Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKTR2 2022 - PDF Flipbook

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKTR2 2022

109 Views
79 Downloads
PDF 2,431,288 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


8.30 PAGI

- Pendaftaran peserta mesyuarat 9.00 PAGI - Nyanyian lagu Bangsa Johor - Bacaan doa - Ucapan alu-aluan Guru Besar :

Puan Hamidah binti Ali - Ucapan perasmian oleh perasmi: Encik Mohammed Yusoff bin Zainal Abidin Penolong PPD Prasekolah dan Rendah (Sektor Pengurusan Sekolah) PPD Pasir Gudang - Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 Puan Hamidah binti Ali Ex officio PIBG - Pengumuman AJK PIBG sesi 2022/2023 Puan Hamidah binti Ali Ex officio PIBG

- Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-25 - Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2021/2022 Mohd Zulkifli bin Mohd Noh Setiausaha PIBG - Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG sesi 2021/2022 Siti Nazliah binti Zainuddin Bendahari PIBG - Ucapan dan membahaskan usul - Hal-hal lain Ydp Pibg sesi 2022/2023 - Persembahan multimedia

11.00 PAGI - Nyanyian lagu Negaraku - Mesyuarat tamat

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

Seulas bicara Guru Besar

4

2

Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali

5

Ke-26 3

Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26

7

4

Keputusan Undian Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sesi 2022/2023

9

5

Agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Rinting 2 Kali Ke-26 Sesi 2022/2023

9

6

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Rinting 2 Kali ke-25

10

7

Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SK Taman Rinting 2 sesi 2021/2022

16

8

Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG SK Taman Rinting 2 sesi 2021/2022

18

9

Pembentangan Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Rinting 2 sesi 2022/2023

22

10

Sumbangan dan Dana

24

11

Penghargaan

25

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia

dan izin-Nya, Mesyuarat Agung

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Rinting 2, kali ke-26 dapat dilaksanakan dalam suasana norma baharu. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2022 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang sudi meluangkan

masa untuk hadir secara atas talian pada mesyuarat kali ini.

Dalam

menongkah

arus

globalisasi

dan

dunia

tanpa

sempadan

ini, bidang

pendidikan dilihat semakin mencabar dan memerlukan sokongan pelbagai pihak. Oleh itu, saya bersyukur PIBG SK Taman Rinting 2 sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program

sekolah

bagi

memacu

kecemerlangan masa

hadapan anak-anak didik sekolah ini. Tidak dilupakan juga ibu bapa, penjaga serta guruguru yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah seterusnya melahirkan modal insan yang bersifat holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang teguh.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang terlibat, ibubapa, para dermawan, syarikat korporat, rakan strategik yang menyumbang kepada sekolah. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat

melalui

pembangunan

sarana ibu bapa dalam

menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK Taman Rinting 2. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad, memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Taman Rinting 2 terus mara dan proaktif dalam usaha mencipta kecemerlangan dan kegemilangan SK Taman Rinting 2. Sekian, terima kasih

(HAMIDAH BINTI ALI) Guru Besar SK Taman Rinting 2

TARIKH : 14 Mei 2022 MASA

: 9.00 pagi

MEDIUM : Google Meet TEMPAT : Kediaman masing -masing AJK INDUK

PENGERUSI

: Hamidah binti Ali (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI

: Marzuki bin Md. Johari (GPK Pentadbiran) : Zulkifly bin Khamis (GPK Hal Ehwal Murid) : Norayzamzurina Binti Mohd Ayob (GPK Kokurikulum) : Mohamad Shakef Bin Hirman (GPK Pendidikan Khas)

SETIAUSAHA

: Mohd Zulkifli bin Mohd Noh

BENDAHARI

: Siti Nazliah binti Zainuddin

PENGERUSI MAJLIS Roslidza binti Ismail

BACAAN DOA Abd Rahman bin Jaafar

Muhammad Hayyi Qayyum bin Zamri BUKU PROGRAM DAN FLIP BOOK Nani Suhaiza binti Saidi Ahmad Thuaibatul Aqmar binti Md Sadakah Wan Saifullah bin Wan Mustafa Rozita binti Ahmad

