BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SAHABAT II - 2022 - PDF Flipbook

207 Views
104 Downloads
PDF 3,868,285 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 22 DEWAN TERBUKA SK SAHABAT II

SABTU

25 JUN

2022

8.00 PAGI

ISI KANDUNGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 22 TAHUN 2022 BIL

ISI KANDUNGAN

1.

Isi Kandungan

2

2.

Ucapan Alu-Aluan Guru Besar

3

3.

Ucapan Alu-Aluan YDP PIBG

4

4.

Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG

5

MUKA SURAT

Kali Ke-22 Tahun 2022

5.

Senarai Ahli Jawatankuasa

6

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (Pibg) Sesi 2021/ 2022

7

6.

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 22 Tahun 2022

7.

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 21 Tahun 2021

8 - 10

8.

Laporan Aktiviti Tahunan Persatuan Ibubapa Dan Guru Sk

11 - 13

Sahabat Ii Sesi 2021/2022

9.

Laporan Penyata Kewangan Tahunan Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Sahabat Ii Sesi 2021/2022

10.

Pelantikan Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru

14-15

16

( PIBG ) Sesi 2022 / 2023

11.

Perbahasan Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 22 Tahun 2022

12.

Sekalung Penghargaan

17-18

19

UCAPAN ALU - ALUAN GURU BESAR

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-22 bagi tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk hadir bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi Tahun 2022. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu bapa—Guru (PIBG) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru, ibu bapa / penjaga murid-murid di sekolah ini sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak -anak dan sekolah. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sekian ,terima kasih.

JAIS BIN SCOTLE GURU BESAR SK SAHABAT II, LAHAD DATU

UC CA AP PA AN N Y YA AN NG G D D II P PE ER RT TU UA A P P II B BG G U E SS II 22 0 0 22 11 // 22 0 0 22 22 SS E

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat-NYA. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak diatas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami. Sebagai YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik ke atas pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak keciciran ekoran daripada pandemik Covid-19 yang lalu. Sungguhpun begitu, ibu-bapa turut tidak ketinggalan dalam memainkan peranan besar ketika anak-anak tidak bersekolah. Semangat dan kerjasama ini sangat digalakkan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan PIBG kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti PIBG yang telah dirancang. Sebagai YDP, saya amat kagum dengan semangat para guru yang tidak putus-putus cuba meningkatkan prestasi sekolah dan anak-anak. Selain itu, niat murni pihak luar seperti Rancangan Felda Sahabat 1 dan 2, Kilang Baiduri Ayu, dan Ladang Sahabat 55 yang telah menyumbang kepada gerak kerja persatuan amat dipuji. Sikap prihatin dan kerjasama dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada warga sekolah. Saya berharap kerjasama ini akan kekal erat dan menjadi satu solusi terbaik dalam memangkin pendidikan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Sahabat II. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan sebagai tanda ukuwah kepada seluruh warga SK Sahabat II yang bertungkus - lumus membantu dan menjayakan program PIBG dan pihak sekolah. Sekian, terima kasih.

SITTI RUDIAH BINTI AB MAJID YANG DIPERTUA PIBG SK SAHABAT II, LAHAD DATU

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG PENASIHAT

: ENCIK JAIS BIN SCOTLE (GURU BESAR)

PENGERUSI

: PUAN TINA BINTI SANUSI (GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1 : PUAN SUHAINI HECTOR (GPK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA

: ISMAIL BIN LAPAGANG

BENDAHARI

: CIK JENNIE MAY JAUSIN

BACAAN DOA

: USTAZ MUHAMMAD ASRI

BUKU PROGRAM

: CIK ANIS ZULAIKHA BINTI ABDUL JALIL

JK PENDAFTARAN : DK. NOR HANIE AN MARIA BINTI AG AHMAD NUR HAZIRAH BINTI MOHAMED HAIRI JURUGAMBAR

: MUHAMMAD QAIROU UMMATEEN BIN MOHD ZABIDI VELERION KONGOI

JK JAMUAN IBUBAPA / VIP : NORLEALA BINTI TALIB JULIANA BINTI JOLDI BUNGA SUHALA BINTI KABULIAH MARIYA SYAZWANA BINTI MOHD SYUKRI SALMA ABDUL SALAM NOR ZAHIDAH BINTI MD HASIM JK PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG : NAJIHAH BINTI HALIMIN

JK PA SISTEM

: HAIRIE ROSDIANSYAH BIN HAMID ROSLI BIN PITRI MOHD AZMAL HUZAIMIE

JK MEDIA / BANNER

: SURYADI BIN LAGGA

JK PENGACARA MAJLIS : AZMAN BIN ARWIE NURUL AIDA BINTI SAMSUDIN JK PENYEDIAAN TEMPAT: MOHD RAZALI DERAMAN SHAH BIN LIKUD MAD SAHAID BIN HANDUIAN RANDY RUSLI JK HIASAN PENTAS/BACKDROP : SATIYAH BINTI SIRAH SITI UMAIRAH BINTI SUIB CIK WIVICA LAWANSA CIK NURUL JANNAH BINTI CHE SUHAIMI JANARINESEH ARIPIN MARIA BINTI MULOK

