsterdam…jadi memang dapat sokongan dari pihak kepimpinan tertinggi IPGKPI iaitu kepimpinan Dr Muhammad Husin. FIRDAUS:

Bagaimanakah hubungan komuniti mantan pengarah dengan staf, pensyarah serta pelajar ipg?

DR NAZA:

Seperti yang saya katakan… Dr Muhammad Hussin bermula dari pensyarah biasa hingga ke pengarah…sudah pasti hubungan beliau dengan

kami

sangar

akrab

samada

pelajar,

staff

mahupun

pensyarah…buktinya beliau pernah mengimamkan solat berjemaah di masjid bersama pelajar, staff dan pensyarah…saya dengar setiap program di masjid beliau akan turun tangan …pelajar pernah tengok dia membantu di dapur memasak makananan…malahan beliau mengajar pelajar bagaimana memasak nasi kalau nasi tersebut mentah atau supaya nasi tersebut tidak lembik…dan setiap program jabatan anjurkan beliau akan menghadirkan diri dan memberi sokongan begitu juga program yang diadakan

oleh

sokongan…beliau

staff…beliau

akan

mempunyai

peribadi

membantu yang

dan

tegas

memberi

tetapi

tetap

mengutamakan kepentinga organisasi iaitu IPGKPI dan produk iaitu kalian sebagai pelajar.

41 | P a g e

FIRDAUS:

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dr. Nazariyah binti Sani kerana sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan. Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampumemberi manfaat kepada warga kampus sekalian.

42 | P a g e

3.0 MENJEJAK ALUMNI MAKTAB PERGURUAN ISLAM YANG BERJAYA 3.1 Transkripsi Teks Temubual Bersama Puan Sitti Alawiah Binti Jaafar (Orang Saksi Alumni MPI) Penemubual Assalamualaikum wbt. kami merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu elektif sejarah semester 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu bual bersama-sama saksi mata tokoh alumni dengan tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh iaitu alumni Maktab Perguruan Islam berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043. Terima kasih diucapkan kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi temu bual pada petang ini. Apa khabar puan? Orang Saksi

Alhamdulillah, saya sihat sahaja. Terima kasih kerana bertanya.

Penemubual IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang ditubuhkan pada tahun 1977. Sebelum wujudnya nama ipgkpi, institusi perguruan ini telah dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam yang kemudiannya ditukar nama mmenjadi institusi perguruan islam Selangor dan akhirnya Ipgkpi yang kekal sehingga sekarang. Sebagai salah seorang pelajar Maktab Perguruan Islam, tuan semestinya mempunyai pelbagai jenis pengalaman sepanjang menjadi pelajar di sana. Jadi sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut, boleh ke puan menceritakanserba sedikit tentang latar belakang puan

Orang Saksi

Baik, Terima kasih saya ucapkan kepada adik Siti Sarah. Nama saya Sitti Alawiah Binti Jaafar. Berasal dari Selangor. Lahir pada 3 Mac 1969. Ustaz Muhd Fadhil lahir pada 1968. Saya belajar di MPI Maktab Perguruan Islam sebelum pada Institut Perguruan Kampus Pendidikan Islam, sebelum daripada itu, Maktab Perguruan Islam. Di situlah kami belajar di Lembah Pantai, jadi kemudian habis belajar, saya pada masa itu telah mengikat tali pertunangan dengan Ustaz Fazdli lepas itu terus minta posting ke Kelantan sebelum apa-apa lagi tindakan oleh BPG untuk menempatkan kami, kami mintalah dulu untuk ditempatkan di Kelantan. Kemudiaan saya dipostingkan di Kelantan di Kuala Krai manakala Ustaz Muhd Fazli bertugas di berhampran dengan kampung dia iaitu di SK Beris Kubur Besar. Kemudian pada bulan 8, kami melangsungkan perkahwinan dan pada awal tahun 1992 saya dapat..eh kejap..1990 kami posting bulan 12 kemudian 1991 bulan 12 saya dapat bertukar daripada Kuala Krai ke Kota Bharu. Kemudian mengajar di SK Banggu dan kami dianugerahkan oleh Allah S.W.T 6 orang anaklah. Yang sulung sekarang umurnya dah 30 tahun dan yang bongsu umur dia sekarang ini 15 tahun, kembar. Kemudian dia, Ustaz Muhd Fadzli, dia sambung belajar lebih awal lagilah berbanding dengan saya. Kami pernah sama-sama mengambil kursus selama 14 minggu di UPSI, masa itu dipanggil IPSI, Institut Perguruan Sultan Idris. Selama 14 minggu kami berada di sana, kemudian balik mengajar semula di 43 | P a g e