PENCATAT MINIT Wan Maidatul Razimah binti Shamsudin Nur Aminah binti Ya’acob Intan Sharizad binti Husin Noorainah binti Mohd Dom

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Muhammad Hanif bin Mohamad Shar Mohd Rozaimie bin Abd Rasit Ezzah Syahirah binti Ramli Zuhaila binti Zakaria Nor Syahidah binti Mutaza

ICT/GOOGLE MEET Haslinah binti Mustafa Muhammad Amirol bin Abdullah Muhammad Zulhazmi bin Sharun

TEKS UCAPAN

DOKUMENTASI DAN POSTER

Nur Samihah binti Ismail - Perasmi

Mastura binti Jamadi

Nor Diyana binti Abdul Razak - Guru Besar

Preveena a/p Nadaraja

Punitha a/p Nagan

Muhamad Khairuddin bin Mahmudin

Norgiha binti Torau

Noralita binti Che Isa

TEKNIKAL Mohd Zulkefli bin Mohamad Mohd Amirul bin Mohd Alias Aiman Asyraf bin Armain Mohd Faizal bin Rasid Muhammad Asraff Irwan bin Abdul Rahman

PENDAFTARAN Lily Rahayu binti Buang Mimi Aishah binti Zakaria Sommedah binti Selamat Nurul Ain binti Zakaria

Halimatul Husna binti Abu Seman Nur Aminah binti Ya’acob

SERANTA DAN BACKGROUND Zainoremi binti Zakaria Mazurayati Aida binti Ibrahim Subashini Nair a/p Subramaniam Salmi binti Musa

Mazriana binti Mohd Nawi

YDP PIBG SK Taman Rinting 2 Sesi 2022/2023

NYDP PIBG SK Taman Rinting 2 Sesi 2022/2023

AJK Ibu Bapa sesi 2022/2023 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Puan Syahidah Hani Mahmood – 96 (77.4%) Puan Sharifah Amani Binti Syed Abdul Rahman – 85 (68.5%) Encik Shashindra Rao A/L Krishnan – 80 (64.5%) Puan Jamilahtun Binti Md Ghazali – 78 (62.9%) Encik Arzanizam Bin Mohammad – 76 (61.3%) Encik Abdul Rahaman Bin Nasarath – 73 (58.9%) Encik Abdul Kamal Hj Saidalavi – 73 (58.9%) Encik Zul - I'zzi Bin Adnan – 72 (58.1%) Puan Aida Rohaya Omar – 71 (57.3%) Encik Mohd Hairy M. Hamdan – 70 (56.5%) Puan Fatmawati Binti Ashari – 70 (56.5%) Puan Nurulhuda binti Arifin – 69 (55.6%)

1.

Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022

2.

Pengumuman AJK PIBG sesi 2022/2023

3.

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 2021

4.

Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2021/2022

5.

Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan sesi 2021/2022

6.

Membentangkan dan membahaskan usul sesi 2022/2023

7.

Ucapan penangguhan

SK TAMAN RINTING 2 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-25

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 16 Oktober 2021(Sabtu) : 9.00 pagi : Atas talian melalui aplikasi Google Meet : 226

Agenda Mesyuarat 1. 2. 4. 5. 6.

:

Ucapan perasmian Yang Dipertua PIBG Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-24 2020 Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2020/2021 Pembentangan dan pengesahan Penyata kewangan sesi 2020/2021 Pembentangan dan membahaskan usul sesi 2020/2021 Ucapan penangguhan

AGENDA 1 : UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG 1.1

Encik Mohd Fadli Lee bin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2(SKTR2) kali ke-25.

1.2

Beliau menekankan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum kerana kerjasama ini menguntungkan kedua belah pihak.

