AKTIVITI LITERASI - PDF Flipbook

AHLI KUMPULAN NURNADIA WAHEEDA BINTI HASLIZIZI NURLIYANA INSYIRAH BINTI SUHAIMIN NUR KARMILA ARINA BINTI KHAIRUDDIN MASN

104 Views
26 Downloads
PDF 8,459,967 Bytes

Download as PDF

REPORT DMCA


Literasi Membaca ● AKTIVITI PRABACAAN ● AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN ● AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN ● AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

AHLI KUMPULAN NURNADIA WAHEEDA BINTI HASLIZIZI NUR KARMILA ARINA BINTI KHAIRUDDIN

NURLIYANA INSYIRAH BINTI SUHAIMIN MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM

MURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI

Aktiviti Prabacaan Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada murid-murid sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran prabacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangan kemahiran membaca murid-murid. ● Kemahiran ini melibatkan pengamatan penglihatan, pendengaran dan pergerakan mata serta tangan ●

Kemahiran pengamatan penglihatan. ● ● ● ● ●

Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa murid-murid membaca, sebenarnya mereka sedang memadankan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan murid-murid boleh diperkenalkan dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan seperti permainan "jigsaw puzzle" boleh digunakan. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan murid-murid dengan membaca arah ayat dimulakan daripada kiri ke kanan untuk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar murid-murid tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu, semasa guru hendaklah mengajar atau membacakan ayat-ayat tersebut, mereka juga harus tunjuk pada huruf yang dibaca.

CONTOH AKTIVITI

Contoh : Aktiviti menggunakan buku gambar ● Beli salinan buku kegemaran kanak-kanak yang murah dan memisahkan halaman dari pengikatnya. ● Teks dipotong daripada ilustrasi. ● Letakkan gambar dan teks secara bercampur. ●Kemudian kanak-kanak tersebut diminta untuk mencantumkan gambar dan teks seterusnya dapat mencipta cerita dari ingatannya. ● Mungkin kanak-kanak itu tidak dapat membacanya, tetapi jika anda telah membaca buku bersama-sama dengan cukup masa, dia pasti mengenali tampilan kata-kata untuk setiap halaman.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN AKTIVITI 1

● Mengelaskan gambar yang sama jenis, benda dan saiz ● Bahan yang digunakan : Pelbagai gambar kereta, buku, baju dan sebagainya ● Aktiviti murid : -Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru -aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau kumpulan

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN AKTIVITI 2

✘ Menampal berbagai-bagai gambar mengikut jenis di papan putih ✘ Bahan yang digunakan: Gambar benda hidup, gambar bukan benda hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, dan alat tulis yang sesuai ✘ Aktiviti Guru/Murid -Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. -Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. -Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1. Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan membantu mengecam bunyi. Bahan ❖ Meja ❖ Tin ❖ Paku ❖ Tempurung ❖ Batu Aktiviti Guru dengan Murid ❖ Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, meja, tempurung dan paku ❖ Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya ❖ Guru mengetuk dua benda berlainan. Contohnya, meja dengan batu, meja dengan tin dan sebagainya. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak ❖ Murid menyanyikan lagu “Mari Bergembira” dengan mengikut nyanyian guru. ❖ Murid menyanyi sambil menghentak kaki, menepuk tangan dan sebagainya

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2. Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, petir, hujan lebat, ombak, bunyi haiwan dan sebagainya. Bahan

❖ Pita rakaman yang megandungi bunyi-bunyi tersebut. ❖ Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru dengan Murid

❖ Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. Pada mulanya, guru menyatakan bunyi-bunyi tersebut ❖ Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. ❖ Kemudian murid memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang diperdengarkan

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus

Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang menggunakan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat melakukan aktiviti seperti menggunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa menggunakannya.

CONTOH AKTIVITI : MELAKUKAN ORIGAMI ● Antara bahan yang boleh digunakan dalam aktiviti ini adalah kertas warna ● Murid dikehendaki membuat origami bersama guru. Guru perlu menunjukkan satu persatu langkah bagi membuat origami dan murid perlu mengikutinya ● Bentuk origami tersebut haruslah bentuk yang mudah agar ia tidak menyukarkan murid dalam proses membuat origami tersebut ● Contoh origami yang sesuai adalah model kepala arnab

CONTOH AKTIVITI : LACING CARDS ● ‘Lacing cards’ tidak semestinya dibuat menggunakan kertas, tetapi ia juga boleh diubahsuai dengan menggunakan fabrik seperti kain felt. Sediakan pelbagai bentuk ‘lacing cards’ mengikut kreativiti guru dan minat anak. Kemudian, tebuk lubang di sekeliling bentuk tersebut. Potong tali atau benang mengikut panjang yang bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk tadi. ● Ajar murid untuk melakukan aktiviti ala-ala menjahit ini dengan memasukkan serta mengeluarkan tali atau benang melalui lubang-lubang di sepanjang bahagian tepi bentuk tersebut.

Contoh aktiviti tangan : Murid dikehendaki: ● Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali ● Menggenggam dan menghancurkan atau merenyukkan sehelai daun atau kertas. ● Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. ● Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ● Membuka tali kasut dan mengikat semula.

Murid dikehendaki: ● Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata,melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru ● Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi ● Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. ● Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. ● Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kad bod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat,bu"ur dan sebagainya.

TERIMA KASIH !

Data Loading...