sekolah macam biasa, kemudian dia ambik kursus, seterusnya masuk universiti di UPSI sehinggalah sekaranglah dia berjaya dalam kerjaya dia dengan saya sendiri melanjutkan pelajaran pada 2011 di UNISZA.

Penemubual Terima kasih saya ucapkan kepada puan atas jawapan puan sebentar tadi. Jadi untuk soalan seterusnya, bpleh puan terangakn bagaimana pengalaman puan mengenali tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh? Orang Saksi

Okay dalam sepengetahuan saya semasa sama2 belajar di Maktab Penguruan Islam, dia adalah pengerusi bagi persatuan Bulan Sabit Merah dan menjadi jurulatih kawat bagi pasukan tersebutlah samaada lelaki atau perempuan. Tapi saya tak sama dengan dia, saya pengakap, dia PBSM. Maknanya pada hari rabu masa kokurikulum tu, saya pengakap, dia PBSM, saya tengok jelah dia ajar orang lain kawat, saya diajar oleh orang lain. Kemudian, dia juga merupakan penolong bendahari kepada Persatuan Guru Pelatih Maktab Perguruan Islam pasa masa itu. Dalam masa kita belajar tu, dia juga pernah bertanding menjadi calon bendahari dalam Pilihan Raya Maktab. Tapi dia tak menang, kawan dia yang menang lepas tu kawan dia ambil dia menjadi penolong bendahari. Jadi dia antara orang yang sibuklah semasa di Maktab dulu, kalau ada event apa-apa, memang dia selalu taka da dalam kuliahlah, dia selalu bersama-sama dengan geng yang berkerja untuk persiapan dalam program tersebutlah. Kalau masa menyambut pelajar baru, minggu orentasi, dialah yang dalam bahagian pengangkutan, ketua Jawatankuasa bahagian pengangkutan. Dialah yang uruskan pergerakan pelajar daripada airport atau stesen bas ke Maktab pada masa itu. Memang orang yang sibuklah, rapat dengan pensyarah, dengan kawan-kawan, mudah bergaul dengan orang lainlah. Maknanya rangkaian sahabat dia ni, perkenalan dia memang luas sangat. Kemudian dalam bidang kerjaya pula, kitaorang kahwin awal pada masa tu umur dia dalam 23 tahun, saya umur dalam 22 tahun, masa kitaorang berkahwin, kebanyakan masa dia tu adalah berada di sekolah. Maknanya kebetulan pada mula-mula posting tu, sekolah tak jauh daripada rumah. Kitaorang menumpang rumah ibu bapa lagi jadi, kalau orang lain pagi pergi sekolah awal petang dah balik, dia tu dah lah lewat petang baru balik, malam pun dia pergi juga. Memang daripada mula mula tugasan lagi dia camtu, maknanya memang masa dia dengan anak-anak, isteri memang kuranglah. Begitulah kehidupan dia, tapi dah biasakan, alah bisa tegal biasa. Maknanya saya boleh terimalah benda ni, kadang-kadang anak-anak pun selalu kata abah ini sentiasa tak ada kat rumah. Maknanya memang kerjaya dia camtu, sehinggalah dia tu daripada awal perkhidmatan dalam lebih kurang sampai 5, 4 tahun gitu, dia telah dipinjamkan ke PPD. Semasa dia mengajar sekolah rendah di Kelantan, dia mengajar kelas KAFA. Jadi sekolah dia tu, Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar tu dibawah pentadbiran ustaz Fadhli, menjadi KAFA contoh di negeri Kelantan. Jadi oleh kerana nampak kehebatan dia ketika itu, jadi di usia yang muda, dia sudah menjadi antara pegawai yang dipinjamkan ke PPD Bachok. Pada masa itu, PPD Bachok terletak di Pasir Puteh. Bayangkan lah daripada rumah dia di Bachok ke sekolah dia pastu pergi pula ke Pasir Puteh, jadi memang sangat sibuklah tiada masa di rumah. 44 | P a g e