1.3

Beliau juga menegaskan bahawa tonggak kejayaan sekolah bergantung kepada PIBG yang mapan. Jadi, kerjasama ibu bapa amatlah diharapkan dalam menjayakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR) dan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Ibu bapa disarankan untuk terus memberi galakan kepada anak-anak untuk mengikuti program.

1.4

Encik Mohd Fadli Lee bin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG kerana berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 2021.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE- 24 2.1

Encik Mohd Fadli Lee bin Abdullah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 2020 seperti yang telah diedarkan secara softcopy melalui pautan, http://online.anyflip.com/lpnw/hcxf/mobile/index.html untuk disemak dan seterusnya disahkan.

2.2

Puan N. Jothi a/p M. Nagamuthu mencadangkan untuk mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 2020 tersebut dan disokong oleh Puan Nurwani binti Abdul Wahab.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021 3.1

Encik Zulkifli bin Mohd Noh selaku Setiausaha PIBG SKTR2 membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2020/2021 seperti yang diedarkan untuk diterima dan seterusnya disahkan.

3.2

Puan Norasyikin binti Saat mencadangkan untuk mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2020/2021 tersebut dan disokong oleh Puan Jamaliah binti Shamsuddin.

AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2020/2021 4.1

Puan Siti Nazliah binti Zainuddin selaku Bendahari PIBG SKTR2 membentangkan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020/2021 iaitu bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 dan 1 Januari 2021 hingga 31 September 2021 seperti yang diedarkan untuk diterima dan seterusnya disahkan.

4.2

Puan Sainah Tina binti Abdullah telah mencadangkan supaya Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020/ 2021 untuk disahkan dan disokong oleh Puan Siti Amirah binti Aliwi.

AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL SESI 2021/2022 Usul yang diterima 5.1

USUL BERKENAAN ISU PdPR 5.1.1

USUL 1 :

Puan Naizatul Akmal binti Karizaman mengusulkan untuk menambahkan kekerapan kelas secara atas talian melalui Google Meet terutama bagi subjek-subjek teras. Kelas PdPR yang dijalankan sekurang-kurang interaksi antara guru dan murid dan kebanyakan subjek perlu diajar 100% oleh ibu bapa dan tunjuk ajar guru hanya terbatas kapada arahan di dalam Whatsapp/video Youtube/Voice Notes sahaja. Guru menyediakan modul yang seragam untuk digunakan sebagai bahan rujukan/kerja rumah semasa PdPR. Penambahbaikan sistem PdPR secara menyeluruh.

5.1.2

USUL 2 :

Puan Noraini binti Mat Daud mengusulkan untuk adakan penambahbaikkan dalam pembelajaran secara PdPR seperti guru bersemuka dengan murid dalam Google Meet dan bersoal jawab dengan murid.

5.1.3

USUL 3 :

Puan Norain binti Mohd Nizar mengusulkan untuk mengadakan dan menambah kekerapan kelas Online melalui Google Meet/ Microsoft Teams atau apa sahaja medium yang sesuai terutamanya untuk semua subjek teras (BM, BI, Sains dan Matematik).

5.1.4

USUL 4 :

Encik Shahril Fairdaus bin Tajudin mengusulkan untuk memberi penumpuan PdPR kepada subjek teras sahaja dan tetapkan kuantiti subjek atau hari dengan mengambil kira pelbagai kekangan.

5.1.5

USUL 5 :

Puan Sharul Bariah Binti Ramli mengusulkan semua subjek haruslah menggunakan Google Meet sepanjang PdPR, bukan sekadar memberi latihan sahaja.

5.1.6

USUL 6 :

Norzarifah binti Nasaruddin mengusulkan untuk gunakan kaedah pembelajaran Google Meet sepanjang waktu mengikut jadual waktu sekolah semasa PdPR. Beliau juga mengusulkan tentang pemberian face shield kepada setiap pelajar dan diwajibkan pakai sekiranya naik sekolah.