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2021/2022 PENASIHAT

: ENCIK JAIS BIN SCOTLE (GURU BESAR)

YANG DI PERTUA : PUAN SITTI RUDIAH BINTI AB MAJID NAIB YDP

: ENCIK SENDATO BIN NASANG

SETIAUSAHA

: ISMAIL BIN LAPAGANG

BENDAHARI

: CIK JENNIE MAY JAUSIN

AJK GURU

: JANARINESEH ARIPIN NORLEALA BINTI TALIB CIK WIVICA LAWANSA VELERION KONGOI SURYADI BIN LAGGA

AJK IBUBAPA

: ENCIK CHANDRA BIN BASIH ENCIK ABDUL MALIK BIN MUSTAMI PUAN SAFRIANI BINTI JASA PUAN ASNAH BINTI ARUN PUAN NORYANA BINTI MANAGULA

JURUAUDIT DALAMAN : JULIANA BINTI JOLDI MARIA BINTI MULOK

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 SESI 2022/2023 1) Ucapan oleh YDP PIBG serta melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 2) Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 21 Sesi 2021/2022 3) Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2021/2022 4) Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2021/2022 5) Perkara Berbangkit 6) Pembubaran AJK Sesi 2021/2022 7) Memilih dan Melantik AJK PIBG Sesi 2022/2023 8) Pembentangan Usul 9) Hal - Hal Lain 10) Ucapan Penangguhan YDP PIBG BARU Sesi 2022/2023

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 21 Tarikh Hari Masa Tempat

: 23 September 2021 : Khamis : 2.00 Petang : Google Meet

Kehadiran : 91 Orang ( Guru, Ibubapa, tetamu jemputan) Rujuk lampiran 1 AGENDA 1.0 Ucapan YDP PIBG (Puan Sitti Rudiah Binti Ab Majid ) 1.1 Ucapan alu-aluan dan penghargaan atas kehadiran. 1.2 Ucapan penghargaan kepada ibubapa dan guru atas sumbangan samaada dalam bentuk wang ringgit dan tenaga bagi memastikan program-program sekolah berjalan lancar. 1.3 Ucapan penghargaan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang bertungkus lumus menjayakan program dan aktiviti PIBG bagi tahun 2021. 1.4 Tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan ibubapa khasnya dalam membantu murid-murid menjalankan PdPR bagi memastikan pelajaran muridmurid sentiasa diutamakan. 2.0 Ucapan Guru Besar (Encik Jais Bin Scotle) 2.1 Ucapan alu-aluan dan penghargaan kepada semua yang hadir. 2.2 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpaksa dibuat dari bulan 6 ke bulan 9 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan yang merupakanarahan daripada pihak JPN. 2.3 Kepentingan fungsi PIBG sebagai sebuah persatuan yang meningkatkan KEMESRAAN dan menyediakan saluran komunikasi kepada masyarakat SETEMPAT secara berterusan. 2.4 Berharap situasi yang berlaku mengenai pandemic ini akan pulih dan semua dapat melaksanakan tugas-tugas kita seperti sedia kala. 2.5 Pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada 03 Oktober 2021 yang melibatkan murid-murid tertentu sahaja. 2.6 Ribuan terima kasih khususnya kepada Puan Rudiah dan AJK Tertinggi PIBG kerana dapat melaksanakan MAT pada hari ini, dan tidak lupa kepada ibubapa yang sentiasa menyokong setiap program yang dianjur oleh sekolah.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-19 3.1 Mesyuarat bermula pada 2.30 petang dipengerusikan oleh Encik Ismail Bin Lapagang, Setiausaha Agung PIBG. 3.2 Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat kali ke-20. 3.3 Encik Fahmi Zulfika mencadangkan minit mesyuarat disahkan. 3.4 Puan Safiani Binti Jassa menyokong minit mesyuarat. 4.0 Hal-hal Berbangkit -Tiada5.0 Pembentangan Laporan Tahunan aktiviti PIBG dan Kewangan 5.1 Laporan Tahunan aktiviti dan program PIBG disampaikan oleh Encik Ismail Bin Lapagang 5.2 Laporan Penyata Kewangan disampaikan oleh Encik Ismail Bin Lapagang mewakili Pn. Siti Noor Baizura Abdul Rahim. 6.0 Pembubaran AJK PIBG SK Sahabat II Kali Ke-21 6.1 Guru besar mencadangkan AJK PIBG SK Sahabat II Ke-21 tidak dibubarkan dan diteruskan untuk satu fasa lagi bagi tahun 2021/2022. 6.2 Semua AJK Tertinggi PIBG menyokong cadangan ini dan kesemua AJK PIBG SK Sahabat II kali ke-21 diteruskan untuk satu fasa lagi. 7.0 Pembentangan Usul 7.1 Pembentangan usul dibaca oleh Setiausaha PIBG Encik Ismail Bin Lapagang. 7.2 Pn. Asnijah Binti Asari mengemukakan usul yang pertama mengenai penggunaan google meet dalam PdPR bagi murid-murid yang belajar dari rumah. 7.3 Guru Besar memberikan respon bagi mewakili Penolong Kanan 1, beliau menyatakan pengunaan Google Meet pernah disuarakan di dalam Mesyuarat bersama JPN dan PPD dan hal ini mempunyai pro dan kontra yang tersendiri di mana terdapat sebahagian keluarga atau Ibubapa tidak dapat menyediakan akses internet dan gajet untuk penggunaan google meet bagi tujuan PdPR. Namun begitu, beliau sangat bersetuju dan menyokong penggunaan google meet yang dapat menggantikan pembelajaran secara bersemuka dengan lebih efisien dan pungutan suara dari ibuabapa boleh dilakukan untuk menilai subjek dan kelas mana yang bersetuju untuk menggunakan google meet sebagai medium PdPR.