Jadinya sehinggalah bila umur dah semakin meningkat, dia dipanggil berada di luar kementerian, dijemput oleh panitia JAKIM, sehingga dia dilamar oleh JPN, Jabatan Pendidikan Kelantan sebagai pegawai di JPN. Selepas di PPD tu, tak silap dalam 16, 17 tahun dia sambung belajar pun daripada JPN, dia minta ambik kursus jadi guru besar, dia antara ambilan pertama yang berjaya untuk menyertai kursus tersebut. Masa itu peserta kursus perlu belajar di IPDA di Kedah. Jadi dia berulang-alik daripada rumah ke Kedah dan masa itu kami dah ada rumah sendiri jadi, saya soranglah yang menjaga membesarkan anakanak. Dia balik sekali atau dua kali dalam seminggu. Lepas daripada dia belajar di IPDA, kemudian dia sambung belajar di UPSI, berjaya memperoleh degree, dia ingatkan boleh kembali bertugas di sekolah tapi JPN masih pegang dia jadi dia terpaksa bertugas di sana lagi sehinggalah dia dinaikkan jawatan beberapa kali hingga menjadi Ketua Penolong Pengarah di JPN Kelantan. Selepas itu, sebab dia ada sijil pengetuaan itu, dia pun ditawarkan menjadi pengetua di SMK Kubang Kerian 3, berada di sana dalam masa setahun. Kemudian dia pula ditukarkan ke SMKA Tok Bachok sehingga sekarang. Maknanya, saya sebagai saksi mata pada dia, dengan kesungguhan dia dengan cara dia buat kerja tanpa mengharapkan apa-apa, sanggup berjauhan dengan isteri dan anak-anak demi anak bangsa. Bagi saya demi anak bangsa memang dia tu, tak kenal lelahlah untuk mencapai sesuatu yang lebih baik demi anak bangsa dia. Jadi bagi saya, bila dia mula-mula ditawarkan menjadi pengetua, saya agak tak bersetujulah sebab komitmen sebagai pengetua ni besar sangat, dialah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang terjadi di sekolah samaada murid, guru-guru, kerana dan staf yang lain. Jadi semakin sibuk dan mungkin dia semakin stress bekerja untuk menghadapi semua cabaan di sekolah itu tapi apabila Allah S.W.T dan bagi yang terbaik untuk dia sebab bila dia berada di sekolah, memang dia nampak lebih seronok bekerjalah sebab dial ah yang menjadi ketua, menentukan visi misi sekolah walaupun pada permulaan dia bertugasa menjadi pengetua di Kubang Kerian 3 banyak sangat halangan yang dia terima seperti ada juga orang di sekolah itu yang menanti menjadi pengetua di sekolah itu . Banyak fitnah, surat layan yang di terima sehingga kita kesian kat dia, tapi kita tahu bahawa dia bekerja berkhidmat untuk anak bangsa, ada satu kepuasan yang saya nampak dalam diri dia tu sebab dia berjaya menyiapkan sesuatu di sekolah tersebut memang nampak hebat sangat sekolah tersebut sepanjang keberadaan dia di sana sehingga apabila dia bertukar di Tok Bachok tu, cikgu-cikgu di sana sangat kecewalah sebab belum sempat dia merasa apa yang telah dia perbaiki sebelum ini, dia tak sempat menikmatinya dengan nyatalah, jadinya jika di Kubang Kerian 3 tu sehingga dia bersahabat berkawan dengan anak-anak murid dia yang nakal itu, sampai di acari anak murid dia di lorong2 semata-mata untuk ke sekolah. Jadi sehingga sekarang pun, dia akan dapat mesej daripada anak-anak murid dia, keluar minum air sama-sama. Kemudian bila berada di Tok Bachok, di Tok Bachok di lagi dahsyat sebab walaupun sekolah itu sekolah cemerlang, cabaran yang dihadapi ini adalah bahagian prasarana di sekolah. Keluasan SMK Kubang Kerian 3 hanya 7 8 ekar tanah sahaja tapi di SMKA Tok Bachok, saya tengok sendiri geran tanah ini 74 ekar tanah. Luasnya SMKA Tok Bachok, nak katakan dengan tanah yang belum dibangunkan sehinggalah sampai ada ladang kelapa sawit. PIBG sekolah tu telah buat ladang kelapa sawit jadi menjadi ekonomi untuk sekolah jugalah. Pastu Kelantan sendiri ada masalah bekalan air kan, jadi masalah tu dia masih cuba baiki sehingga kini. Ada seketika, semasa bercuti dengan keluarga pun, warden asrama akan call dia 45 | P a g e