5.1.7

USUL 7 :

Puan Jamaliah binti Shamsuddin mengusulkan kelas Google Meet diwajibkan untuk 6 matapelajaran teras.

5.1.8

USUL 8 :

Puan Logeshwari mengusulkan untuk melebihkan Kelas Online mata pelajaran Sains Dan Matematik.

5.1.9

USUL 9 :

Encik Shashindra Rao Krishnan mengusulkan fokus kepada mata pelajaran teras sahaja.

5.1.10

Encik Marzuki bin Md. Johari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1) menjelaskan bahawa Guru Besar SKTR2, Puan Hamidah binti Ali telah mengambil penekanan agar guru-guru sentiasa memberi pengajaran terbaik untuk anak-anak dengan mengadakan pengajaran secara Google Meet bagi subjek teras dan tidak mengambil mudah bagi mata pelajaran elektif. Guru-guru perlu seimbang kerana semua subjek perlu diberi penilaian oleh guru terhadap anak-anak berdasarkan Penilaian Bilik Darjah(PBD).

5.1.11

Beliau menegaskan bahawa guru besar sentiasa menitikberatkan pelajaran anak-anak dan akan memberikan yang terbaik untuk anak-anak SKTR2. Guru besar juga telah membuat pemantauan pengajaran guru secara berkala.

5.1.12

Beliau juga percaya bahawa dengan kerjasama dan hubungan erat antara ibu bapa dan pihak sekolah serta komitmen daripada PIBG akan dapat meningkatkan kecemerlangan anak-anak SKTR2.

5.1.13

Berkenaan modul seragam, Encik Marzuki bin Md. Johari memaklumkan bahawa modul yang diberikan oleh guru adalah bersesuaian dengan tahap murid yang berbeza. Guru-guru harus bijak menyusun atau memilih latihan untuk digunakan oleh murid.

5.1.14

Beliau menjelaskan bahawa sekolah di bawah pimpinan Puan Hamidah binti Ali akan sentiasa menambahbaik pengajaran guru dari masa ke semasa.

5.1.15

Encik Marzuki mengucapkan terima kasih atas segala usaha ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak. Pihak sekolah akan sentisa berusaha untuk beri yang terbaik untuk anak-anak SKTR2.

5.1.16

USUL 10 :

5.1.17

5.1.18

Puan Nor Lizah binti Buang mengusulkan jadual PdPR tidak perlu mengikut jadual kelas bersemuka dan membuat jadual baru untuk kelas PdPR sahaja. Encik Marzuki bin Md. Johari memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan. Jadual PdPR telah dirombak dan dibuat penambahbaikan dimana tiga subjek sahaja disusun sehari termasuk teras dan elektif.

USUL 11 :

5.1.19

Puan Nur Farah Hafizah binti Mukhtar mengusulkan untuk jadual waktu untuk pembelajaran PdPR hanya 2 hingga 3 subjek sahaja. Pembahagian markah dan penilaian pelajar-pelajar perlu dijelaskan kepada murid-murid dan ibu bapa. Encik Marzuki bin Md. Johari menjelaskan bahawa pihak sekolah akan mengambil tindakan dan akan memberi penjelasan pada masa akan datang.

5.1.20

USUL 12 :

Puan Nur Farhana Zaidun mengusulkan guru dapat menyediakan bekalan lembaran kerja yang secukupnya secara mingguan dan ibu bapa perlu hantar dan ambil setiap Sabtu atau Ahad dan juga perlu ada Dateline supaya anak-anak komited. Untuk Google Meet, mohon guru untuk maklum pada ibu bapa atau murid sehari sebelum sesi berkenaan mengenai waktu dan bahan diperlukan supaya ibu bapa yang bekerja dapat bersedia dengan bahan-bahan yang diperlukan terutama apabila anak-anak dihantar ke pengasuh.