7.4 Usul yang kedua datangnya dari Puan Ezzah Nurhazimah yang menginginkan penggunaan kertas soalan / modul diberikan kepada murid sepanjang PdPR berbanding menggunakan aplikasi Whatsapp. 7.5 Guru Besar memberikan respon bahawa hal ini mendapat tentangan dari pihak jabatan dan kementerian pada awalnya kerana dikhuatiri pemberian kertas soalan / modul secara hands-out ini akan menyebabkan penyebaran virus covid-19 secara tidak dijangka. Kaedah pemberian ini lebih tertumpu kepada sekolah - sekolah pedalaman yang langsung tidak mempunyai jaringan internet dan kemudahan gajet dalam kalangan murid. Namun begitu, pihak sekolah telah menyarankan kepada guru - guru untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk murid samada secara online atau pun offline. 7.6 Usul yang seterusnya diberikan oleh Encik Ismail Bin Lapagang yang mengemukakan cadangan mengenai kutipan sumbangan PIBG ditetapkan seperti tahun sebelumnya iaitu RM 15.00 perkeluaraga. 7.7 Puan Rudiah menyokong cadangan ini dan disambut baik oleh semua ibubapa yang lain. 8.0 Hal-hal Lain 8.1 Tiada hal-hal lain dikemukakan pada mesyuarat ini. 9.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat 9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 23 September 2021, jam 3.13 petang oleh Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2022 , Puan Sitti Rudiah Binti Ab Majid. Pencatat Minit, …………………………. (ISMAIL BIN LAPAGANG ) Setiausaha PIBG 2020/2021, SK Sahabat II, Lahad Datu. Penyemak Minit,

(SITTI RUDIAH BINTI ABL MAJID) YDP PIBG 2020/2021, SK Sahabat II, Lahad Datu. Tarikh : 24 September 2021

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK SAHABAT II SESI 2021/2022

1.PENDAHULUAN

Tujuan utama penubuhan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) adalah untuk membantu

pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam pelbagai aspek

terutamanya kurikulum, ko-kurikulum rohani serta sahsiah. Kerjasama yang erat dalam

kalangan ibubapa dan guru-guru akan dapat menjamin kecemerlangan ilmu dan kemahiran serta melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa, berperibadi mulia dan berakhlak tinggi.

2. MESYUARAT / TAKLIMAT / PERJUMPAAN YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2021/ 2022

3. AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2021/ 2022

Disediakan oleh,

…………………………. (ISMAIL BIN LAPAGANG ) Setiausaha PIBG 2020/2021, SK Sahabat II, Lahad Datu. DIsahkan oleh,

(SITTI RUDIAH BINTI ABL MAJID) YDP PIBG 2020/2021, SK Sahabat II, Lahad Datu.

LAPORAN PENYATA KEWANGAN IBUBAPA DAN GURU SK SAHABAT II SESI 2021/2022 (BERAKHIR 25 JUN 2022) 1.AKAUN PENERIMAAN/ PENDAPATAN

2. AKAUN PEMBAYARAN / PERBELANJAAN

3.KUNCI KIRA - KIRA

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SESI 2021/2022 Penasihat : Encik Jais Bin Scotle (Guru Besar) Yang Di Pertua :_____________________________________ Naib YDP :_____________________________________ Setiausaha :_____________________________________ Bendahari : ____________________________________ AJK Guru : 1) ___________________________________________ : 2) ___________________________________________ : 3) ___________________________________________ : 4) ___________________________________________ : 5) ___________________________________________ AJK Ibu Bapa : : 1) ___________________________________________ : 2) ___________________________________________ : 3) ___________________________________________ : 4) ___________________________________________ : 5) ___________________________________________ : 6) ___________________________________________ Pemeriksa Kira-Kira 1 : _____________________________________ Pemeriksa Kira-Kira 2 : _____________________________________

PERBAHASAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

g Sekalun n a a g r a Pengh Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -22, Tahun 2022 SK Sahabat II, Lahad Datu

merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan kepada :

Barisan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021 / 2022 SK Sahabat II Semua Warga SK SK Sahabat II Pengurus Rancangan Felda Sahabat 1 Pengurus Rancangan Felda Sahabat 2 Pengurus Kilang Baiduri Ayu Pengurus Ladang Sahabat 55 dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -22 Bagi Tahun 2022 SK Sahabat II

Terima ih! kas i h

Data Loading...