bagitahu pasal budak-budak asrama tak boleh mandi takda air, tapi dia xpernah mengeluh pun. Jadi adakah saya menjawab soalan adik Siti Sarah? Penemubual Alhamdullilah menjawab puan. Jadi melalui penerangan puan sebentar tadi, kita dapat ketahuilah bahawa tuan Fadhli merupakan seorang yang sangat dedikasi dalam tugasnya sebagai pendidik dan puan serta keluarga menjadi tulang belang yang menyokong perjuangan tuan. Jadi untuk soalan seterusnya, apakah pencapaian yang diperoleh tuan Fadhli semasa di MPI dan dalam kerjayanya sebagai pendidik? Orang Saksi

Dia merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat, Jadi biasalah dia masuk akhbar, dia masuk tv untuk menceritakan tentang pendidikan terutama sekali guru Pendidikan Islam. Dengan kesatuan inilah yang membela nasib guru Pendidikan Islam. Dia ni sibuknya di sekolah atau di jabatan dia juga sibuk juga di lapangan sukarelawan sebagai pejuang untuk guru-guru pendidikan Islam. Di ani sibuk sangat kadang-kadang dia lebh banyak masa pergi ke luar Kelantan,sekarang pun dia pergi ke Johor untuk mesyuarat Persatuan Guru Agama di Johor, ada audit nak tengok persatuan dia dan selepas itu dia ada mesyuarat juga dengan kongres Kesatuan Guru di Kuala Lumpur. Baik macam yang saya bagitahu awal-awal ini di dia sangat kelakar sebab dia ni adalah penceramah, maknanya semasa berada di JPN, menjemput dia sebagai pegawai motivasi. Sehingga sekolah-sekolah dan jabatan selain daripada jabatan pendidikan juga sering menjemputnya untuk mendengar ceramahnya.

Penemubual Bagaimana hubungan komuniti tuan Fadhli semasa di MPI ( rakan2, pensyarah, staf MPI) dan di alam pekerjaan (rakan2 sekerja, masyarakat setempat)? Orang Saksi

Dia merupakan seorang yang mesra dengan semua orang.

Penemubual Sekalung penghargaan diucapkan kepada puan kerana sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan. Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampu memberi manfaat kepada warga kampus sekalian.

3.2 Transkripsi Teks Temubual Bersama Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh (Alumni MPI) Penemubual Assalamualaikum wbt. kami merupakan pelajar pengkhususan bahasa melayu elektif sejarah semester 3 tahun 1 ambilan jun 2021 akan melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh iaitu alumni Maktab Perguruan Islam berdasarkan tugasan pentaksiran sejarah lisan dan pendokumentasian kod SJHK3043. Terima kasih diucapkan kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi temu bual pada petang ini. 46 | P a g e

Apa khabar tuan? Tokoh Alumni

Alahmdullilah saya sihat sahaja. Saya harap adik Siti Sarah pun sihat juga.

Penemubual Amin. Terima kasih tuan Jadi, IPG Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi perguruan yang ditubuhkan pada tahun 1977. Sebelum wujudnya nama ipgkpi, institusi perguruan ini telah dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam yang kemudiannya ditukar nama mmenjadi institusi perguruan islam Selangor dan akhirnya Ipgkpi yang kekal sehingga sekarang. Sebagai salah seorang pelajar Maktab Perguruan Islam, tuan semestinya mempunyai pelbagai jenis pengalaman sepanjang menjadi pelajar di sana. Jadi sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut, boleh ke tuan ceritakan sedikit tentang latar belakang tuan Tokoh Alumni