5.1.21

USUL 13 :

Puan Sunitha Nair mengusulkan guru digalakan menyediakan bahan atau informasi mengenai PdPR lebih awal dari masa yang di tetapkn untuk mulakan pembelajaran.

5.1.22

Encik Marzuki bin Md. Johari memaklumkan bahawa lembaran disediakan adalah secukupnya. Ibu bapa boleh mengambil lembaran dan memulangkan sewaktu free. Untuk pemulangan, biasanya guru-guru telah memberikan Dateline untuk penghantaran tugasan. Dalam jangkamasa yang diberi, ibu bapa boleh mencari ruang untuk hadir membuat penghantaran tugasan.

5.1.23

Beliau juga menjelaskan bahawa perkara ini (pemakluman awal mengenai PdPR) telah diambil tindakan oleh guru besar dan dimaklumkan semua guru agar membuat persediaan awal sekurang-kurangnya sehari sebelum Google Meet.

5.1.24

5.1.25

USUL 14 :

Puan Nurulhuda binti Mohd Ismail mengusulkan untuk adakan Locker bagi pelajar menyimpan buku-buku dan hanya membawa pulang buku yang ada homework. Beliau juga mencadangkan semasa PdPR, mungkin boleh adakan aktiviti seperti berpantun, baca sifir dan latihan mengeja. Encik Marzuki bin Md. Johari memaklumkan bahawa pihak sekolah telah pun dijalankan. Sebelum Covid-19 melanda, toolbox atau locker telah dilancarkan untuk menyimpan barang dan untuk mengatasi masalah beg berat. Disebabkan pandemik yang melanda, sekolah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (S.O.P) Penjarakan Satu Meter yang telah ditetapkan. Jadi, kelas tidak mempunyai ruang untuk menyimpan locker buku.

5.1.26

5.1.27

Beliau juga memaklumkan bahawa PdPR dijalankan mengikut kreativiti guru yang mengajar. Guru boleh memikirkan dan mencari kaedah yang sesuai untuk anak muridnya. USUL 15 :

5.1.28

Puan Siti Hasmah binti Badron mengusulkan untuk sekolah memperbaiki segala kekurangan. Encik Marzuki bin Md. Johari pihak sekolah akan sentiasa berusaha menambahbaik dari masa ke semasa.

5.1.29

USUL 16 :

Puan Azurin binti Dimi@Adzimi mengusulkan untuk memberi latih tubi berbentuk hardcopy pada setiap minggu PdPR bagi semua subjek.

5.1.30

USUL 17 :

Puan Norhayati binti Ahmad mengusulkan untuk memberikan modul pembelajaran para pelajar secara 'hard copy' terutama di waktu Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Ini memudahkan ibu bapa sama ada yang bekerja atau tidak untuk memantau kerja sekolah yang diberikan.

5.1.31

5.1.32

Encik Marzuki bin Md. Johari memaklumkan bahawa pengajaran dan pengajaran adalah mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP). Jadi, guru akan memberi latihan mengikut kesesuaian sama ada menggunakan modul hardcopy, buku teks, buku aktiviti atau sebagainya yang difikirkan sesuai untuk anak-anak. USUL 18 :

5.1.33

5.1.34

5.1.35

Encik Mohd. Haris bin Md Afandi mengusulkan untuk meneliti semula cara pembelajaran Online, memperhalusi cara penyampaian maklumat seperti One-Stop Center mengunakan lama web sekolah. Kedua, beliau mengusulkan untuk melakukan ujian pemahaman Online setiap kali silibus pelajaran habis diajar. Encik Marzuki bin Md. Johari menjelaskan bahwa perkara ini akan diambil tindakan. Beliau juga memaklumkan bahawa penilaian pemahaman murid yang dibuat oleh guru adalah dalam pelbagai cara, tidak semestinya melalui peperiksaan. Antara contoh penilaian adalah melalui pemerhatian, rekod, lisan, penulisan, soalan buku teks, projek, pentaksiran kendiri atau penilaian rakan sebaya. Pelbagai cara penilaian dan tidak terhad kepada ujian semata-mata.

USUL 19 :

Puan Shamentha mengusulkan untuk mengadakan rombakan kelas. Encik Marzuki bin Md. Johari menjelaskan bahawa kelas akan dibuat rombakan kerana SOP Penjarakan 1 Meter dimana kelas hanya boleh memuatkan 35 meja sahaja. Kaedah rombakan adalah berdasarkan PBD murid.

5.3

USUL BERKENAAN HAL EHWAL MURID 5.3.1

5.3.2

AGENDA 6

USUL 22:

Encik Muhd Azad Lawrence bin Abdullah mengusulkan untuk menu makanan dan keputusannya perlu dibincang dahulu.

5.3.1.1

Puan Roina binti Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) memaklumkan bahawa pengusaha sekarang adalah berpengalaman dalam menguruskan kantin sekolah iaitu Puan Rohani binti Sabtu. Menu makanan yang diberikan perlu dibungkus dahulu memandangkan situasi pandemik sekarang. Jadi, kita tidak boleh utarakan menu makanan yang terlalu banyak untuk satu-satu masa. Menu makanan sememangnya telah dibincangkan bersama dengan AJK Kantin Sekolah sama ada sesuai untuk murid atau tidak. Setelah bersetuju, barulah menu disenaraikan dalam Whatsapp Group untuk tempahan oleh ibu bapa murid.

USUL 23:

Puan Suriati binti Ahmad mengusulkan untuk sentiasa memastikan SOP diikuti sepanjang sesi persekolahan dan selesai waktu persekolahan bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

5.3.2.1

Puan Roina binti Abdullah menjelaskan bahawa sekolah sememangnya sentiasa memastikan murid mematuhi SOP di sekolah. Berdasarkan penambahbaikan pematuhan SOP Pembukaan Sekolah 3.0, sekolah mesti memastikan murid memakai mask sepanjang masa di sekolah. Jadi, pihak sekolah akan sentiasa memastikan murid memakai mask bermula di pagar sekolah di mana suhu juga akan diambil dan direkod. Untuk makluman juga, apabila sesi bersemuka, bilangan murid adalah berkurangan mengikut penggiliran. Jadi, penjarakan adalah lebih dari satu meter. Murid juga akan disusun secara zig zag. Murid akan sentiasa digalakkan untuk basuh tangan. Sanitizer juga disediakan dalam kelas. Kelas akan disanitasi waktu pagi dan waktu pulang. Tahun ini, face shield disediakan oleh PPDPG hanya kepada pra sekolah. Murid arus perdana akan mendapat face mask fabrik yang mana akan diedarkan apabila mula bersemuka nanti.

: UCAPAN PENANGGUHAN

6.1

Encik Mohd Fadli Lee bin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini.

6.2

Beliau mencadangkan sumbangan PIBG 2021 dikekalkan sebanyak RM100 per keluarga dan cadangan itu dipersetujui oleh semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ke 25 pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada 10.39 pagi.

.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

................................................ (MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOH) SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG, SK TAMAN RINTING 2

............................................ (MOHD FADLI BIN ABDULLAH) YANG DIPERTUA PIBG, SK TAMAN RINTING 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2 LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GUR U (PIBG) SESI 2021/2022 1.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Berikut adalah tarikh mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG yang telah diadakan:

Mesyuarat AJK Pertama

:

02 April 2022

Aktiviti dan Sumbangan PIBG Sepanjang Tahun 2021 dan 2022 Bil

Aktiviti

1

Program gotong royong naiktaraf susur gajah dan pintu pagar sekolah.