Saya bernama Muhd Fadhli Bin Jusoh..How to spell Saya anak jati Kelantan dan menyambung pelajaran di peringkat maktab perguruan di Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai Kuala Lumpur pada tahun 1988 bulan Julai sehingga tamat pada bulan Julai 1990. Saya menghabiskan pelajaran di kampus sementara Maktab Perguruan Islam yang menumpang bangunan Universiti Islam Antarabangsa di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur. Bnagunan itu kita berkongsi dengan Maktab Perguruan Lembah Pantai dan Maktab Perguruan Bahasa yang sekarang dinamakan sebagai Institut Bahasa Antarabangsa. Bawah daripada bukit yang kami huni itu adalah pintu pagar Universiti Malaya. Saya hanya sempat melihat Kampus IPG Pendidikan Islam Bangi hanya sewaktu menghadiri konvokensyen di Dewan Mahmud Muhyiddin di Kampus Bangi. Saya sudah berkahwin juga dengan seorang graduan lepasan maktab perguruan Islam, orang Selangor dan sampai sekarang dikurniakan 6 orang cahaya mata, sudah mempunyai 2 orang cucu. Kini bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Agama Tok Bachok, Bachok Kelantan. Sebelum itu, saya sebagai pengetua di SK Kubang Kerian 3 sekejap, sebelum itu saya adalah ketua penolong pengarah sektor pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Saya sempat bertugas di JPN Kelantan selama 18 tahun.

Penemubual Jadi sampailah kita ke soalan yang ditunggu, jadi boleh ke tuan kongsi kan pengalaman sepanjang menuntut di MPI mungkin dari segi infrastuktur dan kemudahan yang disediakan di sana atau program-program yang diadakan sepanjang tuan belajar di sana Tokoh Alumni

Oky pengalaman saya di Maktab Perguruan Lembah Pantai di Pantai Baru Kuala Lumpur amat menarik. Tahun 88 membawa saya sebagai anak kampung yang pertama mengenali Kuala Lumpur pada 11 Julai 1988. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri menyertai program Sijil Pergurusan Asas. Saya dalam kuliah pengajian Islam AL-Quran dan Sunnah. Sewaktu itu, Maktab Perguruan Islam menumpang di bangunan Universiti Islam Antarabangsa di bersebelahan asrama pangsapuri. Tempat belajar kami unik sebab sebelah kanan di atas 47 | P a g e

bukit adalah bangunan Universiti Islam Antarabangsa yang digunakan oleh Institut Bahasa Antarabngsa. Di sebelah kiri bahagian bawah digunakan oleh Maktab Peguruan Lembah Pantai, MPLP kita panggil. Kami akan berkongsi padang di bawah sana diantara tiga Institut, Maktab Perguruan Bahasa, Maktab Perguruan Lembah Pantai, dan Maktab Perguruan Islam. Tetapi Maktab Perguruan Islam mengambil menara yang setinggi 8 tingkat. Saya kuliah 14 belajar di tingkat 7. Yang manisnya kami student tidak dibenarkan menggunakan lif, lif hanya untuk tenaga pensyarah. Jadi kami akan naik tangga 7 tingkat setiap pagi dan setiap petang turun. Kami keberatanlah untuk turun waktu makan tengah hari sebab nak fikirkan untuk naik balik, sebab lif untuk pelajar agak terhad, tetapi saya selalu pakai kemas-kemas macam pensyarah sebab pensyarah ramai, saya menyamar menjadi pensyarah masuk lif pensyarah. Okay lepas itu, pengalaman yang kedua, oleh kerana kita kongsi kemudahan padang dengan MPLP dengan Maktab Perguruan Bahasa. Walaupun kita belajar di Maktab Perguruan Islam, kita juga berkawan di 3 kampus. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa, dan kita juga berkawan dengan Universiti Malaya kampus Induk lembah Pantai depan Masjid Ar-Rahman. Jadi, kawanan kami meluas, itu yang kedua. Yang ketiga, kalau jadi orang Kelantan, kalau duduk di Kampus di Kuala Lumpur, kalau tak berniaga tak sah. Saya berniaga jadi tauke transport balik kampung, bas pergi balik KB – KL. Maknanya ambil di kampus Maktab Perguruan Islam, Maktab Perguruan Lembah Pantai, Maktab Perguruan Bahasa, dan Universiti Malaya, balik naik bas saya. Saya sewa tiga empat buah bas untuk setiap kali cuti semester dan hari Raya, kawan-kawan saya jual tiketlah. Jadi pada masa itu, RM45 pergi balik. Sekarang kalau Jitra ke Kuala Lumpur sudah RM35 ye Yus. Satu hal lah kan. Ataupun Firdaus balik tak naik bas. Ohh tak ingat, duduk di Jitra, boleh naik. Kalaulah ERL jadi buat, sebenarnya Okay kenangan manis yang lebih penting, dalam kampus kita ada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan saya juga pernah menyertai Pilihan Raya Kampus. Saya bertanding sebagai bendahari agung Majlis Guru Pelatih MPI. Pada masa itu, oleh kerana saya agak muda sedikit masuk ke Maktab Perguruan, masa itu saya tiada misai. Saya kalah 7 undi dengan kawan saya, Oeang Negeri Sembilan. Orang kata tidak boleh undi sebab saya budak lagi, misai belum ada. Saya kalah bertanding dalam Pilihan Raya itu tetapi kawan serumah saya yang menang menjadi bendahari. Maka, sebagai Bendahari Agung, dia lantiklah penolong Bendahari Agung elaun guru pelatih dibayar oleh Persatuan Guru Pelatih. Jadi sayalah setiap hujung bulan dengan kawan saya tu akan pergi ke Bank Islam Jalan Perdana di Pusat islam lama kita ambik sejumlah wang buat balik kat kampus dan kita bayar elaun guru pelatih. Itu kenangan yang manislah. Jadi kenangan yang ke-5 zaman dulu2 kita akan bertemu di setiap tahun sama ada untuk program pesta ramah sukan ataupun pesta ramah unit beruniform, saya sempat menghadiri pesta ramah unit beruniform di Teluk Batik, Perak. Maknanya maktab perguruan seluruh negara akan berkumpul di Teluk Batik, di tepi aut. Jadi saya bulan Sabit Merah, tapi oelh kerana saya ada sijil kejurulatihan kawat kaki, yang saya ambil dengan pasukan simpanan tentera darat di Breget Pengkalan Chepa. Untuk kampus Maktab Perguruan Islam, kami akan berkumpul di padang guna sama samaada unit 48 | P a g e