2

Program Mesra Hari Pertama Naik Persekolahan

3

Program Orentasi Pengenalan Kawasan Sekolah Tahun 1

4

Program Sanitasi Kelas Dan Bilik Khas

5

Sumbangan Naik Taraf Surau

6

Program Gotong Royong Surau

7

Program Guru Penyayang

8

Program Anti Dadah Dan Ihya’ Ramadhan

9

Program Khatam Alquran

10

Program Sumbangan Duit Raya

11

Program Persaraan Hajah Rosyati Bt Jani

12

Program Motivasi Pdpr Tahun 4,5 Dan 6

13

Program Pksk Dan Penilaian Tahun 6

14

Program Lambaian Kasih Pn Norazah Binti Mat Sarif

15

Program Penyerahan Bantuan Kwamp 2021

16

Program Taklimat Pengoperasian Sekolah (Mbk)

17

Program Majlis Sulaman Kasih Sanjungan Budi Cikgu Maziah

18

Program Pembukaan Sekolah (Mbk)

Bil

Aktiviti

19

Program Cabaran Kemahiran Sukan Merentas Desa Mssm 2021

20

Sumbangan Penyelenggaraan Sekolah

21

Sumbangan Pembangunan Sekolah (tempat ruang menunggu murid)

22

Sumbangan Kerusi Menunggu murid

23

Sumbangan baik pulih kantin

24

Sumbangan Laci bertingkat PDPR murid

25

Sumbangan Naiktafaf Simen Susur Gajah

26

Sumbangan Pembelian Suhu Murid

27

Sumbangan Peralatan Pembukaan Sekolah

28

Sumbangan Pembaikan Pendawaian Elektrik Sekolah

29

Program Gotong Royong Bebas Denggi

30

Sambutan Maulidur Rasul bersama PU Yeop

31

Mesyuarat Agong Pibg

32

Program Menyambut Kehadiran Murid Hari Pertama Persekolahan

33

Program Intervensi Umum Minda Sihat ( Sentuhan Selamat)

34

Program Anti Dadah Peringkat Sekolah

35

Penyerahan Bantuan Rm 100 Awal Persekolahan

36

Program Penyuraian Murid Tahap 1

37

Program Gotong Royong Pembersihan Pencemaran Covid 19

38

Program Karakter Murid Johor ( Adab Juara A+)

39

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit

40

Program Mesra Hari Pertama Naik Persekolahan

41

Program Majlis Tautan Kasih Guru guru SKTR 2

42

Program Sumbangan Hari Raya Anak Yatim

43

Sumbangan Membaiki Penghawa Dingin

44

Program Guru Penyayang

45

Ceramah Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah

Bil

Aktiviti

46

Program Ziarah Cakna Murid

47

Program Pengagihan Buku Teks Tahun 1 secara Pandu Lalu

48

Program Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI 2021/2022

49

Program Speed Week Challenge 2021

50

Program Majlis Perpisahan Guru Berpindah

51

Program Majlis Apresiasi Murid Tahun 6 2021/2022

52

Program Belajar Bahasa Tamil

53

Program Vaksinasi Kanak Kanak (PICKids) Sktr 2

54

Program Majlis Persaraan Hajah Rosyati

55

Program Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun1 sesi 2022/2023

56

Program Orientasi Murid murid Tahun 4

57

Program Riang Ria Aidilfitri Pemberian Duit Raya

BIL

NAMA

USUL  Memohon pemasangan kipas tambahan pada

Ahmad Zaki bin Adnan

setiap kelas 1

Annur Zahra binti Ahmad Zaki (3 Inovatif)  Meletakkan kipas di dewan

Mastura binti Onn

2

Nur Aliya Faaizd binti Abdul Hafiz (5 Kritis) Nabihah Durrani binti Ab.Malik

3

 Menangani beg berat di sekolah  Mewujudkan

Roysky Armada bin Abdul Ghafar (1 Inovatif)

Mohd Arif Fazilah

sistem loker/box untuk penyimpanan buku teks.  Hanya buku aktiviti & latihan sahaja di bawa pulang.  Berharap agar tiada lagi masalah beg berat & buku tertinggal . 