beruniform apa sahaja pengangkap ke apa ke, satu maktab tu saya yang latih. Penemubual Baik, jadi boleh tuan cerita sedikit tentang pencapaian yang dilakar di MPI samaada dalam bidang akademik atau kokurikulum? Tokoh Alumni

Okay baik, kalau dalam bidang akademik tu, saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Biasa-biasa saja. Dalam kokurikulum pun saya tak aktif sangat. Saya hanya jadi ketua pengakap sahaja.

Penemubual 4. Pencapaian semasa (Masa kini) - kerjaya - anugerah/pengiktirafan/sumbangan yang diperoleh - azam akan datang Tokoh Alumni

Saya merupakan Presiden Persatuan Guru Agama Malaysia Barat, Jadi biasalah masuk akhbar, dia masuk tv untuk menceritakan tentang pendidikan terutama sekali guru Pendidikan Islam. Dengan kesatuan inilah yang membela nasib guru Pendidikan Islam. Saya ni sibuknya di sekolah atau di jabatan juga sibuk juga di lapangan sukarelawan sebagai pejuang untuk guru-guru pendidikan Islam. sibuk sangat kadang-kadang saya lebh banyak masa pergi ke luar Kelantan, Saya juga dijemput untuk menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri. Perjumpaan ini hanya orang-orang tertentu sahaj yang dijemput. Dalam perjumpaan itu, kami akan berbincang ramai-ramailah tentang sesuatu dan cari jalan penyelesaiannya.

Penemubual Sekalung penghargaan diucapkan kepada tuan Muhd Fadhli Bin Jusoh kerana sudi berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan. Semoga dengan semua maklumat yg dikongsi ini mampu memberi manfaat kepada warga kampus sekalian.

49 | P a g e

3.3 Koleksi Gambar Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh (Alumni) serta PuanSitti Alawiah Binti Jaafar (Orang Saksi)

50 | P a g e

3.4 Koleksi Kenangan Bersama Tuan Mohd Fadhli Bin Jusoh (Alumni) serta PuanSitti Alawiah Binti Jaafar (Orang Saksi)

51 | P a g e

52 | P a g e

53 | P a g e

54 | P a g e

55 | P a g e

56 | P a g e

Data Loading...