Tolong adakah kaedah sistematik laluan menghantar dan pengambil anak-anak pada waktu-waktu tertentu dengan memaklumkan kepada semua ibu bapa dan meletak signboard dengan lebih jelas untuk mengelakkan kesesakan.



Untuk melaksanakan Dual Programme (DLP) di sekolah ini.



To replace cloth name tag to material plastic, include pin. It is more durable it can save parents cost & no need to buy every year due to the current cloth name tag the material is not good & hairy.



Kerap mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru

Ahmad Ammar 4

(1 Inovatif)

Norlelawati Gino 5

Miya Fathiya Fadhli (4 Kritis)

binti

Mohd

Sharul Bariah binti Ramli

6

Aimy Raisha binti Mohd Hazren (5 Inovatif)

Language

PremaKumari 7

Shasmitha Kantharao (3 Inovatif)

NAMA

BIL

Nurwani Abdul Wahab 8

USUL 

Markah tahunan PAJSK murid diberitahu kepada murid/ibu bapa agar mereka cakna tentang keperluan untuk memperbaiki dan mengekalkan prestasi kokurikulum.



Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi pada masa kini, saya ingin cadangkan supaya lebihkan w aktu pengajaran untuk sains dan matematik dimana anak-anak didedahkan dengan aktiviti nyata supaya mereka menyerap dalam kehidupan harian dan ini akan sekaligus meningkatkan tahap pemikiran mereka.



Luaskan lagi kawasan parking yang sedia ada (gate E) dan meletakkan garis petak parking supaya susunan kenderaan lebih teratur dan mengelakkan kesesakan



Appreciate if parents can practice the drive thru concept while sending & pick up their kids at both gates in order to avoid congestion. Maybe the teachers or guard who are in duty can help to manage the crowd, as I believe some of them especially the newcomers did not know or aware on this has been practised by existing parents and other school too. This is to ensure the safety and the security of the kids as well.

Asna Nur Arissa binti Aesrol Azizie (6 Kritis) Vidhya

Dhanesh (1 Kreatif) 9

Nor Hasliana binti Mohamad

10

Imran Zulkhalif bin Zulhairi (3 Kritis)

Yuhanizah Hj Samsudin Muhammad Adam Khalish (4 Inovatif) 11

BIL

NAMA PENYUMBANG

JUMLAH SUMBANGAN (RM)

CATATAN

1

Dana dan sumbangan PIBG

38,699.00

Program Murid & Pembangunan Sekolah

2

Bantuan awal persekolahan (Johor berkebajikan)-Yayasan Pelajaran Johor.

18,600.00

-Warganegara -Pendapatan keluarga bawah RM3001.00RM7,000.00 -umur 7-12 tahun untuk sekolah rendah kerajaan.

3

52 BM GARAGE (2021)

1,000.00

Surau SKTR2

4

Encik Mohd Rozaiham Bin Abdul Jalil

600.00

- Pendidikan Khas

5

Puan Rosnani Binti A Rahman

300.00

Cik Ermy Fazlina Binti A Rahman

200.00

-Wakaf Dewan dan Surau baharu

@Pomiran 6

Puan Noorwati Binti Warmo

1000.00

-Pendidikan Khas

7

GEMILANG ZAMRUD SDN BHD

200.00

-Pejabat

8

PW PROJECTS SDN BHD

200.00

-Pejabat

JUMLAH BESAR

RM60,799.00

Pihak PIBG Sk Taman Rinting 2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada : Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd

AJK PIBG SKTR2 sesi 2021/2022 Guru Besar SK Taman Rinting 2 Guru-Guru SK Taman Rinting 2 Staf-Staf SK Taman Rinting 2 Ibu bapa / penjaga murid

Semua pihak yang memberi sumbangan tenaga, material dan moral demi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-26 ini. Terima kasih sekalung budi, jasa tuan/puan amat kami hargai

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2, JALAN KERUING 10, TAMAN RINTING, 81750 MASAI, JOHOR 07-3862059 [email protected] www.sktr2pg.blogspot.com

Data Loading...